Monday, August 9, 2010

Annoying People

Oke,macam mane ek nak start. Hm.

Ade few things yang keep bothering me lah lately kawan-kawan. Aduh. And aku rase macam tak puas hati betul. Oke first, orang-orang yang "Eh, dea ade blog, aku nak buat blog jugak lah". And then berakhir dengan blog lebih kurang macam kawan dea, tapi tuka ayat lain sikit, tapi still lebih kurang same and kalau tak macam tu pun, buat blog nak ikut macam orang, orang cite pasal life, dea pon nak cite pasal life dea, orang nak cite pasal pegi melancong, dea pun nak tiru jugak. Aish. Orang-orang macam ni takde identiti diri sendiri ke? Kenape nak ikut orang? Buat la ayat kau sendiri, ni kau nak tiru-tiru orang, annoying gila. Plus kau nak fake kan diri kau buat ape? Nampak kelakar la.

Then ade beberape orang kawan-kawan yang sudah terang lagi bersuluh, tiru bulat-bulat gaye penulisan aku. Haiissh. Kenape nak tiru-tiru ni? Ni tak tiru dalam blog, tapi dalam Facebook,padahal dea taklah rapat pun ngan aku. Boleh pulak status dea same dengan status aku. Waduh waduh, bikin gawat dong.

T__T

Bukan la aku nak kate aku ni ade gaye mutu dan keunggulan. Bukan bukan. Nanti orang cakap macam ni pulak, "Eleh Si Amie ni, bajet bagus je". Haaa taknak la macam tu, tapi sekadar kalau nak orang lain respect kau, faham kau macam mane, kenal kau, kau perlu la ade identiti sendiri. Ye dak kawan-kawan? Kalau sampai akhir hayat kau asyik ikut orang je, macam mane nak wujud identiti diri. Ye dak?

Ha dah la Amie, malas la nak bace panjang-panjang. Haha. Pandai-pandai la pegi muhasabah diri ke pegi Sabah ke ape ke.

Then, ni dah masuk isi yang xde kena ngena ngan tajuk oke kawan-kawan. I terpikir tadi, I rase abes diploma ni I nak sambung degree tapi course lain.

Meh sini, dengar I cite dulu, banyak betul cite I ni kan kawan-kawan?

Hm, mase I kecik-kecik dulu, I suke cakap kat mak I yang bile besar nanti I nak kerja dengan agensi pelancongan. Pastu I suke tengok cite travel & living, discovery channel tu, pastu I cakap la kat mak I, I nak jadi macam tu tu tu, pastu mak cakap, itu namenye travel host. Pastu I cakap I nak jadi pemandu pelancong. Semuanya pasal travel-travel ni. Then mak I cakap macam ni, "Mi, kalau nak keje dengan travelling agency ni, Amie kena pandai English, pandai bertutur dalam English." Lebih kurang gitu la ye kawan-kawan. Mase I kecik-kecik jugak, dalam adik-beradik I, I sorang je yang paling sangat lemah English. Kakak,abang I semua tutur English lancar je. Sebab diorang suke bace buku-buku English, dengar lagu-lagu English, bace kamus oke tipu. Tapi I tak, I suke bace buku-buku Melayu, buku-buku Sejarah, Geografi oke tipu lagi. So in the end, dalam bahase kasarnye, aku bodoh English.

Tapi I tak berputus asa, I dengar lagu-lagu English, I ingat mase I darjah 2, time tu cuti penggal, I and akak I yang Farah tu, tinggal dengan ayah I dekat Taiping, mase tu dah pindah Terengganu, so I bercuti la kat Taiping, mase tu ayah cume ade kaset Elton John je. So I and akak tercinta asyik ulang-ulang lagu Elton John je. Tu la seingat I lagu English pertama yang I dengar sampai I nyanyi tak tengok lirik. So melalui lagu, I belaja la English. Dengar, sambil bace boleh meningkatkan mutu keunggulan English U allzz oke?

Then mase I UPSR, I dapat B untuk English I, of course la mak I harap I dapat A kan, tapi untuk si bodoh English macam I, tu kire dah memberangsangkan la, sampai cikgu tuisyen I pun tekezut tauuuww.. T__T Pastu I dah tak dengar lagi lagu-lagu melayu, dari Era.Fm terus bertukar ke Hitz.Fm sampai la ni. So mase PMR, alhamdulillah, I dapat la A. ^___^

Oke dah, hang nak belagak ka cmana ni?

So, I rase untuk degree, I nak amek pelancongan, so macam mane kawan-kawan? Wasting time tak? Sebab I rase I taknak sambung degree course computer ni la. Hmm I pun dah pening +__+
Kalau I tekad nak amek pelancongan jugak, I kena kuatkan lagi English I, so that I boleh bertutur dalam English dengan lancar. Kalau I amek pelancongan, degree I 4 tahun, so mase tu umur dah 25 something, kalau terus sambung computer, degree I setahun setengah, so maybe 23 camtu habis. So macam mane?

+___+

Oke bye U allzz.

Ladies,boleh tak aku nak suarakan pendapat?

Sebelum ape-ape, I nak mintak maaf dulu tau if my word might hurt you. Tak bermaksud begitu T__T.

Oke, look, I rase kan, U allzz yang suke mempermainkan hati lelaki tu boleh stop dengan game korang sekarang. Sebab I rase memang tak patut la U all bagi harapan palsu kat diorang. If U all taknak, say taknak, jangan la melayan dea, bagi dea harapan, bagi dea peluang, tapi hati U sikit pun sebenarnye tak nak kat laki tu. Tak patut taaww. Sebab ape I cakap macam ni, sebab benda ni semua pernah jadi kat I. Then benda ni akan jadi karma yang menyelubungi hidup korang tak sudah-sudah. So boleh berhenti sekarang tak? Annoying tahu? Jangan nanti makan diri baru nak cakap macam ni, "Hmmm dulu, tak nak dengar cakap Amie. Kan dah jadi macam ni."

