Wednesday, August 11, 2010

Kisah 3 orang kawan

Pade suatu mase dahulu, berdasarkan kisah benar yang dialami oleh nenek jiran saya yang telah pun meninggal dunia, jangan takut, mari dekat, dengar cerita saya.

Dahulu, ade 3 orang kawan baik yang bernama Rosli, Kurniawan dan Zabedah. Mereka sangatlah baik dan sentiasa bersama kehulu dan kehilir. Kadang-kadang adelah juga mereka ke muara dan Muar Johor. Kebaikan 3 kawan ini sangatlah tidak dicemburui ramai, kerana mereka hanyalah penuh dengan kepura-puraan dan hipokrit sehingga memakan diri.

Oke Amie, hang ni bukannya story teller yang bagus pun, buat orang tak paham ja. Cita moleh skek.

Okelah, begini, 3 kawan tadi tu, memang la rapat kan, memang semua orang nampak diorang asyik berkepit 3 orang tu je, tapi dalam ke'best-friend'an diorang tu, masih tak cukup kuat lagi. Macam mane ek nak cakap, oke macam ni lah..kite sketch sikit..

lihat kawan-kawan, penat lelah taww lukis ni. Hm oke mari sambung cerita, name pun dah tukar la bagi korang paham.

A,B dan C ni kawan baik. A dan C macam ade perasaan yang saling cemburu antara satu sama lain. Maka A dan C selalu la meluahkan perasaan kat si B ni. Si B ni baik, beliau tak suke gaduh-gaduh, maka beliau menjadi pendengar yang setia je. Walhal si A dan C selalu ade je tak puas hati antara satu sama lain, tapi bile berjumpe kemain baik lagi korang ye.

Nak buat dialog boleh?Oke macam ni,

Situasi Si A:

A : B, kau tau tak semalam aku keluar ngan abang aku, pastu aku nampak si C ni kua dengan sape tah, kau tau, maakk aihh kemain buruk lagi baju beliau. Eee dah la warne terang, tak seswaaii tauu.

B : Yeke, hmm bio ke lerr. Dah dea suke kot baju tu. Yang keme nak jeles lebeyh ni kenapeerr. Ateerr teman tak paham betul la ngan kamu ni A.

A : Hmm tapi...bla..bla...blaa..blaaa... *ngutuk-ngutuk-ngutuk

*maaf, bulan puase tak boleh kutuk. +__+


Situasi Si C:

C : Eh, B, kau tau, semalam mase aku kua ngan bakal suami aku, aku nampak si A ni, tengok aku lain macam je. Dah la pakai seliper masuk jamban. Aku buat-buat tak nampak je ler.

B :Hmm elok ler tu. Tak payah ler kamu nak ngutuk-ngutuk banyak. Teman dah penat dah ni.

C : Ala jap la, blaa..blaa..blaa..yada..yada..yada..

*maaf, bulan puase tak boleh kutuk. +__+ Episod 2.

So kawan-kawan, get what I mean?

Tak semestinye semua kawan baik tu baik. Macam yang Kiki cakap dalam blog dea, don't trust sangat your best friend cause best friend can be like scissor in your blanket (gunting dalam selimut)

Pahe??!?

Oke,bye.


P/S: Kawan-kawan, lihat! Blog I sudah meriah dengan kehadiran lagu! ^___^

3 comments: