Friday, May 20, 2011

Curious incident.

1) Kekurangan tidur dan tidur yang tidak menentu.
2) Kekurangan minum air mineral.
3) Terlebih minum air berais.
4) Berembun di waktu pagi.
5) Cuaca panas yang amat lantas terkena hujan asid di mana hujan asid terjadi sewaktu permulaan hujan. Faham? Oke hujan yang baru turun yang baru merintik ke bumi.
6) Tekanan yang tidak terkawal.
7) Rindu Mak yang amat.

Boleh mengundang kepada penyakit terutama sekali demam panas yang 'Weh dah tiga hari demam ni apahal taknak kebah kebah ni?'

Merungut sebab selalu demam tak pernah lebih daripada 2 hari. Kadang kadang hanya sehari. Sebab tu taknak bergantung kat ubat ubatan. Sebab bile makan ubat, demam makin teruk. T_T

Oke persetan semua tu. Sabtu ni mari balik Johor Bahru.

Selamat bercuti kawan kawan. Jumpa redo.

Bye!

Wednesday, May 18, 2011

IMYou guys!

Sedih bile kawan baik yang sangat baik satu mase dulu dah jadi seseorang yang sangat asing. Macam sekarang dah tak bertegur, dah takde phone call yang bergayut berjam-jam cume untuk bercerita kisah masing masing. Even masing masing ade Facebook masing masing, tapi semua senyap. T_T Saye sedang bercakap tentang kawan kawan baik saye kat Taiping satu masa dahulu.

Seri AthirahNur SyarlenaMaherah, Najwa Laily, Nur IlmiahNazratul Husna, Thariqah, Sharifah Noratiqah dengan Nor Atiqah. Dulu mase zaman zaman sekolah, diorang ni lah yang menceriakan hari hari kat sekolah. Walaupun semua berlainan kelas, berlainan rumah, berlainan mak ayah, tapi when it comes to friendship, diorang lah yang oke tak tau nak describe sangat best tu macam mane. Oke macam, bile kau bergaduh satu same lain, kau orang akan berbincang dengan satu same lain ape masalah yang melanda, then akan baik balik, balik rumah tak cukup bercerita kat sekolah, bergayut pulak kat telefon berjam jam lame, dulu mase form 2 form 3, kitorang semua pakai nombor Digi, and semua buat Bubble Talk tu sampai habes kredit. Lepas tu dah tak pakai Digi, pakai Maxis pulak semua, main Voice SMS pulak sampai habes kredit. Faham tak perasaan bahagia mase tu?

Lepas tu kalau nak keluar, mesti kena ajak semua, pergi raye ramai ramai semua rumah kena pergi, sorang ade boyfriend semua kena ade boyfriend, oke tak ni tipu, melepak kat rumah diorang, girls talk, gossips, share lagu kegemaran, share hal peribadi macam contoh "eh hang first time period umur berape?", sape budak lelaki kat sekolah yang di minati semua kena minat, oke tak ni tipu lagi, share semua lah. Macam kalau tengok movie Sisterhood of the Travelling Pants mesti akan sedih teringat kat diorang. Teringat kitorang pernah buat persembahan kat sekolah sempena ape tah tak ingat menari lagu Ku Bahagia. Oke malu bile ingat balik. +_+

Semalam baru dapat 1 mesej dari salah sorang kawan baik di Taiping, dea cakap "weh apesal hang sombong sangat sekarang? tah tah dah tak ingat kat aku." Oke sangat sayu. Sangat terasa ha'ah diri ini sangat sombong, dan kenape tak keep in touch dengan diorang semua, kenape tak mesra sangat sekarang ni walhal dulu merupakan seorang gadis yang sangat ceria, yang sangat periang, yang sangat menghormati perasaan orang sampai semua orang senang berkawan. 

Dulu time nak pindah ke Johor Bahru, sangat sedih, kawan kawan baik semua sedih, sampai tulis lagu, sampai tulis surat, sampai bagi hadiah, semua taknak berpisah, semua nak keep in touch sampai tua, especially Seri. Dia lah yang paling sedih, dia lah yang paling rajin bergayut berjam-jam, dia lah paling suke cerita problem kat aku, dia selalu cakap aku pendengar yang baik, kawan dia paling best, tapi sekarang aku yang menjauh.

