Wednesday, August 25, 2010

See see see!?

My bebi dah ade baju baru, siap ade taman enchanted-fairy-ke-ape-tah-tu. Kiut kan bebi I pakai baju princess ni? So-princess-lah-bebi! Geerraaawwmm I!


Dah penat-penat main, terbongkang macam lembu jatuh longkang. Nasib comel, kalau tak dah pijak dah.

Yang sayang bebi dan berkorban ape saje walau assignment tak siap lagi memang kena senyum terpaksa macam ni. Hah tengok tengok.

Mata sembab dan senyum bapok Episod 1.

Mate sembab dan senyum bapok Episod 2. Kihkihkih.

Oke lah, nak sambung buat assignment.

Bye!

Yang baik dan banyak assignment,
Amie.

Tuesday, August 24, 2010

Vaksinasi rashes

Pada awal pagi tadi, sepulangnya Pika ke rumah, I mintak Pika tolong bawakkan I pegi klinik kesihatan dekat Beranang untuk memberi I ubat sebab penyakit merah-merah gatal ni semakin menjadi-jadi dan mula menular ke bahagian belakang badan.

T__T

Mujur Pika takde kelas pagi tadi, and I terpaksa la skip kelas CP sebab I dah tak tahan dengan gatal-gatal ni. Yela takut tinggal sticker 20 sen pulak kat tangan and kaki. Huihuihui.

Lepas tu, doktor hensem yang check I, doktor hensem tu mintak nombor telefon I, siap ajak I dating dekat Tasik Kesuma. Yay!yay! Korang kena tipu. +__+

Lepas kena check dengan doktor and I mintak MC, doktor suruh I pegi enjek vaksinasi rashes *ceycey, ingat ni H1N1 ke ape nak ber-vaksi-vaksi* T__T

SAAAKKIIITTT!!


Doktor cucuk 2-2 tangan! Doktor jahat, I pun hempuk kepala doktor dengan helmet. Yay!yay! Korang kena tipu lagi. Tak lawak pun. Buuuu...


tengok tengok tengok. jahat kaaann doktor! grrrrr...

T___T



Tapi tadi I pegi kelas jugak taww! Rajin an? an? an? an?



Yang kena cucuk dua kali,
Amie.

Monday, August 23, 2010

I am the one who always missed you.

Faham tak macam mane perasaan nye tu?

Bile tengok U mesra dengan orang lain, terus senyum sumbang macam ni,

ataupun senyum lepas botox hidung,

tau buruk. Tapi macam tu la perasaan nye bile U buat I sakit. I sakit sorang U bukan tau pun macam mane rasenye. Rase macam oke, I really need to talk to U, nak tau U oke ke, U sakit ke, dah tidur ke, demam ke, tapi when I call U, 'WAITING', haa sakit tak sakit.

I tau, I've been annoying lately, macam U layan nak tak nak tak, tapi I yang overreacting yang 'Yes,I nak nak nak nak U layan I', sedihhnyeeeee....

I dah berusaha untuk tidak jadi annoying, yang selalu nak dilayan lebih lebih sampai kadang U pulak yang naik menyampah, I tak tau la U menyampah ke tak, tapi kalau I jadi U maybe I menyampah.. tsskk..

Oke I nak buat satu tempat khas untuk I dengan U satu hari nanti which is when I pun tak tau la U,

I tau tempat tak berape lawa dengan tu ape motor ke basikal ke ape tah tu, tapi ape yang I imagine lawa T__T

Sweet kan? I boleh jadi sweet khas untuk U je.

Anyway, I selalu bagi U bau ketiak I, and U selalu cakap ketiak I wangi.

Thanks U.

Aku emo?

Aku emo? Emo macam mane? Macam budak-budak yang iron rambut depan pastu melekat kat dahi pakai celak tebal-tebal toreh toreh tangan. Macam tu? Macam tu?

Abes, same la kalau kena beratur panjang nak mampus tunggu mase semate-mate untuk beli sebiji donat sedap tapi di last-last, bile sampai, donat tu dah habes.



Tak ke emo kau?



Pastu ape? Nak kena tunggu 365 hari lagi untuk sebiji donat tu? Kalau memang taknak donat lain, mesti la kena tunggu untuk satu donat tu je.

Abes kalau tunggu punye tunggu, masih tak dapat donat yang dikehendaki, perlu nak berseronok? Perlu ke untuk tidak berasa emo?



Cube faham hiperbola dan metafora.



Tapi Amie, kau kena percaya kepada takdir jugak, kalau donat sedap tu bukan untuk kau, kau kena terima yang donat sedap hak orang lain.


