Saturday, April 30, 2011

Sesi penat bersama Amie

Hai geng, harini nak cakap pasal sesi kemas bilik yang dilakukan petang tadi selepas bangun dari tidur. Kalau rupe bilik tu dah macam tong sampah tak bersih memang la patut kite kemas ye kawan kawan. Bangun tidur tadi tengok royal wedding kejap sebab bosan asyik nyanyi je maka diri ini pun amik inisiatif mengemas bilik.

Taknak cakap banyak. Selamat berhibur.










Oke penat. Harus amik gambar muke penat lelah. 

Oh ye, harini Nanie datang tidur rumah. 

Oke bye!

Thursday, April 28, 2011

Sudah sekian lama tidak mendengar hingga melupakan

THE REDJUMPSUIT APPARATUS-ANGEL'S CRY

Well it's hard to explain but I'll try if you let me
Well its hard to sustain
I'll cry if you let me
This doesn't change the way I feel about you or your place in my life
(please don't cry)
Can't you see I'm dying here?
A shot of broken heart that is chased with fear

Angels cry when stars collide
I can't eat and I can't breathe
I wouldn't want it any other way

Intentions that were pure have turned obscure
Seconds into hours
Minutes into years
Don't ask me why
(please don't cry)
I cant tell you lies

Angels cry when stars collide
I can't eat and I can't breathe
I wouldn't want it any other way.

My heart burns through
My chest to the floor
Tearing me silently although abruptly
Words cant hide as I'm taking you home
And I tried to see
Tried to understand your words as I'm taking you home

Angels cry when stars collide
I can't eat and I can't breathe
I wouldn't want it any other way

Tuesday, April 26, 2011

I've been wondering

If he still cares about me. 

Or he just don't even bother. Well I've been leading a beautiful life without even try to look back until last night when he poke me. Pooofff, I really can't get rid of him. I am being honest to myself. That's it.

Bye.

Saturday, April 23, 2011

Thanks Mr Boredom,you made my day.

Well hello friends. Today I would like to tell you guys how bored to bod I am this weekend because I am spending my weekend alone, well of course there's Sharon and Aisar but you know theres a little yada yada yada whatever.

To not having kakak, Acik and Kiki around is waaaaaayyyyyyy you know, BORED. They all going back and spending their weekend with their family. But for me, I have to spend this weekend alone. How I wish someone could come and save me from this boredom I had to bear.

Next Monday I have to sit for my Network paper. Such a nuisance. Eh tak tak tak, I love Network, all my classmate and my course-mate love Network. Nyeeheehee. Then the whole week would be a very very very busy week for me as I had to finish up all 4 assignments by Friday.

Daaaann harini, sangat tension bila laptop ini tidak mahu menerima Sql yang saya nak install untuk menyiapkan assignment Visual Programming Development. And thank God, It Girl save me from exploding. Good girl. Aiihh a very busy week coming and then laptop buat hal. &*^%$^$#%@#$^&*(%^#%.

Sangat busy. Sangat busy. Sangat serabut. Sangat bosan. Sangat lapar.

Oke bye nak pergi cari makan! Aum!

Thursday, April 21, 2011

Kawan siape kalau bukan kawan kite

Bile saya mengadu kepada kakak. Jika saya berasa sedih dengan sikap kawan saya yang terlalu pentingkan diri, kakak akan cakap macam ni "Kawan siapa?"

Bile dea cakap macam tu, saye terus jawap dalam hati "Kawan Amie....." dan terus senyap tak mengadu lagi. Bile saye fikir fikir balik, walau buruk mane pun perangai kawan saya, dea tetap kawan. Walau sedih mane pun saya, dea tetap kawan. Kadang kadang, bile saya kecewa ataupun sedih, saya sit back and relax and enjoy a cup of coffee. Eh tak tak tak, tipu, saya diam dan fikir dan positif dan perasaan marah tu akan hilang sendiri dan that time baru saya happy balik.

Nak buat macam mane, dea tetap kawan saya. Kan?

If you ever feel the same way as I did, just do as I say, sit back, relax and think of the positive side. Then soon you will find out that no matter what happen, your friend is still your friend. Kalau awak susah tanpa keluarga di sisi, siape nak tolong awak? Bukan kawan ke?

