Wednesday, December 22, 2010

Bom tangan kau!

Pada malam semalam, saye dan kawan-kawan pergi ke Andalus untuk menyiasat sebuah kes, eh tak tak tak, cukup lah dengan permainan detektif tempoh hari. Kami ke Andalus untuk oke tak payah la bagi tujuan ape bagai, macam la orang tak tau Andalus tu ape. Apa da.

Baiklah.

Semalam jugak, hampir-hampir je saye nak berjumpe dengan kawan baik saye Miea Ali. Maklumlah kawan lame dari Taiping ni, rindu ni. Tapi malangnye, di tengah jalan tibe-tibe Miea cakap dea ade hal and kena pegi Setapak membawa berkat. Maka sedih la diri ini ye kawan-kawan kerane tak jadi kami berjumpe. Tapi tak mengapalah, buah dah ranum tak semestinye tak gugur, lain kali je pon kami boleh berjumpe, memandangkan Miea pon belaja kat KL je koooottt.. Baiklah.

Jadi, kami pun pergi la ke NZ Garden untuk bersantai sahaje memandangkan tiada hala tujuan.

Cukuplah cerita malam semalam.

Saye nak cerita perihal esaimen programming saye pulak.

Memandangkan saye terpaksa merepair dan repair, dan redo dan repair dan appeal dan repair dan repair dan reject dan sedih esaimen PC saye, maka hari ini saye boleh mule menyeronokkan diri saye kerana setelah di repair-reject-repair-reject oleh lecturer saye akhirnye berjaya jugak saye runtuhkan dinding hati lecturer saye yang keras jugak batunye itu. Harap lepas ni takde ape masalah lagi la harapnye. Penat tauhu!

Ish! Tibe tibe lapar tauhu bakar.

Baiklah.

Saye nasihatkan kepada kawan-kawan saye yang bakal menjadi pensyarah di suatu hari nanti terutama kepada kakak saye yang akan menjadi pensyarah dan kepada abang saye jugak yang mungkin akan menjadi pensyarah jugak, sile jangan menggunakan kata-kata kesat dan kasar dan mengecikkan hati anak murid kau orang sebab kemungkinan besar kalau dea terlalu kecik hati dan tension boleh membawa padah pade diri mereka dan akan mengakibatkan kesan sampingan dan mungkin bunuh diri.

Baiklah taknak mengarut lagi.

Bye!

Bersama kekasih baru


Hahahaha! Padan muke kena tipu. Ni kawan saye, name dea Kikie. Kikie dah ade boyfriend in case kalau awak semua nak tau, mane la tau nak ngorat ke kan. Hahaha!

Oke Amie ni bukan laman carik jodoh.

Baiklah.

Bye!

Monday, December 20, 2010

Ayat jiwang Amie.

You're going away and you're going to meet a bunch okay bukan a bunch tapi a lot of new people.
You're going to face a new environment that you yourselves don't know what it is like.

One thing for sure, you're going to forget me.

But before you do, in case you read this, I want you to know, I wont forget you. And I will wait for you.
And if one day, you found someone new, I'll be happy for you, I do, and I am. Because seeing you happy is a bless, walaupun dalam hati sakit, but I just want you to be happy that's all.

Sekarang pun awak makin jauh.

Well.

Biarlah awak semua nak kate ape.Ini cinta betul, bukan cinta gila.

Baiklah.

Take care dear.

I've been missing you pun all this while in case you want to know, but kalau tak, takpelah.

Bye.

2 in 1

Well pada pendapat saye, tak semua orang yang menulis untuk memberi nasihat kepada seseorang cukup sempurna. Faham tak? Tak? Oke macam ni, saye rase, kalau ade seseorang menulis untuk memberi nasihat, tak semestinye dea tak buat ape yang dea nasihatkan tu. Contoh saye cakap kat awak semua saye tak suke orang yang curang terhadap boyfriend dea padahal boyfriend dea dah mr-perfect dah. Tapi tak semestinye saye tak pernah buat benda tu. Kite nasihat orang untuk tak jadi macam tu sebab kite sendiri pernah alami benda tu and yeaahh it's suck! Macam bodoh dan memang bodoh pun sebab belum matang. Dan paling utama main point di sini ialah kite taknak orang lain buat benda same yang bodoh macam kite sebab kite taknak orang lain pun bodoh jugak. Awak faham sekarang? 

Baiklah.

Contoh lain, Rebecca Bloomwood dalam cerita Confessions of A Shopaholic. Awak pernah tengok cerite tu? Belum? Pergi tengok sekarang. Bye.

Dalam cerite tu, Rebecca nasihatkan orang tentang penggunaan kad kredit, care jimat duit and so on and so forth, tapi dalam realiti kehidupan dea, dea bukan seorang yang pandai menggunakan kad kredit maksudnye pandai berjimat lah kan. So I get the point dari situ yang tak semestinye bile seseorang nasihatkan seseorang yang lain dea tu sebenarnye macam tu, tapi sebaliknye supaye orang lain tak jadi macam dea sebab dea tau ape yang dea buat tu salah and tak patut di buat orang lain.

So? Tak semua orang sempurna.

Macam saye, saye pernah buat silap, I admit it that I do made mistakes and I'm regretting it now. Macam kadang rase down sangat sampai tension and terpikir-pikir kenape kenape kenape. 

Well honestly, I screwed up in my previous relationship. Saye tak reti nak jage relationship tu and it end up miserably after almost 3 years. Tak sayang kau dah dekat 3 tahun bercinte lepas tu kau sendiri yang rosakkan relationship tu. Tapi at least I prove it walau pun bukan nak prove kat dea,tapi nak prove dekat diri sendiri yang memang I screwed up and memang menyesal tapi masih sampai sekarang tak nak lagi buat silap yang same sebab tu masih single.

Memang la semua orang buat silap, tapi saye rase saye perlu sedar yang saye masih lagi 20 tahun, life nak enjoy tu belum terkubur lagi, so if satu hari nanti dah terbukak hati nak bersama in a relationship with someone saye akan pastikan yang kali ni saye betul-betul serious dan takkan buat silap yang same lagi. Jadi maaf kepade yang cube nak flirt dengan diri ini terpaksa kuburkan hasrat hati tu, dan sebab tu lah saye taknak terime orang lain and bile ade yang nak luahkah perasaan tu terpaksa menerima caci maki. Eh tak, takdelah sampai caci maki. Teehehe.

Point di sini, saye taknak orang lain buat silap yang same macam saye.

Oke bye.

Friday, December 17, 2010

#2

PARAMORE-PLAYING GOD

I can't make my own decisions
Or make any with precision
Well maybe you should tie me up
So i don't go where you don't want me
You say that i've been changing
That i'm not just simply Ageing
Well how could that be logical?
Just keep on craming ideas down my throat

Woah

You don't have to believe me
But the way I, way I see it
Next time you point a finger i might have to bend it back
And break it, break it off
Next time you point a finger i'll point you to the mirror

If Gods the game that you're playing
Well we must get more aquainted
Because it has to be so lonely to be the only one who's holy
It's just my humble opinion but it's one that i believe in
You don't deserve a point of view
If the only thing you see is you

Woah

You don't have to believe me
But the way i, way i see it
Next time you point a finger i might have to bend it back
Or break it, break it off
Next time you point a finger i'll point you to the mirror

This is the last second chance
(I'll point you to the mirror)
I'm half as good as it gets
(I'll point you to the mirror)
I'm on both sides of the fence
(I'll point you to the mirror)
Without a hint of regret i'll hold you to it

I know you don't believe me
But the way i, way i see it
Next time you point a finger i might have to bend it back
Or break it, break it off
Next time you point a finger i'll point you to the mirror

Rakan baik Sherlock Holmes

Boleh tak nak jatuh cinte dengan cinte pertame? Bodoh ape kau ni Amie nak jatuh cinte dengan cinte pertame kau nak kena penampo dengan mak kau ke ape eh ape pulak mak suke ape dengan cinte pertame tapi heyy mengarut lah bodh la kau, eh diam lah. Baiklah kawan-kawan tiade kesan lawak pun jadi jangan ketawe.

Ha! Saye sekarang sejak duduk di rumah dan tak habis habis setiap kali cuti mesti kena bace komik Detective Conan berulang-ulang kali walaupun komik ituww telah habis dibace. Ini adelah kerana tiada buku di rumah yang lebih memberangsangkan urat tidur selain komik tersebut.

Sebagai seorang detektif sementare kerana mase kecil begitu teruja menjadi seorang detektif sampai kalau boleh nak beli kanta pembesar dan topi bulat macam detektif pakai tu, semalam saye telah mendapat satu kes pembunuhan di hadapan rumah saye.

Cerite dea begini, semalam pagi, saye bangun awal kerana adelah sebabnye malas nak cite, kemudian saye membace Conan, kemudian secara tibe-tibe dengan terkejut dan tak sengajanye emak masuk ke bilik dengan nade cemas sepertinye begini "Amie, Najat, cepat turun tolong mak, ade kecemasan". Saye pon cemas seram la, terus turun bawah tengok depan rumah ade ape.

