Monday, January 31, 2011

31012011

Lagi 3 hari nak pulang ke JB untuk beraya cina. Tak sabar nak jumpe Hero. Rindu nak mampus. Kat Emak dan Ayah pun rindu jugak laa.

Sudah 4 minggu di Kolej rase macam 4 hari, ewah, nak cakap belajar best la  tuuww. Takdelah best sangat sebab semester ni Encik Mickey Mouse tak mengajar diri ini T_T Cume mampu nampak beliau dari jauh sahaje. Jadi nak berharap kelas Java semester depan di ajar oleh Encik Mickey Mouse kembali.

Well esok pagi pagi ade presentation Network, harap semuanye berjalan lancar. Duk buat terok macam baru first time buat presentation. Like dhaa.

T_T

Kite nak gosip sikit dengan kalian semua, boleh?

Baiklah.

Saye kenal seorang kawan nie, dea merupakan kawan kepada kawan saya yang mana kawan saya tu adik kepada adik kawan saya.

Oke, tak baik cakap pasal orang.

Bye!

Tapi saye nak cakap satu benda, kalau awak semua taknak orang bercakap pasal awak, bukan bukan, kalau awak semua rase macam orang bercakap pasal awak, baik awak selidik ape yang orang tu cakap kan.

Kalau benda tu memang patut dipercakapkan, baiklah awak muhasabah diri, daripada awak pergi post status yang mintak simpati orang tu. Padahal memang salah awak.

*(^&$%%#@$%*()_(*^$%&*()(_*)

Oke, kali ni betul betul bye.

Saturday, January 29, 2011

Duniawi

Hidup kite ni, life kite ni, boleh dedifinasikan dengan banyak benda.

Sebab, hidup kite ni ade turun naiknye.

Dan, terpulang kepade kau orang untuk handle sendiri, same ade kau boleh bersyukur, atau kau boleh riak, atau kau tak boleh terima langsung.

Saya bagi contoh mudah.


Ini game Spider Solitaire, kat mane awak boleh jumpe? Dekat Games kat laptop awak.

Dunia ni ibarat permainan untuk awak, ade mase awak akan rase susah sangat nak menjalani hidup awak, contoh, business awak bankrup and awak jatuh miskin, awak akan rase sedih, awak akan rase macam awak dah takde life lagi, awak mule ingat Tuhan.

Macam game ni jugak, ade mase awak menang


awak akan belagak, sombong, riak, ujub, takbur, hah hamek kau. Atau dalam dunianye, awak kaye, awak senang, ape awak nak awak dapat, awak lupe siape pencipta awak.

Dan bile awak kalah


macam saye cakap tadi lah. Malas pulak nak ulang ulang.

Itu kesimpulan saye, kesimpulan awak, pendapat awak, saye tak tahu. 

Awak faham sekarang?

Oke bye!

Friday, January 28, 2011

Satu kali lagi.

Hai kawan-kawan. A-L-O-N-G...Along!

Oke bodoh,diam.

Rindu pulak kat Siti Sifir, kalian macam mane?

Baiklah.

Kalau kalian nak sesuatu benda, lepas tu kalian tak dapat benda tu, tapi kawan kalian dapat dulu lepas tu belagak kat kalian sebab kawan kalian tu nak jeleskan kalian yang dea dah dapat dulu benda tu sebelum kalian sempat dapat, apekah perasaan kalian?

Mesti macam 'celake-kau-dapat-dulu-padahal-aku-yang-nak-dulu' kan?

Mesti macam kalau-aku-jadi-hantu-kau-lah-orang-pertama-aku-nak-kacau-nak-nak-bile-kau-memandu-sorang-sorang-malam-malam.

Oke Amie,boleh berhenti cakap pasal Khurafat.

T_T

Atau kalian nak tekel sorang mamat ni, tapi in the end, kawan kau dah dapat dulu.

Kau jangan cemburu iri hati sakit hati makan hati dendam kesumat sampai mati pulak.

Cube kau muhasabah diri kau dulu.

Mungkin ade kekurangan dalam diri kau sampai kau tak dapat ape yang kau nak.

Mungkin kau tak cukup kaye nak beli ape yang kau nak, and kawan kau memang cukup kaye nak beli, duit dea banyak sampai taktau nak buat ape.

Mungkin kau tak cukup perfect lagi nak tekel orang yang tak minat kat kau, mungkin perangai kau hodoh sampai orang tak suke kau.

So terima la, cube buang perasaan dengki tu, cube jadi lebih baik, well awak pernah dengar kan 'Anything happens for a reason', jadi mungkin memang ade sebabnye di sebalik ape yang jadi.

Mungkin kau boleh dapat lebih baik, terima takdir kau.

