Monday, November 29, 2010

Selamat memutih

Jumaat 26 November yang lepas, I pergi bercuti kat Port Dickson. Tak plan pun, tengah lepak-lepak kat mamak tibe-tibe budak-budak ni ajak pergi Port Dickson, rancangan awal nak pergi Broga, tapi tak jadi. Heh. Tapi lahabau jugak plan nye, janji nak pergi pagi-pagi lepas Jin tutup kedai shisha dea pukul 5-6 pagi camtu, tapi last-last pergi kul 10 sebab masing-masing balik membuta sebentar bersama kit-kat.
Fine.

Bukan nak cerita saat-saat pegi Port Dickson tu, nak cite saat-saat muka hitam kering takde vitamin, tangan berbelang macam pakai hand sock dengan rambut kering macam bulu jagung kadang macam sabut kelapa.

Balik-balik PD je teros mandi tak ingat dunia, rambut shampoo sampai 2 kali. Mane tak nye berendam dalam air garam memang kering la. Lepas shampoo rambut, biarkan kering kat angin, sebelum tidur terus lumur dengan benda alah ni

 
Esok nye bangun-bangun terus pegang rambut, fuuhh nasib baik jadi balik rambut Angelina Jolie. Tiada lagi kasar sekasar sabut kelapa. Thanks Dove Intense Repair Leave-On Cream kerana melembutkan balik rambut saye. T_T

Kulit hitam kering tak cukup vitamin ni memang kena perap je kat rumah la nak kembalikan warna kulit asal, air mineral dah bergelen-gelen dah minum, lotion pun dah nak habis dah lepas mandi je lumur lepas mandi je lumur.

Ke ade sape-sape nak bagi tips?

T_T

Oke bye!

Sudah puluhan tahun

Hai saya Amie, saya 20 tahun. Saya tinggal di Johor Bahru.

Selamat memasuki dunia puluhan tahun Amie. Tak payah duk buat terok sangat la kalau dah 20 tahun pun. Ayah umur 60 tahun cool je. Oke fine.

Semenjak dah 20 tahun, teros rasa hang dah tua la Amie, bile nak berubah? Bile nak matang? Oke lepas ni harus fikir dengan mendalam tentang mase depan agar masa yang di hadapan itu cerah dan disuluhi lampu neon atau mungkin lampu suluh yang cerah yang orang pakai masuk laut dalam tu.

Baiklah.

Di umur 20 tahun ini, masih mahu single dan tidak mahu berfoya-foya lagi.
Masih mempunyai keluarga yang menyayangi diri ini.
Masih belajar di KPM Beranang mengambil jurusan computer in software development.
Masih sihat walafiat hendaknye.
Tidak mempunyi pedih hulu hati,sakit jantung,darah tinggi,kencing manis,dan sebagainya jika ada sile nyatakan di sini.
Tidak lagi mempunyai Nyoi di sisi T_T
Tidak lagi menjumpai calon BF yang ade chemistry dengan diri ini.
Masih miskin. T_T
Masih belum mempunyai peluang membuat lesen kereta menggunakan duit sendiri.
Masih tidak dapat membeli handphone LG Lollipop yang comel angaat~!
Masih belum dapat membeli Mini Cooper atau Volkswagen Beetle.
Sudah mempunyai kucing baru bernama Hero.

Oke,jadi berharap ketika berumur 21 tahun sudah dapat berkawin dengan anak raja, eh eh eh sudah at least la paling cikai pun dah pakai handphone baru.

T_T

Anyway, merase di appreciate sangat sebab kat Facebook, ramai orang wish birthday. Ahaakszz! +_+

Thanks semua! Love you! Muaahx! Titeww tayunk kamooww cemuee!! Wii!

Bye.

Thursday, November 25, 2010

Fine, I'll let you go

Semoga awak bahagia. Thanks buat orang happy selama ni kawan dengan awak, orang tau kite takde chemistry lagi.

Aicewah. Oke untuk lupekan kesedihan. Mari bercerita perihal kawan-kawan kolej yang sudah tamat tempoh belajar.

