Wednesday, March 30, 2011

About 'Amie Mede'

Yo wazzuupp. Haha.

Kalau anda semua search Amie lepastu tibe tibe ade name Amie Mede, jangan risau jangan takut jangan ingat tu pelanduk dua serupa atau stalker Amie Hamidi, lepastu inbox aku kat Facebook cakap ade orang lain selain Amie dekat Facebook nak jadi poseur. Perrghh jangan begitu kawan kawan. Itu aku la tu buat 2 account.

Meh nak cerita supaya kalian semua tak kompius lantas pegi block 'Amie Hamidi' dan 'Amie Mede' sekaligus. Peerrgghh sedeh gua beb.

Hahaha.

Yang 'Amie Hamidi' tu memang dah di sah Mark &^^%$#^*& punye, yang 'Amie Mede' tu pulak semata mata untuk main It Girl SAHAJA. Takde niat untuk curang lepas tu buat account baru untuk mengorat boyfriend baru. Tak tak tak. Dan yang di-add pun hanya kawan kawan yang maen It Girl SAHAJA. Hahaha! Taksub nak mampus main It Girl. Eh Amie, kau pegi kawin dengan It Girl kau sekarang. Eh mane boleh haram, nanti kena buang negeri.

Tapi kalau yang lain lain nak saje saje add pun takpe.

Baiklah. Thats all. Jangan kompius.

Bye.

Thursday, March 24, 2011

Ini suatu penghinaan!

Baiklah kalau begitu, since macam tu reaksi kau baiklah, pegi lah mampus for all I care. Ceyh garang. Haha. Bukan la garang, tapi since aku pun dah tak berminat lagi dah nak jage hati dea, nak dea tau yang aku still care kat dea, nak dea tau yang aku tak pernah membenci, hah sekarang aku nak dea tau pulak yang aku tidak hirau dan kisah lagi. Faham? Tak payah nak berstatus menghina sangat la as if aku pulak yang patut di celakekan. Choy choya betul.

Susah kalau orang ni selalu rase dea betul, dea baik, dea mulia. Two middle finger oke?

Pertemuan itu telah membuka mata hati aku, terima kasih hati kerana dengan care itu baru kau nak terbukak untuk aku sedar yang memang buang mase je selame ni. Serious shit, I'm really pissed off ni. Maka terzahir dan terluah lah kate kate bodoh macam ni. 

Enough about that. 

Bersamamu TV3 harus mendapat kepujian pade hari ini kerana berjaya menayangkan kisah menghayat hati kucing kucing terbiar yang tidak mempunyai penjaga. Kepada penganiya kucing di luar sane harap dapat membuka hati dan minda dan mata. Kucing pun ade perasaan dan makhluk Tuhan paling seksi eh silap comel. Semua binatang pun, bukan kucing je. Oke, ini tak termasuk serangga perosak seperti lipas oke. Choy.

Pade episod entry yang lepas pun kalau kalian semua perasan, ade aku cakap pasal riwayat kucing dekat Restoran Nur Laiyeen bawah flat aku tu. Bile Bersamamu ambil inisiatif nak tayang kan pasal kucing ni, memang aku orang excited nak tengok dan suruh orang lain tengok sekali. Termasuk Emak aku.

Tak ke comel tu kau rase nak pelok cium berak same same.

Baiklah nanti nak kerja dekat SCPA.


Bye!

Monday, March 21, 2011

Bodoh piang

Saya selalu macam ni, update status yang buat orang komen, lepas tu bile orang tanye kenape? ape? bagaimana?  saya akan jawab, adelah, rahsia, tak tahu, paling best gelak je. HAHAHA.

Macam bodoh kan?

Baik tak payah update status kalau macam tu.

I update my blog recently, haven't you notice?

Bye.

Isi dan hati

Ade satu benda yang menyusahkan aku untuk menyusahkan kalian semua supaya kite bersusah bersama sebelum bersenang di kemudian harinye lantas mai sini aku nak kalian bace ni.

Kalau tak cakap orang tak tau dan terus buat dan terus aku nak mengumpat mereka lantas dosa dapat kat aku, pahala dapat kat mereka. PUI.

Bukan la nak sibuk tepi kain orang, kain sendiri harus la disibukkan jugak takot takot la kalau ade benang tercarik kang sangkut kat besi habis semua tercabut. Sape malu? Semut yang lalu bawah kaki. Too bad.

Bodoh piang padia ni? Baiklah.

Straight to the point. Adekah Facebook tercipta untuk kita meriak takbur? Untuk menunjuk kan pada satu dunia padahal bukan satu dunia pun kawan dea, apa yang dea buat? Walhal hanye pergi ke kedai mamak untuk menjamah mee segera pun harus di updatekan di status? Maaf takdak Twitter, malas.

Oke bye.
There is something about you that made me adores you. Now, its gone. Thank you.

Wednesday, March 16, 2011

Hai awak semua,apa khabar?

Well hello gang. Haha choy. Since DAH LAMAAAA tak update ni, macam sibuk teruk PM pulak dah lame tak update blog. Bukan sibuk tapi kat rumah internet takdak, padan muka aku. Baiklah walaupun bukan sibuk PM (Perdana Menteri) tapi kite sibuk PM jugak Project Management punye esaimen okay kawan kawan.