Ingat, positif, ingat jangan bermasam muka.

Marilah same same kite mendengar lagu Keane-Bedshapped.

Bye!

Friday, April 15, 2011

What makes It Girl so seronok!

Well, harini kite akan bercakap pasal game It Girl kat fesbuk yang di gila gilakan sangat tu, sampai macam semua kawan kawan menyampah tengok wall kite yang penuh dengan game ni. Kaaann? Mengaku cepat korang menyampah.



Yang seronok sangat nye maen It Girl ni sampai kalau tengah buat esaimen, bile dah tension sangat bukak It Girl, kalau tengah lapar bukak It Girl, kalau tengah sedih bukak It Girl, tak cukup gembar gembur kat fesbuk, gembar gembur kat blog pulak. Nyeeheeheehee.


Yang best sebab...tengok tu, boleh tukar tukar boyfriend, and sekarang ade macam dea buat pertandingan la, kalau kite carik boyfriend ikut requirement yang dea bagi, kite dapat baju free yang hotness dea saaangaaatt banyak! *meleleh air liur. Kalau nak tau, kena la maen! 


Lepas tu, bile dah maen sampai level 22, kite boleh beli kereta! Tengok la kereta I, kalau reality life dapat beli? Hah? Dapat? Ambooii Amie, marah. Hehehehe. Kalau nak kereta, kena la main!


Lepas tu, kite boleh pergi parrtaayy bebeh! Yang button attend tu untuk kite pergi party mane yang kite nak. Lepas tu kite dress up ikut baju yang sesuai untuk party tu. Kalau sangat hot, probability untuk menang showdown saaangaatt tinggi. Dan dan dan dan, boleh menang and naik level cepat. Reality life boleh pergi party? Hah? Kat kolej boleh buat party? Hah? Kau nak mampus dengan MJ? Ambooii Amie, marah episod dua. Kalau nak tau suasana party tu macam mane, kena la main!


Lepas kite menang showdown, kite dapat moneeeyy~ *mata keluar "$" hehh. Bile kite dapat duit banyak, and kalau rajin kumpul kite boleh pergi shopping! Sape suke shopping? Tipu tak suke. Kalau nak tau shopping dea tu macam mane gayenye, kena la main!


Ni part paling aku suke sekaleeyyhh. Dress up! Kite boleh pilih baju yang kite beli tadi, untuk di pakaikan kat kite punye It Girl. Name It Girl kite Heidi. Kalau tengok kat fesbuk kite pun kite dah buat album khas untuk Heidi.




 Bile kite dress up kan dea, kite boleh tengok hotness dea berape. Tak lupe jugak, kite boleh customize kan kite punye It Girl tu. Kalau nak tau customize tu ape, kena la main! 

Selain daripada itu, untuk yang baru main, dea ade bagi kite peluang untuk pergi Las Vegas. Reality life boleh pergi Las Vegas? Boleh pergi casino? Boleh? Ambooii Amie, marah episod tige. Baiklah baiklah, kalau nak tau suasana Las Vegas dalam It Girl tu macam mane, kena la main. Interesting haabeesss.... Hehehe.

Love,

Heidi.

Perihal kepercayaan

Trustworthy itu general. Kalian rase macam mane?

Oke kali ni kite cakap pasal trust, kepercayaan terhadap sesuatu. Since sejak dua menjak ni banyak benda yang jadi di sekeliling aku yang melibatkan trustworthy maka inilah hasilnya. Entry perihal kepercayaan.

Trustworthy itu umum. Boleh melibatkan kepercayaan kepada pasangan kelamin anda, amboooii pasangan kelamin, banyak sangat bace majalah Wanita, baiklah, melibatkan pasangan kekasih, kepada kedua ibu bapa, kepada anak-anak, kepada sahabat handai, kepada jiran tetangga, kepada TUHAN. Oooppss!

Kadang-kadang, bile kite terlalu meletakkan kepercayaan kepada orang, lame-lame kepercayaan tu yang makan diri kite sendiri. Jangan ingat kepercayaan tu godzilla pulak makan orang. Maksudnye makan diri tu macam kau makan hati kau sendiri la. Cube test tengok makan hati sendiri macam mane.

