Thursday, December 2, 2010

Jejak kasih berlinangan rona luka

Hah hamek kau tajuk entry gue.

Semase saye kecil (maklumlah, mase kecil banyak cerita), di peringkat nursery, saye takde langsung BFF, ambooi kemain gune ayat BFF, oke fine, best preng poreber (BPP), saye keseorangan saje seperti seekor tupai terbang comel yang kehilangan kacang walnut nye.

Sebagai seekor tupai terbang comel yang kehilangan walnut nye, eh eh sebagai seorang budak kecil yang tiade kawan di zaman nursery-nye, nursery is like a hell, oke macam terok sangat je bunyiknye, maka nursery adelah tempat yang paling bosan dan tidak wajibul ghunnah la kan nak pergi. Lagipun nursery pun sebelah rumah je, memang akan jalan kaki balik rumah la.

Tetapi ketika di zaman pra-sekolah iaitu zaman tadika-mesti-kena-main-gelongsor-batu-besar-dan-main-kawin-kawin, saye mempunyai seorang kawan baik sampai bile-bile (KBSBB bukan KBSR). Name dea Siti Aisyah. Bak kate Zaid, masih segar di ingatan, amboi ekau. Kitorang memang baik macam adik beradik. Siti Aisyah berbadan agak besar daripada saye yang kecil molek (semasa zaman tadika tu la ye, jangan salah faham T_T ),kulit dea putih melepak-lepak macam Zizie Ezzate, tah betul ke tak eja, ala yang jadi Suraya dalam cite Suraya yang rampas Zain Saidin kacak emm avudevah! kepunyaan diri ini tu. Oke fine.

Dea seorang yang tak banyak cakap, and selalu ikut je cakap saye. Teehehe, kecil-kecil sudah menjadi ketua kumpulan yang kalau dalam movie omputeh ketua kumpulan cheerleader yang harus bersikap berlagak dan suke memerintah-rintah tu. Hahaha. Tapi saye tak la seteruk itu, metafora je tu. T_T Anyway berbalik kepada cerita, kami berkawan baik sampai naik sekolah rendah.

Mase darjah satu, saye dan Siti Aisyah dapat satu kelas bersama-sama. Sebagai ketua kumpulan yang paling nakal dan selalu banyak idea jahat dalam kepala walaupun ketika itu masih kecil berumur 7 tahun, saye selalu ajak Siti Aisyah buat keje-keje jahat, sebagai contoh mengacau makcik gile di belakang sekolah, mengacau tukang jahit cine di dalam sekolah, pergi perhimpunan pagi waktu dah bace ikrar, berlari-lari naik tangga kayu yang hampir roboh, berak dalam seluar, kencing dalam seluar oke fine tipu.

Walaupun begitu, kami pelajar cemerlang di dalam kelas. Semase darjah satu, saye merupakan ketua kelas, Siti Aisyah penolong saye. Kalau rekod pelajaran, saye nombor 1, Siti Aisyah nombor 2. Walau nakal dan jahat, pelajaran tetap tiptop. Hahaha! Memang la darjah satu je pun. T_T

Semase naik darjah 2, kami same-same dapat kelas first. Tapi mase tu saye dah nak pindah Terengganu. Saye cakap ngan Siti Aisyah yang saye kena ikut mak pindah Terengganu, maka kami pun sedih bersama-sama T_T

Bile darjah 5, saye pulang semula ke Taiping, saye tanye kawan-kawan lame, mane Siti Aisyah, diorang cakap dea dah pindah Ipoh. Maka sampai sekarang, saye dah tak jumpe lagi Siti Aisyah. Mase kecil mane reti tulis surat, mane reti telefon dan bergayut, hmm memang tak jumpe dah la dea.

Ingat lagi, mase sekolah rendah, saye pakai pinafore, Siti Aisyah selalu pakai baju kurung. Rambut dea pendek ikal mayang, comel, aumm! Balik sekolah, ayah dea selalu amek naek moto yang roda 3 tu, yang boleh letak barang tu. Mesti lambai-lambai kat ayah dea. T_T

Amboi, macam mane la rupe dea sekarang, mesti comel sebab dea putih melepak lepak. Kalau jumpe terus peluk erat. Hahaha.

Kalau sape-sape kenal akan Siti Aisyah dan tau tempat tinggal dea, sile email I ye. Haha.

Bye!

Imma cry baaayybbiieee

Oke memang tak nafi aku ni baby yang suke nangis. Hahaha! Oke fine, suke nangis tu ye, baby tu tak boleh blah, boleh blah sekarang, kata diri ini kepada diri ini.

Tapi sejak-sejak dah makin dewasa ni ha kerap menangis. Mungkin kesedihan dulu-dulu yang asyik sangat terpendam terluah di kala makin berusia nie kan. Nak buat cmane. Bukan salah diri ini, salah air mata ini dulu-dulu mase mude payah nak kuar.

Mane tak nye, kucing jiran sebelah mati teriak, tengok Bersamamu teriak, tengok iklan teriak, rindu mak teriak, dulu Nanie benti kolej teriak, tempoh hari, mase Pika balik dah pun teriak sampai tersedu sedan,main kucing teriak, kawan menang motor teriak..oke oke oke part main kucing dengan kawan menang motor duk teriak jugak tu tipu dah tipu dah. +_+

Kesimpulannye, memang aku ni cry baby. Pernah tak tengok movie Cry Baby yang Johnny Depp mase mude mude kacak bergaya gewaaamm kiteeww auuummm! berlakon tu. Haa camtu lah.

Bak kate kakak Azira, 'Amie tengok ape-ape pon nangeh'.

Fine.

Memang la nangis, sebab sedih T_T nangis la.

Anyway, sekarang ni selalu TER-TENGOK (harus di caps lock kan ter-tengok tu ye) Asian Takeaway *Nusantara yang dekat MTV setiap weekdays kot jam 3.30 sampai 4 petang tu kan. Tengok tak kawan-kawan? Hahaha kadang-kadang layan lagu-lagu Indon ni feel jugak sebab lagu-lagu Indon ni macam ber-chemistry je kan dengan jiwa diri ini. Auuww T_T

Cube dengar ni,



Best tak? Best kan? Pastu semalam dengar lagu Aliff Aziz dengan Joanna tu, ape tah tajuk dea, macam comel je lagu tu.

Hmm nak pergi download sekarang. Bye!