Mungkin jugak kau kena percaya kepada keajaiban yang akan wujud donat sedap yang lebih sedap.





Aku je yang taknak donat sedap yang lain, sebab donat sedap pujaan hati tetap menjadi pujaan hati, mungkin sampai bile-bile, cume donat sedap tu je buat-buat tak nampak.




Aihhh.........

Sape mahu menangis?

Tak perlu lagi nak ego. Buang la ego tu, cepat menangis sekarang.


Sometimes it's necessary to cry on something that isn't necessary.

Get what I mean?



Aih biaselah, sejak takde kekasih ni hati memang cepat tersentuh tengok video-video macam ni.



T__T

Mati ah mati ah

Hari ni aku nak pergi kelas pukul 11. Kelas PC,esok ade practical which is sangat penting untuk aku pergi menimba ilmu. *oke, sekarang dah mule rase resah, hati berdebar-debar, darah mengalir laju. perrggh.

So, aku bangun liat-liat sikit sebab mengantuk gile la kan. Tengok tudung yang dah bergosok, tah sape tah pinjam, so aku kena pergi gosok tudung jugak. Yang mana tudung tu kat luar sedang terjemur indah. Bile aku nak keluar, tengok tempat letak kunci, KOSONG. Tengok atas tangga, KOSONG. Selongkar beg-beg tangan, KOSONG!! ^%&^$^&&^$^%#&.

Omaigod! Omaigod!

Jantung aku dah berhenti 2 saat. Tanpa pikir panjang, terus mesej Pika, dan ni keluar "Message not sent. Please try later!" Waduuhh, lupe pulak kredit habes. Try Sos Topup, tak dapat dapat, try mintak share ngan mak, mak pulak tak cukup kredit.

Mati kutu. Mati kutu.


Last sekali, amik tuala mandi. Sambil menunggu kepulangan housemate.




Memang mati aku, mati ah, mati aku. *nak cakap banyak-banyak kali


P/S: Kelas En Z pulak tu pukul 1 karang. Memang mintak bar, memang mintak bar.

Nak jugak tamak

Oke tengok ni,


A tu konon-konon Pharell. Dan B boleh jadi Adam Lambert, eh tak boleh, Adam Lambert gay, oke B konon-konon nye Justin Timberlake.

I nak dua-dua, A pun I nak, B pun I nak.

Boleh tak kawan-kawan?



Tengok tengok tengok, dah tamak dah, dah tamak dah.

+__+







P/S: A gift for pembaca blog I yang takde account google, haritu ade yang mengadu nak komen tak boleh sebab takde account, so sekarang dah boleh! Thanks korang sudi bace. Malluuwww.... T__T

Sunday, August 22, 2010

Pernah tak

Korang buat salah, tapi korang tak nak admit yang korang dah buat salah, tapi pegi salahkan orang lain yang tak patut pun korang salahkan sebab korang dah rase korang bersalah. Dengan itu korang pegi buat muke sedih sambil dagu letak atas meja. *ape benda ni?

Lepas tu lepas tu, pernah tak korang rindu kat orang, yang macam sangat-sangat rindu tu, tapi korang tau orang yang korang rindu tu langsung tak pernah ingat korang or tak de pun rindu di hati beliau. Lantas korang pasang lagu-lagu sedih dan berguling-guling atas tilam sambil sedih peluk bantal and kenang-kenang zaman bersama dahulu kala atau pegi bukak mesej-mesej lame yang korang simpan sampai dah cecah setahun lamanya. *alangkah pilu hati ini,kate hati kepada diri ini.

And then, pernah tak korang sayang kat orang, yang betul-betul sayang sampai tak pandang dah laki/pompuan lain tapi truth is orang yang korang sayang tu cume anggap korang kawan je.

Lepas tu, pernah tak korang adore orang lain yang sampai korang cakap macam ni, "Cantik la dea ni", "Cool la dea ni", "Funny la dea ni kan", "Eh dea ni best la". Ha macam tu. Haritu, aku bace majalah Cleo, yang editor punye side tu kan, dea cakap, kalau korang berjalan-jalan kat mall, kalau laki toleh korang 2 kali, or pandang-pandang sambil memberi siulan tak manje tu, means korang mungkin mempunyai struktur badan yang cantik, or bontot korang melentik manja yang boleh menaikkan nafsu, or apalanco lagi lah kan. Tapi, kalau korang berjalan and perempuan pulak yang toleh korang dua kali, or pandang je korang, jangan la pegi maki pompuan tu pulak, sebab kalau pompuan yang pandang dua kali tu means korang memang cantik, pandai bergaya, comel, adorable dan sebagainya. Jadi, ladies, jangan bangga dengan siulan lelaki, tapi bangga dengan siulan perempuan. *eh kalau perempuan yang bersiul kat korang dah macam les lah pulak kan. Ceh.