Cakap macam keling Amie ni.

Baiklah, Rango tak tengok lagi sebab takde gang nak ajak tengok, semua orang busy sedih hati ini. Jadi sebab tu la hati tak tenteram.

Kawan kawan blogger SEMUA ade entry baru, tapi tak sempat bace sebab nak cepat balik rumah ni kesian Emak kite ajak dea teman kite pegi online kat mamak sebab nak carik bahan buat esaimen punye pasal, ni konon konon menaip ni mesti dea ingat kite menaip buat esaimen tapi sebenarnye kite update blog kite. Hehehehe malu +_+

Kite dah habes carik bahan dah. So kite nak balik la ni, dah la kat JB ni hujan je keje nye kite nak keluar main roller blade pon tak boleh. Cey cey cey roller blade konon, piiigidah.

Okelah.

Bye kawan kawan, nanti kite bace entry awak semua okay, jangan sedih. Muuuaahh. *Gedik, muntah sekarang.

Eh lagi satu, TERIMA KASIH ARIGATO GOZAIMAS SHER SHER NANDRI ULUQ THANK YOU kepada follower baru. Nanti kite share share entry okay bye!

Friday, March 11, 2011

Movie best minggu ini.

Hello U ooollsss. Gedik. Hye kawan kawan.

Esok kite nak balik Jayyybbeee.. Jangan jeeyyyleesss. Bak kate Idi, apesal kau gedik sangat hari ni. Bodoh Idi. HAHA. Baiklah. Esok kite akan pulang ke kampung berjumpa emak dan ayah. Yahhuu!! Tak sabar nak balik, rindu Hero.

Sebelum balik, pergi tengok wayang dulu, Hikayat Merong Mahawangsa. Kalau bace status Facebook kite mesti tahu betape gediknye nak bagitau semua orang betape best nye cite tu.

Syabas kepada KRU kerana berjaya menghasilkan satu satunye cerita lagenda yang boleh diibaratkan macam cerita Prince Of Persia, tapi versi Malaysia Boleh! Berasa bangga dengan director cerita, Yusry. Bangga bangga.


So, ape lagi, pergi tonton oke. Support cerita Malaysia dulu sebelum tengok Rango!!! Hehehehe. Balik JB nanti nak pegi tengok Rango pulak. Nak tengok macam mane suare Johnny Depp jadi kartun. Nak buat macam mane, peminat setia Johnny Depp. Crryyy beyyybeeyyhh!!


Bye!

Monday, March 7, 2011

Amie dan Rexona

Hello U oollssss. Amboi gedik seh.

Terase nak jadi Gadis Sunsilk gedik gedik pulak nak cakap pasal

Dah boleh agak sekarang gurlsss??? Gurls je okay, lelaki kau tak payah sibuk, tapi kalau dah keti bus tu pegi la carik Rexona Men. HAHAHA! Sekarang nak cakap pasal Rexona Women maknenye untuk Women take note untuk yang keti bus macam aku eh salah macam Acik, Kiki, Akak dengan Pika. Diam tak payah gelak.

Well well well, sebagai pengguna setia Rexona dari umur 13 sampai tua bangka 21 ni, memang Rexona je lah yang tercalit kat ketiak ni, tiada lainnya ye kawan kawan. Kau cakap kat aku ape jenis Rexona yang aku tak pernah beli, semua warna aku dah cube dari yang Women punye sampai yang Teens punye pun aku pakai. Macam Kiki, favorite dea yang Teens warne biru tu. 

Kepade siapa yang tak pernah cube Rexona mai sini adik kakak mai sini tengok cek nak tunjuk kat hampa

Kau jangan carik ni kat Tesco, yang ni takde kat Malaysia, nak tau ape ade kat Malaysia, kau pegi carik kat kedai kedai ketiak sekarang okay bebeh. Tapi warne warne di atas memang warne warne sebenar la.

Oke lah taknak membebel banyak, nanti nampak bodoh.

Sebenarnye Rexona ade keluar produk baru Rexona for Women Powder Dry. Botol dea kaler kuning, ingat KUNING. Sebab nombor 1 biggest fan of Rexona jyeaahh bebeh, maka BYE NAK PERGI GUARDIAN SEKARANG BELI. 


Wednesday, March 2, 2011

Sambungan muntah berganti.

Since sekarang dah ade 3 assignment maka memang sudah tak ade mase untuk mu wahai Bloggy. Hohohoho. Tetapi akan adekan jugak mase untuk bermanje dengan mu memandangkan dah lame tak update. Cehcehceh.

Baiklah Software Testing punye assignment akan di hantar Rabu depan maka selepas Kiki siapkan Java dea haruslah bertungkus lumus bersama sebelum pulang bercuti Jumaat depan.

Ye kawan kawan, minggu depan saye akan balik ke kampung halaman saye di Johor Bahru, jangan risau.

Jadi sepanjang cuti sekolah itu semestinye assignment Network dan Project Management menjadi peneman diri ini di kala sepi. Ape? Kenape Project Management lagi? Kan dah cakap haritu Project Management dapat assignment yang kedua. Ape? Tak cite lagi eh?

Oke maaf, bye!