Ini adelah kes pembunuhan pertama saya apabila seekor bangkai kucing jiran sebelah, yang kami sekeluarga yakin merupakan anak luar nikah Nyoi, hasil persetubuhan haram Nyoi dan kucing betina jiran sebelah telah mati tanpa sebab dan secara tiba-tiba.

Dari kekerasan mayat, dapatlah saya andaikan waktu kematian kucing tersebut adelah dari jam 4-5 pagi. Punca kematian adelah sungguh mengelirukan sekali, kerana mayat tiada sebarang kecederaan mahupun mungkin hasil pergaduhan. Malah,tiada kes penyelewengan wang berlaku kerana yelah kucing mane ade duit, gile! Oke, maaf kerana tiada gambar dapat diselitkan kerana tak sempat nak ambik gambar.

Malah dari segi kedudukan mayat, mayat tersebut berkeadaan terbaring ke sisi dan muke terkejut seperti tersentak. Sekeliling mayat pula tiada sebarang kesan tapak kaki mahupun di pijak sesuatu. Pembunuh langsung tidak meninggalkan sebarang bukti dan alibi. Baiklah, suspek utama kematian terdiri daripada 3 ekor kucing yang pada malam itu tidur di luar rumah dan kucing saye Hero dikecualikan kerana pada malam kejadian Hero tidur bersama saya di dalam bilik dan kemungkinan Hero membuka pintu bilik sendiri adelah mustahil same sekali kerana tidak mungkin kucing boleh membuka pintu bilik sendiri. Nahi bete nahi!

Setelah saye menyoal siasat suspek yang terdiri daripada 3 ekor kucing jiran sebelah iaitu:

Pertama,
Nama: Comot
Jantina: Perempuan
Umur: Mungkin 2 tahun

Kedua,
Nama: Kelabu
Jantina: Mungkin lelaki, tidak pasti mungkin kunsa
Umur: 2 tahun lebih sikit dari Comot mungkin

Ketiga,
Nama:Putih
Jantina: Pasti kunsa!
Umur: 3 tahun, entah bantai je la.

Ketiga-tiga suspek memberi jawapan yang hampir same yang hampir juge mengelirukan saye yang sedang keliru, jawapan mereka ialah "Meeooww, meooww, meeoowww, meeeoooowww" sambil menggesel-geselkan badan di kaki saye. Sungguh keliru ye kawan-kawan.

Maka dengan itu, setelah saye siasat keadaan mayat, saye dapati terdapat bengkak biru-biru di bahagian perut mayat sebelah kanan, dan terdapat kesan gigi kecil. Saye yakin sekali pembunuhnye ialah seekor ULAR!! Celake kau ular siap kau kalau aku jumpe aku hanta kau masuk lokap biar kau mati dalam lokap. Huaahahahaha! Baiklah, saye tahu la malam kejadian saye tengok cerite Snakes On A Plane, tapi Encik Ular, takkan kerana itu nak menghukum kucing jiran sebelah.

Bagi mengakhiri kes saye yang pertame, saye telahpun menguburkan mayat kucing tersebut di belakang rumah saye. Poor little kitty.

T_T

Anak ikan mak~

Baiklah. Banyak nye entry kawan-kawan yang menarik semua nak bace sekaligus tapi malangnye masa tidak mengizinkan diri ini meneruskan kegiatan membaca entry kawan-kawan kerana macam biase terpaksa ke kedai mamak mencuri wi-fi mereke yang sebenarnye tak curik pun sebab kena minum teh tarik cukup syarat. Hah hamek kau cakap laju-laju.

Amboi batery laptop pun macam cemburu dengan diri ini je.

Baiklah kena tulis laju-laju lagi.

Kerana telah berbaik dengan Pika diri ini berasa macam ringan kepale hotak sebab selama ni duk pikir-pikir kalau mesej Pika dea balas ke tak, dea akan mengamuk ke tak, dea marah ke, so nak mesej dea kena tunggu mase beberape hari selepas tulis entry yang sebelum ni. Ape aku cakap ni?

Oke fine.

Sebenarnye nak cakap, telah berbaik dengan Pika, and sepanjang cuti hari-hari mesej dengan bebi saye Nanie, dan bergosip tentang pakwe baru masing-masing eh bukan masing-masing pakwe baru Nanie. Bodoh Nanie nak pergi belaja dekat kampuang Pahang sane. Hah pegi lah kau kawan dengan orang asli Pahang. Eh Pahang ade orang asli ke?

Oke bye!

Friday, December 10, 2010

Kopi kapal api satu!

Oleh kerana miskin dan tidak mampu nak menyambung bayar line internet P1W1 Max saya sampai orang P1 duk call call banyak banyak kali dan terpaksa buat buat busy lah,line rosak lah,tak dengar dea cakap lah, ape lah kan, maka terpaksa lah saya menipiskan muka yang tebal ke Starbucks untuk mencuri line free wi-fi mereka. Auucch! Dan terpaksa lah Kiki membeli sebuah air sahaja sebagai syarat menggunakan wi-fi mereka. Baiklah.

Sebenarnye, sudah lame tak update blog. Alah, jadi ape? Kalau x update blog mati la eh. Baiklah Amie, kalau period pun jangan terbawa-bawa emosi itu di dalam blog.

Baiklah.

Esok saya akan pulang ke Johor Bahru dan menjalani cuti yang tak indah. Bengang betul saya, assignment saya yang Computer Platform tu Phase 1 and Phase 2 due-due tak dapat lagi. Jadi time appeal saya harus datang semula. Macam mane saya nak cuti dengan aman. Sedih betul, sampai hati puan tu taknak mark esaimen saya. T_T

Bodoh Amie, entry paling bodoh pernah saya buat selain letak muke hodoh jadikan slide show.

Bye!

Sunday, December 5, 2010

Dear bloggie,

Today I had a fight with my mom. You know how's it feel right?

I feel bad.

And

I don't know how to apologize to her.

I've been crying all day.

I'm sorry mak.

Friday, December 3, 2010

Hero yang heroin habeess!

Mane tak heroin, pandai pakai tudung



"eyo ni, wat aluu atak je auu"

+_+"

Thursday, December 2, 2010

Jejak kasih berlinangan rona luka

Hah hamek kau tajuk entry gue.

Semase saye kecil (maklumlah, mase kecil banyak cerita), di peringkat nursery, saye takde langsung BFF, ambooi kemain gune ayat BFF, oke fine, best preng poreber (BPP), saye keseorangan saje seperti seekor tupai terbang comel yang kehilangan kacang walnut nye.

Sebagai seekor tupai terbang comel yang kehilangan walnut nye, eh eh sebagai seorang budak kecil yang tiade kawan di zaman nursery-nye, nursery is like a hell, oke macam terok sangat je bunyiknye, maka nursery adelah tempat yang paling bosan dan tidak wajibul ghunnah la kan nak pergi. Lagipun nursery pun sebelah rumah je, memang akan jalan kaki balik rumah la.

Tetapi ketika di zaman pra-sekolah iaitu zaman tadika-mesti-kena-main-gelongsor-batu-besar-dan-main-kawin-kawin, saye mempunyai seorang kawan baik sampai bile-bile (KBSBB bukan KBSR). Name dea Siti Aisyah. Bak kate Zaid, masih segar di ingatan, amboi ekau. Kitorang memang baik macam adik beradik. Siti Aisyah berbadan agak besar daripada saye yang kecil molek (semasa zaman tadika tu la ye, jangan salah faham T_T ),kulit dea putih melepak-lepak macam Zizie Ezzate, tah betul ke tak eja, ala yang jadi Suraya dalam cite Suraya yang rampas Zain Saidin kacak emm avudevah! kepunyaan diri ini tu. Oke fine.

Dea seorang yang tak banyak cakap, and selalu ikut je cakap saye. Teehehe, kecil-kecil sudah menjadi ketua kumpulan yang kalau dalam movie omputeh ketua kumpulan cheerleader yang harus bersikap berlagak dan suke memerintah-rintah tu. Hahaha. Tapi saye tak la seteruk itu, metafora je tu. T_T Anyway berbalik kepada cerita, kami berkawan baik sampai naik sekolah rendah.

Mase darjah satu, saye dan Siti Aisyah dapat satu kelas bersama-sama. Sebagai ketua kumpulan yang paling nakal dan selalu banyak idea jahat dalam kepala walaupun ketika itu masih kecil berumur 7 tahun, saye selalu ajak Siti Aisyah buat keje-keje jahat, sebagai contoh mengacau makcik gile di belakang sekolah, mengacau tukang jahit cine di dalam sekolah, pergi perhimpunan pagi waktu dah bace ikrar, berlari-lari naik tangga kayu yang hampir roboh, berak dalam seluar, kencing dalam seluar oke fine tipu.

