Friday, November 19, 2010

Saya hampir botak tahu.

Hai kawan-kawan, dah lame tak tidur. Macam tidur tu makanan western yang mahal yang tak lalu duit ni nak sentuh dan bermanja dan berulit mayang. Ceh tipu. Tidur tu tidur la, tapi nak tidur lapan jam tu tak pernah la dapat lagi dalam seminggu nie kan. Dapat pon ade la dalam 2-3 jam macam tu. Mane tak nye, assignment belambak macam taknak bagi kami cuti semester ke ape kan. Lagi menyentuh perasaan time raye haji tempoh hari tak dapat balik JB beraya bersama keluarga tercinta and pagi raya kakak telefon nyanyi lagu raye sambil seronok makan soto yang emak masak. Ambooii... Geramnye kiteeww.

Semalam lagi lah, dah la bersengkang mata kat kedai mamak sebab nak pakai internet punye pasal buat assignment Office Solution sampai pukul 5 pagi, time nak upload website kat internet tibe-tibe boleh terdelete pulak website tu sume x masal je kena buat baru balik website tu. Terus tak tidur sampai pukul 8 pagi, pukul 9 dah kena bangun nak pergi kolej present esaimen. Nasib baik website lepas. Aiish terima kasih Encik Mickey Mouse.

Tu satu hal, lepas kena repair esaimen Office Solution tu dan lepak kedai mamak yang same, esaimen tu boleh pulak tertinggal kat kedai tu. Terpaksa la print esaimen baru, and terpaksa la duit habis and terpaksa la makan megi lepas ni. Haha.

Oke cukup perihal esaimen.

Tinggal lagi 7 hari je diri ini nak masuk 20 tahun. Amboi dah masuk puluh dah, rasa macam amboii lepas ni kena baca majalah wanita je la. Haha. Ataupun, lepas ni harus kumpul duit nak kawin dengan anak raja.

Ataupun cepat belikan saya satu set body shop Japanese Cherry Blossom.


Hahahaha. Oke bye!

No comments:

Post a Comment