Saturday, May 7, 2011

Kerana masa itu

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak menyibukkan diri dalam pergaduhan kawan kawan, pasangan kekasih, pasangan kelamin, oke tak habis habis dengan pasangan kelamin. +_+ Only if both sides come and share, baru saya buat andaian.

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak terlalu meletak harapan dan mengharap. Kerana ia akan membawa kepada kegelapan. Oke tak, membawa kepada tidak ke mana mana. Hanya di situ. Jadi buang, dan kuat. Ye, menjadi kuat, seperti selepas makan biskut Tiger. Rawr!

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak terlalu percaya dan tidak menjadi bodoh atau kelihatan bodoh atau memang bodoh sehingga gagal. Tetapi lebih percaye kepada diri sendiri dan positif. Berfikir berfikir berfikir dan fikir jaaaaaaaaaaauuuuuuhhhhhh. Adekah baik atau buruk. Jika baik baiklah, jika buruk cilakelah kau.

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak memberi harapan, tidak menganiaya, tidak menipu, tidak pentingkan diri. Kerana ia karma. Cukuplah dengan karma yang belum selesai memberi hukuman. Sakit. Dan pedih. Macam sakit puan eh salah, macam terpotong jari mase potong sayur.

Maka dengan itu, muhasabah diri adelah jalan penyelesaian. Fikir kenape orang tak suke, fikir kenape orang benci, fikir kenapa orang berkata, fikir kenape orang buat begitu dan begini terhadap kita. Fikir. Instead of balas dendam, kerana ia akan berputar. Bukannye kite harus mengamalkan 'kau buat baik,aku buat baik,kau jahat,aku jahat' atau 'treat people the way you want to be treated' atau 'don't judge because I'm goooood' oke ini apa tahi?

Kite harus mengamalkan 'takpelah, kau jahat je lah, aku tetap begini dan biar masa yang balas dendam'. OKE?

Kite biasa sangat tengok filem drama yang mana gadis sunti di perlaku dengan jahat, di mana lelaki imam di perlaku dengan tidak adil TETAPI mereka tidak membalas dendam tapi kite yang tengok ni yang 'bodoh la kau ni tak balas dendam, kalau aku lah! heeyyy!' KAN? Tapi ending? Berpihak pada? Lu fikirlah sendiri.

Drama 'Chinta' yang Fasha Sandha berlakon tu, yang dea jadi awek Rahim Razali tu, dea balas dendam. KAN? Last sekali ape jadi kat dea? Baik, kalau tak tau ape ending dea mai habaq kat cek, nanti cek open table semata mata nak cita kat hampa ending dea. Sempoooii baq hang!

Oke bye!

No comments:

Post a Comment