Walaupun begitu, kami pelajar cemerlang di dalam kelas. Semase darjah satu, saye merupakan ketua kelas, Siti Aisyah penolong saye. Kalau rekod pelajaran, saye nombor 1, Siti Aisyah nombor 2. Walau nakal dan jahat, pelajaran tetap tiptop. Hahaha! Memang la darjah satu je pun. T_T

Semase naik darjah 2, kami same-same dapat kelas first. Tapi mase tu saye dah nak pindah Terengganu. Saye cakap ngan Siti Aisyah yang saye kena ikut mak pindah Terengganu, maka kami pun sedih bersama-sama T_T

Bile darjah 5, saye pulang semula ke Taiping, saye tanye kawan-kawan lame, mane Siti Aisyah, diorang cakap dea dah pindah Ipoh. Maka sampai sekarang, saye dah tak jumpe lagi Siti Aisyah. Mase kecil mane reti tulis surat, mane reti telefon dan bergayut, hmm memang tak jumpe dah la dea.

Ingat lagi, mase sekolah rendah, saye pakai pinafore, Siti Aisyah selalu pakai baju kurung. Rambut dea pendek ikal mayang, comel, aumm! Balik sekolah, ayah dea selalu amek naek moto yang roda 3 tu, yang boleh letak barang tu. Mesti lambai-lambai kat ayah dea. T_T

Amboi, macam mane la rupe dea sekarang, mesti comel sebab dea putih melepak lepak. Kalau jumpe terus peluk erat. Hahaha.

Kalau sape-sape kenal akan Siti Aisyah dan tau tempat tinggal dea, sile email I ye. Haha.

Bye!

Imma cry baaayybbiieee

Oke memang tak nafi aku ni baby yang suke nangis. Hahaha! Oke fine, suke nangis tu ye, baby tu tak boleh blah, boleh blah sekarang, kata diri ini kepada diri ini.

Tapi sejak-sejak dah makin dewasa ni ha kerap menangis. Mungkin kesedihan dulu-dulu yang asyik sangat terpendam terluah di kala makin berusia nie kan. Nak buat cmane. Bukan salah diri ini, salah air mata ini dulu-dulu mase mude payah nak kuar.

Mane tak nye, kucing jiran sebelah mati teriak, tengok Bersamamu teriak, tengok iklan teriak, rindu mak teriak, dulu Nanie benti kolej teriak, tempoh hari, mase Pika balik dah pun teriak sampai tersedu sedan,main kucing teriak, kawan menang motor teriak..oke oke oke part main kucing dengan kawan menang motor duk teriak jugak tu tipu dah tipu dah. +_+

Kesimpulannye, memang aku ni cry baby. Pernah tak tengok movie Cry Baby yang Johnny Depp mase mude mude kacak bergaya gewaaamm kiteeww auuummm! berlakon tu. Haa camtu lah.

Bak kate kakak Azira, 'Amie tengok ape-ape pon nangeh'.

Fine.

Memang la nangis, sebab sedih T_T nangis la.

Anyway, sekarang ni selalu TER-TENGOK (harus di caps lock kan ter-tengok tu ye) Asian Takeaway *Nusantara yang dekat MTV setiap weekdays kot jam 3.30 sampai 4 petang tu kan. Tengok tak kawan-kawan? Hahaha kadang-kadang layan lagu-lagu Indon ni feel jugak sebab lagu-lagu Indon ni macam ber-chemistry je kan dengan jiwa diri ini. Auuww T_T

Cube dengar ni,



Best tak? Best kan? Pastu semalam dengar lagu Aliff Aziz dengan Joanna tu, ape tah tajuk dea, macam comel je lagu tu.

Hmm nak pergi download sekarang. Bye!

Wednesday, December 1, 2010

It's already December

Biaselah, perubahan hormon mendadak la ni yang duk emosional teruk ni. Sabar ye kawan-kawan. Heheheh.

T_T


"He doesn't like you, and he doesn't deserve you. Get real!" -Faraha bte Hamidi

Baiklah kakak, tak buat lagi.

Bye.

Monday, November 29, 2010

Selamat memutih

Jumaat 26 November yang lepas, I pergi bercuti kat Port Dickson. Tak plan pun, tengah lepak-lepak kat mamak tibe-tibe budak-budak ni ajak pergi Port Dickson, rancangan awal nak pergi Broga, tapi tak jadi. Heh. Tapi lahabau jugak plan nye, janji nak pergi pagi-pagi lepas Jin tutup kedai shisha dea pukul 5-6 pagi camtu, tapi last-last pergi kul 10 sebab masing-masing balik membuta sebentar bersama kit-kat.
Fine.

Bukan nak cerita saat-saat pegi Port Dickson tu, nak cite saat-saat muka hitam kering takde vitamin, tangan berbelang macam pakai hand sock dengan rambut kering macam bulu jagung kadang macam sabut kelapa.

Balik-balik PD je teros mandi tak ingat dunia, rambut shampoo sampai 2 kali. Mane tak nye berendam dalam air garam memang kering la. Lepas shampoo rambut, biarkan kering kat angin, sebelum tidur terus lumur dengan benda alah ni

 
Esok nye bangun-bangun terus pegang rambut, fuuhh nasib baik jadi balik rambut Angelina Jolie. Tiada lagi kasar sekasar sabut kelapa. Thanks Dove Intense Repair Leave-On Cream kerana melembutkan balik rambut saye. T_T

Kulit hitam kering tak cukup vitamin ni memang kena perap je kat rumah la nak kembalikan warna kulit asal, air mineral dah bergelen-gelen dah minum, lotion pun dah nak habis dah lepas mandi je lumur lepas mandi je lumur.

Ke ade sape-sape nak bagi tips?

T_T

Oke bye!

Sudah puluhan tahun

Hai saya Amie, saya 20 tahun. Saya tinggal di Johor Bahru.

Selamat memasuki dunia puluhan tahun Amie. Tak payah duk buat terok sangat la kalau dah 20 tahun pun. Ayah umur 60 tahun cool je. Oke fine.

Semenjak dah 20 tahun, teros rasa hang dah tua la Amie, bile nak berubah? Bile nak matang? Oke lepas ni harus fikir dengan mendalam tentang mase depan agar masa yang di hadapan itu cerah dan disuluhi lampu neon atau mungkin lampu suluh yang cerah yang orang pakai masuk laut dalam tu.

Baiklah.

Di umur 20 tahun ini, masih mahu single dan tidak mahu berfoya-foya lagi.
Masih mempunyai keluarga yang menyayangi diri ini.
Masih belajar di KPM Beranang mengambil jurusan computer in software development.
Masih sihat walafiat hendaknye.
Tidak mempunyi pedih hulu hati,sakit jantung,darah tinggi,kencing manis,dan sebagainya jika ada sile nyatakan di sini.
Tidak lagi mempunyai Nyoi di sisi T_T
Tidak lagi menjumpai calon BF yang ade chemistry dengan diri ini.
Masih miskin. T_T
Masih belum mempunyai peluang membuat lesen kereta menggunakan duit sendiri.
Masih tidak dapat membeli handphone LG Lollipop yang comel angaat~!
Masih belum dapat membeli Mini Cooper atau Volkswagen Beetle.
Sudah mempunyai kucing baru bernama Hero.

Oke,jadi berharap ketika berumur 21 tahun sudah dapat berkawin dengan anak raja, eh eh eh sudah at least la paling cikai pun dah pakai handphone baru.

T_T

Anyway, merase di appreciate sangat sebab kat Facebook, ramai orang wish birthday. Ahaakszz! +_+

Thanks semua! Love you! Muaahx! Titeww tayunk kamooww cemuee!! Wii!

Bye.

Thursday, November 25, 2010

Fine, I'll let you go

Semoga awak bahagia. Thanks buat orang happy selama ni kawan dengan awak, orang tau kite takde chemistry lagi.

Aicewah. Oke untuk lupekan kesedihan. Mari bercerita perihal kawan-kawan kolej yang sudah tamat tempoh belajar.

Kawan kawan yang mengambil jurusan Business Studies, Account dan Agro-Business semua dah habis belajar dah. Sebab diorang semua belajar 3 tahun, so lagi 6 bulan terakhir ni diorang kena pegi buat practical la kat mane2 yang diorang suke. Kami yang HND ni je yang terlebih lebih belaja sampai 3 tahun setengah, sayang sangat kat kolej macam ni lah jadinye. Haha. Tu la kalau dulu amek Business Studies dah habes belajar dah sekarang. Dah boleh kawin dengan anak raja dah. T_T

Anyway, sedih tu memang la sedih takkan tak sedih kan kawan-kawan satu batch dulu, main batu seremban, main pasir, main guli same-same dulu mase semester 1 sampai 5 dah takde kan. Semester depan dah tak jumpe dah muke-muke familiar, tambah pulak budak-budak intake baru masuk. Memang sedih rasa kehilangan rasa rindu rasa nak benti kolej sebab takde kawan semua la kan.

