Wednesday, September 29, 2010

My darling, who knew?

You took my hand, you showed me how you promised me you'd be around
Uh huh, that's right

I took your words and I believed in everything you said to me
Yeah huh, that's right

If someone said three years from now you'd be long gone
I'd stand up and punch them out
Cause they're all wrong

And that last kiss I'll cherish until we meet again
And time makes it harder I wish I could remember

But I keep your memory you visit me in my sleep
My darling, who knew?

My darling, who knew?
My darling I miss you
My darling, who knew?

Who knew?


Saya asyik ulang lagu ni banyak-banyak kali. Semalam sebelum tidur, saya dengar lagi. Tibe-tibe menangis. 


T_T


*terima kasih Pink.

Monday, September 27, 2010

Sikit sikit nak luah perasaan.

Mungkin aku tak sempurna. Mungkin aku cakap macam keling. Mungkin kau lebih suka dia sebab dia akan lebih memahami kau. Mungkin aku tak layak untuk kau sebab kau hebat kau cool kau bagus sangat.

Tapi believe me, I kisah dan tak kisah.

Aku taknak cakap "Ape-apelah asalkan kau happy". Aku taknak.

Memang aku sakit hati, memang aku teramat marah, memang aku tak suka kau buat macam ni, tapi lantak la tu perasaan aku. Memang aku mintak kau jaga, tapi kalau kau taknak jaga boleh lah pegi jahanam.

Ah sudahlah. Buang masa aku je.

Sunday, September 26, 2010

Selamat tinggal Tagged


Nak setia dengan Facebook je. Bye Friendster, MySpace kesayangan, dan last Tagged.

Sunday sedih

Hari ni hari Ahad, 26 September 2010. Ade beberapa orang kawan aku yang lahir pada hari ini pada suatu masa dahulu. Selamat hari lahir kawan-kawan.

Semalam sebelum tidur, aku dengar lagu Kotak-Masih Cinta. Tibe-tibe aku terkenang cerita lama, zaman gelap aku. Sedar-sedar lagu dah senyap tapi earphone masih terlekat kat lubang telinga. Aku cabut earphone tarik selimut dan terus mimpi kosong dan gelap. Sekosong hati aku yang gelap. Mungkin mimpi terhasil bile hati dan otak memainkan peranan kot yelah mimpi kan mainan tidur.

Beberapa jam kemudian aku tersedar dari tidur dan mimpi akibat telefon bimbit berbunyi dan bervibrate kuat. Kacau betul.

Semalam jugak aku call Nazlin. Asalnye nak berborak kosong dan bertanya khabar, maklumlah rasenye dah lame tak contact dea, tak macam dulu-dulu, dalam kelas dalam tandas tengah mandi dah tidur pun masih nak bermesej. Kredit pun tak banyak, jadi tak dapat nak berbual lama. Sekarang semua dah lain, semua dah menjauh. Macam kawan-kawan baik dulu, dulu semua ade di sisi, semua bahagia, tapi lama-lama semua jadi tak keruan, semua entah kemana-mana.

Aku rasa aku banyak kawan, sebab aku dibesarkan di tempat yang berlainan. Tapi mane semua kawan-kawan aku pergi? Mereka yang senyap atau aku yang senyap? Mungkin kedua-duanya sekali. Cume ade beberape orang kawan saje yang rajin telefon, rajin tanye khabar, rajin bermesej. Bagus macam tu. Sebab aku tak suke call orang dan bercakap kosong, kecuali kalau aku rindu.

Kawan banyak yang hipokrit. Yang ni aku tak tipu. Semua baik-senyum-mesra depan depan, tapi belakang semua mulut busuk macam longkang tempat buang makanan basi. Semua berpura-pura. Baik bile nak mintak tolong, bile dah takde kawan lain, aih biaselah, dan aku selalu jadi mangsa. Sebab aku bile berkawan baik dengan orang, kalau aku anggap dea kawan yang baik, aku betul-betul ikhlas dan jujur dan telus. Susah aku nak bercerita buruk dan menjaja cerita kentut busuk dea kat orang lain. Aih lantak la.

Saturday, September 25, 2010

Kecewa betul saya...