Oke, lately aku betul-betul berasa sangat lonely habes. Tak sabar nak balik cuti kat rumah ku syurgaku di Johor Bahru untuk bergosip dengan ibu tentang cucu jiran sebelah dan anak lelaki jiran depan yang kememeh nak mampus. Haha!

Harini, awak dah balik sana. Orang sedih sebab awak balik sini sekejap sangat and takde mase nak melepak dengan orang lame-lame macam dulu-dulu.

T__T

P/S: Lagu Falling dalam blog aku ni sedih kan kawan-kawan? Hmmm. Rindu betul dengan hang.

Saturday, August 21, 2010

Cikaro Ep 2


Bebi, I dah belikan U baju baru.

DAN

LCD!

Cis!

Oke,bye!

Yang sayang Cikaro,
Amie.

Orang tamak selalu rugi

Mase keluar dengan kakak beberape minggu yang lepas, kakak mengajar I satu benda, jangan tamak, nanti rugi.

I mendalami maksud beliau sungguh-sungguh.

Dan sesungguhnya benda tu betul.

Selama ni I tamak. I rugi besar. Macam rugi bile U main judi kat casino Las Vegas, last-last U pokai.

I nak ni, I dapat, I nampak yang tu I nak yang tu pulak, I dapat jugak, tapi in the end, I sorang-sorang. Padan muke I kan kawan-kawan?

T__T

Macam haritu, I mintak kakak belanje I perfume Body Shop yang Lychee ape tah harge dea RM40 kot, lepas tu sesampainye kat kedai I nampak perfume Japanese tu kan, yang harge dea RM79.90, tapi akhirnye, due-due pun I tak dapat.

Nak pegi menangis sekarang..

T__T

So...

Janganla tamak lepas ni ye Amie..

Oke bye!

Yang tamak haloba taik hidung masin,
Amie.


Sehitam langit mendung

Oke kawan-kawan, aku dah tau dah warna baju raya pilihan hati tahun ni.

Nak cite dulu, hm tadi aku nak Kak Ira pegi bukak puase kat KFC Semenyih yang besar tu. Tapi kami tersampai awal. Sebab terlalu awal, maka kami pegi la Tesco kejap kan sementara tunggu pukul 7. Lepas tu, aku pun ajak Kak Ira survey-survey baju kurung, sebab kami bercadang nak pegi membeli baju raya sebelum pulang ke kampung masing-masing.

+__+

Then tibe-tibe, kakak kedai tu tunjuk kat aku satu baju kurung ni, cantik sangat *bagi aku la. Terus hati ini terpikat dan meronta-ronta nak beli, tapi disebabkan nak survey je dulu aku pun menolak pelawaan kakak kedai untuk mencuba baju kurung tu dengan muka manis tapi dalam hati 'weh-baju-awat-hang-cantik-sangat-tunggu-la-nanti-aku-beli-kau!-grr!'.

Daaaannn warna baju tu warna hitam!!

Kenape nak pakai baju warna hitam? Sebab bagi aku, warna hitam adelah warna rasmi orang-orang single.

T__T

Warna hitam melambangkan anda ni janda dan single dan takdak-sapa-nak-kat-hang. grrr lagi.

Nak pegi menangis sekarang..

Tsktsk.

Oke, disebabkan raye pertama nanti telefon tak diperlukan untuk menelefon kekasih dan meminta maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya seperti raya-raya yang lepas, maka warna hitam adelah sangat sessswwaai untuk kau Amie.

^&%$^$%^#$^%&&^*%$#%&^

Oke,bye!

Wednesday, August 18, 2010

Bebi ku, Cikaro.

Bebi, I tau U sedih I takde mase nak jage U, sayang U, manjekan U, belikan U baju baru, bilik baru. Sory bebi.

Bukan I tak sayang U, tapi mase tak mengizinkan. Nak-nak zaman kesibukan I sekarang ni. Kalau I kena jage U je takpe bebi, tapi I kena jugak jage jiran-jiran kite. Kalau jiran kite ade sorang dua je takpe la, ni sampai berpuluh-puluh. Maaf T__T

I tau, U selalu cube nak lari rumah sebab takde orang jage U. U selalu kena tangkap dengan pakgad, pastu I kena bayar 50 kat pakgad tu sebab nak selamatkan U bebi. Bebi, boleh tak U jangan lari-lari rumah, risau la. Dah la kena bayar pulak tu kalau U kena tangkap. Aiih bebi, I sayang U oke, bukan tak sayang. Tolong la paham yang I busy.