Sudah Amie, tak payah duk buat terok sangat.

Anyway lagi, semoga korang SEMUA berjaya di luar sane okay. Yang sambung degree kat oversea ke kat Malaysia ke, yang kawin teros ke, yang kerja ke, harap korang berjaya dunia dan akhirat. Kalau kahwin jangan lupe jemput I yeee....I nak jadi flower gurl U alllzzzz~ Aww!

Aih tibe-tibe berasa sedih dan kesal.

Oke bye!

Wednesday, November 24, 2010

Hai sem break

Kite bertemu lagi. Sem break ap khabar? Sihat? Masih mahu bagi saya bercuti tapi tak cuti sangat sebab 6hb December kena balik kolej balik nak redo assignment ke? Oh ye, mestilah begitu ye dak? Jadi nak cakap macam ni, kawan-kawan HND semua selamat bercuti tapi tak cuti sangat sebab 6hb December kite bertemu lagi untuk redo session. Sekian terima kasih, bye!

Semalam dah merdeka dah sebab interview dah habis. Terima kasih company Xenzin sebab bagi saya kerja. Haha padahal interview tipu tipu je lah. Ape-ape pun I got the job bebeyh. Jadi nak berharap grade English saya Distinction sekarang. Oke bye nak pergi berangan pointer sem ni 4 flat.

Apa lah hang merapu Amie.

Fine, semalam dah merdeka sebab semua assignment dah setel, interview dah setel tapi rasenye belum boleh balik lagi sebab assignment database nak kena ambik balik untuk repair. Oke jadi kena cakap pra-merdeka. T_T

Lagipun tak boleh balik lagi jugak sebab nak kemas rumah. Tahun depan kami akan berpindah ke rumah baru. Oke yang ni taknak cakap yay! sebab rumah sewa yang sekarang ni bessstttt sangaaatttt T_T Pastu pastu banyak memory yang best best paling ah best kat sini T_T Nak buat macam mane,kena jugak pindah sebab semester depan rumah ni tinggal 3 orang je memandangkan Pika dan habis belaja. Oke entry akan datang nak cite pasal Pika dah habis belajar and nak pergi practical dekat Damansara bekerja sebagai pemotong rumput dan pencabut kemuncup dekat Club Golf dan kemungkinan dapat anak dato' mungkin ada tapi tak sure la sebab dea potong rumput je. Oke bye!

Berbalik cite pindah rumah, kami tak pindah jauh mana pun, pindah kat flat belakang kolej tu je, tak tau macam mane rase sebab seumur hidup tak pernah duduk rumah flat, mungkin best mungkin tak best sebab flat belakang lebih kurang macam duduk asrama je mase semester 1 dulu, tapi mase duduk asrama best ape, ha nak berharap duduk rumah flat nanti best jugak sekarang.

Anyway, dah ramai dah kawan-kawan saya dah start cuti semester, jeles tu memang tak la kan sebab balik rumah awal kena jadi surirumah. *oke tipu, sebenarnye jeles.

Okelah, nak mandi sekarang. Bye!

Sunday, November 21, 2010

Diam dan dengar.

Kalau selalu kutuk orang, benda tu akan kena balik kat diri sendiri. Get it?

Macam kau selalu kutuk kawan kau selalu beromen dengan boyfriend dea, last-last kau pun beromen jugak dengan boyfriend kau.

WTF.

Bye.

Saturday, November 20, 2010

#1




You make my teeth clinch and my hands shake. 
Do you ever see what you do to me? 
You're wearing me out, just wearing me out, 
But I'm wearing you down. 

You're impossible, but lovely. 
So impossible to win or please. 
I'm wearing you out, just wearing you out, 
But I'm wearing you down. 

Take what you want from me, it means nothing now. 
Take everything from me, it means nothing now. 
Not so easy to forgive, harder to forget. 
Take what you want... 

I made your lips slip and your moans quake. 
Try to think through, what I can do to you. 
It's wearing me thin, can I begin, 
To wear you out? 

Take what you want from me, it means nothing now. 
Take everything from me, it means nothing now. 
Not so easy to forgive, harder to forget. 
Take what you want... 

I'm impossible to figure out. 
So impossible, you had your doubts. 

Take what you want from me, it means nothing now. 
Take everything you wanted, it means nothing now. 
Not to easy to forgive, harder to forget. 
Take what you want from me, it means nothing now. 
Take everything you wanted, it means nothing now. 
Not so easy to forgive, harder to forget. 
Take what you want from me...

Friday, November 19, 2010

Saya hampir botak tahu.

Hai kawan-kawan, dah lame tak tidur. Macam tidur tu makanan western yang mahal yang tak lalu duit ni nak sentuh dan bermanja dan berulit mayang. Ceh tipu. Tidur tu tidur la, tapi nak tidur lapan jam tu tak pernah la dapat lagi dalam seminggu nie kan. Dapat pon ade la dalam 2-3 jam macam tu. Mane tak nye, assignment belambak macam taknak bagi kami cuti semester ke ape kan. Lagi menyentuh perasaan time raye haji tempoh hari tak dapat balik JB beraya bersama keluarga tercinta and pagi raya kakak telefon nyanyi lagu raye sambil seronok makan soto yang emak masak. Ambooii... Geramnye kiteeww.

Semalam lagi lah, dah la bersengkang mata kat kedai mamak sebab nak pakai internet punye pasal buat assignment Office Solution sampai pukul 5 pagi, time nak upload website kat internet tibe-tibe boleh terdelete pulak website tu sume x masal je kena buat baru balik website tu. Terus tak tidur sampai pukul 8 pagi, pukul 9 dah kena bangun nak pergi kolej present esaimen. Nasib baik website lepas. Aiish terima kasih Encik Mickey Mouse.

Tu satu hal, lepas kena repair esaimen Office Solution tu dan lepak kedai mamak yang same, esaimen tu boleh pulak tertinggal kat kedai tu. Terpaksa la print esaimen baru, and terpaksa la duit habis and terpaksa la makan megi lepas ni. Haha.

Oke cukup perihal esaimen.

Tinggal lagi 7 hari je diri ini nak masuk 20 tahun. Amboi dah masuk puluh dah, rasa macam amboii lepas ni kena baca majalah wanita je la. Haha. Ataupun, lepas ni harus kumpul duit nak kawin dengan anak raja.

Ataupun cepat belikan saya satu set body shop Japanese Cherry Blossom.


Hahahaha. Oke bye!

Friday, November 12, 2010

Amboi amboi engkau ini.

Cuba beritahu saya macam mane saya nak pulang untuk berhari raya haji kalau 18 dan 19 November saya harus menghantar assignment.

Adekah saya harus siapkan awal macam tak perlu tidur 5 hari and terus menerus buat assignment and kalau mengantuk kena minum nescafe banyak banyak lepastu pergi toilet kencing bau nescafe sampai kucing bau pun tak lalu nak berak dalam toilet. Amboi.

Sekarang dah tak perlu pergi saloon nak perm kan rambut ke ape ke tak perlu lagi, sambil buat assignment sambil lepas rambut sambil fikir ayat best-best sambil tu rambut tumbuh semulajadi kerinting-kerinting bak kata lecturer Mus kerinting manja giteeww.

Lepas tu sekarang ni ape kau cube buat Amie?


Cube korang bagitau aku macam mane assignment aku nak siap dan berjaya hanta sebelum cuti raya.

Wednesday, November 3, 2010

Bile Amie mula mengarut.

Saya tau, saya tak berhak memilih dan menilai orang mengikut pandangan mata kasar saya.

Tapi saya tau, saya berhak memilih untuk mendapat yang terbaik dan kekal sampai akhir hayat.

Saya nak jugak merasa dibimbing.
Dan saya nak jugak mempunyai peluang untuk ditunggu di depan pintu syurga.

Eh ape ni?

Kau cakap ape ni Amie?

Oke bye.

Sudah tua.

Saya rasa saya dah jatuh cinta.

Tapi........

Anyway, hari ni saya sangat-sangat-sangat gembira.

Emak dan ayah dan abang datang melawat dan tidur di rumah 'bersamamu' saya ini.

Terima kasih.

Sayang emak dan ayah.


p/s:Rase tak entry ni macam bodoh?

Bye!

Friday, October 29, 2010

Anak emak yang sedih.

Sebenarnye dah sedih dari hari Jumaat tempoh hari. T_T

Ape? Kenape sedih?

Mestilah sebab mak balik Taiping tak ajak diri ini! Tibe-tibe dah dapat mesej macam ni, 'Mak otw ke Taiping,doakan kami selamat'.

Mau tak berpeluh ketiak aku bace. Terus call mak cakap nak ikut, lepas tu, siap ambik mase lame nak bincang dengan ayah. Grrr T_T

Tau la Emak taknak ajak, tapi jangan la gune alasan 'Nanti Amie dapat surat merah lagi sebab tak pergi kelas macam mane?' Wuuu. Nampak sangat surat bar baru sampai rumah.