Bukan niat nak menjauh, tapi tak tau la, mungkin faktor dah lame tak jumpe, dan sibuk, dan terlupa, dan maafkan aku. 

Sangat berharap dapat jumpa mereka semua lagi. Sangat berharap dapat pulang ke Taiping.

Bile aku cakap aku rindu, seriously aku tak tipu.



Yang tak tipu,
Amie.


Spam pam pam pamela anderson!

 Maaf kawan kawan, harini demam dan tidak keruan. Maka bangun bangun tadi 5 minit lepas telah meng-klik link ini:


Lalu diri ini telah terpedaya dan tertipu lalu berlaku lah penghantaran spam kepada mungkin 671 orang kawan kawan saya di dalam Facebook.


Maaf kawan kawan semua T_T But it's okay. Nasib Facebook ade pencegah spam. 


Sekali lagi, maaf.

Tuesday, May 17, 2011

Entry untuk Acik

Hai geng, harini rase macam tak sihat, tak tau la tak sihat nak demam atau tak sihat sebab tak mandi lagi. +_+

Hidung berair tak nak benti, dalam badan macam panas tapi kulit dahi tak panas lagi. Takpe jangan risau masih boleh makan biskut jacob lagi.

Hari ni merupakan hari yang sangat sedih. Acik, housemate ku dah pun ambik semua barang dea balik. Seeing her pack all her stuff and go macam tengok peserta Akademi Fantasia yang part diorang tarik beg turun pentas tu. Oke tak, maksudnye feeling sedih tu sangat terasa. Entah bile boleh jumpe Acik lagi, entah bile boleh gossip dengan Acik lagi, entah bile boleh warna kan rambut Acik lagi, entah bile boleh cabut bulu kening Acik lagi walaupun tarik bulu kening tak berape nak pakar tapi at least takdelah buruk macam time Acik trim bulu kening kat kedai mane tah sampai bulu kening macam bulu kening amoi cina tua. Oke Acik maaf.

Walaupun Acik punye rumah takdelah jauh tara mana, Putrajaya je, tapi we'll see je lah nanti. Anyway and anyhow, I'm gonna miss her so much. Sebab Acik selalu menceriakan hari hari dengan membuat lawak lawak bodoh yang kadang rase nak tajang je. Haha. Nanti sape lah akan bergosip dengan aku time tengok Showdown. Aiihh. Seriously Acik, if you read this, do miss me like I miss you keyh girlfriend.

Kawin jangan lupe jemput.

Bye Acik, selamat tinggal, selamat berpractical, selamat tinggal romeo eh salah juliet, jage diri baik baik, nanti kite masuk MSU same same. Ceh. +_+

Sangat bersyukur kerana dipertemukan untuk menjadi kawan yang baik. Thank you Allah.




In case rase macam eh bukan ni ke pompuan yang kat program Astro Kata Kau Raya 2010 tu? Ha'ah budak ini lah!
 >.<


Semester 2 mase duduk asrama. Rase macam nak LOL bile tengok gambar ni.


Acik, aku tetap rase dalam gamba ni kau pegang ******. K bye.


Yang akan merindui Acik,
Amie.

Monday, May 16, 2011

Maggie dalam cawan.


Amie: Akak, pinjam moto kat Mus jap.
Akak: Mintak senirik.
Amie: Meh fon.

*menelefon Mus

Amie: Mus pinjam moto kejap. Nak pergi 7-Eleven.
Mus: Ha datang amik.
Amie: Keyh.

Dapat kunci, pacak 3, pukul 2.15 pagi, vroom vroom ke 7-Eleven.

Amie: Kalau sape sape tahan, yang duduk tengah sile buat buat sakit demam.
Kiki & Akak: Baaaaiikkk.

Baiklah dialog macam bodoh. Straight to the point. I just wanted you guys to look at sad faces yang sedang makan megi cawan. 

T_T

p/s: This is my first time makan megi cawan. Seriousleeeyyhh!

Bye!

Teacher's Day!