Kawan kawan yang mengambil jurusan Business Studies, Account dan Agro-Business semua dah habis belajar dah. Sebab diorang semua belajar 3 tahun, so lagi 6 bulan terakhir ni diorang kena pegi buat practical la kat mane2 yang diorang suke. Kami yang HND ni je yang terlebih lebih belaja sampai 3 tahun setengah, sayang sangat kat kolej macam ni lah jadinye. Haha. Tu la kalau dulu amek Business Studies dah habes belajar dah sekarang. Dah boleh kawin dengan anak raja dah. T_T

Anyway, sedih tu memang la sedih takkan tak sedih kan kawan-kawan satu batch dulu, main batu seremban, main pasir, main guli same-same dulu mase semester 1 sampai 5 dah takde kan. Semester depan dah tak jumpe dah muke-muke familiar, tambah pulak budak-budak intake baru masuk. Memang sedih rasa kehilangan rasa rindu rasa nak benti kolej sebab takde kawan semua la kan.

Sudah Amie, tak payah duk buat terok sangat.

Anyway lagi, semoga korang SEMUA berjaya di luar sane okay. Yang sambung degree kat oversea ke kat Malaysia ke, yang kawin teros ke, yang kerja ke, harap korang berjaya dunia dan akhirat. Kalau kahwin jangan lupe jemput I yeee....I nak jadi flower gurl U alllzzzz~ Aww!

Aih tibe-tibe berasa sedih dan kesal.

Oke bye!

Wednesday, November 24, 2010

Hai sem break

Kite bertemu lagi. Sem break ap khabar? Sihat? Masih mahu bagi saya bercuti tapi tak cuti sangat sebab 6hb December kena balik kolej balik nak redo assignment ke? Oh ye, mestilah begitu ye dak? Jadi nak cakap macam ni, kawan-kawan HND semua selamat bercuti tapi tak cuti sangat sebab 6hb December kite bertemu lagi untuk redo session. Sekian terima kasih, bye!

Semalam dah merdeka dah sebab interview dah habis. Terima kasih company Xenzin sebab bagi saya kerja. Haha padahal interview tipu tipu je lah. Ape-ape pun I got the job bebeyh. Jadi nak berharap grade English saya Distinction sekarang. Oke bye nak pergi berangan pointer sem ni 4 flat.

Apa lah hang merapu Amie.

Fine, semalam dah merdeka sebab semua assignment dah setel, interview dah setel tapi rasenye belum boleh balik lagi sebab assignment database nak kena ambik balik untuk repair. Oke jadi kena cakap pra-merdeka. T_T

Lagipun tak boleh balik lagi jugak sebab nak kemas rumah. Tahun depan kami akan berpindah ke rumah baru. Oke yang ni taknak cakap yay! sebab rumah sewa yang sekarang ni bessstttt sangaaatttt T_T Pastu pastu banyak memory yang best best paling ah best kat sini T_T Nak buat macam mane,kena jugak pindah sebab semester depan rumah ni tinggal 3 orang je memandangkan Pika dan habis belaja. Oke entry akan datang nak cite pasal Pika dah habis belajar and nak pergi practical dekat Damansara bekerja sebagai pemotong rumput dan pencabut kemuncup dekat Club Golf dan kemungkinan dapat anak dato' mungkin ada tapi tak sure la sebab dea potong rumput je. Oke bye!

Berbalik cite pindah rumah, kami tak pindah jauh mana pun, pindah kat flat belakang kolej tu je, tak tau macam mane rase sebab seumur hidup tak pernah duduk rumah flat, mungkin best mungkin tak best sebab flat belakang lebih kurang macam duduk asrama je mase semester 1 dulu, tapi mase duduk asrama best ape, ha nak berharap duduk rumah flat nanti best jugak sekarang.

Anyway, dah ramai dah kawan-kawan saya dah start cuti semester, jeles tu memang tak la kan sebab balik rumah awal kena jadi surirumah. *oke tipu, sebenarnye jeles.

Okelah, nak mandi sekarang. Bye!

Sunday, November 21, 2010

Diam dan dengar.

Kalau selalu kutuk orang, benda tu akan kena balik kat diri sendiri. Get it?

Macam kau selalu kutuk kawan kau selalu beromen dengan boyfriend dea, last-last kau pun beromen jugak dengan boyfriend kau.

WTF.

Bye.

Saturday, November 20, 2010

#1




You make my teeth clinch and my hands shake. 
Do you ever see what you do to me? 
You're wearing me out, just wearing me out, 
But I'm wearing you down. 

You're impossible, but lovely. 
So impossible to win or please. 
I'm wearing you out, just wearing you out, 
But I'm wearing you down. 

Take what you want from me, it means nothing now. 
Take everything from me, it means nothing now. 
Not so easy to forgive, harder to forget. 
Take what you want... 