Haha! Fine fine fine.

Yang paling tersentuh paling ah tersungkur, part mak cakap 'Lainkali mak bawak Amie balik Taiping eh. Kite balik ramai-ramai satu family' T_T

Mane datang nak balik Taiping lagi.

Sory la kawan-kawan Taiping, bukan I taknak balik, emak yang tak mau ajak T_T

Tsktsk.


Yang tak dapat pulang ke Taiping,
Amie.

Friday, October 22, 2010

Pengalaman menarik ep1

Pada hari Selasa yang lepas saya dan rakan-rakan(konon-konon ramai),Syapikah dan Shikin pergi ke konsert Paramore. Ape? Paramore? Iye..Paramore.. Ape? PARAMORE??! Iyee...PARAMORE! Betul Paramore? Bukan Misha Omar? Eh betul lah Paramore bukan Misha Omar.

Fine..finee....fineeeee......

Ini merupakan konsert pertama berbayar mahal dan besar-besaran pernah saye pergi seumur hidup saya. Memang teruja betul, tau je Paramore nak datang Malaysia terus macam WHAT?-PARAMORE-NAK-DATANG-MALAYSIA? Sungguh excited, sungguh teruja, sungguh avudevah.

Dan akhirrnye impian menjadi kenyataan lah kan dapat pergi. Terima kasih Tune Talk sudi bawak Paramore saya. Hahaha! >.<

Saya beli tiket paling murah berharga RM98. Kalau dah minat ape pun sanggup buat T_T Saya ingatkan stage dea nun hujung jauh di sana dan puak-puak tiket murah ni dapat tengok rambt orang depan je, rupe-rupenye kami yang puak-puak RM98 ni rasenye lagi enjoy dan seronok sebab kami je dapat tengok Paramore masuk stadium naik alfad putih dan Hayley melambai-lambai tangan ke arah kami puak-puak RM98. Hahaha! Padan muke puak-puak RM358 tak dapat tengok Paramore naik alfad putih masuk stadium. Hahaha! >.<

Alfad putih masuk je bawak Paramore terus satu stadium histeria macam AGGHHH!!-PARAMORE!!-AGGHHH!!-HAYLEY!!-AGGGHHH!WE-LOVE-YOU-PARAMORE!!-AGGHHH-I-WANT-TO- KIDNAP-YOU-PARAMORE!-BAWAK-BALIK-RUMAH-NYANYI-KAN-LAGU-KORANG-HARI-HARI! haaa tipu la tu part culik Paramore bawak balik rumah tu. haa tu aku la tu yang nak buat macam tu.haaa memang la kena hentam dengan semua peminat-peminat lain T_T

Bile Paramore dah nak start buat show,satu stadium gelap,kain langsir besar pun tutup stage,konon-konon nak sorokkan Paramore kami naik stage. *boleh blah tak boleh blah statement sorokkan Paramore kami tu? Haha! Maka stadium gegar la dengan jeritan dan sahutan dan lambaian kasih dan sorakan dan sahutan dah dah dah sekarang dah boleh bayangkan macam mane la kan situasi tu.

Lagu first yang diorang nyanyi lagu Ignorance, haa cepat pasang lagu Ignorance sekarang sambil bayangkan aku berduet dengan Hayley. Sekarang! Sekarang!

Yang kelakar sekali mase Paramore main lagu The Only Exception, maka tidak sabarlah peminat Paramore ni kan, belum ape-ape dah terus nyanyi 'When I was younger I saw....' tu..haaa mau tak ngamuk aku..cube dengar ni,



dengar yang awal-awal yang duk jerit sabar-sabar tu. Haaa aku la tu duk ngamuk. Ngahahaha!

Tapi yang paling best last sekali, lagu terakhir, Misery Business. Bile Hayley cakap 'Ade satu lagi business belum selesai' *haaa terer tak terer Hayley cakap melayu* maka histeria lah aku. Bukan stadium,aku je. Sebab duk tunggu bile Paramore nak nyanyi Misery Business ni. Hahahaah!

Anyway, ini konsert rock pertama berbayar mahal yang paling paling paling ah the best. Thanks Tune Talk. Thanks Paramore. And thanks semua fan sebab sudi memeriahkan majlis. *duk buat macam konsert aku.

Hahaha!

Tune Talk, lepas ni bawak Redjumpsuit Apparatus bollleeeyyy??

Bye semua!

Yang enjoy,
Amie.

Wednesday, October 20, 2010

Panas line dulu...

Mempersembahkaaannnn....


gamba atas bagi korang rase macam kat konsert sikiiittt...


PARAMOREEE!!!








Nanti saya cerita pengalaman pergi konsert rock pertama saya ye.


Yang ke Paramore,
Amie.

Monday, October 18, 2010

Selepas kau pergi.



Supeeeerrr power!



Bongok punye Amie, ade ke super power tajuk entri?

Fine fine fine fine.

Hari ni saya baru pulang dari kem motivasi percuma, di Nur Lembah Pangsun.





Tibe-tibe last ade gambar burung. Hahahah! Saje je gamba burung tu, sebab bile search google image Nur Lembah Pangsun, ade gamba burung ni seketul, sebab berasa comel and teringat kucing hitam yang comel dan suke meminta-minta makanan mase kat kem tu, terus letak gamba burung ni. Oke dah diam.

Sebab pulang-pulang je ke rumah terus rase tak sihat and tak sedap badan, dengan selsema and sakit kepala nye lagi, esok je la saye cerita pengalaman pegi kem motivasi percuma berserta gamba sekali, oke?

Bye kawan-kawan.

p/s: gamba gamba di atas diletakkan supaye anda-anda semua cemburu ye. cemburu dak? fine. bye.


Yang pergi kem motivasi percuma,
Amie.

Friday, October 15, 2010

Motif dan mitos

Apa maksud tersirat dan tersurat gambar di atas? Rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Buuu Amie, sape nak ikut cakap hang? Haha! T_T *terus menangis.

Semalam saya seronok sangat, hari ni pon saya seronok. Kenape? Adelah, rahsia. Haha!

Semalam jugak, saya mesej lucah dengan kawan saya, oke tipu, tak lucah tara mana pun, semalam saya cerita kat kawan saya pasal ade seorang perempuan bertudung labuh dan berbaju kurung, mungkin jubah, melakukan hubungan luar tabii atau bahasa kasarnye melakukan seks bersama teman lelaki nye. Saya rasa kedua-duanya mungkin dari sekolah agama atau universiti islam atau sekolah agama kan dah cakap tadi. Pada permulaan cerita, adelah diselitkan sedikit rakaman di mana kedua-duanya sedang mendengar ceramah agama, mungkin la, tak pasti pulak, lepas tu tibe-tibe wanita dan lelaki ini berada di sebuah bilik dan bercumbu-cumbuan. Yang perempuan masih bertudung dan berbaju kurung.

Sebenarnye, saya nak cakap, kenape perlu rakam dan sebarkan? +_+ Kalau nak rakam dan sebarkan, baik jadi porn star tak gitu?

Jadi saya berasa benci bile keluar melepak dengan kawan-kawan saya yang free-hair, kalau ade segerombolan perempuan yang pakai tudung duduk satu table, mereka akan memandang sinis ke meja kami, seperti sedang bercakap begini "dasar-perempuan-murahan", saya terus teringat video-perempuan-pakai-tudung-berbaju-kurung itu.

Motif di sini ialah, jangan lah yang bertudung memandang sinis terhadap yang tidak bertudung, same-same saling hormat menghormati kan bagus.

Lagi satu, sebenarnye gambar di atas, maksud nye ialah, dalam diri masing-masing, pasti ade satu benda kotor-hitam-busuk pernah terjadi dan pernah terbuat. *sila rujuk kepada kuku saya, bukan botol ridsect ye.

Sekian, terima kasih.

P/s:Semalam dengan bodohnya saya mesej ex-boyfriend saya mengatakan saya rindu dea. Terhegeh-hegeh betul. T_T

Yang mitos,
Amie.

Wednesday, October 13, 2010

I think I'm in looooveeeee baaabbyyyy....



Cube beritahu saya macam mane saya tak jatuh cinta melihatkan Zain Saidin yang satu ini. Kalau diberi Tom Cruise depan mata pon, masih akan memilih Zain Saidin nan satu ini. *menjerit-jerit macam gadis gadis obersee pergi konsert Westlife.