T__T

Oke macam ni, I promise, kalau I tak busy, I akan selalu jage U macam dulu-dulu oke. Hari-hari I bermain-main dengan U. Oke bebi? Jangan sedih-sedih tauuu..


Muuahhhxx!
Yang sayang bebi,
Amie.

Sunday, August 15, 2010

Bile Amie mintak cacian

Hye kawan-kawan.

Semua benda dah bosan nak buat sebab semua orang pun mule menjadi hipokrit termasuk diri ini walaupun diri ini tak tau ape yang dihipokritkan sebab diri ini saje je nak tulis macam ni.

&&^&^&**!!$%$^&

Puas?

Saye rindu semua orang laaa kawan-kawan.. Macam mane ni? Takde sikit pun hati ini berbelah bagi. Nak list kan orang-orang yang dirindui boleh? Tapi macam mengade je nak buat macam tu, kan? Tapi nak bagitau jugak. Rindu Mak & Ayah, rindu adik beradik, rindu kucing di rumah walaupun beliau tak rindu diri ini T__T, rindu Amen, rindu Nanie, rindu kawan-kawan Taiping, rindu kawan-kawan JB, rindu kawan-kawan KPM walau boleh jumpe, rindu ahh mengada lah ang amie.

T__T

Sepanjang Sabtu dan Ahad ni diri ini tinggal berdua je dengan Pika. Encik bosan xde pun datang mengganggu, so diri ini dan Pika boleh nyanyi lagu Usher-Yeah!. Kan kawan-kawan? ^___^

Oke takde isi tertentu, bye!

P/s: Nanie cepat datang mengambil ex-housemate mu ke Bukit Ampang untuk bermain bunga api. Kalau ade something yang tak dijangka jadi depan mata mesti muke korang buruk kan sebab terpinga-pinga tapi tak sedar keburukan tu. Kuikuikui. Lagi satu, kredit I habis laaa kawan-kawan. +__+

Thursday, August 12, 2010

Mari kawan-kawan, kite berhibur...

Mempersembahkan.......


tada!! Courage the cowardly dog!! *applause applause

Mase I kecik-kecik dulu, darjah 3, mak I pasang Astro kat rumah, bahagia betul mase tu, then I suruh mak I langgan cartoon punye channel, Nicklodeon, Disney and Cartoon Network. So cerita ni salah satu dari cerita cartoon fevret I selain Dexter the Laboratory and Powerpuff Girl ^__^

Saksikan bersama ye.

*tutup lampu,macam wayang.

Selamat menonton, bye!

Wednesday, August 11, 2010

Kisah 3 orang kawan

Pade suatu mase dahulu, berdasarkan kisah benar yang dialami oleh nenek jiran saya yang telah pun meninggal dunia, jangan takut, mari dekat, dengar cerita saya.

Dahulu, ade 3 orang kawan baik yang bernama Rosli, Kurniawan dan Zabedah. Mereka sangatlah baik dan sentiasa bersama kehulu dan kehilir. Kadang-kadang adelah juga mereka ke muara dan Muar Johor. Kebaikan 3 kawan ini sangatlah tidak dicemburui ramai, kerana mereka hanyalah penuh dengan kepura-puraan dan hipokrit sehingga memakan diri.

Oke Amie, hang ni bukannya story teller yang bagus pun, buat orang tak paham ja. Cita moleh skek.

Okelah, begini, 3 kawan tadi tu, memang la rapat kan, memang semua orang nampak diorang asyik berkepit 3 orang tu je, tapi dalam ke'best-friend'an diorang tu, masih tak cukup kuat lagi. Macam mane ek nak cakap, oke macam ni lah..kite sketch sikit..

lihat kawan-kawan, penat lelah taww lukis ni. Hm oke mari sambung cerita, name pun dah tukar la bagi korang paham.

A,B dan C ni kawan baik. A dan C macam ade perasaan yang saling cemburu antara satu sama lain. Maka A dan C selalu la meluahkan perasaan kat si B ni. Si B ni baik, beliau tak suke gaduh-gaduh, maka beliau menjadi pendengar yang setia je. Walhal si A dan C selalu ade je tak puas hati antara satu sama lain, tapi bile berjumpe kemain baik lagi korang ye.

Nak buat dialog boleh?Oke macam ni,

Situasi Si A:

A : B, kau tau tak semalam aku keluar ngan abang aku, pastu aku nampak si C ni kua dengan sape tah, kau tau, maakk aihh kemain buruk lagi baju beliau. Eee dah la warne terang, tak seswaaii tauu.