Peribahasa melayu kite pon ade cakap, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Memang seronok bile tipu orang, nak nak bile orang tu percaya betul-betul kat kau sampai tak expect pun yang kau tipu. Tapi tu la, kau tak pernah takut nak menipu orang, tapi Tuhan tu adil dan saksama, terpulang pade Dia samada nak tunjuk kebenaran tu pada hari kau tipu tu atau pada masa-masa akan datang.

Aku harap kau bukak hati kau bukan bukak silat ke ape untuk faham kenape aku sayang kau as aku punye best-friend yang kadang-kadang aku dah anggap kite ni macam sisters. Dan kenape aku marah orang-orang yang buat kau sedih dan sakit. Tapi kalau dengan aku pun kau taknak jujur, and kau nak tipu aku, tolong lah amik tau yang aku lah orang yang paling kecewa and sedih sekali. 

Aku taknak marah kau sebab kalau aku marah kau lagi tak kan faham.

Tuesday, September 21, 2010

Second Chance

Rasenye semua orang layak untuk dapat atau untuk menagih peluang kedua bukan perlumbaan kedua yang buku sastera mase tingkatan 4 tu ye, bukan bukan. Ni peluang kedua, PELUANG. Boleh jadi peluang ketiga atau keempat atau kelima atau Amie hang boleh diam tak?

Semua orang pernah buat salah pernah buat dosa tak kire dosa kecil atau dosa besar samada nampak atau tak nampak, samada sedar atau tak sedar. Manusia tak pernah sempurna. Bile dah buat salah, sebagai manusia yang naif kite selalu akan dan pasti sedar kite dah buat salah and kite mesti selalu nak tebus kesalahan kite dengan meminta peluang kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.

Tak kirelah untuk sape kite mintak peluang tu, and tak kire lah ape situasi pon. Kite pasti akan melalui saat-saat ni. Macam contoh kau dah buat salah kat mak kau, bile keadaan dah jadi keruh kau mula mintak peluang kedua untuk tebus kesalahan kau, kau pasti mintak. Ha macam tu. Faham tak? Lantak la. +_+

So, everyone deserve a second chance, tapi bergantung kepada orang yang kau mintak peluang kedua tu samada dea nak bagi ke tak peluang tu. Itu je.

Monday, September 20, 2010

Annoying Amie

Saya tau saya ni suke mengarah-ngarah orang buat tu buat ni buat tu buat ni buat tu buat ni *eh sampai bila nak habis ni? Kadang-kadang saya rase begitu. Saye tau, saye bukan pengarah filem macam Tim Burton tu, eh Tim Burton pengarah kan? Krohkrohkroh.

Mungkin saye dapat sikap/sifat semulajadi ni daripade mak sebab mak seorang pengurus. Tu pengurus Amie, bukan pengarah. Pffttt +_+

Saye tau, saye memang annoying habis. Saye pun tak suke begitu, tapi saye harap saye tak la seannoying 'Annoying Orange' ni...

Dream job ey?

Hye friends.

I'm not in a mood seriously. There's so many things keep bothering me today. Oke first, this morning I'd been ask by Puan Adibah, 'what is my dream job?' And I was like *kriikk kriiikk kriikk...silent. But then she ask me again, 'you must have your dream job right?' And I was like 'yeaah, I do..' buutt still *kriiikk kriikkk kriiikkk...silent. +_+

I wanted to say that okay, my dream job is I wanted to be a doctor. Oke fine, tipu. My dream job is.........see truth is, I don't know what is my dream job. I do dream. I love daydreaming, but I don't know what would I be in the future, I don't know what job suits me, I don't know whether I get a job that suits my skills my field or whatever. I just dream that someday, I wanted to be rich, I wanted to live a luxurious life, I wanted to have my dream Mercedes Sport, I wanted to build a big house, I wanted to have my own driver, a maid in my house, wearing expensive clothes and shoes, went for a holiday to an expensive places and so much expensive-life-thingy.

