Wednesday, August 4, 2010

Nak tau tak ape yang membuatkan kelas pada hari ini sangat #@#$@$#@$#@@.

Bile korang terpaksa bangun seawal 6.30 pagi sebab korang tak gosok baju lagi, pastu mandi kena cuci rambut sebab kepala dah gatal-gatal menggunakan air ais (air sejuk sebab hujan), pegi kelas redah hujan naik moto, memang sejuk macam duduk kat London time musim bunga la kawan-kawan. Pastu tunggu kat luar workshop 15 minit sebelum ketua kelas datang bawak kunci, then duduk dalam workshop 5 minit tibe-tibe lecturer ade hal so kelas cancel. Tak ke macam $#$@%@$%@$%#%#%#@ kawan-kawan? Aih.

T__T

Ya, semalam lagi adventure kawan-kawan. Maaf la classmate, semalam I tak datang kelas sebab I ade hal dengan tidur I la kawan-kawan. Kalau kolej kite pegi kelas pakai baju biase je, I dah pegi kelas dah. Semalam I terbangun lambat, pukul 11.15. Memang nak pegi kelas boleh je, tapi kena gosok baju kurung dengan tudung lagi, tak sempat la kawan-kawan. Maaf.

So oke, stop pasal tu, semalam petang, I and Pika nak pegi bayar bil elektrik, kat Bangi. So Pika abes kelas pukul 4, then kitorang rush la naik motor ke Bangi. Lalu la jalan lame dekat Bandar Teknologi Kajang tu tembus kat Jalan Reko. Malangnye tuan-tuan dan puan-puan, boleh kena tahan polis pulak kat situ. Kepada penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen, sile jangan ikut jejak langkah kami ye. Maaf Pika, I yang bersalah, I yang bagi jalan tu kat U, konon jalan pintas. Maaf sekali lagi. T__T Tapi nasib baik,polis tu tak saman kitorang. Dengan lakonan Pika yang konon-konon bersedih dan penipuan beliau yang agak ermmm rase nak bagi kaki gak la, dan I yang konon-konon tah macam mane boleh jadi pendiam pulak, polis tu lepaskan kitorang. Terima kasih Encik Polis. ^__^

Tapi last-last, tak sempat jugak nak bayar bil sebab TNB dah tutup. Ni kalau mak tau ni I bawak moto xde lesen ni, kompem macam ni ayat beliau "Ami! Kan mak dah cakap, jangan bawak moto ke keta ke xde lesen, nanti kalau eksiden, awak yang salah. dan apa-apa-lagi-la". hehehehe. Maaf ibu, ibu kan tau Ami anak ibu yang kedua degil lepas abang.T__T Mintak lempang ke ape panggil mak dengan panggilan ibu. hehheh.

P/s:Lepas ni kelas English yang disukai ramai. ^___^

Oke,bye!