Tuesday, April 5, 2011

Hujan semasa kecil

Teringat semasa aku kecil dahulu, kecil means budak budak, bukan semasa kurus. T_T

Aku suke sangat hujan, selalu mintak hujan turun hari-hari, macam cakap "Hujan, awak tolong turun harini,esok,lusa, dan tulat boleh?" Lepas tu hujan datang bagi penampo. Kau bayang hujan bagi penampo macam mane, oke tolong jangan bayang Noh Hujan pulak datang penampo.

Baiklah.

Sebab ape semasa kecil saye jatuh cinta dengan hujan, sebab boleh main lopak air yang stock main meluncur macam lopak air tu laut pastu kau pergi main luncur air tu ha. Kalian jangan pikir lopak air kat jalan tar tu pulak, kalau macam tu hah kau tengok aku pun takut dah ha sekarang sebab badan penuh calar balar. Dah macam Frankenstein ha. Lopak air dekat padang yang berumput tu ye kawan kawan sekalian.

Perrgghh zaman kecil semasa itu seronok nak mampui, sekarang kalau main lagi macam tu kau kena gelak besar weh. Aku pun dah tak nampak lagi dah budak budak sekarang main lopak air. Mane taknye, main luar rumah pun dah kena hamun dengan mak apak, lagi lagi pulak sekarang kec culik budak. Aiih kesian. Jangan sedih ye anak kecil, nanti besar kau cerita pengalaman kau main barbie doll dalam bilik khas mak apak kau buat untuk kau semata mata untuk kau main barbie doll.

Ah kau jangan cakap barbie doll, aku dulu pun main barbie doll jugak. Mak belikan barbie doll set dengan sofa dea lagi semua. Tapi last last kepala barbie doll tah kemana, rambut dea dah tercabut cabut dengan tobeknye, dengan sofa nye berconteng conteng dah boleh panggil babi-lah-kau-doll. Nak buat macam mane, kau tengok la dah besar tak menjadi gadis ayu sejati, kau boleh salahkan barbie doll aku.

Eh tadi nak cerita perihal hujan la.

Oke sambung. Mase kecil, rumah betul betul depan padang, turun bukit sikit, dah nampak padang. Nak turun bukit tu, jenuh carik yang daun kelapa tu meluncur dari atas bukit turun bawah, terus terjun lopak air. Peerrgghh ganas siut budak perempuan ini. Oke diam.

Tapi, bile dah besar. Hujan itu sudah tidak indah. No, bukan tak indah. Kire macam, alaaa harini hujan la. Macam mane nak pegi class ni. Terus alasan, "Puan, harini tak dapat pergi kelas sebab hujan. Saye takde payung la puan. Saye dah siap ni, dah keluar rumah pun. Tapi hujan la puan" Ceh padahal kau berselebung lagi dah siap konon. Piigiidah.

Lepas tu, alaaa harini hujan laaa, macam mane nak jogging ni. Padahal memang kau malas jogging dah sekarang sampai badan naik macam hot air balloon. Oke diam.

Lepas tu terus nyanyi lagu Breaking Benjamin-Rain. "Rain, rain go way, come again another day, all the world is waiting for the sun". Tak ke lupe daratan macam tu?

Oke bye.

No comments:

Post a Comment