Friday, April 15, 2011

Perihal kepercayaan

Trustworthy itu general. Kalian rase macam mane?

Oke kali ni kite cakap pasal trust, kepercayaan terhadap sesuatu. Since sejak dua menjak ni banyak benda yang jadi di sekeliling aku yang melibatkan trustworthy maka inilah hasilnya. Entry perihal kepercayaan.

Trustworthy itu umum. Boleh melibatkan kepercayaan kepada pasangan kelamin anda, amboooii pasangan kelamin, banyak sangat bace majalah Wanita, baiklah, melibatkan pasangan kekasih, kepada kedua ibu bapa, kepada anak-anak, kepada sahabat handai, kepada jiran tetangga, kepada TUHAN. Oooppss!

Kadang-kadang, bile kite terlalu meletakkan kepercayaan kepada orang, lame-lame kepercayaan tu yang makan diri kite sendiri. Jangan ingat kepercayaan tu godzilla pulak makan orang. Maksudnye makan diri tu macam kau makan hati kau sendiri la. Cube test tengok makan hati sendiri macam mane.

Ini merujuk kepada sesama manusia okay, bukan TUHAN. Oooppss!

Lepas tu, kadang-kadang lagi, bile kite tidak meletakkan kepercayaan kepada orang yang kite sayang, juga boleh memakan diri juga. Sebagai contoh, Emak yang tidak percayekan anaknye, lantas anak itu tidak percaye Emaknye juga. Apa benda contoh la ni. Oke oke, kau boleh pegi fikir sendiri la kalian kan dah besar.

Okelah, aku bagi contoh jugak la.

Contoh macam nie, kau kapel dengan pasangan kau, lepas tu, kau tak percayekan pasangan kau ni. Lepas tu kau gaduh pasal percaye tak percaye ni. Makan diri tak?

Oke, lepas tu kepada TUHAN. Kau tak percaye kewujudan Dia, kau ancam diri kau sendiri dengan menidakkan kewujudan Dia. Ape jadi dengan kau nanti? Hanyut. Makan diri tak?

Jadi...................

Kepercayaan harus ada kepada Dia, dan kepercayaan kepada sesama manusia tu macam aku cakap ape aku cakap? Oke tak pasti.

Bye nak pegi fikir sekarang.

No comments:

Post a Comment