But when it comes to, okay what do you want to be in the future? I just don't know the answer yet, maybe this time I should really-really-really-really start to think about this. Like seriously Amie, you should. Because everyone in your class had their own dream job, and you? pfffttt T_T

Okay, but I do dream of someday I wanted to have my own bookstore and my own cyber cafe. I do dream that my future husband must take care of my cyber cafe. I do dream about naming them as Amie's ( like Nando's, Mc Donald's kan ambik sempena nama sendiri +_+ ) I do dream of being part of Malaysia's travel agency, I do dream I have my own travel agency, like daaa kan di luar bidang aku tu.

Pffttt, I must dream a little bit more rational I think.

Saturday, September 18, 2010

KPM Beranang berwajah baru

Tak best nye kena balik Kolej lepastu kena pergi kelas macam biase, bangun pagi-pagi, makan kena bayar sendiri, pegi tesco naik bas, jumpe bangla-bangla dan filipino-filipino serta indon-indon tersohor dekat Beranang. Lagi bosan bile Kolej tu tak besar-besar duk tara tu ja dari dulu macam 'ni-sekolah-asrama-ke-kolej-pelopesional?' +_+

Saya ade beberapa permintaan nak mintak dekat Encik Yatim. Boleh tak Encik Yatim?

1) Boleh tak letak swimming pool dekat Kolej? Tak payah saya pergi Sungai Tekala jauh-jauh dengan kemungkinan kena langgar lori kat selekoh kubur cina tu tinggi.
2) Dekat padang boleh tak bina sebuah playground untuk dimain oleh kanak-kanak besar gajah macam kami?
3) Tolong letak internet bertaraf antarabangsa dalam setiap makmal komputer puhhliissshh..
4) Nak bangunan canggih manggih macam Kolej Kemahiran Tinggi sebelah kolej kite tuuu.. naakk tuuu.. naakk naakk! Atau kite tukar la, budak-budak kolej sebelah pindah kolej kite, kite tuka kolej sebelah.
5) Atau bina KFC and MCDonald..?
6) Setiap kelas nak ade aircond. Kerana sebagai pejalan kaki tegar, cuaca panas sangat tidak selesa dalam suasana pembelajaran.
7) Yang paling saya nak, boleh tak upah pakcik gad supaya mulut tu diam acap kali saya lalu dekat pondok pengawal? Tension duk mintak suruh pakai ID, bile cakap tali takde, ade ke suruh saya pakai tali rafia??? Gilo ko apo?

T_T


Kalau suasana kolej seperti yang diidamkan, orang cuti raye pon saye tak balik, sanggup raye kat kolej.

+_+

Friday, September 17, 2010

Oh PA-RA-MO-RE

Pada satu mase dahulu, saya sedang menonton MTV. Tibe-tibe keluar satu video. Terus cakap 'sape-perempuan-comel-rambut-merah-kulit-putih-nyanyi-lagu-laju-laju-ni'? Mase tu baru keluar lagu Misery Business. Mase tu duduk JB. Mase tu tingkatan lime. Mase tu la baru kenal Paramore. +_+

Lepas tu, terus saya letak lagu tu dalam MySpace saya pastu saya bukak lirik Misery Business dan berduet dengan Hayley. T_T

Pergi sekolah, macam biase saya dan kawan saya Syaraf suke sangat berkongsi lagu-lagu yang baru dan same-same minat. Lepas tu Syaraf bagi saya dengar lagu Oh Star. Mase tu Syaraf baru beli henfon baru. Haha! Balik rumah, terus letak lagu Oh Star dalam MySpace lepastu bagitau Syaraf, 'Syaraf, Amie letak lagu Oh Star kat page Amie.' Haha lagi!

Lepas-lepas tu, Paramore terus memperdengarkan peminat beliau dengan bermacam-macam lagi lagu-lagu best macam CrushCrushCrush, Decode, That's What You Get, The Only Exception, Ignorance dan banyak-banyak-banyak lagi.

Mase lagu Hayley dengan B.O.B yang Airplanes tu baru keluar, aku dengan Nanie on the way pergi KL, pastu lagu tu tengah main kat radio, pastu aku pun cakap ngan Nanie, 'Pompuan nie mesti yang penyanyi Paramore kan'. Haa tengok-tengok-tengok suare pon kenal. Haha lagi.