B : Yeke, hmm bio ke lerr. Dah dea suke kot baju tu. Yang keme nak jeles lebeyh ni kenapeerr. Ateerr teman tak paham betul la ngan kamu ni A.

A : Hmm tapi...bla..bla...blaa..blaaa... *ngutuk-ngutuk-ngutuk

*maaf, bulan puase tak boleh kutuk. +__+


Situasi Si C:

C : Eh, B, kau tau, semalam mase aku kua ngan bakal suami aku, aku nampak si A ni, tengok aku lain macam je. Dah la pakai seliper masuk jamban. Aku buat-buat tak nampak je ler.

B :Hmm elok ler tu. Tak payah ler kamu nak ngutuk-ngutuk banyak. Teman dah penat dah ni.

C : Ala jap la, blaa..blaa..blaa..yada..yada..yada..

*maaf, bulan puase tak boleh kutuk. +__+ Episod 2.

So kawan-kawan, get what I mean?

Tak semestinye semua kawan baik tu baik. Macam yang Kiki cakap dalam blog dea, don't trust sangat your best friend cause best friend can be like scissor in your blanket (gunting dalam selimut)

Pahe??!?

Oke,bye.


P/S: Kawan-kawan, lihat! Blog I sudah meriah dengan kehadiran lagu! ^___^

Tuesday, August 10, 2010

Nak KFC,nak MCD,nak Nandos,nak Secret Recipe,nak Burger King,nak Chicken Chop,nak Nasi Goreng Pedas Egg House,nak semua!

Al-maklumlah esok kan puase kawan-kawan. Mestila diri ini rase nak makan semua tapi berakhir dengan sebulan makan menu kat pasar malam je. Aiihh terus diri ini nak pegi kat sudut-sudut rumah yang gelap pastu pasang lilin mengenang nasib.

T__T

Konfem kena marah dengan mak kalau cakap macam ni kat mak. Maaf ibu, Amie cume manusia biase yang mempunyai naluri. Ceyceycey.

Semoga kedatangan Ramadhan dapat mengembalikan kenangan ke Times Square dan berlari berpegangan tangan bersama Amen di bawah hujan renyai-renyai bahasa eh eh eh salah pulak, semoga Ramadhan kali ni memberi erti yang cukup besar di samping dapat menenangkan ape-ape yang keruh dan memulihkan ape-ape yang rosak, tak gitu kawan-kawan? Semoga Ramadhan kali ini jugak memberi aku sepenuh tenaga seperti lepas makan biskut Tiger untuk menyiapkan assignment yang telah pun diberi oleh pensyarah-pensyarah yang tulus,ikhlas dan telus sebelum kami pulang untuk cuti raya.

T__T

Anyway, Facebook sangat meriah bile Ramadhan, Syawal yang bakal tiba, Merdeka yang bakal tiba juga menjelma. Perasan tak kawan-kawan? I sukeewww Facebook taaawww!

Oke bye!


P/s:Esok first Ramadhan yang tak dapat disambut T__T, so dah boleh pikir warna baju raya tak tuan-tuan dan puan-puan?

Monday, August 9, 2010

Annoying People

Oke,macam mane ek nak start. Hm.

Ade few things yang keep bothering me lah lately kawan-kawan. Aduh. And aku rase macam tak puas hati betul. Oke first, orang-orang yang "Eh, dea ade blog, aku nak buat blog jugak lah". And then berakhir dengan blog lebih kurang macam kawan dea, tapi tuka ayat lain sikit, tapi still lebih kurang same and kalau tak macam tu pun, buat blog nak ikut macam orang, orang cite pasal life, dea pon nak cite pasal life dea, orang nak cite pasal pegi melancong, dea pun nak tiru jugak. Aish. Orang-orang macam ni takde identiti diri sendiri ke? Kenape nak ikut orang? Buat la ayat kau sendiri, ni kau nak tiru-tiru orang, annoying gila. Plus kau nak fake kan diri kau buat ape? Nampak kelakar la.

Then ade beberape orang kawan-kawan yang sudah terang lagi bersuluh, tiru bulat-bulat gaye penulisan aku. Haiissh. Kenape nak tiru-tiru ni? Ni tak tiru dalam blog, tapi dalam Facebook,padahal dea taklah rapat pun ngan aku. Boleh pulak status dea same dengan status aku. Waduh waduh, bikin gawat dong.