Jangan sebab kau cemburu, habis semua kawan-kawan kau, kau nak tikam belakang.

Tak fair la macam tu, kan?

Fikir orang lain same.


P/S: Bile la boleh dapat Aaron Aziz. T_T

Dari kaca lensa

Amboi tajuk entry. T_T

Friends, I'm looking for this type of camera.


Di mana kan ku cari ganti?

Eh salah, kat mane boleh saye dapatkan ini, sape sape tahu?

Tuesday, January 25, 2011

Aku harap kau tertarik nak bace.

Kalau kau nak sombong dengan aku, kau boleh pegi jahanam.

Bile orang mengata buruk pasal kau, cakap bodoh tentang kau, tolong terima sebab memang kau macam tu.

Tolong sedar, ke tak reti nak sedar?

Nak aku tolong sedarkan? Ah takde, kau pergi sedar sendiri.

Kalau kau tertanya kenape, pandai pandai la kau muhasabah diri.

Bukan nak cakap banyak, bukan aku pun tak sedar diri, tapi kau kampuang yang tak reti nak appreciate orang lain. Sebab kau macam haram, sekarang.

Dulu bolehlah, kau naive, kau tak kenal dunia luar, kau tak reti nak bercampur dengan orang, tapi bile kau dah reti semua tu, yang lame kau sampahkan. Sebab ape? Sebab kau sampah yang ulat sampah pun jijik nak jilat.

Tolong, matang, tolong, jangan lupe daratan, tolong ingat balik ape kau dah buat.

Lelaki bodoh yang cube berlagak cool dan pandai dan aku-hensem-semua-awek-cun-aku-nak-try macam kau memang mintak maki aku je. Bile dah kena pulau tau pulak marah. Serves YOU right.

3 kali aku nak ulang.

KAU MACAM HARAM.
KAU MACAM HARAM.
KAU MACAM HARAM.

P/s: Yang tak berkenaan jangan terase ye.

Bye.

Saturday, January 22, 2011

Apabila khurafat buat diri ini menjerit.

Hai kalian, semalam diri ini, Awien, Kiki, dan Faiz ke Times Square menonton Khurafat.

Kalian semua yang suke cerita hantu harus la pergi menonton cerita ini ye. Seram gile gua cakap same lu. Sebab diri ini penakut, memang seram la cite ni. Tak senang duduk sepanjang cerita, yang si Awien boleh tido pulak sebelah aku, yang kiri aku dah la takde orang, memang nanges la. Oke tipu tak nangis pun, tapi memang tengok tutup mate la, baik tak payah tengok, tapi nak tengok jugak sebab best.

Part dalam kereta tu la seram. Jerit-jerit diri ini, Awien and Kiki. Haha. Orang depan kalau boleh nak toleh belakang pastu tepek dahi kami je, tapi sebab diorang pun takut diorang jerit jugak. (&^^&$%#@&%*^&(.

Baiklah.

Lepas ni kalau memandu sorang waktu malam takkan memandu sorang-sorang pastu tengok cermin belakang buat-buat terkejut, bukan terkejut sebab ade hantu, tapi terkejut tengok kereta belakang. Haha bodoh. Kereta pun takde, apetah lagi lesen.

Lepas tengok cite tu, terus diri ini berase kagum dengan sape-sape yang bekerja kat bilik mayat tu. Wa salut lu la beb. Memang terpakse jadi berani.

Serious seram, serious takut.

Kalau awak cakap 'Hekeleh bukan seram pon, bukan takut pon', meh saye stalat dahi awak sebab saye ni memang penakut, lipas pun takut, apetah lagi kalau nampak hantu betul betul depan mate.

Mati kat situ jugak.

Oke bye.

Thursday, January 20, 2011

Bile Amie rajin

Bile aku rajin hah kau tengok lah sendiri penat lelah carik tukar adjust background blog baru.

Hebat Amie, syabas!
.
Sekian terima kaki eh kasih.

Bye.

Wednesday, January 19, 2011

Kalian macam mane?

Bukan senang nak semua orang ikut cakap kau.

Bukan senang nak amek hati orang.

Bukan senang nak elakkan diri dari makan ais kepal.

Bukan senang nak melawan nafsu.

Bukan senang nak dapat A dalam Programming.

Bukan senang nak pakai seatbelt pergi kenduri kahwin rumah jiran belakang.

Bukan senang nak handle benda susah.

Bukan senang nak makan pati ikan haruan macam tu je.

Paling susah, nak lupekan orang yang dirindui selama setahun.