Ini merujuk kepada sesama manusia okay, bukan TUHAN. Oooppss!

Lepas tu, kadang-kadang lagi, bile kite tidak meletakkan kepercayaan kepada orang yang kite sayang, juga boleh memakan diri juga. Sebagai contoh, Emak yang tidak percayekan anaknye, lantas anak itu tidak percaye Emaknye juga. Apa benda contoh la ni. Oke oke, kau boleh pegi fikir sendiri la kalian kan dah besar.

Okelah, aku bagi contoh jugak la.

Contoh macam nie, kau kapel dengan pasangan kau, lepas tu, kau tak percayekan pasangan kau ni. Lepas tu kau gaduh pasal percaye tak percaye ni. Makan diri tak?

Oke, lepas tu kepada TUHAN. Kau tak percaye kewujudan Dia, kau ancam diri kau sendiri dengan menidakkan kewujudan Dia. Ape jadi dengan kau nanti? Hanyut. Makan diri tak?

Jadi...................

Kepercayaan harus ada kepada Dia, dan kepercayaan kepada sesama manusia tu macam aku cakap ape aku cakap? Oke tak pasti.

Bye nak pegi fikir sekarang.

I've been thinking

Oleh kerana Bame menjual Supra kat Kiki, terus teringat..

Boleh tak nak pakai ni...



dengan.....



nie?

+_+

Thursday, April 14, 2011

Korea satu Korea dua

Sekarang kan dah jadi musim orang orang dengar lagu lagu Korea, style Korea, cakap Korea, movie Korea, drama Korea, bukan nak cakap orang lain la, kakak aku sendiri pun gile Korea. Kalau tengok Astro dengan dea, kalau tak bukak channel Korea tu memang bukan dea lah tu. Dulu Jepun, sekarang Korea pulak dah mai.

Kawan kawan pulak, memang ramai lah toksah cakap la. Kau cakap je artis Korea mane yang diorang tak tau. Haha. Kadang kadang geli hati jugak tengok diorang.

Well, dulu mase duduk asrama, aku suke lagu Wonder Girls-Nobody. Mase tu budak budak bilik tak tau lagi Wonder Girls. Aku pun pasang video Nobody, ajak diorang menari ramai-ramai. Hahaha. Orang buat poco-poco kitorang advance taknak kalah, Nobody terus. Perrgh rindu.

Tak sebenarnye taknak buat entry panjang panjang cakap pasal Korea pun, sebab to be honest, aku takdelah peminat setia yang gile gile semua nak Korea aje tu, cume kalau di beri dengar, kalau lagu tu best aku dengar je lah.

Maka mempersembahkan lagu blog aku. Korea tauhu! So hot by Wonndaaahh Gaarrlllsss~

Bye!

Wednesday, April 13, 2011

Tinie Tempah ft Eric Turner - Written In The Stars



Listen to this.

Buat tangan anda "macam rapping Eminem" dan kepala anda terhangguk hangguk.

Beleive me.

Bye.

Monday, April 11, 2011

Entry kedua untuk Nanie.

Since aku rindu belaian kasih sayang Nanie, maka wujudlah entry khas untuk Nanie.

I know you've been through a worse day of your life.
But I want you to know, there are so many people out there who loves you.
Especially me.Be strong.
Like we used to be, before this.
Remember?
Just think about the laughter, the joy, that we had before. Our memories.
Part kite tak tau nak pergi mane and it end up kite pegi lepak Port Dickson berdua je.
Ingat?
Don't cry bebi, kalau rase nak cry, ingat part aku lari roket naik tangga. Kan mase tu kau gelak terbahak bahak.
Ingat pesan aku, ape ape berlaku mesti ade sebabnye okay.
Fokus kat study, nanti jadi chef terkenal macam Chef Wan okay?

Love,
Amie.

Saturday, April 9, 2011

Mak nyah vs pengkid

Saksikan....entry bikin panas! (Nada slot bikin panas Melodi)

Tempoh hari mase melepak dengan budak budak rumah kat kedai makan bawah flat, aku tibe tibe terfikir untuk tanye diorang perihal mak nyah dengan pengkid ni. Sebenarnye dah lame dah aku terfikir pasal benda ni.