T__T

Bukan la aku nak kate aku ni ade gaye mutu dan keunggulan. Bukan bukan. Nanti orang cakap macam ni pulak, "Eleh Si Amie ni, bajet bagus je". Haaa taknak la macam tu, tapi sekadar kalau nak orang lain respect kau, faham kau macam mane, kenal kau, kau perlu la ade identiti sendiri. Ye dak kawan-kawan? Kalau sampai akhir hayat kau asyik ikut orang je, macam mane nak wujud identiti diri. Ye dak?

Ha dah la Amie, malas la nak bace panjang-panjang. Haha. Pandai-pandai la pegi muhasabah diri ke pegi Sabah ke ape ke.

Then, ni dah masuk isi yang xde kena ngena ngan tajuk oke kawan-kawan. I terpikir tadi, I rase abes diploma ni I nak sambung degree tapi course lain.

Meh sini, dengar I cite dulu, banyak betul cite I ni kan kawan-kawan?

Hm, mase I kecik-kecik dulu, I suke cakap kat mak I yang bile besar nanti I nak kerja dengan agensi pelancongan. Pastu I suke tengok cite travel & living, discovery channel tu, pastu I cakap la kat mak I, I nak jadi macam tu tu tu, pastu mak cakap, itu namenye travel host. Pastu I cakap I nak jadi pemandu pelancong. Semuanya pasal travel-travel ni. Then mak I cakap macam ni, "Mi, kalau nak keje dengan travelling agency ni, Amie kena pandai English, pandai bertutur dalam English." Lebih kurang gitu la ye kawan-kawan. Mase I kecik-kecik jugak, dalam adik-beradik I, I sorang je yang paling sangat lemah English. Kakak,abang I semua tutur English lancar je. Sebab diorang suke bace buku-buku English, dengar lagu-lagu English, bace kamus oke tipu. Tapi I tak, I suke bace buku-buku Melayu, buku-buku Sejarah, Geografi oke tipu lagi. So in the end, dalam bahase kasarnye, aku bodoh English.

Tapi I tak berputus asa, I dengar lagu-lagu English, I ingat mase I darjah 2, time tu cuti penggal, I and akak I yang Farah tu, tinggal dengan ayah I dekat Taiping, mase tu dah pindah Terengganu, so I bercuti la kat Taiping, mase tu ayah cume ade kaset Elton John je. So I and akak tercinta asyik ulang-ulang lagu Elton John je. Tu la seingat I lagu English pertama yang I dengar sampai I nyanyi tak tengok lirik. So melalui lagu, I belaja la English. Dengar, sambil bace boleh meningkatkan mutu keunggulan English U allzz oke?

Then mase I UPSR, I dapat B untuk English I, of course la mak I harap I dapat A kan, tapi untuk si bodoh English macam I, tu kire dah memberangsangkan la, sampai cikgu tuisyen I pun tekezut tauuuww.. T__T Pastu I dah tak dengar lagi lagu-lagu melayu, dari Era.Fm terus bertukar ke Hitz.Fm sampai la ni. So mase PMR, alhamdulillah, I dapat la A. ^___^

Oke dah, hang nak belagak ka cmana ni?

So, I rase untuk degree, I nak amek pelancongan, so macam mane kawan-kawan? Wasting time tak? Sebab I rase I taknak sambung degree course computer ni la. Hmm I pun dah pening +__+
Kalau I tekad nak amek pelancongan jugak, I kena kuatkan lagi English I, so that I boleh bertutur dalam English dengan lancar. Kalau I amek pelancongan, degree I 4 tahun, so mase tu umur dah 25 something, kalau terus sambung computer, degree I setahun setengah, so maybe 23 camtu habis. So macam mane?

+___+

Oke bye U allzz.

Ladies,boleh tak aku nak suarakan pendapat?

Sebelum ape-ape, I nak mintak maaf dulu tau if my word might hurt you. Tak bermaksud begitu T__T.

Oke, look, I rase kan, U allzz yang suke mempermainkan hati lelaki tu boleh stop dengan game korang sekarang. Sebab I rase memang tak patut la U all bagi harapan palsu kat diorang. If U all taknak, say taknak, jangan la melayan dea, bagi dea harapan, bagi dea peluang, tapi hati U sikit pun sebenarnye tak nak kat laki tu. Tak patut taaww. Sebab ape I cakap macam ni, sebab benda ni semua pernah jadi kat I. Then benda ni akan jadi karma yang menyelubungi hidup korang tak sudah-sudah. So boleh berhenti sekarang tak? Annoying tahu? Jangan nanti makan diri baru nak cakap macam ni, "Hmmm dulu, tak nak dengar cakap Amie. Kan dah jadi macam ni."

