Sunday, September 26, 2010

Selamat tinggal Tagged


Nak setia dengan Facebook je. Bye Friendster, MySpace kesayangan, dan last Tagged.

Sunday sedih

Hari ni hari Ahad, 26 September 2010. Ade beberapa orang kawan aku yang lahir pada hari ini pada suatu masa dahulu. Selamat hari lahir kawan-kawan.

Semalam sebelum tidur, aku dengar lagu Kotak-Masih Cinta. Tibe-tibe aku terkenang cerita lama, zaman gelap aku. Sedar-sedar lagu dah senyap tapi earphone masih terlekat kat lubang telinga. Aku cabut earphone tarik selimut dan terus mimpi kosong dan gelap. Sekosong hati aku yang gelap. Mungkin mimpi terhasil bile hati dan otak memainkan peranan kot yelah mimpi kan mainan tidur.

Beberapa jam kemudian aku tersedar dari tidur dan mimpi akibat telefon bimbit berbunyi dan bervibrate kuat. Kacau betul.

Semalam jugak aku call Nazlin. Asalnye nak berborak kosong dan bertanya khabar, maklumlah rasenye dah lame tak contact dea, tak macam dulu-dulu, dalam kelas dalam tandas tengah mandi dah tidur pun masih nak bermesej. Kredit pun tak banyak, jadi tak dapat nak berbual lama. Sekarang semua dah lain, semua dah menjauh. Macam kawan-kawan baik dulu, dulu semua ade di sisi, semua bahagia, tapi lama-lama semua jadi tak keruan, semua entah kemana-mana.

Aku rasa aku banyak kawan, sebab aku dibesarkan di tempat yang berlainan. Tapi mane semua kawan-kawan aku pergi? Mereka yang senyap atau aku yang senyap? Mungkin kedua-duanya sekali. Cume ade beberape orang kawan saje yang rajin telefon, rajin tanye khabar, rajin bermesej. Bagus macam tu. Sebab aku tak suke call orang dan bercakap kosong, kecuali kalau aku rindu.

Kawan banyak yang hipokrit. Yang ni aku tak tipu. Semua baik-senyum-mesra depan depan, tapi belakang semua mulut busuk macam longkang tempat buang makanan basi. Semua berpura-pura. Baik bile nak mintak tolong, bile dah takde kawan lain, aih biaselah, dan aku selalu jadi mangsa. Sebab aku bile berkawan baik dengan orang, kalau aku anggap dea kawan yang baik, aku betul-betul ikhlas dan jujur dan telus. Susah aku nak bercerita buruk dan menjaja cerita kentut busuk dea kat orang lain. Aih lantak la.