T_T

Tuesday, January 18, 2011

Insomnia #2

Kalau awak bercinta dengan seseorang, awak harus bercinta dengan ikhlas, terima baik buruk kekasih awak, sayang mereka sepertimane awak sayang keluarga awak, hormati mereka, dan sebagainye yang positif la jangan negatif pun awak masuk sekali.

Kalau awak bercinta dengan kekasih hanya untuk kepentingan awak, memang tak adil lah untuk kekasih awak tu. Cube awak bayangkan sekarang, kalau awak di situasi kekasih awak, di mana dea perlakukan awak untuk kepentingan dea, apekah perasaan awak?

Awak faham tak sekarang?

Baiklah, saye beri gambaran yang lebih terang, awak ade kekasih, dah lame bercinta, memang awak sayang kekasih awak ni, memang kau lah yang satu lah, then, awak terpaksa berjauhan dengan kekasih awak. (Untuk kalian yang bercinta dekat-dekat, bukan untuk long distance relationship ye), sebagai contoh, awak terpaksa melanjutkan pelajaran ke luar negara atau negeri, awak berpindah, awak ke PLKN, awak ke kem motivasi selama 8 minggu atau awak pergi Umrah.

Bile dah berjauhan, awak mule mengenali dunia baru, kawan baru, rindu yang membuak buak terhadap sang kekasih yang jauh di mate dekat di hati. Awak mule merase bosan, pilu, sayu, pulak kawan-kawan awak semua selalu berdating bersame kekasih mereka, tapi ape yang awak boleh buat cume telefon, mesej, 3G, YM, Skype, MSN dan yang seangkatan dengannye. Itupun kalau awak orang kaye, ade telefon 3G, ade internet sendiri, ade laptop/desktop sendiri, kalau takde? Call dan message je la.

Maka awak ambik jalan mudah dengan mencari kekasih baru HANYA untuk menghilangkan sepi awak sahaja. Bukan lah untuk awak bawak ke jinjang pelamin atau berjumpa emak/ayah awak.

Adil tak untuk kekasih baru awak dan kekasih awak yang sedia ada tu?

Ape kate kawan-kawan sekeliling awak?

Awak takkan fikir semua ni bile awak buat benda ni, tapi once awak ditinggalkan kedua-duanye, baru awak tahu. Baru sudah terhantuk baru tengadah, yeke? +_+

Well itu cerita lain.

Cerita lainnye, bile awak gunekan kekasih awak untuk tujuan kesenangan awak.

Sebagai contoh, "Aku tak sayang pun BF/GF aku tu sangat sebenarnye, sebab dea ade Ferrari je aku sanggup berkepit ngan dea", atau, "Tak kesahlah, asalkan tiap minggu dea bawak aku pegi Pavillion shopping", atau, "Dea pandai la, mase mase ni la aku nak gunekan dea, untuk setelkan esaimen aku, exam-exam aku boleh tiru dea je", atau, "Dea sanggup buat ape je untuk aku, takkan aku nak tinggal dea".

Apa tahi ni? Apa tahi?

Baiklah, saye tinggalkan awak semua untuk berfikir. Sebab ini semua benda yang berlaku di sekeliling saye, dan pengalaman untuk kalian.

Bye.

Insomnia #1

Jam menunjukkan pukul 2.44 pagi, hari ini hari Selasa 18 haribulan 1 tahun 2011. Kejap lagi pukul 10 pagi ade kelas Network. Baiklah bukan nak cerita jadual pade hari ini. Cume nak ber-entry baru sebab diri ini tak mengantuk lagi selepas pulang dari Marias sebentar tadi.

Saye nak cakap kat kalian satu benda, tapi nak cerita pengalaman pergi Sungai Gabai 3 hari yang lepas.

Ape gelak?

Baiklah, 3 hari yang lepas, diri ini, kakak Azira selaku housemate dan boyfriend nye Mus, pergi ke Sungai Gabai. Kerana diri ini dan kakak saje tinggal berdua di rumah, maka kakak pun mengajak diri ini join dea dan boyfriend nye untuk bermandi manda di Sg Gabai.

Dah la pergi pukul 4.30 petang, sampai dah pukul berape, hujan lebat lagi. Peerrggh. Pulak tu, naik tingkat atas sekali pulak tu, kalau awak tak tau kondisi pancaroba di Sg Gabai macam mane, sile pergi sekarang atau awak carik lah kat Google. Memang peerrgghh separuh mampus diri ini naik tangga tingkat atas sekali. &^%$#@#$$%^&. Saye demand escalator di bina di situuuww!

Baiklah. Cukuplah.

Sambung di entry seterusnye.