Sekarang I tenang, bile single ni, kepala pun tak sakit, hati pun tak sakit.

Hey, tak suruh U alllzzz single pun taaawww. Suruh jangan main hati je.

T___T

P/s:Pasal keropok Mony yang satu, bergaduh jiran sebelah menyebelah. Tak gitu kawan-kawan?

Hai Encik Blog.

Mesti Encik Blog merindui I kan? kan? ^__^ *malu sendiri.

Pade hari Sabtu yang lepas, aku pegi KLCC untuk berjumpa kakak yang dirindui. Eceh yang hal sebenarnye, 2 hari sebelum tu aku mintak beliau belanje Pizza. Lantas kakak pun setuju berjumpa di KLCC. Oke kawan-kawan, kalau nak pergi berjalan-jalan di Kuala Lumpur, sile jangan pegi pada hari Sabtu, dan toloonnggllaahh jangan naik kenderaan awam. T__T

Mari sini semua, I nak cite sikit sepanjang perjalanan ke KLCC tu. Oke, hari Sabtu tu, I bangun la pagi-pagi. Sebab dah janji nak jumpe pukul 10 pagi, so I taknak la kecewakan kakak, dah la beliau nak belanja, lagi satu I ni punctual tau. Oke, boleh gelak besar semua. Then akhirnye, kakak mesej cakap dea tunggu pukul 11. Boleh bace 2 kali tak ayat 'dea tunggu pukul 11' tu. Sebab kan kawan-kawan, I yang terpaksa tunggu dea setengah jam kat KLCC tu, padahal kalau nak diikutkan, dea naik LRT satu jalan je dari Gombak ke KLCC, I ni lagi jauh tau, dah la naik komuter, benti kat KL Sentral, tuka pulak naik LRT ke KLCC. Cis kan kawan-kawan?

Oke, mase dari rumah sewa I nak ke KTM Kajang, I tunggu la bas macam biase kan. Bas la katekan, mesti la semua bangsa dan masyarakat naik. Macam-macam gaya dan ragam I tengok, I ni memang suke perhatikan orang +___+ Dari budak sekolah yang keluar berdating pastu kepit rambut dea lain-lain jenis dan lain-lain warna, pastu mamat ape tah bangsa dea, Filipina kot, dengan baju kuning terang menyala dan kalau boleh senyum sampai esok pun takpe, then dengan Bangla yang mak aihh bau kau, rase nak cakap macam ni je "Em hello Encik Bangla, how are you, how long you've been staying in Malaysia? Encik Bangla tau tak produk-produk penjagaan bau badan? Seperti, deodoren? Or kalau Encik Bangla tak suke yang roll on, Encik Bangla boleh beli yang spray punye, tapi mahal sikit la. Encik Bangla boleh dapati produk2 tersebut dalam pelbagai jenama, seperti Rexona, Nivea, Adidas oh ye sekarang Dove pun ade, lagi wangi dan lagi mahal. Atau sabun badan? Atau, boleh tak Encik Bangla hanta baju2 Encik Bangla kat dobi? Wangi sikit." Pastu sambil cakap sambil menangis T__T. Aiihh macam-macam hal. Tapi aku tetap tabah, demi berjumpe kakak tercinta.

Lepas kes bus, kes komuter pulak. Kali ni aku rase macam nak naik yang Ladies Coach tu, so aku pun tunggu la kat bahagian tengah tu kan. Kawan-kawan tau kan? Komuter sekarang buat coach khas untuk perempuan sahaja, al-maklumlah sekarang banyak kes meraba raba dalam komuter. Aiihh. Dalam komuter tu, hmm malas la nak cite. Kalau nak keluar berjalan-jalan dengan boyfriend di Kuala Lumpur, better jangan pilih hari Sabtu, dan jangan la tolong la jangan naik kenderaan awam. Awak akan kelihatan huduh bile sampai tempat yang di tuju. Pernah dulu sekali first time keluar jalan-jalan kat KL dengan Amen, bulan puasa pulak tu, maakk aiih takmo dah naik public transport ni dengan dea, takmo, takmo. T__T

Sesampainye di KL Sentral, aku terus beli tiket LRT ke KLCC, RM1.60 ye kawan-kawan +__+ Pastu kan kawan-kawan, nak tau taakk, I jumpe A.Samad.Said! Hehehe. Teruja dan nak cakap banyak-banyak kali yang I jumpe dea. ^___^

Penatla nak cite banyak-banyak kan kawan-kawan? Ape kate, kite terus ke bahagian gambar?

*hai, nama saya Pizza.

