Thursday, June 30, 2011

#1

Adekah aku yang lame kerana baru mengetahui Yahoo!Mail telah mengupgrade kan diri beliau? Anyway cool features baru dea. Boleh cekcekcekidaauuut sendiri dengan membuka email kalian semua dan check inbox.

Setelah agak sekian lame berhutang dengan P1 Wimax, akhirnye P1 berase kasihan dengan diri ini dan memberi reban eh tak rebat dan diskaun yang hampir meluruhkan jantung dan terus langsai hutang serta merta dan hai semua boleh boring tengok Amie Hamidi asyik online dan update blog 25 jam sehari 8 hari seminggu this is best bro. Oke nak cakap pasal Maharaja Lawak dah so yesterday dah. Kalau cakap dengan Farah pasal lawak lawak ML semua mesti dea tanye 'Ape tu?' pastu jenuh la kami sekeluarga nak explain kat dea lawak lawak ML. Haish. Oke dah.

Kite stop untuk maghrib kejap. Bye. Macam rancangan siaran langsung.

Saturday, June 25, 2011

Padan muke aku

'In this california king bed...-California King Bed by Rihanna'

Entry kali ni akan beremosi sikit.

Kadang-kadang bile kite selalu live in denial,lame-lame kite yang akan tak puas hati,tak senang duduk,rase bersalah,rase menyesal,sedih,geram semua lah.Betol tak?

Sebagai contoh,kite pasti kite suke kat seseorang ni,tapi kite tak sampai hati nak bagitau,bukan tak sampai hati,tapi kite seboleh boleh nak deny benda tu.

Sebab kite dah terbiase live in denial.Sampai semua benda kite nak deny sampai rase menyesal,sampai bile orang tu ade someone else baru hati nak retak.

Faham tak? Oke bye.

Friday, June 24, 2011

Menarik minggu ini

Hai uoollss. Entry tak nak tulis banyak. Let the pictures do the tongking (talking).

Seperti yang semua tahu, diri ini terpaksa balik ke kolej untuk menghantar dan meng-appeal esaimen Project Management yang tak sudah sudah yang tak habis habis, sampai Mak pun dah tak tanye lagi nak balik kolej semula buat ape, mengadu kat membe pun membe dah menyampah nak dengar. T_T

Tengok je lah macam mane kami semua bertungkus lumus pade hari terakhir appeal esaimen.




Eheheheheh, maafkan ini. Ini selepas siap esaimen dan tengah tunggu lecturer datang. Eheheheh.
(Movie:The Unborn)



Oh. Eheheheheh. Ini dekat pandangan atas tol aaa tol aaa tak sure la kawan kawan semua. Maaf.


Eh? Maaf lagi. Ini mase tengok Maharaja Lawak haritu. Eheheheh. Maaf maaf.

Oke, dah la tu cakap pasal esaimen kan. Macam semua entry nak cakap pasal esaimen. Esaimen esaimen esaimen. Eh muntah la kalau macam ni walaupun dari entry dulu dulu pun cakap muntah muntah muntah. Nah muntah hantu. So annoying la Amie ni kan kawan kawan semua. Oke bye.

Bercakap pasal bau bauan yang memang semua perempuan suke bau bauan yang wangi wangi untuk di calit dan di pahatkan di atas baju, celah ketiak, tangan, rambut, lubang telinga oke dah cukup. Oke faham? Maksudnye kite punye set penjagaan tubuh badan tak lengkap la kalau takde perfume, takde deodoren, takde losyen, takde cologne, dah ade perfume nak cologne pulak, melampau teaaww. 

Oke kalau diri ini, bile diri ini pergi ke kedai untuk membeli bau bauan untuk kesenangan hidung sendiri membau nye dan rakan sebelah tidak muntah bile diri ini berjalan di hadapan beliau, diri ini lebih prefer bau bauan yang berbau buah buahan dan bunga bungaan. Kalau diri ini pergi The Body Shop, perfume yang diri ini akan suke dan ingin kumpul duit untuk beli ialah 'Moroccan Rose Perfume', 'Japanese Cherry Blossom', dan 'Lychee'. Kalau perfume oil, diri ini lebih prefer bau 'Strawberry'.

Betape bunga bungaan dan buah buahan betul bau mereka mereka ini kan kawan kawan semua?

Kalau losyen, diri ini tak berkira sangat, tapi memang kena pakai losyen, mesti harus pakai losyen, bukan mengade gedik gilllleerr nak kulit lembut dan terlindung dari sinaran UV, tapi sebab dah terbiase pakai dari kecik. So bile macam dari kecik asyik pakai Johnson dan dah mule bosan, diri ini bertukar kepada Vaseline yang mana episod lepas lepas diri ini pernah cerite yang bile diri ini pakai Vaseline, kulit tangan semua naik ruam ruam sampai kena cucuk lebam lebam. Maka bile diri ini pergi Watsons tempoh hari, Watsons telah mengeluarkan produk beliau yang terdiri daripada losyen. Oke tak, bukan losyen je, benda lain tak ingat sebab nampak losyen je.

DAN! Diri ini telah mencuba pakai hand cream beliau, untuk di-test sebab kulit luar nampak cantik, floral gitu, so try la kan, nak bau kat situ takde tester, takkan nak bukak plastik kan. Kalau beli yang besar terus kang tak wangi rase menyesal pulak kan.

DAN, memang memuaskan hati diri ini. Hand cream dea tak oily, macam terus serap dalam kulit and tangan akan terasa lembut bile bergesel antare satu same lain, dan sangat wangi, bukan sangat wangi yang mencucuk hidung bau dea, wangi yang sedang sedang sedap hidung sendiri membau. So kawan kawan semua yang suke menjage bau badan, boleh try produk Watsons ni. Berbaloi dan wangi dan akan puas hati.