Good evening to teachers and all my friends.

Today I would like to talk about Teacher's Day because everyone is talking about the day. The day where all teachers in the world is being appreciated by all the people who is not being a teacher. Understand what I mean? Teacher is being appreciated because without teacher, who is going to teach us at school? Who is going to give us knowledge? Who is going to tell us the do's and don't about life? Oke oke I get it, you get it, we all get it.

Right.

I missed being a school student. I missed celebrating teacher's day at school where the sukaneka events were hold and the competition between teachers and students. Cool right? I had always love and excited to celebrate teacher's day. Don't you feel the same way as I did?

Well I won't write too long for this entry because I know entry panjang panjang sangat bosan.

So I would like to dedicate this entry to all my teachers that have taught me since I was in tadika, primary, secondary and now. Nak bagitau semua nama jenuh la pulak kan. My memory also is not that good to remember all the name. Teehee.

Then, I want to thank all the teacher as well, dari Tadika Islam Taiping, Sk Convent Klian Pauh Taiping, Sk Rusila Terengganu, Sk Klian Pauh Taiping, Smk Klian Pauh Taiping, Smk Aminuddin Baki Johor Bahru and my lecturers in Kolej Profesional Mara Beranang. Thank you. Thank you. Tanpa cikgu-cikgu, Puan puan dan Encik encik sekalian, I wont be this far. I love you.

Not to forget, my mother as well. For being a great 'teacher' to me and my siblings. And to your students as well. Walaupun Mak hanya mengajar tuition di rumah. Sebab tanpa Mak, student mak takkan berjaya dalam ujian ujian mereka. I love you mom!

Thank you again.

Happy Teacher's Day everyone yang telah menjadi cikgu dan akan menjadi cikgu!

>.<

Sunday, May 15, 2011

Dang! Bukan ding-dang.

Yesterday, a friend of mine asked me 'Pakai BB ke?' Jangan salah faham, BB stands for BlackBerry not Bukit Bintang, macam mane nak pakai Bukit Bintang? Oke diam.

Then, I asked him back, how come the idea of asking me that question pop into his mind. He told me that he had once read one of my entry saying that I-am-going-to-buy-BLACKBERRY-RED-TORCH. Oke, I wanted to highlight I-AM-GOING-TO-BUY the BB. One day beby. One day. Watching Yuna's commercial on TV telling people her experience using BB is really envy me. Because, her BB is my dang fevret BB yang I nak tu. Nampak tak? Nampak tak? And the price now was like RM 1000+++. Unrich people like me would say something like 'I can't afford it' Jyeeaah and I'm proud saying that.

Well bile saye dah mampu nanti harga itu talipon pun sudah mampu di beli. And I'm waiting for that moment to come. And the time would be like 5 seconds from now. Oke pigimam. LOL. *mentang mentang dah tahu maksud LOL. Oke dah lame tau dah. Saje nak noob sikit. *mentang mentang dah tahu maksud noob. Jyeah yang ni tak tipu baru tau sebab Akram Zakaria baru ajar.

Well, if you people try to make me jealous by buying my dang fevret BB tu, well done, great job, waaallaaahh, you just did it. Well thank you. Nanti aku rompak dan buat muke naive.

p/s: Najat, Farah, tolong buat correction this sentence "Watching Yuna's commercial on TV telling people her experience using BB is really envy me." Macam salah. Oke, sedang cube untuk improve English. Benti gelak sekarang.

Bye uoollss!

The public figure!

Guess what friends. Since I rarely following people that doesn't write about their own perception of life, what's happening around them, whats their interest, fashion style dan apa apa yang best untuk saya sebagai pembaca tertarik untuk membaca. Dan the most annoying part is bila saya berjalan jalan di blog orang yang mempunyai blog kerana semata mata:

1) Orang lain ade blog aku pun nak ada blog dan end up blog kau sangat bosan yang tak habes habes duk bercerita pasal lelaki. Macam harini kau bercerita pasal lelaki nama Sulaiman. Esok kau bercerita pasal lelaki name Karim, lusa kau cerita pasal lelaki name Abu Bakar macam kau nak cakap kau banyak kawan lelaki dan semuanya kau suka padahal jumpa pun tak pernah. Kau bosan?