Friday, January 14, 2011

Sesuatu yang awak tak ingin berlaku

Kalian semua ade Facebook ade Twitter sesetengahnye masih ade MySpace, Tagged, Friendster, Hi-5, dan sebagainye. Tujuan nye ape? Mencari jodoh? Mencari kawan? Saje suke-suke? Sebab semua orang ade awak pun nak ade jugak? Boyfriend/girlfriend kalian suruh buat? Macam-macam tujuan.

Secara jujur diri ini cume ade Facebook dan Blogger.

Sebab ape?

Sebab kalau takde kredit boleh berhubung dengan housemate, kawan-kawan dan keluarga melalui Facebook. Blogger sebagai catatan hidup dan nasihat dan sebab suke menulis untuk tatapan kawan-kawan Facebook. Haha.

98% daripada kawan-kawan Facebook saye adelah kawan-kawan kolej, kawan-kawan di Taiping dulu, kawan-kawan di Johor Bahru, family dan kenalan yang rapat sahaja. Tidak lah pule saye nak memandai mandai pergi add jejaka jejaka tampan atau lelaki lelaki single dengan tujuan mengorat mereka. Tak kenal, tak add itu yang saye cube terapkan dalam diri, ataupun approve kawan-kawan yang tiada mutual friend dengan sape sape. Takut pulak nak mandai mandai tambah kawan nanti jadi mangsa "Carl Iskandar". Haa sape bace surat khabar tahulah cerita ni.

Bukan sombong, tapi mak cakap hati-hati berkawan dengan kawan dalam internet, kite kena dengar cakap mak, nanti masuk neraka +_+

A few days ago, I get acquainted with this men, I thought he was my friend's friend, but he's not. He add me as one of his friends a weeks ago, and his mutual friend with me is someone that I know real close. So I approve him and we chat through IM at Facebook. He asked for my phone number and I gave it to him, I know, what for kan?

So he text me, and macam biasa kalian tau ape dea akan buat kan? Pulak tu duduk kat Kajang je, mestila dea asked me out. Siap ajak naik motor la ape bagai. Bile dea start cakap macam tu, terus diri ini tanye dea samade dea kerja satu tempat ke dengan kawan saye yang mutual friend dengan dea tu, dea cakap dea tak kenal langsung. Apa lagi, terus saye tak reply mesej dea.

And he keep on calling me, and text and so on. And I didn't answer any of his calls at all and I didn't reply his messages pun. Takut la babe. Ingatkan member kawan ni, rupenye tak, memang tak la aku nak kenal. Then this morning dea mesej lagi, dea cakap saye sombong. Bukan la niat nak jadi sombong, tapi berhati-hati.

Get my point?

Bye.

When once, I made mistake.

Besok diri ini akan cakap dekat lecturer Visual Programming Development yang diri ini takde Visual Studio dekat dalam laptop dan laptop pun takde sebab tempoh hari Puan Azie suruh kami buat kerje sekolah dekat rumah pasal Visual Basic. Sekian terima kasih. +_+

Well disebabkan diri ini tak ikut JAVEZSKI pergi menonton wayang, maka diri ini terpaksa tidur sorang-sorang tanpa ditemani Kiki sampai dea balik subuh japgi. T_T

Sementara tunggu nak tidur, eloklah diri ini bergosip dulu dengan kalian semua di dalam bloggy ini ye dak?

Andaikate awak semua baru habis SPM, atau memang awak baru habis SPM dan awak berniat nak melanjutkan pelajaran dekat mane mane institut pengajian tinggi dan rendah, perkara pertama yang bermain di fikiran awak ape? Nak belaja dekat dengan rumah ke, or nak yang jauh ke, atau nak pilih course yang awak minat ke, mahupun nak same tempat dengan pakwe/makwe awak.

Kalau ikut pandangan saye sebelum saye masuk kolej saye ni dulu, mase saye umur 17 tahun dulu, mase saye mude dulu, mase saye belasan tahun dulu, dah cukup Amie, perkare pertama yang bermain di fikiran saye ialah saye nak ambik Business Study atau ape ape study yang berkaitan dengan bisnes tak kire la kat mane mane pun, yang dekat dengan rumah or jauh dengan rumah tak peduli itu semua, yang same tempat dengan boyfriend saye ke itu lain ceritaa sebab mase tu memang plan nak belaja tempat yang same dengan bekas kekasih and memang dapat pun tapi dah la itu cerita lain, dah diam Amie.

Baiklah.

So saye pun memilih Business 'Information Technology' di tempat yang pertama dan tempat kedua jatuh kepada Business Study. Yang ni mase isi form untuk Mara punye college la bukan university. Mase saye mintak Uitm dulu, tempat pertama ialah Pengurusan Perniagaan, tempat kedua ialah Penulisan Seni Layar. Well dapat pergi interview untuk Penulisan Seni Layar tapi akhirnye di reject hampeh sebab entah lah kenape awak semua fikir la sendiri. Haha!