Dan tibe tibe terase nak post entry pasal soalan aku tu.

Adekah lelaki yang melayan mak nyah yang melanggan mak nyah tu di kira sebagai gay walaupun dea ade awek?

Dan..adekah perempuan yang couple dengan pengkid di kira sebagai lesbian?

Fikir.

Bye.

Thursday, April 7, 2011

Perihal perempuan gedik

Selalu kite dengar orang cakap perempuan gedik tapi jarang sekali orang cakap lelaki gedik tapi selalu jugak kite dengar lelaki pompam ke pongpang ke macam tu lah bunyiknye. Tapi sekarang kite nak cakap perihal perempuan gedik dulu, perihal lelaki pompam kite cakap dalam episod seterusnye okay geng?

Well,cakap pasal perempuan gedik. Selalunye bile kite cakap perempuan tu gedik mesti sebab perwatakan perempuan tu yang gedik yang mengada ngada yang buat kite judge dea as "Hah! Itu dea PEREMPUAN GEDIK" Tak kisah la perempuan tu budak,remaja,dewasa atau makcik. Mesti kena punye lah gedik tu. Kire macam gedik tu adelah satu label untuk perempuan, kire macam bile perempuan je gedik, gadis je gedik, wanita je gedik, pondan je gedik. Yes pondan as well akan kena gedik, sape suruh kau jadi perempuan, kan dah kena gedik.

Bile kite cakap gedik, the word gedik tu je dah macam geli geli je nak dengar kan, apatah lagi bile seseorang tu dah di label gedik. Macam geli geli je tengok dea kan. Macam satu name artis yang kecik kecik perempuan yang  penah skandel dengan Aizat tu, haa Liyana Jasmay. Kan orang cakap dea gedik. Oke kejap, tau la kau peminat Liyana Jasmay, jangan komen lagi. Sabaaar.

Oke ape perwatakan perempuan yang boleh di label gedik oleh segolongan masyarakat. Well, of course, kalau kau lepak mamak dengan sekumpulan kawan kawan kau, lepas tu sebelah meja kau sekumpulan gadis gadis, lepas tu gadis gadis ni tibe tibe gelak kuat kuat maksudnye ketawa beramai-ramai. Ape kau akan cakap dengan kawan kawan kau? Tak ke terkeluar perkataan gedik?

Next, bile kau keluar dengan kawan kau perempuan, lepas tu kawan kau perempuan ni kena ngorat dengan lelaki hidung mancung, lepas tu kawan kau perempuan ni seronok bukan main la. Dalam hati kau ape? Ha lu pikir la sendiri.

Kemudian, bile kawan kau perempuan ni dapat present best dari boyfriend ke, skandel ke, mak ke, ayah ke, kawan baik ke, abang ipar ke, nenek sedare ke, datang kat kau cerita beriya beriya macam menang motor iklan power root tu. Cube kau fikir ape kau akan cakap.

Tapi, yang sebenar benarnye, kau tak patut lah nak label orang gedik ni ape semua. Kadang kadang bile kau cakap orang tu gedik, orang ni gedik, orang tu mengada, orang ni mengada, sebenarnye kalau kau tak perasan, kau pun macam tu jugak. Cume kau je tak perasan benda tu sebab sibuk sangat bercakap pasal orang lain.

Perempuan kan, biase lah.

Oke bye.

Tuesday, April 5, 2011

Hujan semasa kecil

Teringat semasa aku kecil dahulu, kecil means budak budak, bukan semasa kurus. T_T

Aku suke sangat hujan, selalu mintak hujan turun hari-hari, macam cakap "Hujan, awak tolong turun harini,esok,lusa, dan tulat boleh?" Lepas tu hujan datang bagi penampo. Kau bayang hujan bagi penampo macam mane, oke tolong jangan bayang Noh Hujan pulak datang penampo.

Baiklah.

Sebab ape semasa kecil saye jatuh cinta dengan hujan, sebab boleh main lopak air yang stock main meluncur macam lopak air tu laut pastu kau pergi main luncur air tu ha. Kalian jangan pikir lopak air kat jalan tar tu pulak, kalau macam tu hah kau tengok aku pun takut dah ha sekarang sebab badan penuh calar balar. Dah macam Frankenstein ha. Lopak air dekat padang yang berumput tu ye kawan kawan sekalian.