2) Lepas tu di dalam blog yang same, kau bercerita pasal kekasih kau yang sangat suwit angat, omel angat, encem angat, romentik angat selang dua hari putus, duk mengutuk bukan main. No, it's not that aku tak suke kau bercakap pasal teman lelaki kau yang cuwit cangat tu, tetapi sebab at the same time kau bercerita pasal lelaki lain yang cuwit cangat jugak, aku jadi pening mane satu boipreng kau. Faham?

Baiklah kawan kawan, sebenarnye aku dah lari tajuk.

Aku cume nak bagitau, dalam banyak banyak orang Hunny Madu was the first public figure yang aku follow. Give a biiiiiigggg clap to her! Public figure untuk saya adelah orang yang terkenal yang bile saye bercakap pasal dea dekat kawan saya then kawan saya akan cakap "Oh, that one. Yeaah I know him/her" bukan someone yang "Eh, sape ek? Tak pernah dengar. Dea pernah menang award ape?" Understand what I mean?

Oke bye!

Friday, May 13, 2011

Kumpulan menari pilihan hati tahun ini

Untuk Showdown pade tahun ini, kumpulan menari yang akan menjadi pilihan hati iaaaalaaaaaaahhhhhh.......




R O K U S T E P  ! JYEAAAH!

Setelah membuat penilaian sejak sebelum meltdown, yaa semestinye harus memilih satu kumpulan sahaje sebagai pemenang dan pengganti Joe Wakaka eh salah Wakaka (harus profesional), maka ROKUSTEP telah menambat hati diri ini!

Selamat maju jaya Rokustep! I sapot youolls dari depanbelakangkirikanan!

Lagu blog I pun ambik sempena lagu youolls gune minggu lepas tau! Malu I! 

Bye!

p/s: yang di gembar gembur salah sorang penari group ni macam muke Yazid AF tu, memang Yazid AF pun, dea call aku tadi. K bye.

Tuesday, May 10, 2011

Perasaan bile assignment tibe tibe hilang punah hancur berkecai sekelip mata

Oke tajuk je dah memberi tahu hal sebenar.

Patut harini kami semua kena hantar assignment Software Testing kan. Tapi malangnye tak dapat nak siapkan malam tadi sebab melampau susah, so ingat nak hanta tepat pukul 5 waktu Puan dah bersiap sedia nak balik.

Sebagai seorang student, kite memang patut prepare mental dan fizikal bile kejadian kejadian macam ni berlaku. Kite tak boleh cepat melatah, kite tak boleh terlalu tension dan kite tak boleh terlalu marah-sedih-kecewa-depressed-amik-pisau-bunuh-diri. Sebab benda benda macam ni PASTI akan berlaku, samada dari kecuaian kite sendiri, atau ape ape sebab yang berlaku.

So, balik kepada cerita tadi, bile semua dah setel tinggal lagi 2 topik nak kena cover untuk D1 dan D3, pukul 4.15 saye dapati assignment saye tu hilang, takde, kosong, tak save. PELIK. Tapi tak menjerit, kawal perasaan, tenang. KENAPE MICROSOFT WORD INI TIDAK MENGAUTOSAVE KAN KERJA KERJA SAYE? Kenape? Oke dah, benda lepas usah di kenang. So buat je balik dengan tenang. Dengan bantuan Kiki yang baik, semua pun dah setel. Esok aje hanta. Maaf Puan, esok saye explain. Teeeheee. 

T_T

Semester lepas pun pernah kena, waktu buat assignment Office Solution, web design dah setel semua tinggal nak upload ke internet je, tibe tibe semua kerja hilang habis hancur punah harapan. Tapi takpe buat balik semua last minit, nasib baik Encik Mickey Mouse baik bagi Distinction.

Baiklah.

Motif, majulah sukan untuk negara.

Bye!

Just for laugh

Sedang search hero idaman hati Adi Putra, tibe tibe keluar ni



T_T



Ape ni? Ape ni? Ape ni? Ape ni?

Mane Adi Putra idaman kalbu????






















