Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day Ayah!


Oke, semasa saya kecil, saya begitu rapat sekali dengan ayah.. serapat ini..

saya la yang berseluar merah berbaju hijau belang2 seperti cicak melekat di kaki ayah itu.

Tetapi, apabila saya berumur 8 tahun, saya berpindah ke Kuala Terengganu bersama keluarga tanpa ayah kerana ayah terpaksa menguruskan perniagaan di Taiping.

Jadinye saya berpisah dengan ayah hampir 3 tahun setengah, dan jarang sekali untuk berbual dan berbicara dari hati ke hati dengan ayah walaupun ayah sekali sekala menjenguk kami di terengganu. Maka dengan sebab itu. Saya dan ayah makin kurang rapat, kurang bercakap dan segala-galanya kurang la.

Oke, apabila saya sudah darjah lima dan berpindah semula ke Taiping, saya juga kurang berjumpa dengan ayah. Saya dan hal saya, dan ayah dengan perniagaan beliau. Lagipun, mase tu kecil lagi kan. Mana la nak pikir benda benda ni semua. ade ke semasa awak awak semua kecil dah berfikir hendak menguruskan sebuah syarikat besar? kalau ade tu..hmm rugi zaman kanak kanak ye.
Oke berbalik kepada cerita asal, semakin saya meningkat remaja semakin jauh saya dan ayah.

Biasala, remaja. Penuh dengan pelbagai emosi. So ini ade kena mengena ke dgn tajuk? Oke dah.

Walaubagaimanapun, sekarang saya sedang cuba untuk merapatkan kembali hubungan silaturahim dgn ayah. Walau bagaimana cara sekalipun, saya tetap sayang kan ayah. Sebab ayah rawwkk!

HAPPY FATHER'S DAY AYAH KU! =)





Mengarang & Pengarang

Berdasarkan tajuk di atas, di sini saya ingin memperkatakan tentang sedikit isu mengenai pengarang yang mengarang entry.
ewah dah serupa surat rasmi pula.

Oke, oke enough.

Ye, bagi pendapat saya la ye, tak semua orang dikurniakan kepandaian dan kekreatifan untuk mengarang ayat supaya orang tertarik untuk terus membaca karangan mahupun penulisan mereka.

Disini, saya bukan lah ingin memperkatakan betapa hebat nya saya di mata dunia dalam bidang ini. Tidak sama sekali ye tuan-tuan dan puan-puan.

Cuma apa yang saya ingin tekankan di sini adelah, with my own experience dan oleh kerana saya suka ye membaca penulisan orang ni, saya rasa tidak semua mempunyai kelebihan mengarang dan membuatkan pembaca terkesima dan terus terusan ingin membaca penulisan beliau dari awal hingga hujungnya.

Kadang-kadang ade yang mengarang ayat yang entah ape-ape ntah yang dia cube nak ketengahkan sampai saya sendiri bergenang air mata menahan sabar membaca penulisan mereka. Jadi hati ini begitu terkesima sekali. ini lebih la ni Amie.
Tetapi ye kawan-kawan, ada juga yang begitu hebat sekali penulisan mereka, walaupun entry mereka beribu-ribu saya sanggup untuk membaca entry mereka hingga berjam-jam lamanya. fuuh. seriously ini tak tipu.

Oke, ade juga yang mengarang entry mereka melibatkan love life mereka. Ini sangat la romentik dan sweet. Tetapi, itu la seperti yang saya katakan, jika mereka mereka ini tidak pandai mengarang, romentik dan sweet tu boleh bertukar menjadi air laut dan godzilla. Hah??
Tetapi jika anda pandai mengarang ayat, memang sumpah tak tipu la manis,syahdu,indah,romeo,juliet,shrek,doremon,shin chan la sume ade.

Jadi, kesimpulan nya, makan la durian instead of petai.

=)