I made your lips slip and your moans quake. 
Try to think through, what I can do to you. 
It's wearing me thin, can I begin, 
To wear you out? 

Take what you want from me, it means nothing now. 
Take everything from me, it means nothing now. 
Not so easy to forgive, harder to forget. 
Take what you want... 

I'm impossible to figure out. 
So impossible, you had your doubts. 

Take what you want from me, it means nothing now. 
Take everything you wanted, it means nothing now. 
Not to easy to forgive, harder to forget. 
Take what you want from me, it means nothing now. 
Take everything you wanted, it means nothing now. 
Not so easy to forgive, harder to forget. 
Take what you want from me...

Friday, November 19, 2010

Saya hampir botak tahu.

Hai kawan-kawan, dah lame tak tidur. Macam tidur tu makanan western yang mahal yang tak lalu duit ni nak sentuh dan bermanja dan berulit mayang. Ceh tipu. Tidur tu tidur la, tapi nak tidur lapan jam tu tak pernah la dapat lagi dalam seminggu nie kan. Dapat pon ade la dalam 2-3 jam macam tu. Mane tak nye, assignment belambak macam taknak bagi kami cuti semester ke ape kan. Lagi menyentuh perasaan time raye haji tempoh hari tak dapat balik JB beraya bersama keluarga tercinta and pagi raya kakak telefon nyanyi lagu raye sambil seronok makan soto yang emak masak. Ambooii... Geramnye kiteeww.

Semalam lagi lah, dah la bersengkang mata kat kedai mamak sebab nak pakai internet punye pasal buat assignment Office Solution sampai pukul 5 pagi, time nak upload website kat internet tibe-tibe boleh terdelete pulak website tu sume x masal je kena buat baru balik website tu. Terus tak tidur sampai pukul 8 pagi, pukul 9 dah kena bangun nak pergi kolej present esaimen. Nasib baik website lepas. Aiish terima kasih Encik Mickey Mouse.

Tu satu hal, lepas kena repair esaimen Office Solution tu dan lepak kedai mamak yang same, esaimen tu boleh pulak tertinggal kat kedai tu. Terpaksa la print esaimen baru, and terpaksa la duit habis and terpaksa la makan megi lepas ni. Haha.

Oke cukup perihal esaimen.

Tinggal lagi 7 hari je diri ini nak masuk 20 tahun. Amboi dah masuk puluh dah, rasa macam amboii lepas ni kena baca majalah wanita je la. Haha. Ataupun, lepas ni harus kumpul duit nak kawin dengan anak raja.

Ataupun cepat belikan saya satu set body shop Japanese Cherry Blossom.


Hahahaha. Oke bye!

Friday, November 12, 2010

Amboi amboi engkau ini.

Cuba beritahu saya macam mane saya nak pulang untuk berhari raya haji kalau 18 dan 19 November saya harus menghantar assignment.

Adekah saya harus siapkan awal macam tak perlu tidur 5 hari and terus menerus buat assignment and kalau mengantuk kena minum nescafe banyak banyak lepastu pergi toilet kencing bau nescafe sampai kucing bau pun tak lalu nak berak dalam toilet. Amboi.

Sekarang dah tak perlu pergi saloon nak perm kan rambut ke ape ke tak perlu lagi, sambil buat assignment sambil lepas rambut sambil fikir ayat best-best sambil tu rambut tumbuh semulajadi kerinting-kerinting bak kata lecturer Mus kerinting manja giteeww.

Lepas tu sekarang ni ape kau cube buat Amie?


Cube korang bagitau aku macam mane assignment aku nak siap dan berjaya hanta sebelum cuti raya.

Wednesday, November 3, 2010

Bile Amie mula mengarut.

Saya tau, saya tak berhak memilih dan menilai orang mengikut pandangan mata kasar saya.

Tapi saya tau, saya berhak memilih untuk mendapat yang terbaik dan kekal sampai akhir hayat.

Saya nak jugak merasa dibimbing.
Dan saya nak jugak mempunyai peluang untuk ditunggu di depan pintu syurga.

Eh ape ni?

Kau cakap ape ni Amie?

Oke bye.

Sudah tua.

Saya rasa saya dah jatuh cinta.

Tapi........

Anyway, hari ni saya sangat-sangat-sangat gembira.

Emak dan ayah dan abang datang melawat dan tidur di rumah 'bersamamu' saya ini.

Terima kasih.

Sayang emak dan ayah.


p/s:Rase tak entry ni macam bodoh?

Bye!