Friday, July 30, 2010

Random Ep2

Hai rakan-rakan.

Anyway, nak congrats kat budak-budak yang join Kasukma (Karnival Sukan Mara) last year and menaikkan nama Kolej lantas dapat free trip ke Bali oke tipu, ke Singapore pade hari ini. yay!! tengok muke masing-masing tadi excited je nak pegi. yela sape tak excited, pegi Singapore koott. free pulak tu, aku pun excited wey wey wey wey, tula sape suh tak join Kasukma. kahkahkah.uat Kalau aku jadi diorang, aku amek peluang keemasan tu pegi konsert Katy Perry terus. T__T

Seronok je tengok budak-budak tu seronok, macam seronok bile buat system, and system tu run dengan jayanya macam ni,




*click image for larger view

Actually, ni mase kelas OS bersama Encik MickeyMouse tempoh hari. Soalan beliau agak mencabar diri ini, sebelum ni dea bagi soklan, 5 minit je boleh siapkan, oke tipu. Tapi kali ni, agak sejam gak la nak siapkan, oke tipu lagi. Last-last diri ini dan rakan-rakan kelas berjaya jugak siapkan.. +__+

p/s:bulan ni lambat pulak elaun keluar kan? kan? kan? kawan-kawan kolej.

oke bye!

Tuesday, July 20, 2010

Obsesi terbaru

okay mule mule ni nak ni...

pastu tibe-tibe nampak ni, nak yang ni pulak..

beberape minit kemudian, yang ni pulak datang... terus hati ini terpikat, lantas nak yang ni...

dah sudah, yang ni pulak muncul, tibe-tibe rase nak curang dengan yang atas tadi...

pastu yang atas tadi bermadu pulak dengan yang ni..dah semua pun nak....
can anyone buy them for me?
anyone?
T_T

Monday, July 12, 2010

New class, new classmate

oke hari ni dah start masuk kelas. agak terasa asing sikit dalam kelas tu. tapi takpe, aku suke environment kelas baru and rakan rakan baru =)

hai rakan taulan yang baru, semoga tidak bermusuh dengan saye ye. hehehehe.
first-first masuk kelas tadi, aku dah datang lambat. maybe lambat 10 minit macam tu kot, aku pun tak pasti, sebab jam aku macam awal je. jam aku rosak kot. *eceh, salahkan jam pulak. kehkeh.
anyway, pergghh aku dah tak tau nak jawab ape, aku bantai je la cakap ade roadblock. ngahahahaha. and lecturer tu was like "hey, it's your responsibility to come to class early, the police is doing their job..." tah ape tah lagi dea cakap. &*^%&!!@#@!!%%.

aku dah la tak cukup tidor, lambat pulak, lagi nak bebel bebel. oke amie, jangan nak blame lecturer sane sini, sape suh pegi tengok bola sampai 5.30 pagi. padan muke kau.

anyway, aku suke sangat dapat kelas baru, and lecturer baru, kawan-kawan baru. xdelah asyik mengadap muke same selame 5 sem berturut-turut. to those yang mengada ngada nak moody sane sini, sedih la, tak suke tuka kelas la, get real la beb. takkan selame lamenye kau nak kawan yang same je. jangan la nak manja sangat oke. bukan la aku nak cakap yang aku tak suke dengan classmate lame aku, tapi oke aku dah penah cerita pasal peel classmate aku dalam entry yang lepas, so aku memang nak sangat tuka kelas. harap faham. oke?

semoga semester ni lebih baik dari yang lepas lepas.

=)

bye.