+_+

Perihal 'Lancauuaan punye betina'

Persepsi perempuan terhadap sesama perempuan selalu ade je yang berbaur kutukan dan makian dan cacian dan cacing kerawit eh eh +_+

Kenape tak boleh sama-sama hidup aman damai dan bahagia seperti ending Cinderella? Kenape Cinderella? Sebab banyak perempuan dalam tu. Ah lantak la aku nak bagi contoh. T_T

Okay, memang la tak semua orang sempurna, aku pun macam tu jugak *sebenarnya entry ni untuk diri sendiri* +_+ So why don't we as sesama perempuan ni, try to look on the positive side, cube bersikap matang dan ayu. Jangan la sebab seorang perempuan tidak bersalah, kite judge dia itu-ini-itu-ini. Mungkin die ade persepsi die sendiri. Right?

So lepas ni, kite makan biskut munchy's oat krunch nyam nyam perisa coklat. Tak habes habes.

Bye!

Tuesday, October 12, 2010

Kehilangan kucing kesayangan


Ini Nyoi, tapi dea dah takde. Bye Nyoi.
Bye semua.

:'(

Monday, October 11, 2010

Semalam...

emak mesej, emak cakap Nyoi makin lemah dan sakit.

Nyoi, tolong jangan pergi lagi.....

:'(

Saturday, October 9, 2010

Cilake punye bangla pendek...

Semalam aku demam, aku tidur awal, aku tak pergi kelas, hujan lebat gile macam Beranang dilanda ribut taufan ke hape. Semalam rumah makcik sebelah buat kenduri anak dea bersanding, makanan dea seeedaap, rumah kitorang jadi tempat basuh pinggan T_T

Jap, ape kena ngena ngan tajuk entri? 
 
Tak semalam aku mimpi seram. Takot. Tekencing kencing oke tipu diam tak lawak. Aku mimpi..aku jalan-jalan naik motor, lepas tu ade bangla ni mengorat, aku blah je la. Sedar-sedar bangla tu kejar aku jerit-jerit sambil pegang pisau. Aku press moto laju-laju terus masuk rumah kunci pintu sambil terketar-ketar. Tapi sebab bangla tu kecik dea masuk ikut tingkap. Aku pun nangis nangis sambil pegang pisau jugak konon konon nak lawan pisau dengan dea la.

Tibe-tibe kakak bukak pintu, bangla tu terkejut dea terus tikam tangan aku. Aku pun tersedar dari mimpi. Cilake tak cilake.

jcsduofgeocbshibweoygywbw.

Bye!

Thursday, October 7, 2010

Tolong cemburu sekarang...


Tolonglah........ please please please.......... cemburu sekarang sekarang sekarang............

Oke bye!

Wednesday, October 6, 2010

My cartoon heroes

Tipu lah kalau mase kecik-kecik dulu korang tak pernah layan cartoon. Kan? Kan? Kan?

Haaaa mase kecik-kecik dulu, aku suke sangat tengok cartoon dengan adik beradik. Bukan anak jiran eh, sebab mase kecik hubungan akrab adik beradik macam ni... *tunjuk jari kelingking bersatu dengan jari kelingking* tak faham sudah, boleh pegi minum milo anda jadi sihat dan kuat sekarang.

Ni antara hero-hero kartun yang aku suka tengok mase kecik-kecik sampai selalu rase memang diorang betul-betul wujud and boleh selamatkan aku mase aku jatuh longkang sampai dahi aku terkoyak sampai sekarang tinggal kesan macam Harry Potter.


                                      
Tomatoman!! Sape tak ingat si hero tomato ni. Pasal kartun ni la mase kecik-kecik dulu aku makan tomato macam makan epal. Tapi bile besar, pandang tomato pon x mau. >.<


Ninja Turtle!! Beberape ekor kura-kura yang sungguh hero sampai boleh selamatkan dunia. Haaa lombab-lombab pon boleh jadi hero. Mase kecik-kecik mak belikan kami kura-kura, tapi abang bagi hilang sekor, sekor lagi mati. T_T

Sape tak tengok Power Rangers memang bukan kanak-kanak sejati. Haha! Orang gaji kitorang pon join tengok sekali mase kecik-kecik dulu. Kitorang 4 beradik selalu main chop-chop kaler. Haha!


 Ni aku tak pasti la hero ke tak. Mungkin hero kampung. Haha! Kampung boy!! ^__^  Mak pon suke tengok..


 
Yang ni, aku rase aku sorang je yang selalu tengok. Selalu tunggu petang-petang kat TV2 ke TV1 tah tak ingat pulak. +__+

Ultraman!! Mase kecik kecik selalu main otomen-otomen. And selalu abang jadi otomen and kitorang adik beradik pompuan jadi raksasa. Tak aci betol. T_T


Ni antara yang kami adik beradik selalu tengok same-same, belom yang aku tengok sorang-sorang lagi. Haha! Mari la kongsi hero kartun korang.

^__^

Bye!

Tuesday, October 5, 2010

Farah cakap....

Entry entry aku membosankan sebab semua pasal emosi dan cintan cintun yang patah. Apa neh?

Mana Hamidatul Farihah yang selalu riang gembira di dalam dan luar???

Mana?

Mana?

Okeh lepas ni dah janji dengan diri sendiri akan start new. Jadi harus betul-betul yakin akan start new. Promise!

Hai pelangi!

P/s:Farah tu kakak aku laahahaha.

Selamat tinggal...

I'm sorry. I had to. Mungkin ini lebih baik. Macam kau cakap, kalau ade jodoh, adelah. Bukan niat nak sakitkan hati, tapi cukuplah. Mungkin aku pernah cakap, aku akan tunggu kau selagi kau sayang aku, tapi haha sudahlah. Lets move forward.

Bye!

Nah lagu...

SELAMAT TINGGAL KEKASIH
SELAMAT TINGGAL SAYANGKU
KEKASIH TERBAIK YANG PERNAH SINGGAH DI HATIKU

*Kertas-Selamat Tinggal Kekasih Terbaik

Esok luse or mungkin minggu depan, aku bagi lagu Faizal Tahir-Hanyut pulak. Haha!

Monday, October 4, 2010

Mungkin lebih sahih

Mendiam diri mungkin lebih baik dari buat analisa sendiri buat kesimpulan sendiri last-last sendiri makan hati. Memang makan hati tu lagi sakit dari sakit hati. Mungkin aku pun nak kena tunjal kepala jugak sebab aku tulis aku tak faham. dhsehyuewiuedgwubgwduog.

Selama diam diri, baru aku sedar, tak semua orang yang aku sayang, sayang aku. Tapi aku tau, family tetap sayang aku. Aku mungkin nampak gembira, mungkin nampak happy, mungkin boleh mengorat orang sane sini, mungkin liar, tapi dalam hati, sapelah tau. Hati aku hancur berdarah pun, sapelah nampak. Sapelah perasan, sapelah aku. *Terus pasang lagu Amy Mastura-Sapelah aku.

T_T

Nak lupekan kau, memang susah, tak senang macam kau boleh lupakan aku petik jari je.

Sudahlah Amie. Kenapa tak biarkan orang sekeliling kau gembira? Kan tu lebih baik. Oke, aku tak gembira tengok kau gembira. Aku sakit hati bile kau boleh biarkan aku sedih dan kau blah macam tu dan bergembira. Ape? Jujur sangat? Kalau tak jujur, takde sape akan faham. Takkan la seluar kau koyak kat bontot aku tak boleh nak jujur bagitau kau. Kan?

Ape-apelah.

Mungkin betul cakap Afiq, mati awal lagi bagus. Aku dah cuba makan pedas banyak-banyak,kalau boleh nak telan je bijik cili. Tapi belum ade kesan.

Mungkin betul cakap Kiki, aku patut cuba terima orang lain, atau betul cakap Kiki yang "Kite pergi konsert Paramore boleh carik jodoh kan Mie?" *SENYUM LEBAR NAMPAK GIGI.

Usaha mengusha abang shisha juga masih diteruskan.

Dah lah. Bye.

P/s: Kalau aku mati pun, mungkin kau akan lebih gembira. Hooreyy!

Wednesday, September 29, 2010

My darling, who knew?

You took my hand, you showed me how you promised me you'd be around
Uh huh, that's right

I took your words and I believed in everything you said to me
Yeah huh, that's right

If someone said three years from now you'd be long gone
I'd stand up and punch them out
Cause they're all wrong

And that last kiss I'll cherish until we meet again
And time makes it harder I wish I could remember

But I keep your memory you visit me in my sleep
My darling, who knew?

My darling, who knew?
My darling I miss you
My darling, who knew?

Who knew?


Saya asyik ulang lagu ni banyak-banyak kali. Semalam sebelum tidur, saya dengar lagi. Tibe-tibe menangis. 


T_T


*terima kasih Pink.

Monday, September 27, 2010

Sikit sikit nak luah perasaan.

Mungkin aku tak sempurna. Mungkin aku cakap macam keling. Mungkin kau lebih suka dia sebab dia akan lebih memahami kau. Mungkin aku tak layak untuk kau sebab kau hebat kau cool kau bagus sangat.

Tapi believe me, I kisah dan tak kisah.

Aku taknak cakap "Ape-apelah asalkan kau happy". Aku taknak.