Jadi, bile dapat offer pergi Kolej Poly-Tech Mara untuk jurusan Business Information Technology dan bekas kekasih dapat offer situ jugak tapi dalam jurusan Sains Komputer, kami dua-dua tolak tawaran tu. Tapi di sebabkan abang yang berpengalaman belajar di KPM Beranang ni, maka saye pun call Mara untuk tukarkan tempat di Kolej Profesional Mara mengambil jurusan yang ditawarkan memandangkan jurusan yang di terima sama. DAN paling penting sebab jurusan tu ade berkaitan dengan BUSINESS.

Dengan semangat yang berkobar-kobar konon satu hari nanti akan jadi usahawan berjaya dan terer computer, saye pun pergi la melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor mengambil jurusan Higher National Diploma In Computing Business Information Technology. Bodoh piang tak?

Hahaha.

Malangnye nasib diri ini, sebab jangkaan hebat sebelum ini ternyata meleset macam pemain Indonesia yang cuba jaringkan gol dalam perlawanan Piala Suzuki AFF tetapi ditepis hebat oleh penjaga gol hebat kite Khairul Fahmi. Maka dapat lah pointer semester satu 2.80 kalau tak silap.

Jadi, pengalaman saye yang menyedihkan ini saye kongsi dengan awak semua sebab saye taknak awak semua buat silap yang same macam saye.

Dah semester 6 dah pun lagi satu semester je nak habis.

Nasik dah jadi bubur, bubur pun aku tak suke makan apatah lagi bubur lambuk. pffftt.

Pilihlah bidang yang tepat, yang awak suke, yang awak minat, yang awak akan suke belajar, belajar untuk mase depan, bukan untuk final exam sahaja, kalau awak pandai awak boleh ambik ape saje itu lain ceritaa deaa, jangan pilih bidang yang awak fikir perrgghh-kalau-aku-ambik-course-ni-glamour-la-sial-aku-boleh-belagak-siut-dengan-kawan-kawan hah nah kaki gua.

Sekian terima kasih.

Bye.

Wednesday, January 12, 2011

Perihal 'kau-kawan-aku-sebab-aku-takde-kawan-dah'

Well banyak pulak benda jadi lately yang buat aku fikir kenape buat keputusan tak fikir and kepala tengah tak betul and it end up aku yang nampak bodoh.

Tapi aku pun tak suke jugak kalau lecturer aku tanye benda yang aku tak tau jawap and tak boleh nak olah ikut suke akal aku. Sebab nanti aku akan eheheh-saye-eheheh-tak sure la-ehehehe-puan, takpon,tujuk gigi yang cantik ni kat lecturer. Pfftt sungguh menyedihkan.

Baiklah takde kena ngena.

Bile awak buat keputusan untuk bercinta dengan orang dengan niat awak cume nak bagi bekas kekasih awak cemburu baik awak jangan bercinta. Sebab kalau cinta tu tak kemana, awak yang macam alaaa-dah-tak-jadi-dah-nak-buat-bekas-kekasih-cemburu. Hahaha. Poyo je konon nak jadi baik tapi sebenarnye tak ready lagi and kepada awak tu kalau nak blah, blah je la, cakap je la, takde pun perasaan dendam sebab cinta tak wujud lagi. Adeke Pika si kawan baik cakap aku yang tangkap cintan lebih, memang tak lah sayang. Eh? Apani? Tak paham +_+ Baiklah biar je lah. Mari move on to another topic.

Selama hidup dah nak dekat 21 tahun ni, tak termasuk la tahun tahun semasa masih bayi ye, aku rase dah cakap benda ni, aku banyak kawan. Tapi makin lame makin sikit. Tapi satu aku nak cakap, kalau awak awak semua telah dewasa, maksud saye telah matang, awak boleh tau awak berkawan dengan kawan yang betul betul kawan atau kawan sekadar teman awak sebab awak takde kawan.

Itu bodoh.

Kawan jangan memilih. Kalau awak rase awak dah cukup baik, dah cukup pandai, dah cukup sagala-galanya, tak perlu la awak nak memilih kawan-kawan yang setaraf dengan awak je.

Kawan dengan semua orang, baru awak boleh sesuaikan diri dengan persekitaran awak, baru awak tahu macam mane nak handle kawan-kawan awak, baru awak tahu macam mane nak berkawan dan maksud kawan. Jangan la awak selfish sangat. Kalau awak pentingkan diri, orang tak akan suke kawan dengan awak. Ikut flow lah, jangan keras kepala, dan paling penting jangan hipokrit dengan kawan. Depan baik belakang macam haram. Memang mintak lempang.

