Friday, October 22, 2010

Pengalaman menarik ep1

Pada hari Selasa yang lepas saya dan rakan-rakan(konon-konon ramai),Syapikah dan Shikin pergi ke konsert Paramore. Ape? Paramore? Iye..Paramore.. Ape? PARAMORE??! Iyee...PARAMORE! Betul Paramore? Bukan Misha Omar? Eh betul lah Paramore bukan Misha Omar.

Fine..finee....fineeeee......

Ini merupakan konsert pertama berbayar mahal dan besar-besaran pernah saye pergi seumur hidup saya. Memang teruja betul, tau je Paramore nak datang Malaysia terus macam WHAT?-PARAMORE-NAK-DATANG-MALAYSIA? Sungguh excited, sungguh teruja, sungguh avudevah.

Dan akhirrnye impian menjadi kenyataan lah kan dapat pergi. Terima kasih Tune Talk sudi bawak Paramore saya. Hahaha! >.<

Saya beli tiket paling murah berharga RM98. Kalau dah minat ape pun sanggup buat T_T Saya ingatkan stage dea nun hujung jauh di sana dan puak-puak tiket murah ni dapat tengok rambt orang depan je, rupe-rupenye kami yang puak-puak RM98 ni rasenye lagi enjoy dan seronok sebab kami je dapat tengok Paramore masuk stadium naik alfad putih dan Hayley melambai-lambai tangan ke arah kami puak-puak RM98. Hahaha! Padan muke puak-puak RM358 tak dapat tengok Paramore naik alfad putih masuk stadium. Hahaha! >.<

Alfad putih masuk je bawak Paramore terus satu stadium histeria macam AGGHHH!!-PARAMORE!!-AGGHHH!!-HAYLEY!!-AGGGHHH!WE-LOVE-YOU-PARAMORE!!-AGGHHH-I-WANT-TO- KIDNAP-YOU-PARAMORE!-BAWAK-BALIK-RUMAH-NYANYI-KAN-LAGU-KORANG-HARI-HARI! haaa tipu la tu part culik Paramore bawak balik rumah tu. haa tu aku la tu yang nak buat macam tu.haaa memang la kena hentam dengan semua peminat-peminat lain T_T

Bile Paramore dah nak start buat show,satu stadium gelap,kain langsir besar pun tutup stage,konon-konon nak sorokkan Paramore kami naik stage. *boleh blah tak boleh blah statement sorokkan Paramore kami tu? Haha! Maka stadium gegar la dengan jeritan dan sahutan dan lambaian kasih dan sorakan dan sahutan dah dah dah sekarang dah boleh bayangkan macam mane la kan situasi tu.

Lagu first yang diorang nyanyi lagu Ignorance, haa cepat pasang lagu Ignorance sekarang sambil bayangkan aku berduet dengan Hayley. Sekarang! Sekarang!

Yang kelakar sekali mase Paramore main lagu The Only Exception, maka tidak sabarlah peminat Paramore ni kan, belum ape-ape dah terus nyanyi 'When I was younger I saw....' tu..haaa mau tak ngamuk aku..cube dengar ni,



dengar yang awal-awal yang duk jerit sabar-sabar tu. Haaa aku la tu duk ngamuk. Ngahahaha!

Tapi yang paling best last sekali, lagu terakhir, Misery Business. Bile Hayley cakap 'Ade satu lagi business belum selesai' *haaa terer tak terer Hayley cakap melayu* maka histeria lah aku. Bukan stadium,aku je. Sebab duk tunggu bile Paramore nak nyanyi Misery Business ni. Hahahaah!

Anyway, ini konsert rock pertama berbayar mahal yang paling paling paling ah the best. Thanks Tune Talk. Thanks Paramore. And thanks semua fan sebab sudi memeriahkan majlis. *duk buat macam konsert aku.

Hahaha!

Tune Talk, lepas ni bawak Redjumpsuit Apparatus bollleeeyyy??

Bye semua!

Yang enjoy,
Amie.

No comments:

Post a Comment