Monday, June 28, 2010

Surat kepada Encik M

Assalamualaikum Encik M.

Saya harap Encik M berada di dalam keadaan yang sihat la ye hendaknye. Encik M dah makan? Harap harap juga Encik M sudah makan, tetapi jangan la Encik M memakan ayam jiran saya pula.

Baiklah, tujuan saya menulis surat untuk Encik M ini adalah bertujuan untuk menyedarkan Encik M dan rakan rakan Encik M tentang ketidakpuasan hatian keluarga saya dan beberapa penduduk di sekitar kawasan perumahan saya. Bukanlah niat saya untuk menghalau Encik M dan rakan rakan, bukan ye, tetapi hanya mahu Encik M dan rakan rakan muhasabah diri sebelum Encik M dan rakan rakan seronok bermain judi di atas bumbung rumah keluarga saya dan penduduk sekitar.

Maaflah, andai bahasa saya agak lancang di telinga Encik M. Tetapi seperti kejadian pagi tadi jam 5.30 pagi, saya dan ibu sedang seronok sekali menikmati juadah bersahur apabila kami di kejutkan dengan bunyi derapan tapak kaki dan hilai tawa Encik M. Saya selaku penghuni tidak tetap di rumah ini berasa terkejut yang amat sehingga jantung saya berdegup kencang dan berhenti selama 2 saat. Nasib baik saya tidak mati terkejut Encik M.

Saya harap selepas ini, Encik M akan mempertimbangkan semula kelayakan Encik M untuk tinggal di atas bumbung kami. Kerana Encik M hanya membuatkan kami terasa teraniya. Bawalah kawan kawan Encik M pulang ke tempat asal Encik M sebelum saya dan keluarga serta penduduk penduduk di sini memanggil bomba untuk menghalau Encik M.

Sekian, terima kasih.

*Encik M = Encik Musang

walaupun Encik M comel, tapi tidak Encik M, saya tidak akan terpedaya. +.+

Ex-Classmate Ep 2

ya, akhirnye gamba gamba ex classmate yang di nanti nanti kan muncul juga akhirnya. hehehehe.
secara detailnya, sambungan dari entry 'Ex-Classmate Ep 1', kami telah berjumpa di Jaya Jusco Selat Tebrau, Johor Bahru. Yang datang cuma saya, Nisa, Nazmi, Shida, dan Huzaimie saje. Yang lain lain semua sibuk dengan hal masing masing and tak dapat nak join sekali.

So xpela, ramai ni pon dah cukup meriah =)

Aktiviti kitorang mase tu, just pegi makan, and then jalan jalan dalam Jusco tu, then pegi main bowling. hehehe. walaupun x banyak benda nak buat, tapi kitorang tetap happy sebab at least dapat jumpa balik, and memang meriah je.

Lihat saje lah gamba gamba bahagia kami.













hehehehehehe. oke bye.