Perrgghh zaman kecil semasa itu seronok nak mampui, sekarang kalau main lagi macam tu kau kena gelak besar weh. Aku pun dah tak nampak lagi dah budak budak sekarang main lopak air. Mane taknye, main luar rumah pun dah kena hamun dengan mak apak, lagi lagi pulak sekarang kec culik budak. Aiih kesian. Jangan sedih ye anak kecil, nanti besar kau cerita pengalaman kau main barbie doll dalam bilik khas mak apak kau buat untuk kau semata mata untuk kau main barbie doll.

Ah kau jangan cakap barbie doll, aku dulu pun main barbie doll jugak. Mak belikan barbie doll set dengan sofa dea lagi semua. Tapi last last kepala barbie doll tah kemana, rambut dea dah tercabut cabut dengan tobeknye, dengan sofa nye berconteng conteng dah boleh panggil babi-lah-kau-doll. Nak buat macam mane, kau tengok la dah besar tak menjadi gadis ayu sejati, kau boleh salahkan barbie doll aku.

Eh tadi nak cerita perihal hujan la.

Oke sambung. Mase kecil, rumah betul betul depan padang, turun bukit sikit, dah nampak padang. Nak turun bukit tu, jenuh carik yang daun kelapa tu meluncur dari atas bukit turun bawah, terus terjun lopak air. Peerrgghh ganas siut budak perempuan ini. Oke diam.

Tapi, bile dah besar. Hujan itu sudah tidak indah. No, bukan tak indah. Kire macam, alaaa harini hujan la. Macam mane nak pegi class ni. Terus alasan, "Puan, harini tak dapat pergi kelas sebab hujan. Saye takde payung la puan. Saye dah siap ni, dah keluar rumah pun. Tapi hujan la puan" Ceh padahal kau berselebung lagi dah siap konon. Piigiidah.

Lepas tu, alaaa harini hujan laaa, macam mane nak jogging ni. Padahal memang kau malas jogging dah sekarang sampai badan naik macam hot air balloon. Oke diam.

Lepas tu terus nyanyi lagu Breaking Benjamin-Rain. "Rain, rain go way, come again another day, all the world is waiting for the sun". Tak ke lupe daratan macam tu?

Oke bye.

Sunday, April 3, 2011

Kalau kelakar,gelak lah

Its kind of funny bile kite tengok, bace blog, bace status kawan kawan perempuan kite yang marah marah dekat perempuan lain. Macam status yang perli perli orang, lepas tu orang orang yang komen status dea semua bersimpati dengan dea lepas tu join orang yang hantar status tu kutuk orang yang dea perli tu. Awak semua faham tak ape yang kite nak cakap ni?

Oke macam ni, contoh status dea macam ni "Kau rase kau bagus sangat ke nak amik laki orang lepas tu keluar dating? Kau tau tak laki tu tak suke kau pun. Huh! Marah! Grr". Lepas tu datang la orang komen, "Saba beb, aku dengar cite kau pun bengang beb. Gatal gile la minah tu. Jom kite tarik rambut dea." Lepas tu berterusan la komen komen sampah yang menjadi batu api. Choy tak? Choy kan?

Bukan nak cakap pasal status yang macam tu. Tapi main point kepada wujud nye status macam tu.

Mestilah puncanya boyfriend awak keluar dating dengan perempuan lain, lepas tu awak marah perempuan tu, bukan marah boyfriend awak. Tak masal je jadi gaduh kat situ.

Cube awak fikir balik, adekah perempuan yang awak marah tu betul betul patut untuk awak marah? Patut untuk awak tulis entry semata mata untuk kutuk perempuan tu. Untuk marah perempuan tu.

Lain lah cerita dea kalau perempuan tu menggatal, boyfriend awak tak layan, haa tu lain cerita dea.

Ini, boyfriend awak yang melayan, yang start menggatal, yang cakap dea single sebenanye kat perempuan tu, yang cakap awak ni cume banker dea, cume kawan baik dea, cume skandal atau lain lain cuma lagi.