Eleh Amie ni, macam la orang lain tak pernah makan. T___T

Kalau nak harap duit aku beli ni, tak dapat ar, nasib ade kakak tercinta. ^__^ That's why la I appreciate it to bit. Haha.

Lepas tu kan kawan-kawan, I pun tersenyum manis dengan Kiki macam ni,

Hehehehe.

Oh dan dan dan,

ni lah kakak tercinta. T___T Huhu. Tau, beliau rase beliau arabian ke ape tah. Macam orang muslim botswana ye lah. Hahahaha! Pegi UIA, korang boleh tengok bersepah orang pakai macam kakak.

Eh hai Farah, bulan depan belanja ni eh
Hehehehehehe ^____^

Oke bye kawan-kawan.


Yang sayang kakak,
Amie.

Wednesday, August 4, 2010

Nak tau tak ape yang membuatkan kelas pada hari ini sangat #@#$@$#@$#@@.

Bile korang terpaksa bangun seawal 6.30 pagi sebab korang tak gosok baju lagi, pastu mandi kena cuci rambut sebab kepala dah gatal-gatal menggunakan air ais (air sejuk sebab hujan), pegi kelas redah hujan naik moto, memang sejuk macam duduk kat London time musim bunga la kawan-kawan. Pastu tunggu kat luar workshop 15 minit sebelum ketua kelas datang bawak kunci, then duduk dalam workshop 5 minit tibe-tibe lecturer ade hal so kelas cancel. Tak ke macam $#$@%@$%@$%#%#%#@ kawan-kawan? Aih.

T__T

Ya, semalam lagi adventure kawan-kawan. Maaf la classmate, semalam I tak datang kelas sebab I ade hal dengan tidur I la kawan-kawan. Kalau kolej kite pegi kelas pakai baju biase je, I dah pegi kelas dah. Semalam I terbangun lambat, pukul 11.15. Memang nak pegi kelas boleh je, tapi kena gosok baju kurung dengan tudung lagi, tak sempat la kawan-kawan. Maaf.

So oke, stop pasal tu, semalam petang, I and Pika nak pegi bayar bil elektrik, kat Bangi. So Pika abes kelas pukul 4, then kitorang rush la naik motor ke Bangi. Lalu la jalan lame dekat Bandar Teknologi Kajang tu tembus kat Jalan Reko. Malangnye tuan-tuan dan puan-puan, boleh kena tahan polis pulak kat situ. Kepada penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen, sile jangan ikut jejak langkah kami ye. Maaf Pika, I yang bersalah, I yang bagi jalan tu kat U, konon jalan pintas. Maaf sekali lagi. T__T Tapi nasib baik,polis tu tak saman kitorang. Dengan lakonan Pika yang konon-konon bersedih dan penipuan beliau yang agak ermmm rase nak bagi kaki gak la, dan I yang konon-konon tah macam mane boleh jadi pendiam pulak, polis tu lepaskan kitorang. Terima kasih Encik Polis. ^__^

Tapi last-last, tak sempat jugak nak bayar bil sebab TNB dah tutup. Ni kalau mak tau ni I bawak moto xde lesen ni, kompem macam ni ayat beliau "Ami! Kan mak dah cakap, jangan bawak moto ke keta ke xde lesen, nanti kalau eksiden, awak yang salah. dan apa-apa-lagi-la". hehehehe. Maaf ibu, ibu kan tau Ami anak ibu yang kedua degil lepas abang.T__T Mintak lempang ke ape panggil mak dengan panggilan ibu. hehheh.

P/s:Lepas ni kelas English yang disukai ramai. ^___^

Oke,bye!

Tuesday, August 3, 2010

Penangan Nyau-nyau


*cubela tonton ni. I menangis teresak-esak la kawan-kawan. Malu la I menangis tengok cite katun. T_T

Kememeh la I ni kan? kan? Kememeh tu bahasa orang Johor untuk describe budak yang kuat nangis. Tapi seriously,tengok la dulu. Kalau korang tak kememeh, mesti korang tak nangis macam I.

Monday, August 2, 2010

No title

I think alot about U lately, and everytime I think of U, I realize U're so far away that I couldn't reach U. And everytime I feel like talking to U, I just can't make it. Because I just didn't have the guts. And I really wanted to see U, it's just that I don't think U wanted to see me.

Aih, banyaknye obstacle.

Besides, I know, sometimes my word might hurt U. I'm sorry. I'm sorry. Sebab I pun tak faham sebenarnye perasaan I. Macam keling ar kau Amie. Aiiihhh.

Nanie pulang ke Klang. Dan aku hilang semangat.

Mata, jangan keluarkan air mata boleh?