Sunday, July 11, 2010

Segamat-Muar

hai rakan taulan.

jumaat lepas, Nanie bawak gi jalan-jalan kat Segamat and terus ke Muar. Walaupun penat and macam tak mandi 2 hari,perjalanan kami sangat seronok. siap makan rambutan buang buang sepanjang jalan lagi. ngahahaha. maaf orang segamat dan muar :)

kat Muar, kitorang pegi satu tempat tepi laut. Nama tempat tu Tanjung ke ape tah kalau tak silap, and kitorang jumpe Jason Mraz Malaysia wa cakap beb.


memang best giler pakcik nie. kalau korang pegi Muar, tolong lah pegi Tanjung tu ye. carik pakcik ni, dah la suare sedap, sporting abes, hafal pulak tu semua lagu. cakap je korang nak lagu ape, melayu, english, jepun silap2 tamil pon boleh kot. hehehe. kitorang buli pakcik ni 3 lagu. hehheh.ni antara salah satu lagu yang kitorang suruh nyanyi. maaflah kalau x berape nak dengar, and terpaksa teleng2 kepale nak tengok. hahaha.

anyway,selamat berjumpa lagi ye pakcik Jason Mraz Malaysia. =)

oke,bye.

Friday, July 9, 2010

New semester

helo rakan dan taulan, lintas langsung dari Tasik Kesuma,Beranang,Selangor =)
eceh.
oke,tadi aku dah daftar untuk semester baru. semester lima. selamat datang semester lima di dalam kotak ingatan.eceh. bai bai semester lame. semoga semester lima tidak cube bermusuh dengan aku dan cube menjatuhkan aku buat kali kedua. kalau tak, kite putus kawan ye semester lima.

banyak benda sebenarnye nak cite pasal pendaftaran yang cume ambik mase 5-8 minit macam tu. tapi macam penat la pulak. baru je sampai dari Bangi ni. celebrate last day Nanie di Beranang.

hmm tapi, aku berkorban la penat aku, demi rakan taulan tercinta.piwit.

oke, aku ingatkan hari ni daftar pukul 12 la. so aku pun macam bermalas-malas la nak bangun kan. tapi, mimpi dan tidur yang indah di ganggu oleh sang teman,Pika. dea kejut aku bangun pagi suh siap pegi daftar. aku pun dengan belagaknye cakap la, aku daftar kul 12 la pika. pastu tarik selimut, sambung tido. haha! pika pun macam, oh yeke, oke oke kau tidur la balik, ganggu kau tido pulak. haha! untuk kali kedua. last2 kena gegar ngan sang teman yang lain,Acik. dea cakap kena daftar pukul 10. aku pun, eh aku rase macam pukul 11. HND pukul 11 kot daftar. haha! untuk kali ketiga. so aku pun, pegila daftar kul 11. sampai sampai kolej, Pika kol cakap Kiki bagitau kena daftar kul 10, aku pun dengan tak gelabah dan rileknye cakap, oh yeke, oke xpela, aku nak gi daftar la ni. haha! untuk kali keempat.

then sampai sampai, ramai je lagi yang tengah daftar, aku pun terus sign nama, ambik borang pendaftaran subjek, hanta bank draf, terus blah. tanpa menghiraukan bayaran muafakat dan koperasi. ngahahaha! hebat gile aku rase. orang lain sume duk sibuk bayar aku rilek pulak x bayar, siap hasut orang lain suruh diorang xyah bayar. *oke harap xde lecturer KPM bace blog ni.

=)

lepas abis tu, terus chow teman Nanie setel hal kat pejabat and terus gi cafe makan. haha! buat kali kelima. pastu petang pegi jumpe mentor pulak, untuk daftar subjek. lepas jumpe mentor, dea suruh daftar online pulak, terpaksa la pegi CC sebab kat kolej system down. cis punye adillahas. adillahas, kite bermusuh mulai dari hari ini. huh! tanak kawan! oke, pastu bile nak print subjek yang didaftar tu pun, system macam siut. so pegi balik masuk kolej mintak cop dekat UPP (Unit Pendaftaran Pelajar). carik mentor pulak, sebab nak terus hantar. nak setelkan terus la hari ni kan. tapi sebenarnye, just kena daftar online je dulu. benda lain sume kena hanta sebelum 13 july. cis betul. penat je ulang alik ape sume sampai peluh peluh ketiak ha. seb baek pakai rexona. tu pun curik Nanie punye sikit. *eceh.

oke dah. penat. ngantuk.

boleh tak aku tidur rakan taulan?

=)

bye!