Kerane saye peminat setia Paramore, jadi dengan ini, saya harus ke konsert Paramore!!


pade 19 October ini di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.30 malam.

Harus pergi ye kawan-kawan. Harus pergi.

Lepas ni tunggu RJA pulak mai.....


Thursday, September 16, 2010

Kata-kata terakhir.

I'm so sorry.

Wednesday, September 15, 2010

Orang yang hilang ingatan

Kadang-kadang rase nak hilang ingatan je, sampai tercakap, kalau hilang ingatan kan bagus. Sebab kalau hilang ingatan, kite akan hilang semua. Memori yang sakit, yang manis, eh macam tak best pulak kalau hilang memori manis, nanti jadi macam dalam cerita Lagenda Budak Setan tu pulak kan. Ish. Terus cakap macam ni, kan best kalau hilang ingatan benda-benda yang tak best je. Pffttt +_+

Okay, the point is, it would be nice if I had that 'hilang-ingatan' disorder. Jadi boleh lupekan kenangan pahit dan manis. So bile orang bagi kite bace diary kite sendiri, mesti macam sape punye diary buruk dengan lekat-lekat gambar banyak-banyak dengan cerita mengarut-ngarut ni kan? Aku ke? Ke sepupu aku? Ke mak aku mase mude-mude? Ceh ceh.

TAK TAK

Sebenarnya, kalau hilang ingatan tu best sebab kite tak payah lagi menunggu bulan jatuh ke riba.

Jadi rasenye, boleh lah kot aku mulakan hidup baru dengan pemikiran baru. Penat jugak menjadi orang bodoh yang ibarat lembu kena cucuk hidung. Penat jugak perasan yang orang yang kite sayang tu sayang kite jugak tapi sebenarnye dea tak sayang pon sebab dea sayang ex-girlfriend dea. Haha! T_T

And penat jugak jealous dengan ex-boyfriend kalau dea bermesra dengan orang lain, tapi dengan kite dea tak mesra pon, tapi kite yang sedaye upaye nak amik hati dea supaye dea mesra dengan kite, tapi sebenarnye dea taknak pun mesra dengan kite. Sudah terang lagi bersuluh Amie. Kenape buat-buat tak faham? T_T

Atau kawan-kawan baik yang dulu rapat macam sebuah keluarga bahagia, tapi sebenarnye kutuk dan tikam kite dari belakang, dan menjaja cerita-cerita buruk pasal kite, macam 'Jenab kau tau tak, dulu mase kat asrama Amie tu bukan suke mandi dalam toilet, suke nak berkemban.' Pffftt +_+ Sedih. Lepastu pulaukan keluarga bahagia demi keluarga bahagia yang lain.

Aiihh. Nasib-nasib. Jadi, baik hilang ingatan kan?

Monday, September 13, 2010

Balasan untuk Amie

Sekarang aku selalu terfikir-fikir sebelum aku tidur, kenape la dulu tak buat macam tu, kenape la dulu macam ni, kenape la dulu macam tu, kenape la dulu itu dan ini dan macam macam 'kenape la dulu' lagi.. Macam bile teringat kucing kesayangan name Yoe mati. Jadi terus terfikir, kenape la mase tu tak amek dea bawak masuk bilik,kalau mase tu bawak Yoe masuk bilik, takdelah dea kena langgar dengan kawan ayah, and takdelah pegi sekolah mate bengkak sebab semalaman menangis. T_T

Atau mase putus dengan Amen, selalu terpikir, kenape la curang dengan Amen, kenape la jahat sangat, kenape la couple dengan budak hingusan, kenape la biar Amen pergi. Tengok, kan dah menyesal, kan dah padan-muke-kau-Amie. Aku selalu tak pernah bersyukur, sebab tu jadi macam ni. Bile dah dapat yang baik-setia-sayang-kau-betul-betul, selalu taknak jage, selalu taknak hargai. Dari dulu selalu main-mainkan perasaan orang.