 Selamat setelkan esaimen kawan kawan!

Monday, May 9, 2011

Jual ikan di Pasar Borong Pandan

Aku rase tidak perlu kau menuding jari ke arah orang lain jikalau yang salah datang dari diri kau sendiri. Oke ini general, kang kau terasa aku pulak di caci maki kan. Malah ini ditujukan untuk diri sendiri, seperti bila mana (amboi bila mana) aku menyalahkan orang lain kerana tidak mahu mengajar aku Software Testing tetapi sebenarnye aku yang tidak bertanya. Kau faham? Lepas tu aku cakap pompam kat orang lain yang kau-kau-kau ni pentingkan diri sendiri sebab tak nak ajar aku Software Testing, tapi sebenarnye aku yang tak bertanya. Faham situasi?

Macam kau menyanyi "Do you remember?" tapi ade banyak penyanyi yang menyanyikan phrase yang same, 1) Mocca 2) Jay Sean 3) Jack Johnson. Oke bodoh takde kena mengena pon. Tipu kau-kau-kau.

Baiklah.

Lagi satu, tadi pagi teringat satu kejadian yang sangat marah. Tak bukan kejadian, tapi teringat sesuatu.

Satu mase dahulu terbaca satu status kawan yang marah marah kan kawan dea yang lain perihal assignment. Tak ingat dah status dea berbunyik macam mane. Tapi boleh lah terima kesimpulan ni, mungkin penulis status nak tanye tentang assignment kepada kawannye, tetapi kawannye tidak menghiraukannye. Tetapi bile kawannye nak bertanye assignment kepada penulis status, bukan main beriya lagi. 

Ape point aku cakap ni?

Point nye ialah, kenape kau duk buat teruk sangat sampai nak bagi semua orang tau nasib malang kau tu, kalau kau pun buat benda yang same hah lahanat? Kenape aku marah? Sebab aku pernah dalam situasi dea dimane aku yang memerlukan jawapan. Kau faham? Aku pun tak faham. Oke macam ni, pade satu hari sedang aku membuat assignment tibe tibe otakku buntu. Lantas aku online Facebook untuk mencari teman sekelas jikalau mereka online untuk bertanyakan kebuntuan ku, malangnya tiada siapa yang tahu. Tanpa membuang masa terus ku tanya kan si penulis status bodoh itu, tetapi beliau tidak menjawab. Dan terus log out chat. Too bad for me.

Bile kena kat kau tau nak mengamuk. Cilake betol. As if kite mintak semua assignment dea pulak. Padahal nak tanye je. Itu lah, dengan kawan kawan pun berkira, kedekut ilmu. Kite harap satu hari nanti..aaa aaaa..takut. Dah lah. Benda lama. Saje duk buat teruk. Saje nak bagi semua orang tau nasib malang diri ini.

Oke bye!

P/s: Kawan kawan yang dah siap Java dengan Software Testing semua dah pack barang. (Oke tipu) Lagi satu anak Hero kite buat wallpaper handphone. +_+

Kejap, belom habes. Tengah search gambar ikan kat google sekali keluar ni



Hah tercirit kau kalau dapat.

Saturday, May 7, 2011

Untuk Emak seorang

Ke hadapan Emak yang di sayangi,

Ami sangat bersyukur jadi anak Mak. Ami sangat bersyukur Mak lahirkan kami adik beradik, Ami sangat bersyukur Ami ade family kite sekarang. Ami sangat bersyukur Ami rapat dengan Mak dan Mak merupakan orang yang Ami akan carik untuk tanye perihal kerja, perihal belajar, perihal politik, perihal kekasih, perihal kawan kawan sebab Mak sangat pandai. Mak akan ade jawapan untuk semua soalan Ami. Ami bersyukur Ami ade Mak.

Walaupun Ami bukan antare anak Mak yang pandai macam Najat, Farah, Abang, tapi Ami bersyukur Ami di lahirkan di kalangan diorang. Ami bersyukur Mak besarkan Ami tanpa berat sebelah, Ami bersyukur Mak bagi Ami buat pilihan, Ami bersyukur Mak faham Ami bila orang lain tak. Ami bersyukur mase kecik kecik Ami tidur dengan Mak and walaupun mase Ami kecik Mak sangat busy kerja tapi Mak mesti tak lupe harijadi Ami, hari Ami graduate tadika dan semua hari hari penting. Thanks Mak.