Memang aku sakit hati, memang aku teramat marah, memang aku tak suka kau buat macam ni, tapi lantak la tu perasaan aku. Memang aku mintak kau jaga, tapi kalau kau taknak jaga boleh lah pegi jahanam.

Ah sudahlah. Buang masa aku je.

Sunday, September 26, 2010

Selamat tinggal Tagged


Nak setia dengan Facebook je. Bye Friendster, MySpace kesayangan, dan last Tagged.

Sunday sedih

Hari ni hari Ahad, 26 September 2010. Ade beberapa orang kawan aku yang lahir pada hari ini pada suatu masa dahulu. Selamat hari lahir kawan-kawan.

Semalam sebelum tidur, aku dengar lagu Kotak-Masih Cinta. Tibe-tibe aku terkenang cerita lama, zaman gelap aku. Sedar-sedar lagu dah senyap tapi earphone masih terlekat kat lubang telinga. Aku cabut earphone tarik selimut dan terus mimpi kosong dan gelap. Sekosong hati aku yang gelap. Mungkin mimpi terhasil bile hati dan otak memainkan peranan kot yelah mimpi kan mainan tidur.

Beberapa jam kemudian aku tersedar dari tidur dan mimpi akibat telefon bimbit berbunyi dan bervibrate kuat. Kacau betul.

Semalam jugak aku call Nazlin. Asalnye nak berborak kosong dan bertanya khabar, maklumlah rasenye dah lame tak contact dea, tak macam dulu-dulu, dalam kelas dalam tandas tengah mandi dah tidur pun masih nak bermesej. Kredit pun tak banyak, jadi tak dapat nak berbual lama. Sekarang semua dah lain, semua dah menjauh. Macam kawan-kawan baik dulu, dulu semua ade di sisi, semua bahagia, tapi lama-lama semua jadi tak keruan, semua entah kemana-mana.

Aku rasa aku banyak kawan, sebab aku dibesarkan di tempat yang berlainan. Tapi mane semua kawan-kawan aku pergi? Mereka yang senyap atau aku yang senyap? Mungkin kedua-duanya sekali. Cume ade beberape orang kawan saje yang rajin telefon, rajin tanye khabar, rajin bermesej. Bagus macam tu. Sebab aku tak suke call orang dan bercakap kosong, kecuali kalau aku rindu.

Kawan banyak yang hipokrit. Yang ni aku tak tipu. Semua baik-senyum-mesra depan depan, tapi belakang semua mulut busuk macam longkang tempat buang makanan basi. Semua berpura-pura. Baik bile nak mintak tolong, bile dah takde kawan lain, aih biaselah, dan aku selalu jadi mangsa. Sebab aku bile berkawan baik dengan orang, kalau aku anggap dea kawan yang baik, aku betul-betul ikhlas dan jujur dan telus. Susah aku nak bercerita buruk dan menjaja cerita kentut busuk dea kat orang lain. Aih lantak la.

Saturday, September 25, 2010

Kecewa betul saya...

Peribahasa melayu kite pon ade cakap, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Memang seronok bile tipu orang, nak nak bile orang tu percaya betul-betul kat kau sampai tak expect pun yang kau tipu. Tapi tu la, kau tak pernah takut nak menipu orang, tapi Tuhan tu adil dan saksama, terpulang pade Dia samada nak tunjuk kebenaran tu pada hari kau tipu tu atau pada masa-masa akan datang.

Aku harap kau bukak hati kau bukan bukak silat ke ape untuk faham kenape aku sayang kau as aku punye best-friend yang kadang-kadang aku dah anggap kite ni macam sisters. Dan kenape aku marah orang-orang yang buat kau sedih dan sakit. Tapi kalau dengan aku pun kau taknak jujur, and kau nak tipu aku, tolong lah amik tau yang aku lah orang yang paling kecewa and sedih sekali. 

Aku taknak marah kau sebab kalau aku marah kau lagi tak kan faham.

Tuesday, September 21, 2010

Second Chance

Rasenye semua orang layak untuk dapat atau untuk menagih peluang kedua bukan perlumbaan kedua yang buku sastera mase tingkatan 4 tu ye, bukan bukan. Ni peluang kedua, PELUANG. Boleh jadi peluang ketiga atau keempat atau kelima atau Amie hang boleh diam tak?

Semua orang pernah buat salah pernah buat dosa tak kire dosa kecil atau dosa besar samada nampak atau tak nampak, samada sedar atau tak sedar. Manusia tak pernah sempurna. Bile dah buat salah, sebagai manusia yang naif kite selalu akan dan pasti sedar kite dah buat salah and kite mesti selalu nak tebus kesalahan kite dengan meminta peluang kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.

Tak kirelah untuk sape kite mintak peluang tu, and tak kire lah ape situasi pon. Kite pasti akan melalui saat-saat ni. Macam contoh kau dah buat salah kat mak kau, bile keadaan dah jadi keruh kau mula mintak peluang kedua untuk tebus kesalahan kau, kau pasti mintak. Ha macam tu. Faham tak? Lantak la. +_+

So, everyone deserve a second chance, tapi bergantung kepada orang yang kau mintak peluang kedua tu samada dea nak bagi ke tak peluang tu. Itu je.

Monday, September 20, 2010

Annoying Amie

Saya tau saya ni suke mengarah-ngarah orang buat tu buat ni buat tu buat ni buat tu buat ni *eh sampai bila nak habis ni? Kadang-kadang saya rase begitu. Saye tau, saye bukan pengarah filem macam Tim Burton tu, eh Tim Burton pengarah kan? Krohkrohkroh.

Mungkin saye dapat sikap/sifat semulajadi ni daripade mak sebab mak seorang pengurus. Tu pengurus Amie, bukan pengarah. Pffttt +_+

Saye tau, saye memang annoying habis. Saye pun tak suke begitu, tapi saye harap saye tak la seannoying 'Annoying Orange' ni...

Dream job ey?

Hye friends.

I'm not in a mood seriously. There's so many things keep bothering me today. Oke first, this morning I'd been ask by Puan Adibah, 'what is my dream job?' And I was like *kriikk kriiikk kriikk...silent. But then she ask me again, 'you must have your dream job right?' And I was like 'yeaah, I do..' buutt still *kriiikk kriikkk kriiikkk...silent. +_+

I wanted to say that okay, my dream job is I wanted to be a doctor. Oke fine, tipu. My dream job is.........see truth is, I don't know what is my dream job. I do dream. I love daydreaming, but I don't know what would I be in the future, I don't know what job suits me, I don't know whether I get a job that suits my skills my field or whatever. I just dream that someday, I wanted to be rich, I wanted to live a luxurious life, I wanted to have my dream Mercedes Sport, I wanted to build a big house, I wanted to have my own driver, a maid in my house, wearing expensive clothes and shoes, went for a holiday to an expensive places and so much expensive-life-thingy.

But when it comes to, okay what do you want to be in the future? I just don't know the answer yet, maybe this time I should really-really-really-really start to think about this. Like seriously Amie, you should. Because everyone in your class had their own dream job, and you? pfffttt T_T

Okay, but I do dream of someday I wanted to have my own bookstore and my own cyber cafe. I do dream that my future husband must take care of my cyber cafe. I do dream about naming them as Amie's ( like Nando's, Mc Donald's kan ambik sempena nama sendiri +_+ ) I do dream of being part of Malaysia's travel agency, I do dream I have my own travel agency, like daaa kan di luar bidang aku tu.

Pffttt, I must dream a little bit more rational I think.

Saturday, September 18, 2010

KPM Beranang berwajah baru

Tak best nye kena balik Kolej lepastu kena pergi kelas macam biase, bangun pagi-pagi, makan kena bayar sendiri, pegi tesco naik bas, jumpe bangla-bangla dan filipino-filipino serta indon-indon tersohor dekat Beranang. Lagi bosan bile Kolej tu tak besar-besar duk tara tu ja dari dulu macam 'ni-sekolah-asrama-ke-kolej-pelopesional?' +_+

Saya ade beberapa permintaan nak mintak dekat Encik Yatim. Boleh tak Encik Yatim?

1) Boleh tak letak swimming pool dekat Kolej? Tak payah saya pergi Sungai Tekala jauh-jauh dengan kemungkinan kena langgar lori kat selekoh kubur cina tu tinggi.
2) Dekat padang boleh tak bina sebuah playground untuk dimain oleh kanak-kanak besar gajah macam kami?
3) Tolong letak internet bertaraf antarabangsa dalam setiap makmal komputer puhhliissshh..
4) Nak bangunan canggih manggih macam Kolej Kemahiran Tinggi sebelah kolej kite tuuu.. naakk tuuu.. naakk naakk! Atau kite tukar la, budak-budak kolej sebelah pindah kolej kite, kite tuka kolej sebelah.
5) Atau bina KFC and MCDonald..?
6) Setiap kelas nak ade aircond. Kerana sebagai pejalan kaki tegar, cuaca panas sangat tidak selesa dalam suasana pembelajaran.
7) Yang paling saya nak, boleh tak upah pakcik gad supaya mulut tu diam acap kali saya lalu dekat pondok pengawal? Tension duk mintak suruh pakai ID, bile cakap tali takde, ade ke suruh saya pakai tali rafia??? Gilo ko apo?

