Wednesday, December 22, 2010

Bom tangan kau!

Pada malam semalam, saye dan kawan-kawan pergi ke Andalus untuk menyiasat sebuah kes, eh tak tak tak, cukup lah dengan permainan detektif tempoh hari. Kami ke Andalus untuk oke tak payah la bagi tujuan ape bagai, macam la orang tak tau Andalus tu ape. Apa da.

Baiklah.

Semalam jugak, hampir-hampir je saye nak berjumpe dengan kawan baik saye Miea Ali. Maklumlah kawan lame dari Taiping ni, rindu ni. Tapi malangnye, di tengah jalan tibe-tibe Miea cakap dea ade hal and kena pegi Setapak membawa berkat. Maka sedih la diri ini ye kawan-kawan kerane tak jadi kami berjumpe. Tapi tak mengapalah, buah dah ranum tak semestinye tak gugur, lain kali je pon kami boleh berjumpe, memandangkan Miea pon belaja kat KL je koooottt.. Baiklah.

Jadi, kami pun pergi la ke NZ Garden untuk bersantai sahaje memandangkan tiada hala tujuan.

Cukuplah cerita malam semalam.

Saye nak cerita perihal esaimen programming saye pulak.

Memandangkan saye terpaksa merepair dan repair, dan redo dan repair dan appeal dan repair dan repair dan reject dan sedih esaimen PC saye, maka hari ini saye boleh mule menyeronokkan diri saye kerana setelah di repair-reject-repair-reject oleh lecturer saye akhirnye berjaya jugak saye runtuhkan dinding hati lecturer saye yang keras jugak batunye itu. Harap lepas ni takde ape masalah lagi la harapnye. Penat tauhu!

Ish! Tibe tibe lapar tauhu bakar.

Baiklah.

Saye nasihatkan kepada kawan-kawan saye yang bakal menjadi pensyarah di suatu hari nanti terutama kepada kakak saye yang akan menjadi pensyarah dan kepada abang saye jugak yang mungkin akan menjadi pensyarah jugak, sile jangan menggunakan kata-kata kesat dan kasar dan mengecikkan hati anak murid kau orang sebab kemungkinan besar kalau dea terlalu kecik hati dan tension boleh membawa padah pade diri mereka dan akan mengakibatkan kesan sampingan dan mungkin bunuh diri.

Baiklah taknak mengarut lagi.

Bye!

No comments:

Post a Comment