Sekarang I tenang, bile single ni, kepala pun tak sakit, hati pun tak sakit.

Hey, tak suruh U alllzzz single pun taaawww. Suruh jangan main hati je.

T___T

P/s:Pasal keropok Mony yang satu, bergaduh jiran sebelah menyebelah. Tak gitu kawan-kawan?

Hai Encik Blog.

Mesti Encik Blog merindui I kan? kan? ^__^ *malu sendiri.

Pade hari Sabtu yang lepas, aku pegi KLCC untuk berjumpa kakak yang dirindui. Eceh yang hal sebenarnye, 2 hari sebelum tu aku mintak beliau belanje Pizza. Lantas kakak pun setuju berjumpa di KLCC. Oke kawan-kawan, kalau nak pergi berjalan-jalan di Kuala Lumpur, sile jangan pegi pada hari Sabtu, dan toloonnggllaahh jangan naik kenderaan awam. T__T

Mari sini semua, I nak cite sikit sepanjang perjalanan ke KLCC tu. Oke, hari Sabtu tu, I bangun la pagi-pagi. Sebab dah janji nak jumpe pukul 10 pagi, so I taknak la kecewakan kakak, dah la beliau nak belanja, lagi satu I ni punctual tau. Oke, boleh gelak besar semua. Then akhirnye, kakak mesej cakap dea tunggu pukul 11. Boleh bace 2 kali tak ayat 'dea tunggu pukul 11' tu. Sebab kan kawan-kawan, I yang terpaksa tunggu dea setengah jam kat KLCC tu, padahal kalau nak diikutkan, dea naik LRT satu jalan je dari Gombak ke KLCC, I ni lagi jauh tau, dah la naik komuter, benti kat KL Sentral, tuka pulak naik LRT ke KLCC. Cis kan kawan-kawan?

Oke, mase dari rumah sewa I nak ke KTM Kajang, I tunggu la bas macam biase kan. Bas la katekan, mesti la semua bangsa dan masyarakat naik. Macam-macam gaya dan ragam I tengok, I ni memang suke perhatikan orang +___+ Dari budak sekolah yang keluar berdating pastu kepit rambut dea lain-lain jenis dan lain-lain warna, pastu mamat ape tah bangsa dea, Filipina kot, dengan baju kuning terang menyala dan kalau boleh senyum sampai esok pun takpe, then dengan Bangla yang mak aihh bau kau, rase nak cakap macam ni je "Em hello Encik Bangla, how are you, how long you've been staying in Malaysia? Encik Bangla tau tak produk-produk penjagaan bau badan? Seperti, deodoren? Or kalau Encik Bangla tak suke yang roll on, Encik Bangla boleh beli yang spray punye, tapi mahal sikit la. Encik Bangla boleh dapati produk2 tersebut dalam pelbagai jenama, seperti Rexona, Nivea, Adidas oh ye sekarang Dove pun ade, lagi wangi dan lagi mahal. Atau sabun badan? Atau, boleh tak Encik Bangla hanta baju2 Encik Bangla kat dobi? Wangi sikit." Pastu sambil cakap sambil menangis T__T. Aiihh macam-macam hal. Tapi aku tetap tabah, demi berjumpe kakak tercinta.

Lepas kes bus, kes komuter pulak. Kali ni aku rase macam nak naik yang Ladies Coach tu, so aku pun tunggu la kat bahagian tengah tu kan. Kawan-kawan tau kan? Komuter sekarang buat coach khas untuk perempuan sahaja, al-maklumlah sekarang banyak kes meraba raba dalam komuter. Aiihh. Dalam komuter tu, hmm malas la nak cite. Kalau nak keluar berjalan-jalan dengan boyfriend di Kuala Lumpur, better jangan pilih hari Sabtu, dan jangan la tolong la jangan naik kenderaan awam. Awak akan kelihatan huduh bile sampai tempat yang di tuju. Pernah dulu sekali first time keluar jalan-jalan kat KL dengan Amen, bulan puasa pulak tu, maakk aiih takmo dah naik public transport ni dengan dea, takmo, takmo. T__T

Sesampainye di KL Sentral, aku terus beli tiket LRT ke KLCC, RM1.60 ye kawan-kawan +__+ Pastu kan kawan-kawan, nak tau taakk, I jumpe A.Samad.Said! Hehehe. Teruja dan nak cakap banyak-banyak kali yang I jumpe dea. ^___^

Penatla nak cite banyak-banyak kan kawan-kawan? Ape kate, kite terus ke bahagian gambar?

*hai, nama saya Pizza.

Eleh Amie ni, macam la orang lain tak pernah makan. T___T

Kalau nak harap duit aku beli ni, tak dapat ar, nasib ade kakak tercinta. ^__^ That's why la I appreciate it to bit. Haha.

Lepas tu kan kawan-kawan, I pun tersenyum manis dengan Kiki macam ni,

Hehehehe.

Oh dan dan dan,

ni lah kakak tercinta. T___T Huhu. Tau, beliau rase beliau arabian ke ape tah. Macam orang muslim botswana ye lah. Hahahaha! Pegi UIA, korang boleh tengok bersepah orang pakai macam kakak.

Eh hai Farah, bulan depan belanja ni eh
Hehehehehehe ^____^

Oke bye kawan-kawan.


Yang sayang kakak,
Amie.