Memang, aku taktau yang karma tu sakit macam ni. Dah berape orang dah, sekarang kena la balasannye untuk orang-orang yang kau sakitkan hati tu. Sebab mase tu kau pikir hati kau, seronok kau, bahagia kau, perasaan kau, kau tak pikir pulak perasaan sakit hati orang tu. Sekarang baru kau rase, ha rase kau! T_T

So, tolonglah, berhati-hati dengan balasan karma, jangan buat orang, nanti karma, ingaaattt. Jangan sakitkan orang, nanti kena balik, inggaaaatttt. Jangan buli kucing, nanti kucing buli balik.. eh?


+_+

Sunday, September 12, 2010

Cinta tu harus ke buta?

Dear bloggie,

Hai bloggie, kite bertemu lagi. Bloggie sehat? Harap sehat sejahtera la hendaknye ye..

Bloggie, betul ke cinta tu buta? Dulu kan bloggie, I selalu geram dengan kawan-kawan I yang bodoh dan diperbodoh-bodohkan bile bercinta. Geram tau bloggie, nak nak bile boyfriend diorang tu jahat,kuat kongkong,mengada-ngada gedik,bile gaduh nak maki maki, sampai wat kawan-kawan I sume menangis. I pulak yang geram tau bloggie.

Lepas tu, kawan-kawan I ni pulak, dah tau macam tu, putus je la kan, macam la takde laki lain nak kat diorang, banyak je laki lain yang baik untuk diorang tapi diorang je taknak. Tahape hape tah kan bloggie? Kesian kawan-kawan I. Selalu I harap boyfriend I tak macam boyfriend diorang.

Yang I geram tu kan bloggie,bile kawan-kawan I nak keluar dengan kawan-kawan diorang,boyfriend diorang tak bagi,konon-konon jealous la,takut keluar dengan laki lain,pastu nak jage hati punye pasal terus tak jadi keluar,pastu nangis-nangis la,maki-maki la,pfftt,jealous tak bertempat,menyampah la bloggie,padahal hah hamek,ade je boyfriend diorang yang curang,keluar dengan pompuan lain.hah hamek kau. Tapi bloggie, masih taknak putus. Masih sayang, masih bagi peluang, masih sayang, eh eh dah cakap. +_+

Hmm. Serious menyampah bloggie, I selalu berdoa I tak dapat boyfriend macam tu, tak kongkong, jealous bertempat, lega selama I bercouple takde yang macam tu.

Tapi sekarang kan bloggie, I dah faham kenape diorang masih sayang walau buruk mane pun perangai boyfriend diorang. Sebab kan bloggie, cinte tu memang membutakan mata dan hati. Nak nak hati perempuan. Tak gitu bloggie? Tu yang banyak buang anak tu. HAHAHA! Ape la bloggie nie, ke situ pulak. +_+

Dah la bloggie, jum kite pergi beraye tengah-tengah malam ni.

Bye!

Wednesday, September 8, 2010

I'm So Sorry

Dear bloggie,

Semalam I marah sangat-sangat. Marah yang sangat-sangat marah sampai I rase nak botakkan kepala I, oke tipu. Tapi bloggie faham tak perasaan tu. Sedih la bloggie. Kenape la sampai jadi macam ni. Bloggie, kalau dea bukan untuk I, kenape I masih terhegeh-hegeh lagi? Kenape bloggie? Kakak I cakap kan bloggie, dea sebenarnye 'not so into you', bloggie faham tak maksud kakak I tu? Kakak I cakap boyfriend dea yang cakap macam tu, lepas tu dea nak cakap kat I pulak, I sedih la. Kalau dea not into me kan bloggie, kenape dea layan macam tu? Sedih lagi la bloggie. Semalam kan bloggie, dea jahat, dea buat I sedih, pukul dea bloggie. T_T

Bile I sedih kan bloggie, I dengar lagu-lagu keras-keras-kuku, I pasang kuat-kuat sampai gegendang telinga I pecah tau bloggie, oke I tipu bloggie, tapi bloggie, kalau I tak pasang kuat-kuat nanti I layan perasaan I nanti I nangis, nanti mak I tanye, kakak I tanye, ayah I tanye, kucing I tanye, makcik jiran sebelah pun tanye, oke tipu bloggie lagi. I mane boleh dengar lagu-lagu sedih bile I tengah sedih bloggie, bloggie tolong la faham.