Ami bersyukur Mak bace diary Ami dan mase tu Mak menangis bile dapat tau Ami dah ade boyfriend. Ami tak tau kenape Mak menangis, tapi Ami pun menangis jugak mase tu. Mak cakap Mak faham Ami dah besar, mungkin sebab Mak tak setuju. Tapi Ami bersyukur Mak tak setuju sebab Ami tau yang Mak tau pilihan Ami tu salah. Terima kasih Mak.

Ami selalu degil, Mak pun tau Ami degil, Ami tau Mak sayang Ami, tapi Ami selalu buat buat tak faham. Ami memberontak tapi Ami tak pernah tinggikan suare kat Mak. Tak pernah. Kalau Ami tak setuju bile Mak tak setuju Ami buat ape ape, Ami akan masuk bilik dan menangis. Tapi Ami bersyukur bile Mak datang bilik Ami and pujuk Ami balik. Mak cakap Mak cume sayang Ami. Ami bersyukur Mak cakap macam tu sebab lepas tu baru Ami tau Ami yang salah sebenarnye.

Ami bersyukur Ami ade Mak yang tak pernah bercakap buruk tentang orang lain, yang selalu ajar anak-anak dea untuk selalu berfikiran positif. Ami bersyukur Ami ade Mak yang berilmu tinggi. Ami bersyukur Ami ade Mak yang penyabar dan penyayang.

Ami bersyukur mase kecik Mak hanta Ami pegi kelas mengaji, Ami bersyukur mase kecik Mak hanta Ami pegi kelas piano, dan Ami bersyukur mase kecik Mak hanta Ami pegi belajar berenang.

Ami bersyukur Mak kawin dengan Ayah.

Ami bersyukur Mak terima kami nak bela kucing walaupun dulu Mak geli kucing.

Ami bersyukur Mak tak pernah kedekut dengan kitorang.

Ami bersyukur Mak tempat rujukan kitorang bile kitorang nak tanye pasal English.

Ami bersyukur Mak tak pernah abaikan kebajikan keluarga walaupun Mak sibuk.

Ami bersyukur Mak. Ami bersyukur untuk semua.

Nanti Ami dah kaye Ami belikan Mak Mercedes Sport eh? Mak pakai spek hitam Paris Hilton bawak Ami pergi pasar. Cool kan Mak?

Selamat hari ibu Mak. Ami ayang Amma!!



p/s: Hero dah dapat anak!! Yaaahuuu!!

Oke bye!

Kerana masa itu

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak menyibukkan diri dalam pergaduhan kawan kawan, pasangan kekasih, pasangan kelamin, oke tak habis habis dengan pasangan kelamin. +_+ Only if both sides come and share, baru saya buat andaian.

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak terlalu meletak harapan dan mengharap. Kerana ia akan membawa kepada kegelapan. Oke tak, membawa kepada tidak ke mana mana. Hanya di situ. Jadi buang, dan kuat. Ye, menjadi kuat, seperti selepas makan biskut Tiger. Rawr!

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak terlalu percaya dan tidak menjadi bodoh atau kelihatan bodoh atau memang bodoh sehingga gagal. Tetapi lebih percaye kepada diri sendiri dan positif. Berfikir berfikir berfikir dan fikir jaaaaaaaaaaauuuuuuhhhhhh. Adekah baik atau buruk. Jika baik baiklah, jika buruk cilakelah kau.

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak memberi harapan, tidak menganiaya, tidak menipu, tidak pentingkan diri. Kerana ia karma. Cukuplah dengan karma yang belum selesai memberi hukuman. Sakit. Dan pedih. Macam sakit puan eh salah, macam terpotong jari mase potong sayur.