Kan kelakar kalau awak terus blame perempuan tu dan gaduh. Lepas tu post status, post entry, tweet lagi. Fikir balik.

Oke bye.

Saturday, April 2, 2011

Berbaloi penat

Sebab ape berbaloi penat, sebab ade orang belanje kite kasut Cotton On.

Haaa. Tadi kite pegi Midvalley sorang sorang. Jumpe someone. Dating. Jangan jeles kawan kawan eh. Sebab dah lame tak keluar naik bas lepas tu naik bas lagi lepas tu tunggu KTM naik KTM lepas tu terhimpit himpit tersemput semput so kite sangat la penat.

Penat bukan sebarang penat ye kawan kawan, penat ni penat nak mampos. Dalam KTM macam pergi sauna, kalau kawan kawan semua nak pergi sauna murah, kawan kawan semua boleh naik KTM dari Seremban sampai KL Sentral hari Sabtu dan Ahad, hari biase pon boleh, tapi time orang balik kerja. Sekian terima kasih.

Sampai sampai stesen Midvalley, that someone dah tunggu kite. Hehehehe so sweet. Lepas tu dea tengok kite berpeluh peluh dea lap peluh kite pastu belanje aiskrim. Oke tak, tu tipu.

Sampai sampai terus terkam wayang, nak tengok cerita Rango! Tapi tak kesampaian, sobsob, cerita Rango pukul 6 petang la pulak, lewat sangat, marah, kite pon bom wayang Midvalley. Oke tak, kite tipu lagi.

Lepas tu kite pergi makan sebab kite lapar tak makan dari pagi. Someone tu pulak dah makan dulu, kuang hajo tak tunggu, part ni tak sweet. Piiggiidaah.

After that, cewah after that konon, oke lepas tu kami pun pergi shopping. Yahu! Semua store sale, rambang mata, tapi apakan daya duit tak meriah, so kite pon window shopping aje. Tapi orang tu baik, dea pon belanje kite kasut. Heeheeheee. Malu kite.

Well baiklah, nanti kite dah kerja dah kaye duit berkepuk kite belanje awak dompet Roxy kegemaran kite tu okay. Yang besar yang kite suke tu oke.

Baiklah, terima kasih Pika, sudi dating and belanje kasut. Malu I.

Oke bye!

Random

Hai kalian. Baru-baru ni malas nak update blog, rase macam semua orang pun dah malas nak update blog sebab semua orang sibuk maen It Girl. Perrghh beb, gua cakap sama lu sekali main komfem tak berenti punye. Haha! Biase la perempuan, sape tak suke shopping, sape tak suke melawa, sape tak suke mengorat lelaki pastu tinggalkan, hahaha! Kalau realiti life dah macam tu apatah lagi kalau buat game pulak macam tu. Lagi satu beb gua dah level 23 sikit lagi nak level 24 and gua dah beli kereta harga 4000 beb, kalau bawak pegi showdown dapat markah lebih beb, kompem menang beb. Diam lah Amie, oke baiklah. Niat di hati nak bagi kawan kawan di luar sane yang tak main It Girl tu tertarik jugak nak main, ha lagi satu kau tak tau 2 orang kawan aku laki main It Girl tau, haaaaaa....... hehhehhehhehh.

Enough pasal It Girl.

Aku ade 4 assignment nak kena setel bulan nie. Rase macam setiap minggu kena hanta assignment, bukan rase dah memang setiap minggu kena buat assignment dan semua orang semester aku komfem pasti dan yakin akan mula sibuk start minggu ini dan minggu depan dan depan dan depan. Selamat muntah kawan kawan.

Aku pun sibuk jugak ni nak prepare fizikal mental untuk assignment Network hanta 11 April hoi hoi hoi. Puan aku cakap kau buat lah lambat lambat, delay delay lah lagi tak tidur malam kang baru tauhu.

Baiklah, enough pasal assignment.

Ade satu benda aku rase aku perlu cakap, if you start to feel like you don't have the strong feeling anymore towards your partner, why don't you tell your partner to start thinking about ways to handle it instead of having somebody else. It's not fair.

Kan?

Oke bye busy, nak maen It Girl.