Pade aku, kalau aku berkawan dengan orang dengan niat untuk berkawan, aku tak akan jatuh cinta. So, bile kawan-kawan aku nak flirt dengan aku, aku jadi tak tau nak buat ape sebab dea kawan aku, andaikate la aku bercinta dengan kawan aku yang sebelum bercinta macam best-friend-forever, tapi bile putus satu hari nanti awak fikir ape akan jadi, mestilah tak kan best-friend-forever dah. Lain ceritanya kalau memang aku jatuh hati pandangan pertama atau kedua dan aku berkawan dengan dea sebab niat aku nak bercinta dengan dea itu laiiiiinnnnnn ceritaaa deaaaa. So faham?

Dan yang lain nya, kalau awak mula berkenalan dengan seorang kawan, dan tiba-tiba dea jadi kawan baik awak, yang pernah teman awak pergi toilet malam-malam mase awak duduk asrama, yang pernah tidur satu tilam dengan awak, yang selalu teman awak dating dengan boyfriend awak, yang selalu kongsi cerita sedih gembira dengan awak, yang tak satu pun berahsia dengan awak, ade awak akan hilangkan dea dalam ingatan awak? Andaikate awak betul betul anggap dea kawan baik, tapi satu hari dea tiba-tiba dah tak nak kawan dengan awak lagi, yang memalingkan muke bile terserempak dengan awak, yang kutuk awak dengan kawan-kawan baru dea, memang sakit, tapi itulah realiti nye, tapi awak tahu, yang awak sorang je tahu, awak rindu dea.

Well banyak sebenarnye ragam orang, tapi kite boleh tahu dea tak suke kite dari mimik muke dea. Kite boleh tau, dan kite boleh rase. So takkan awak nak terhegeh-hegeh amek hati dea. Ikot flow.....

+_+

Bye! 

Tuesday, January 11, 2011

Based on true story

Name saye Mary, sejak kecil saye di besarkan dalam keadaan yang tidak saye pasti bagaimane. Bile saye besar, adik beradik saye semua dah tiade, membawa haluan masing masing.Tinggal saye sorang terkontang kanting masih lagi mencari hala tuju hidup. Saye tak tahu sampai bile.

Hidup saye cumelah menagih simpati orang untuk memberi saye makanan untuk saye teruskan hidup ini. Saye tidak bekerja malah tidak boleh bekerja dan tiada siape mahu mengambil saye bekerja. Bile umur saye dah cukup matang, saye tahu, pasti ade sang lelaki yang akan datang untuk meratah saye dan saye terpakse melahirkan zuriat memandangkan saye tengok kawan-kawan saye semua begitu. Saye pernah mengadu nasib saye kepada badan-badan kebajikan tetapi sehingga kini, masih tiada sebarang pertolongan yang diberi. Saye masih terabai begini.

Takpelah, saye redha.

Saye tahu saye hina, bile saye cube menagih makanan daripada restoran restoran yang ramai pengunjung, saye sering diherdik, di pulau, di halau, di tendang, di sepak, di terajang, di tampar dan macam-macam lagi. Saye sedih, saye pun lapar macam diorang jugak, kenape diorang kedekut sangat? Bukan saye mintak banyak pun T_T

Part paling sedih sekali bile satu hari tu, saye nak ambik makanan kat satu meja ni, saye tengok tuan dea pun dah taknak makan, time tu saye lapar sangat, bile saye dah hampir dapat, datang seorang pakcik ni tolak saye sampai saye jatuh terjelepok, tak cukup dengan tu, dea simbah saye dengan air suam, saye ape lagi, lari la. Sampai hati pakcik tu, nak je saye cakar muke dea, tapi saye tak berdaye. T_T

Sehinggalah saye berjumpa sekumpulan kakak yang baik hati yang sudi memberi saye makan dan salah seorang kakak telah memaki hamun pakcik tersebut sambil mengelap air yang di simbah tadi. Saye berasa sungguh terharu dan berharap dapat berjumpa lagi dengan kakak-kakak tersebut. Bukan semua orang jahat di atas muka bumi ini.

T_T

Kisah ini diolah dari pengalaman hidup seekor kucing jalanan yang menumpang kasih di restoran Nurlaiyeen yang terletak di Pangsapuri Baiduri Beranang,Selangor.

Monday, January 10, 2011

Pengalaman hari pertama masuk sekolah

Besar gabak gini sekolah ape kau.

Baiklah.

