Monday, June 28, 2010

Surat kepada Encik M

Assalamualaikum Encik M.

Saya harap Encik M berada di dalam keadaan yang sihat la ye hendaknye. Encik M dah makan? Harap harap juga Encik M sudah makan, tetapi jangan la Encik M memakan ayam jiran saya pula.

Baiklah, tujuan saya menulis surat untuk Encik M ini adalah bertujuan untuk menyedarkan Encik M dan rakan rakan Encik M tentang ketidakpuasan hatian keluarga saya dan beberapa penduduk di sekitar kawasan perumahan saya. Bukanlah niat saya untuk menghalau Encik M dan rakan rakan, bukan ye, tetapi hanya mahu Encik M dan rakan rakan muhasabah diri sebelum Encik M dan rakan rakan seronok bermain judi di atas bumbung rumah keluarga saya dan penduduk sekitar.

Maaflah, andai bahasa saya agak lancang di telinga Encik M. Tetapi seperti kejadian pagi tadi jam 5.30 pagi, saya dan ibu sedang seronok sekali menikmati juadah bersahur apabila kami di kejutkan dengan bunyi derapan tapak kaki dan hilai tawa Encik M. Saya selaku penghuni tidak tetap di rumah ini berasa terkejut yang amat sehingga jantung saya berdegup kencang dan berhenti selama 2 saat. Nasib baik saya tidak mati terkejut Encik M.

Saya harap selepas ini, Encik M akan mempertimbangkan semula kelayakan Encik M untuk tinggal di atas bumbung kami. Kerana Encik M hanya membuatkan kami terasa teraniya. Bawalah kawan kawan Encik M pulang ke tempat asal Encik M sebelum saya dan keluarga serta penduduk penduduk di sini memanggil bomba untuk menghalau Encik M.

Sekian, terima kasih.

*Encik M = Encik Musang

walaupun Encik M comel, tapi tidak Encik M, saya tidak akan terpedaya. +.+

Ex-Classmate Ep 2

ya, akhirnye gamba gamba ex classmate yang di nanti nanti kan muncul juga akhirnya. hehehehe.
secara detailnya, sambungan dari entry 'Ex-Classmate Ep 1', kami telah berjumpa di Jaya Jusco Selat Tebrau, Johor Bahru. Yang datang cuma saya, Nisa, Nazmi, Shida, dan Huzaimie saje. Yang lain lain semua sibuk dengan hal masing masing and tak dapat nak join sekali.

So xpela, ramai ni pon dah cukup meriah =)

Aktiviti kitorang mase tu, just pegi makan, and then jalan jalan dalam Jusco tu, then pegi main bowling. hehehe. walaupun x banyak benda nak buat, tapi kitorang tetap happy sebab at least dapat jumpa balik, and memang meriah je.

Lihat saje lah gamba gamba bahagia kami.













hehehehehehe. oke bye.

Sunday, June 27, 2010

Jangan Perasan. Please.

Babe, I kawan dengan you, sebab I memang dah lame kawan dengan you. So, bile things between us macam different I hope you jangan ingat yang I nak kat you ke ape. It's just that I memang berperangai begini. I memang baik dengan orang. I harap you jangan salah faham pulak oke.

I hanya anggap you kawan and tak lebih dari tu pun. So kalau you macam nak elakkan diri dari I sebab you fikir I suka kat you, memang xlah babe. I memang begini, and I memang suka care pasal kawan kawan I. Hope sangat you faham and jangan ingat I nak flirt dengan you pulak. No no no and no way oke.

Kite dah kawan lama, so I harap relationship as a 'kawan lame' tu kekal oke. I senang kawan dengan you and I harap jugak you senang kawan dengan I. Oke?

Tengs babe if you not take things seriously and be normal as usual. Oke?



Tak tau la kenape. Lately I rase macam lonely, and sensitif sikit, and selalu rase nak menangis je. Ya, even kalau bangun pagi and tengok mak and ayah xde pun I dah rase nak nangis. Tengok gamba-gamba kawan yang sedang bahagia pun I rase nak nangis.

Oke bayangkan pulak tadi I tengok 3 movie direct. First movie 'Edward the Scissorshand' then cite 'Obsessed', last cite 'Slumdog Millionnaire'. Cite Edward Scissorshand tu, I dah tengok banyak banyak kali kot, bile part lagu dia yang sedih tu, mata I dah bergenang, dah rase nak nangis. Pastu cite Obsessed tu pulak, bukan cite sedih kot Amie oi. Tapi bile part Beyonce tu protect husband dia, sebab dia memang sayang gila kat husband dia tu, I dah pergghh nangis babe. Seb baek tengok sorang2. Malu I dibuatnye kalau tengok ramai ramai. Then last cite Slumdog Millionnaire, part lagu rancak kot, mase kat Taj Mahal tu I boleh nangis. Aduh. Padahal part tu part diorang tengah bahagia dapat duit banyak.

Hmm tah la. I pun tak paham betul. Haha.

Tadi pulak, tengok gamba bahagia akak di perantauan. Tu pun nak nangis jugak. Maybe nak nangis sebab tengok beg yang dea bawak tu lawa sangat kot.

Haha!

Oke, bye!

Saturday, June 26, 2010

Ex-Classmate Ep 1

Hari ni saya dan beberapa ex-classmate saya, *xla ramai mana sangat pun, berjumpa semula setelah semuanya berumur 20 tahun. Kali terakhir kitorang jumpe pun kalau tak silap tahun lepas, raya. so mase tu baru 19 tahun kan. hehehe.

Sangat seronok hari ini. We're having a great day together, sebab banyak gelak, banyak cerita kenangan lama, banyak usik mengusik *amboi romentik, dan banyak banyak banyak lagi.

