Monday, November 29, 2010

Selamat memutih

Jumaat 26 November yang lepas, I pergi bercuti kat Port Dickson. Tak plan pun, tengah lepak-lepak kat mamak tibe-tibe budak-budak ni ajak pergi Port Dickson, rancangan awal nak pergi Broga, tapi tak jadi. Heh. Tapi lahabau jugak plan nye, janji nak pergi pagi-pagi lepas Jin tutup kedai shisha dea pukul 5-6 pagi camtu, tapi last-last pergi kul 10 sebab masing-masing balik membuta sebentar bersama kit-kat.
Fine.

Bukan nak cerita saat-saat pegi Port Dickson tu, nak cite saat-saat muka hitam kering takde vitamin, tangan berbelang macam pakai hand sock dengan rambut kering macam bulu jagung kadang macam sabut kelapa.

Balik-balik PD je teros mandi tak ingat dunia, rambut shampoo sampai 2 kali. Mane tak nye berendam dalam air garam memang kering la. Lepas shampoo rambut, biarkan kering kat angin, sebelum tidur terus lumur dengan benda alah ni

 
Esok nye bangun-bangun terus pegang rambut, fuuhh nasib baik jadi balik rambut Angelina Jolie. Tiada lagi kasar sekasar sabut kelapa. Thanks Dove Intense Repair Leave-On Cream kerana melembutkan balik rambut saye. T_T

Kulit hitam kering tak cukup vitamin ni memang kena perap je kat rumah la nak kembalikan warna kulit asal, air mineral dah bergelen-gelen dah minum, lotion pun dah nak habis dah lepas mandi je lumur lepas mandi je lumur.

Ke ade sape-sape nak bagi tips?

T_T

Oke bye!

Sudah puluhan tahun

Hai saya Amie, saya 20 tahun. Saya tinggal di Johor Bahru.

Selamat memasuki dunia puluhan tahun Amie. Tak payah duk buat terok sangat la kalau dah 20 tahun pun. Ayah umur 60 tahun cool je. Oke fine.

Semenjak dah 20 tahun, teros rasa hang dah tua la Amie, bile nak berubah? Bile nak matang? Oke lepas ni harus fikir dengan mendalam tentang mase depan agar masa yang di hadapan itu cerah dan disuluhi lampu neon atau mungkin lampu suluh yang cerah yang orang pakai masuk laut dalam tu.

Baiklah.

Di umur 20 tahun ini, masih mahu single dan tidak mahu berfoya-foya lagi.
Masih mempunyai keluarga yang menyayangi diri ini.
Masih belajar di KPM Beranang mengambil jurusan computer in software development.
Masih sihat walafiat hendaknye.
Tidak mempunyi pedih hulu hati,sakit jantung,darah tinggi,kencing manis,dan sebagainya jika ada sile nyatakan di sini.
Tidak lagi mempunyai Nyoi di sisi T_T
Tidak lagi menjumpai calon BF yang ade chemistry dengan diri ini.
Masih miskin. T_T
Masih belum mempunyai peluang membuat lesen kereta menggunakan duit sendiri.
Masih tidak dapat membeli handphone LG Lollipop yang comel angaat~!
Masih belum dapat membeli Mini Cooper atau Volkswagen Beetle.
Sudah mempunyai kucing baru bernama Hero.

Oke,jadi berharap ketika berumur 21 tahun sudah dapat berkawin dengan anak raja, eh eh eh sudah at least la paling cikai pun dah pakai handphone baru.

T_T

Anyway, merase di appreciate sangat sebab kat Facebook, ramai orang wish birthday. Ahaakszz! +_+

Thanks semua! Love you! Muaahx! Titeww tayunk kamooww cemuee!! Wii!

Bye.