Maka dengan itu, muhasabah diri adelah jalan penyelesaian. Fikir kenape orang tak suke, fikir kenape orang benci, fikir kenapa orang berkata, fikir kenape orang buat begitu dan begini terhadap kita. Fikir. Instead of balas dendam, kerana ia akan berputar. Bukannye kite harus mengamalkan 'kau buat baik,aku buat baik,kau jahat,aku jahat' atau 'treat people the way you want to be treated' atau 'don't judge because I'm goooood' oke ini apa tahi?

Kite harus mengamalkan 'takpelah, kau jahat je lah, aku tetap begini dan biar masa yang balas dendam'. OKE?

Kite biasa sangat tengok filem drama yang mana gadis sunti di perlaku dengan jahat, di mana lelaki imam di perlaku dengan tidak adil TETAPI mereka tidak membalas dendam tapi kite yang tengok ni yang 'bodoh la kau ni tak balas dendam, kalau aku lah! heeyyy!' KAN? Tapi ending? Berpihak pada? Lu fikirlah sendiri.

Drama 'Chinta' yang Fasha Sandha berlakon tu, yang dea jadi awek Rahim Razali tu, dea balas dendam. KAN? Last sekali ape jadi kat dea? Baik, kalau tak tau ape ending dea mai habaq kat cek, nanti cek open table semata mata nak cita kat hampa ending dea. Sempoooii baq hang!

Oke bye!

Friday, May 6, 2011

Setelah 4 hari

Tak update blog sebab malas dan full dengan esaimen, maka harini rase macam free sekejap, kite pun adelah entry baru.

Memandangkan kawan kawan laen dah nak habis, dah nak cuti, dah boleh balik, dah cuti dah pun dan macam macam cuti, maka terus mereka memberi diri ini inspirasi untuk menyetelkan esaimen secepat mungkin dan boleh cepat cepat balik rumah tanpa memikirkan lagi esaimen. Sebab bile fikir esaimen, terus rase miskin. T_T

Oke balik rumah boleh rehat secukupnye dan boleh tido awal dan boleh bangun awal. Bile kena redo tu lain cerita malas fikir lagi, bile fikir redo merupakan satu nightmare bile redo Project Management. Peerrgghh malas nak cita la.

Tadi tidur lepas balik briefing assignment Software Testing yang nak kena hantar Selasa depan, tidur macam tak pernah tidur seminggu. Walaupun hanya 2 jam tidur, macam macam mimpi keluar. Bile kite mimpi, badan rase sangat letih dan lesu. Sebab roh kite berjalan-jalan. Oke takut. Kite mimpi family kite datang lepak kat rumah sewa kite. Nampak sangat rindu kat diorang T_T

Kiki pun dah pulang ke rumah beliau meninggalkan diri ini keseorangan seperti selalu. Sebelum dea balik dah peluk cium muah muah dah. Oke tak tipu. Pfftt. Esok pun Acik akan pulang ke rumah. Tinggallah berdua dengan akak. Nasib baik busy nak buat esaimen.

Malas cakap banyak.

Anyway, selamat bercuti kawan-kawan. Drive safe.

Bye.

Sunday, May 1, 2011

Resipi minggu ini

Hai geng, memandangkan Nanie telah pun pulang ke Klang, maka tinggallah diri ini berdua dengan kakak Azira saje di rumah sewa indah ini. Dan kerana Kakak Azira mengalami demam kuning, maka sebagai adik yang baik, teman lah beliau ke kedai runcit untuk membeli buah buahan. Mengidam katenye, nak makan nasik, nasik pahit. Banyak cekadak betol.

Oke baiklah.

Bukan nak cerita perihal pergi kedai runcit. To make it short, sedang berjalan nak balik tu, tibe tibe rase macam nak makan pengat pisang. Bukan la rase nak makan tu memang nak makan tang tu jugak, tapi just rase je la. Tapi kakak Azira bersungguh sungguh nak buatkan pengat pisang untuk diri ini. Malu kite. Thanks kakak.

Maka mempersembahkan.................




 
(gambar hiasan: yang mengacau sebenarnye aku.cis!)


Tatadaaa!! Ini lah pengat-pisang-jambu! Sebab akak gune sagu warne pink maka pengat pisang punye kuah jadi warne pink +_+


Selamat mencuba!

Bye!