Pade hari ini diri ini telah mule ke kelas seperti semester semester yang lepas, cume semester ini lain sikit sebab tahun ni dah 21. 21! Oke, bukan 12. T_T Walaupun takde beza nye sebenarnye tapi berbeza umur, beza lah tu. pfftt &^*&^RW#%$^&(*(
.
Kelas pertame tadi kelas Networking. Yang di ajar oleh Puan Siti Azirah. Kalau tak silap saye. Teehehe, name lecturer pun tak pasti, piau betul. Ade ke Puan pergi tanye diri ini ape itu server. Mesti korang nak cakap apelah-bengap-punye-Amie-server-pun-tak-tau kan? Hahahaha ye, memang tak tau, nak cakap ape? Hahah. Maaf puan, laenkali saye tak tulis huruf besar kat kertas attendance so that puan tak nampak attractive sangat name saye tu lalu teros panggil saye. T_T

Kelas yang kedua kelas Penghayatan Islam yang di ajar oleh Ustaz-alamak-lupe-la-seh-name-beliau T_T Maaf semua, saye memang suke lupe name lecturer. +_+ Kelas penghayatan Islam telah mengajar saye bahawa Facebook lah tempat untuk mengenali orang dengan lebih rapat. ??????? Oke bye.

Kelas ketiga sepatutnye kelas Project Management yang patutnye Puan Azie ajar, tapi sayang seribu kali sayang, Puan tak datang la pulak kan. Mane la dea pegi agaknye tinggal kan kami sendirian tidak mempunyai tenaga pengajar dan terpaksa tidur kat asrama dari pukul 2 sampai 4 petang! Grrrr!! Bangun bangun tidur terus rase sakit tekak tak sedap badan suhu badan terus naik 40 darjah celcius. Humangaaaiihh. Tipu betul.

Baiklah.

Last sekali pukul 4, kelas Visual Programming Development. Tadi kelas Puan dah brainwash buat VB. Ape istilah kau pakai ni Amie? Orang yang tak amik HND nak paham apa? Baiklah, taknak cakap banyak la macam ni. T_T Last nak cakap, rupenye ilmu Visual Basic saye masih belum cukup rupenye.

Oke kawan-kawan yang pasti esok I takkan punye lah cerita pengalaman pegi kelas hari kedua. I bukan Siti Nurhaliza pun orang nak tau perjalanan hidup macam mane. Jangan risau ye kawan-kawan. Teehehehe.

Bye!

Sunday, January 9, 2011

Quote terbaik untuk diri ini.

Ape ape yang terjadi, samada baik atau buruk, semua nye merupakan satu pengalaman.-Emak.

Perasaan yang seronok.

Semalam I dan kawan-kawan buat parti liar, eh bukan, buat surprise birthday parti untuk Sharmin ku sayang auumm muuaahh mmmuuaaahh si kecilku chaakk! hah hamek kau. Kehkeh. Tapi sebenarnye bukan la I yang buat parti tu ye, jangan salah faham, kang awak semua tempah I pulak buat surprise parti untuk diri sendiri. Dan Sharmin pun tidak lah seperti perempuan-perempuan gedik Super Sweet 16 yang duk buat-buat terkejut dapat hadiah kereta la apa la, ni betul-betul-betul terkejut punyyeeww! Hahahaha.

Anyway, happy birthday Sharmin!


Anti Amie, Awin ngan Kiki pown asyuukk dopoh shatu ugaak auuww. Tak payah ngada duk buat sore comel la Amie oi, kalau dah sore tu memang tak comel. Cis.

Baiklah.

Selepas itu kami semua pergi lepak, part balik, semua orang pakat muntah ramai-ramai. Oke part muntah ramai-ramai tu tipu, sebab Najib, Zaitun dengan Abdullah je yang  muntah. Bodoh Amie kau mandai ja taruk nama suka hati. Mesti la kena rahsiakan. %^&&*^&^%$%^&*(()^%$#^$!!

Baiklah.

Sebenarnye nak tulis entry sambungan kes rindu aritu, tapi macam tak jadi sambung je. Biar je la macam tu.

Oke bye!

Saturday, January 8, 2011

Kepada segar-bugar KPM Beranang

Awak semua jangan ingat kolej ini ade swimming pool ye. Sile bace Beranang, bukan berenang. Karang awak pergi tanye OC bile sukan renang nak dipertandingkan pulak. Bodoh Amie.

Baiklah.

Kakak senior awak ni, cewaahh senior siuutt, nak cakap Selamat Datang dan Selamat keluar-malam-curik-curik-suruh-kawan-datang-ambik-mengaku-abang. pfftt! ^&&*%&^$%%^*& Kau akan dibenci freshie Amie. Baiklah.