T_T


Kalau suasana kolej seperti yang diidamkan, orang cuti raye pon saye tak balik, sanggup raye kat kolej.

+_+

Friday, September 17, 2010

Oh PA-RA-MO-RE

Pada satu mase dahulu, saya sedang menonton MTV. Tibe-tibe keluar satu video. Terus cakap 'sape-perempuan-comel-rambut-merah-kulit-putih-nyanyi-lagu-laju-laju-ni'? Mase tu baru keluar lagu Misery Business. Mase tu duduk JB. Mase tu tingkatan lime. Mase tu la baru kenal Paramore. +_+

Lepas tu, terus saya letak lagu tu dalam MySpace saya pastu saya bukak lirik Misery Business dan berduet dengan Hayley. T_T

Pergi sekolah, macam biase saya dan kawan saya Syaraf suke sangat berkongsi lagu-lagu yang baru dan same-same minat. Lepas tu Syaraf bagi saya dengar lagu Oh Star. Mase tu Syaraf baru beli henfon baru. Haha! Balik rumah, terus letak lagu Oh Star dalam MySpace lepastu bagitau Syaraf, 'Syaraf, Amie letak lagu Oh Star kat page Amie.' Haha lagi!

Lepas-lepas tu, Paramore terus memperdengarkan peminat beliau dengan bermacam-macam lagi lagu-lagu best macam CrushCrushCrush, Decode, That's What You Get, The Only Exception, Ignorance dan banyak-banyak-banyak lagi.

Mase lagu Hayley dengan B.O.B yang Airplanes tu baru keluar, aku dengan Nanie on the way pergi KL, pastu lagu tu tengah main kat radio, pastu aku pun cakap ngan Nanie, 'Pompuan nie mesti yang penyanyi Paramore kan'. Haa tengok-tengok-tengok suare pon kenal. Haha lagi.

Kerane saye peminat setia Paramore, jadi dengan ini, saya harus ke konsert Paramore!!


pade 19 October ini di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.30 malam.

Harus pergi ye kawan-kawan. Harus pergi.

Lepas ni tunggu RJA pulak mai.....


Thursday, September 16, 2010

Kata-kata terakhir.

I'm so sorry.

Wednesday, September 15, 2010

Orang yang hilang ingatan

Kadang-kadang rase nak hilang ingatan je, sampai tercakap, kalau hilang ingatan kan bagus. Sebab kalau hilang ingatan, kite akan hilang semua. Memori yang sakit, yang manis, eh macam tak best pulak kalau hilang memori manis, nanti jadi macam dalam cerita Lagenda Budak Setan tu pulak kan. Ish. Terus cakap macam ni, kan best kalau hilang ingatan benda-benda yang tak best je. Pffttt +_+

Okay, the point is, it would be nice if I had that 'hilang-ingatan' disorder. Jadi boleh lupekan kenangan pahit dan manis. So bile orang bagi kite bace diary kite sendiri, mesti macam sape punye diary buruk dengan lekat-lekat gambar banyak-banyak dengan cerita mengarut-ngarut ni kan? Aku ke? Ke sepupu aku? Ke mak aku mase mude-mude? Ceh ceh.

TAK TAK

Sebenarnya, kalau hilang ingatan tu best sebab kite tak payah lagi menunggu bulan jatuh ke riba.

Jadi rasenye, boleh lah kot aku mulakan hidup baru dengan pemikiran baru. Penat jugak menjadi orang bodoh yang ibarat lembu kena cucuk hidung. Penat jugak perasan yang orang yang kite sayang tu sayang kite jugak tapi sebenarnye dea tak sayang pon sebab dea sayang ex-girlfriend dea. Haha! T_T

And penat jugak jealous dengan ex-boyfriend kalau dea bermesra dengan orang lain, tapi dengan kite dea tak mesra pon, tapi kite yang sedaye upaye nak amik hati dea supaye dea mesra dengan kite, tapi sebenarnye dea taknak pun mesra dengan kite. Sudah terang lagi bersuluh Amie. Kenape buat-buat tak faham? T_T

Atau kawan-kawan baik yang dulu rapat macam sebuah keluarga bahagia, tapi sebenarnye kutuk dan tikam kite dari belakang, dan menjaja cerita-cerita buruk pasal kite, macam 'Jenab kau tau tak, dulu mase kat asrama Amie tu bukan suke mandi dalam toilet, suke nak berkemban.' Pffftt +_+ Sedih. Lepastu pulaukan keluarga bahagia demi keluarga bahagia yang lain.

Aiihh. Nasib-nasib. Jadi, baik hilang ingatan kan?

Monday, September 13, 2010

Balasan untuk Amie

Sekarang aku selalu terfikir-fikir sebelum aku tidur, kenape la dulu tak buat macam tu, kenape la dulu macam ni, kenape la dulu macam tu, kenape la dulu itu dan ini dan macam macam 'kenape la dulu' lagi.. Macam bile teringat kucing kesayangan name Yoe mati. Jadi terus terfikir, kenape la mase tu tak amek dea bawak masuk bilik,kalau mase tu bawak Yoe masuk bilik, takdelah dea kena langgar dengan kawan ayah, and takdelah pegi sekolah mate bengkak sebab semalaman menangis. T_T

Atau mase putus dengan Amen, selalu terpikir, kenape la curang dengan Amen, kenape la jahat sangat, kenape la couple dengan budak hingusan, kenape la biar Amen pergi. Tengok, kan dah menyesal, kan dah padan-muke-kau-Amie. Aku selalu tak pernah bersyukur, sebab tu jadi macam ni. Bile dah dapat yang baik-setia-sayang-kau-betul-betul, selalu taknak jage, selalu taknak hargai. Dari dulu selalu main-mainkan perasaan orang.

Memang, aku taktau yang karma tu sakit macam ni. Dah berape orang dah, sekarang kena la balasannye untuk orang-orang yang kau sakitkan hati tu. Sebab mase tu kau pikir hati kau, seronok kau, bahagia kau, perasaan kau, kau tak pikir pulak perasaan sakit hati orang tu. Sekarang baru kau rase, ha rase kau! T_T

So, tolonglah, berhati-hati dengan balasan karma, jangan buat orang, nanti karma, ingaaattt. Jangan sakitkan orang, nanti kena balik, inggaaaatttt. Jangan buli kucing, nanti kucing buli balik.. eh?


+_+

Sunday, September 12, 2010

Cinta tu harus ke buta?

Dear bloggie,

Hai bloggie, kite bertemu lagi. Bloggie sehat? Harap sehat sejahtera la hendaknye ye..

Bloggie, betul ke cinta tu buta? Dulu kan bloggie, I selalu geram dengan kawan-kawan I yang bodoh dan diperbodoh-bodohkan bile bercinta. Geram tau bloggie, nak nak bile boyfriend diorang tu jahat,kuat kongkong,mengada-ngada gedik,bile gaduh nak maki maki, sampai wat kawan-kawan I sume menangis. I pulak yang geram tau bloggie.

Lepas tu, kawan-kawan I ni pulak, dah tau macam tu, putus je la kan, macam la takde laki lain nak kat diorang, banyak je laki lain yang baik untuk diorang tapi diorang je taknak. Tahape hape tah kan bloggie? Kesian kawan-kawan I. Selalu I harap boyfriend I tak macam boyfriend diorang.

Yang I geram tu kan bloggie,bile kawan-kawan I nak keluar dengan kawan-kawan diorang,boyfriend diorang tak bagi,konon-konon jealous la,takut keluar dengan laki lain,pastu nak jage hati punye pasal terus tak jadi keluar,pastu nangis-nangis la,maki-maki la,pfftt,jealous tak bertempat,menyampah la bloggie,padahal hah hamek,ade je boyfriend diorang yang curang,keluar dengan pompuan lain.hah hamek kau. Tapi bloggie, masih taknak putus. Masih sayang, masih bagi peluang, masih sayang, eh eh dah cakap. +_+

Hmm. Serious menyampah bloggie, I selalu berdoa I tak dapat boyfriend macam tu, tak kongkong, jealous bertempat, lega selama I bercouple takde yang macam tu.

Tapi sekarang kan bloggie, I dah faham kenape diorang masih sayang walau buruk mane pun perangai boyfriend diorang. Sebab kan bloggie, cinte tu memang membutakan mata dan hati. Nak nak hati perempuan. Tak gitu bloggie? Tu yang banyak buang anak tu. HAHAHA! Ape la bloggie nie, ke situ pulak. +_+

Dah la bloggie, jum kite pergi beraye tengah-tengah malam ni.

Bye!