Friday, October 15, 2010

Motif dan mitos

Apa maksud tersirat dan tersurat gambar di atas? Rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Buuu Amie, sape nak ikut cakap hang? Haha! T_T *terus menangis.

Semalam saya seronok sangat, hari ni pon saya seronok. Kenape? Adelah, rahsia. Haha!

Semalam jugak, saya mesej lucah dengan kawan saya, oke tipu, tak lucah tara mana pun, semalam saya cerita kat kawan saya pasal ade seorang perempuan bertudung labuh dan berbaju kurung, mungkin jubah, melakukan hubungan luar tabii atau bahasa kasarnye melakukan seks bersama teman lelaki nye. Saya rasa kedua-duanya mungkin dari sekolah agama atau universiti islam atau sekolah agama kan dah cakap tadi. Pada permulaan cerita, adelah diselitkan sedikit rakaman di mana kedua-duanya sedang mendengar ceramah agama, mungkin la, tak pasti pulak, lepas tu tibe-tibe wanita dan lelaki ini berada di sebuah bilik dan bercumbu-cumbuan. Yang perempuan masih bertudung dan berbaju kurung.

Sebenarnye, saya nak cakap, kenape perlu rakam dan sebarkan? +_+ Kalau nak rakam dan sebarkan, baik jadi porn star tak gitu?

Jadi saya berasa benci bile keluar melepak dengan kawan-kawan saya yang free-hair, kalau ade segerombolan perempuan yang pakai tudung duduk satu table, mereka akan memandang sinis ke meja kami, seperti sedang bercakap begini "dasar-perempuan-murahan", saya terus teringat video-perempuan-pakai-tudung-berbaju-kurung itu.

Motif di sini ialah, jangan lah yang bertudung memandang sinis terhadap yang tidak bertudung, same-same saling hormat menghormati kan bagus.

Lagi satu, sebenarnye gambar di atas, maksud nye ialah, dalam diri masing-masing, pasti ade satu benda kotor-hitam-busuk pernah terjadi dan pernah terbuat. *sila rujuk kepada kuku saya, bukan botol ridsect ye.

Sekian, terima kasih.

P/s:Semalam dengan bodohnya saya mesej ex-boyfriend saya mengatakan saya rindu dea. Terhegeh-hegeh betul. T_T

Yang mitos,
Amie.

No comments:

Post a Comment