Tak mahu cakap banyak, dan bukan nak buat sale jual buku lame pun. Hehehe, cume nak cakap jejaka-jejaka akan di usha oleh kami kaum perempuan ni lah kan,yang girls pulak, tonggek-dade-mantap-kulit-putih-gebu-tinggi-lampai-muke-market-muke-cun-sial-kau-minah-macam-model-siut-comel-kau-orang-Arab-ke-Malaysia? pasti PASTI PASTI!! akan di usha oleh jejaka KPM yang sedang sepi mencari kasih laa offcooouurseee.

Lagi satu, kalau kau belagak macam junior aku tak lempang muke kau itu pasti.

Bye. Selamat menjadi budak Beranang.

Berdenyut siut kepale gua

Walaupun sakit kepala dan berdenyut-denyut, tapi diri ini masih mahu menjalankan rutin biasa dengan menulis entry.

Sebenarnye baru pulang dari Putrajaya menghantar Acik pulang ke rumah. Cepat bayang kan diri ini drive dari Putrajaya ke Beranang membawa manual tanpa lesen dan IC. "Hebat jugak Amie nie", kate korang kepada aku. Terima kasih.

Baiklah.

Tak banyak nak diperkatakan cume semalam saye sudah mendaftar semester 6 (HND3) dan semua nye sudah langsai dan selesai. Kalau awak semua nak tahu saye masih akan meneruskan semester baru dengan kawan-kawan kelas lame saye. Awak mahu kate ape? Ops sorry ingat awak kate ape-ape tadi.

Oke lah. Bye.

Tuesday, January 4, 2011

I miss you or miss you.

Dua-dua pun memberi maksud dan impak yang same kepade hati dan naluri. Bodoh ape ni?

Baiklah.

Kalau awak cakap awak rindu kan seseorang, awak pasti akan ade rase perasaan rindu tu betul tak? Kalau dah rase awak pasti akan luahkan. Tapi tidak bermaksud apabila orang telefon awak nak buat phone sex dengan awak dea rindu awak, jangan salah faham ye.

Itu babi.

Tidak, jangan mencarut. Baik.

Rindu boleh jadi kepada keluarga, kepada saudara, kepada bapa saudara, kepada kekasih, kepada kawan, kepada bekas kekasih. Tidak semestinye awak boleh rindu kucing awak saje, awak boleh rindu orang lain dan semua sekitar dan rapat dengan awak, mungkin yang tak rapat juge. Mungkin first love.

Baiklah tak mahu mengarut lagi.

Kite sambung episod akan datang. Bye.

Pada hari ke-4 tahun 2011

Saya terpaksa ke CC untuk menulis entry baru SEMATA-MATA. Menipu memang seronok, baiklah bukanlah nak tulis entry semata-mata,tapi memang niat nak online tu nak tulis entry memandangkan I enjoy myself writing about kehidupan dan perasaan, baiklah tapi ade la jugak niat nak check result dan usha facebook gue. Tapi malangnye, nak check result tak boleh la pulak. So tunggu slip keputusan peperiksaan SPM eh eh slip result je lah hari daftar nanti. +_+

Well bloggie, sudah lame kite tidak bermesra.

Dah pun masuk 2011, tapi takde satu entry kawan-kawan pun bercerita pasal azam tahun baru masing-masing selain blog Acik pasal boyfriend dea name Azam. Baiklah.

Mungkin semua orang dah malas nak berazam baru sebab azam tahun lepas dan lepas pun belom capai lagi ye dak. Well, aku pun takde azam tahun baru, kecuali mengharapkan diri ini menjadi lebih matang dan lebih baik dan lebih kaya. Sekian terima kasih.

Lupekan pasal azam tu sume. Esok I'm going back to Beranang dengan niat untuk menghabiskan lagi 2 semester saje lagi, InsyaAllah. Semester 6 kemari kamuk!

Sepanjang 2 minggu duduk rumah lepas balik appeal tempoh hari, kehidupan seharian tidaklah memberangsangkan diri ini ye kawan-kawan, tidaklah pula diri ini pergi ke Bali untuk bercuti, tidak-tidak, melihat gambar kawan-kawan menyambut tahun baru, melancong ke luar negara, menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan dan sebagainye sangatlah indah mate memandang, memandangkan rutin seharian aku cume bangun tidur awal pukul 10.30, pegi gosok gigi cuci muke, turun bawah bergomol dengan kucing dulu sebelum carik makanan, carik cerite best kat TV kalau ade, kalau takde on laptop bukak kotak CD carik balik cerite-cerite lame yang dah tengok tapi nak tengok balik sebab dah lupe jalan cerite,ataupun main Solitaire sampai mate kelabu,malam tidur awal. Thats all. Yeaahh THATS ALL. Jyeeahh!

Ape-apepun, takdelah sampai tak sabar nak balik Beranang. T_T

Oke bye!