Monday, November 29, 2010

Selamat memutih

Jumaat 26 November yang lepas, I pergi bercuti kat Port Dickson. Tak plan pun, tengah lepak-lepak kat mamak tibe-tibe budak-budak ni ajak pergi Port Dickson, rancangan awal nak pergi Broga, tapi tak jadi. Heh. Tapi lahabau jugak plan nye, janji nak pergi pagi-pagi lepas Jin tutup kedai shisha dea pukul 5-6 pagi camtu, tapi last-last pergi kul 10 sebab masing-masing balik membuta sebentar bersama kit-kat.
Fine.

Bukan nak cerita saat-saat pegi Port Dickson tu, nak cite saat-saat muka hitam kering takde vitamin, tangan berbelang macam pakai hand sock dengan rambut kering macam bulu jagung kadang macam sabut kelapa.

Balik-balik PD je teros mandi tak ingat dunia, rambut shampoo sampai 2 kali. Mane tak nye berendam dalam air garam memang kering la. Lepas shampoo rambut, biarkan kering kat angin, sebelum tidur terus lumur dengan benda alah ni

 
Esok nye bangun-bangun terus pegang rambut, fuuhh nasib baik jadi balik rambut Angelina Jolie. Tiada lagi kasar sekasar sabut kelapa. Thanks Dove Intense Repair Leave-On Cream kerana melembutkan balik rambut saye. T_T

Kulit hitam kering tak cukup vitamin ni memang kena perap je kat rumah la nak kembalikan warna kulit asal, air mineral dah bergelen-gelen dah minum, lotion pun dah nak habis dah lepas mandi je lumur lepas mandi je lumur.

Ke ade sape-sape nak bagi tips?

T_T

Oke bye!

No comments:

Post a Comment