Bloggie, kenape dea taknak faham yang I sayang dea ha bloggie? Kenape ha bloggie? Bloggie, jawab la kenape! Eh lupe pulak bloggie tak boleh cakap, kesian bloggie.

Semalam I teremosi dekat dea tau bloggie, lepas tu dea makan hati dengan I, tapi sape suruh dea carik pasal dulu kan bloggie, dea yang salah, tapi I pun salah jugak, tapi I dah mintak maaf, dea cakap jangan fikir bukan-bukan. Hmm bloggie, I sedih lagi. Nak nyanyi lagu ni sekarang, bye bloggie!

BEST OF ME
Its so hard to say that I'm sorry, I'll make everything alright
All these things that I've done now what have I become
And where'd I go wrong
I don't mean to hurt, just to put you first
I won't tell you lies (Im sorry)
I will stand accused with my hand on my heart
Im just trying to say

Im sorry it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

I know that I can't take back all of the mistakes
But I will try
Although it's not easy, I know you believe me, 'cause I would not lie
Don't believe thier lies, told through jealous eyes, they don't understand (Im sorry)
I won't break your heart, I won't bring you down
But I will have to say

Im sorry, it's all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If i could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

Im sorry its all that I can say
You mean so much and I'd fix all that I've done
If I could start again
I'd throw it all away to the shadows of regrets
And you would have the best of me

Saturday, September 4, 2010

Johor Bahru Ep1

Hai Kak Long, Abg Long *dengar abg long terus berpeluh-peluh renik ingat abg long ape je kan. +__+

Sejak dah sampai rumah tak kelihatan kelibat Nyoi.


Mane Nyoi ek?


Meeoowww ~~


T__T




Nak carik Nyoi sekarang. Bye!

Thursday, September 2, 2010

Oh Dear

Semenjak dah lame tak online, terus blog pon senyap dengan entry-entry baru. Rase dah takde semangat lagi, nak online, nak tegur orang sane sini, nak bermesra, nak makan oke tipu.


Well, I feel terrible for my bebi Nanie, it's not that I don't want to be by her side by now, but distance keep us apart. Awal-awal pagi dah dapat message from Nanie Bebi, ha aku memang save name dea dalam fon macam ni. Dea cakap dea sedang bersedih atas sebab-sebab tertentu. Then aku pun turut bersedih and cube untuk selamatkan keadaan. Bukan nak jadi hero, bukan mintak pujian, but I just can't stand it.


Nanie, kalau aku boleh bertukar jadi duit yang banyak, aku duduk selepuk depan kau, bagi kau hepi and boleh pergi Bali menenangkan perasaan. Atau aku pegi belikan kau Famos Amos tu, banyak-banyak bagi kau makan. Kalau aku ni boyfriend, mesti aku ni sweet kan?



Malangnye, aku bukan anak Tan Sri Dato' Dr Hamidi Ahmad. Cume Encik Hamidi Ahmad, yang kau panggil 'pakcik' tu. Maaf Nanie. T__T



Well, I hope she'll be fine, sooner ke later ke, tak kisah, asalkan Nanie gembira seperti sediakala.


Dan aku, oh ye, Selasa haritu, aku pergi Mines dengan Pika and pakwe Pika, beli baju raya. Dah beli dah baju kurung hitam tu. T__T Sebab takde boyfriend, terus menyumpah-nyumpah pasangan-pasangan couple yang mesra depan mata. Hahahahaiii. T__T Nak pergi makan megi sekarang.. eh puasa..


Memandangkan esok aku dah nak balik JB untuk bercuti raya, maka aku perlu menyiapsediakan beberapa perkara seperti:-

a) kemas pakaian yang perlu di bawa pulang.
b) kemas bilik dahulu sebelum pulang.
c) cuci tandas dahulu sebelum pulang.
d) basuh baju-baju kotor dahulu sebelum pulang.
e) semua di atas.

haaa pilih-pilih, tapi sebab takde pilihan rasenye, saya kunci jawapan E!

tengok bilik, terus pakai spek tutup muka, buat-buat tak tau sape sepahkan bilik. +__+


P/S: Walaupun cuti raye 2 minggu, tapi assignment yang harus disiapkan juga jumlahnya 2.