Entry akan datang, sile nantikan gamba2 kami ye.

Oke gonna update later.

=)

Thursday, June 24, 2010

Wish

entry yang bakal di tulis tiada melibatkan adegan mencampak duit syiling dalam kolam or longkang dan membuat hajat ye. tidak tidak tidak.

entry kali ini melibatkan penyakit2 yang saya alami sepanjang berada di rumah, Johor Bahru.

sebelum tu, tadi saya berpuasa ganti! =)

oke oke oke. sambung pasal penyakit tadi. mula-mula saya mengalami gusi berdarah setiap kali sewaktu mandi. ini bukan alasan malas mandi ke ape ye. bukan bukan. ini adelah realiti dewi eh tak tak tak realiti saje.
oke kemudian, saya mengalami bengkak mata yang agak kronik. sampai tak boleh bukak mata. eceh. tu tipu.
bengkak mata saya adelah seperti gamba ini,


oke, lepas ni saya berjanji tidak akan lagi mengintai orang mandi. eh eh eh. tak oke. tak intai pun. haha. tak tau la kenape boleh jadi kejadian seperti ini.. aiihh...

oke dah.

baru baru ini, saya telah menyimpan hasrat untuk menyimpan wang dan menunaikan beberapa hajat hajat saya.
antara hajat hajat tersebut ialah:

1) Membuat lesen kereta kerana dengar berita harga buat lesen akan naik hingga mencecah ribuan ringgit. oh no! *oke Amie, jgn duk buat gedik ngat.
2) Then nak beli ini,

*from Clarks
3) Dresses from Mango maybe? Macam ni!

4) Dan ini,

atau ini,

dan mungkin juga ini,





hehehehehe..
5) Ya, dan pelancongan ke Bali!

*InsyaAllah.

Oke bye! Ade date.




Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day Ayah!


Oke, semasa saya kecil, saya begitu rapat sekali dengan ayah.. serapat ini..

saya la yang berseluar merah berbaju hijau belang2 seperti cicak melekat di kaki ayah itu.

Tetapi, apabila saya berumur 8 tahun, saya berpindah ke Kuala Terengganu bersama keluarga tanpa ayah kerana ayah terpaksa menguruskan perniagaan di Taiping.

Jadinye saya berpisah dengan ayah hampir 3 tahun setengah, dan jarang sekali untuk berbual dan berbicara dari hati ke hati dengan ayah walaupun ayah sekali sekala menjenguk kami di terengganu. Maka dengan sebab itu. Saya dan ayah makin kurang rapat, kurang bercakap dan segala-galanya kurang la.

Oke, apabila saya sudah darjah lima dan berpindah semula ke Taiping, saya juga kurang berjumpa dengan ayah. Saya dan hal saya, dan ayah dengan perniagaan beliau. Lagipun, mase tu kecil lagi kan. Mana la nak pikir benda benda ni semua. ade ke semasa awak awak semua kecil dah berfikir hendak menguruskan sebuah syarikat besar? kalau ade tu..hmm rugi zaman kanak kanak ye.
Oke berbalik kepada cerita asal, semakin saya meningkat remaja semakin jauh saya dan ayah.

Biasala, remaja. Penuh dengan pelbagai emosi. So ini ade kena mengena ke dgn tajuk? Oke dah.

Walaubagaimanapun, sekarang saya sedang cuba untuk merapatkan kembali hubungan silaturahim dgn ayah. Walau bagaimana cara sekalipun, saya tetap sayang kan ayah. Sebab ayah rawwkk!

HAPPY FATHER'S DAY AYAH KU! =)





Mengarang & Pengarang

Berdasarkan tajuk di atas, di sini saya ingin memperkatakan tentang sedikit isu mengenai pengarang yang mengarang entry.
ewah dah serupa surat rasmi pula.

Oke, oke enough.

Ye, bagi pendapat saya la ye, tak semua orang dikurniakan kepandaian dan kekreatifan untuk mengarang ayat supaya orang tertarik untuk terus membaca karangan mahupun penulisan mereka.

Disini, saya bukan lah ingin memperkatakan betapa hebat nya saya di mata dunia dalam bidang ini. Tidak sama sekali ye tuan-tuan dan puan-puan.

Cuma apa yang saya ingin tekankan di sini adelah, with my own experience dan oleh kerana saya suka ye membaca penulisan orang ni, saya rasa tidak semua mempunyai kelebihan mengarang dan membuatkan pembaca terkesima dan terus terusan ingin membaca penulisan beliau dari awal hingga hujungnya.

Kadang-kadang ade yang mengarang ayat yang entah ape-ape ntah yang dia cube nak ketengahkan sampai saya sendiri bergenang air mata menahan sabar membaca penulisan mereka. Jadi hati ini begitu terkesima sekali. ini lebih la ni Amie.
Tetapi ye kawan-kawan, ada juga yang begitu hebat sekali penulisan mereka, walaupun entry mereka beribu-ribu saya sanggup untuk membaca entry mereka hingga berjam-jam lamanya. fuuh. seriously ini tak tipu.

Oke, ade juga yang mengarang entry mereka melibatkan love life mereka. Ini sangat la romentik dan sweet. Tetapi, itu la seperti yang saya katakan, jika mereka mereka ini tidak pandai mengarang, romentik dan sweet tu boleh bertukar menjadi air laut dan godzilla. Hah??
Tetapi jika anda pandai mengarang ayat, memang sumpah tak tipu la manis,syahdu,indah,romeo,juliet,shrek,doremon,shin chan la sume ade.

Jadi, kesimpulan nya, makan la durian instead of petai.

=)