Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day Ayah!


Oke, semasa saya kecil, saya begitu rapat sekali dengan ayah.. serapat ini..

saya la yang berseluar merah berbaju hijau belang2 seperti cicak melekat di kaki ayah itu.

Tetapi, apabila saya berumur 8 tahun, saya berpindah ke Kuala Terengganu bersama keluarga tanpa ayah kerana ayah terpaksa menguruskan perniagaan di Taiping.

Jadinye saya berpisah dengan ayah hampir 3 tahun setengah, dan jarang sekali untuk berbual dan berbicara dari hati ke hati dengan ayah walaupun ayah sekali sekala menjenguk kami di terengganu. Maka dengan sebab itu. Saya dan ayah makin kurang rapat, kurang bercakap dan segala-galanya kurang la.

Oke, apabila saya sudah darjah lima dan berpindah semula ke Taiping, saya juga kurang berjumpa dengan ayah. Saya dan hal saya, dan ayah dengan perniagaan beliau. Lagipun, mase tu kecil lagi kan. Mana la nak pikir benda benda ni semua. ade ke semasa awak awak semua kecil dah berfikir hendak menguruskan sebuah syarikat besar? kalau ade tu..hmm rugi zaman kanak kanak ye.
Oke berbalik kepada cerita asal, semakin saya meningkat remaja semakin jauh saya dan ayah.

Biasala, remaja. Penuh dengan pelbagai emosi. So ini ade kena mengena ke dgn tajuk? Oke dah.

Walaubagaimanapun, sekarang saya sedang cuba untuk merapatkan kembali hubungan silaturahim dgn ayah. Walau bagaimana cara sekalipun, saya tetap sayang kan ayah. Sebab ayah rawwkk!

HAPPY FATHER'S DAY AYAH KU! =)





No comments:

Post a Comment