Selamat mencuba! Eh tadi kan cakap entry ni tak panjang kan. T_T Maaf semua.

Oke bye.

p/s: Maafkan tajuk entry. T_T


Wednesday, June 15, 2011

Gedik gillleerr

Hai uoollss, perasan tak entry yang lepas lepas semua macam gedik gillleeerr letak xoxo kat hujung entry kan macam omaaaiigaaadd gedik gilllleeerr pompuan ni. Ape? Setiap entry pun gedik? Oke boleh diam sekarang.

Baiklah. Teringat dulu Slay classmate I penah tanye xoxo tu ape,ofkos sebelum jawab kena gelak gelak dulu. Lepastu akak, housemate I pun penah jugak tanye xoxo tu ape. Oke yang ni pun tergelak jugak, maaf la kerana bersikap kurang sopan gelakkan pertanyaan orang. Macam haritu kakak I tanye pompam tu ape. Pompam pon tak tau, aduuhaaii. Oke berbalik kepada tadi, xoxo tu maksudnye hugs and kisses. So lepas ni, lepas gayut dengan boyfren boleh cakap macam ni, 'U, U, xoxo dulu la sebelum letak'. Oke gediiikk gillleerr.

Maaf la kerana terbawa bawa dengan lagu Gossip Girl yang "Who am I? It's a secret I can' tell. xoxo. Gossip Girl". LOL. Boleh pergi YouTube sekarang search lagu Gossip Girl tu. Hahaha. Tak lawak. Terbawak bawak tu sampai bile kakak I tanye "Mi, mak mane?" akan di jawab dengan "It's a secret I can' tell. xoxo. Gossip Girl". Kau rase macam bodoh tak jawapan aku? Macam bodoh tak? Bodoh tak? Bodoh tak? Oke bye.

Oke lepas ni tak bubuh dah xoxo tu okay.

Nasib baik tak tulis macam ni "Hai kowunk cemua, arinieeww iteeww nak cakap pasal boyfie iteew. Yew enceem auuw. Tamow la jelesh ngan iteew. Ey kowunk, iteew winduww arr at yew" Apa tahi? Lagi gedik gillleeerr. Kalau gabung aku, Nanie dengan Pika, mesti cakap "So annoying!"

Oke cukup pasal tu.

Beberape hari yang lepas, telah berlaku satu kejadian yang bod gillleeerr. I tengah delete folder Angry Birds dalam laptop ni. Nak cerita detail la kat uoollss. I telah create satu folder yang semua barang barang penting I letak dalam folder tu. Assignments, Subjects, Wayang Percuma, Musik, dan tu lah folder Angry Birds. I pun nak delete la folder Angry Birds tu sebab dah tak boleh main dah kan. Tengah I delete tu, I tak terbace pulak pop out message yang keluar tu, so I terus klik 'Yes' dan jadilah koko krunch. Tak, rupenye pop out message tu mungkin la, mungkin la nak cakap "Sure nak delete semua folder ni?", so bile klik 'Yes' tu tadi, cube teka ape jadi. Mestilah folder Assignments yang SEMUA esaimen dari awal bulan sampai habis semester dalam folder tu di delete sekali. Patut la rase macam apehal lame beno nak delete Angry Birds tu kan. Aduhaai. So nak repair esaimen Project Management ni terpaksa la kena copy balik. Sungguh bodoh diri ini tak buat backup file sebab rase kejadian seperti ini takkan terjadi.

Macam semalam ejen insuran AIA call I cakap I dapat offer buat insuran sebulan RM30 plus plus je sebab I pelanggan P1 W1Max yang tak langsai hutang. Oke takdelah dea cakap macam tu, takkaaaannlaahh dea nak cakap macam tu kan. Dan I pun terima lah offer dea tu sebab fikirkan kejadian esaimen TER-delete tu sampai bile cerita kat Mak, Mak cakap "Ish awak ni careless" instead of belanje makan Ciken Cop. T_T

Bod gillleer tak I? Bod kan? Takkan nak salahkan Angry Birds sampai dah tak nak main pandang ape tah lagi kan? Dah la ayam ayam tu semua comel comel belake walaupun tengah marah. Nak nak ayam yang putih gemuk yang boleh meletup tu. Kan comel.

Oke lah uoollss. Bye.

Saturday, June 11, 2011

...and the blogging continues

HAHAHA.Tajuk macam name album baru Marcell yang nyanyi lagu Hanya Memuji tu.Malu kite +_+

Oke baiklah,bukan nak cakap pasal album baru Marcell tu pun,kalau minat die boleh dapatkan album terbaru beliau di Speedy Music atau mana mana kedai jual cd berhampiran anda.Jangan beli cetak rompak,or the pirates will come to you and sing along.

Baiklah,sepanjang cuti yang masih berbaki 3 minggu ini,haruslah diluangkan mase yang ade bersama emak ye kawan kawan.Macam bile mak pergi buat terapi haruslah ikut bersama dan menjalani terapi bersama emak dan dingorat oleh abang terapi lantas emak mendapat layanan istimewa serta merta dari abang terapi.Oke tak,jangan risau,bukan terapi sebab diri ini mengalami two strok atau tulang rapuh ke ape ke,tidak,terapi ni untuk orang muda cume untuk mengelakkan diri ini dari terkena penyakit penyakit kronik.Oh ye,lepas dapat terapi ni,I dah boleh tidur awal.Tak macam sebelum2 ni kan tak boleh tidur lantas terpakse mengganggu kawan kawan untuk diajak bergosip.

Name tempat terapi tu Alpha One Healthcare Centre.Die bagi terapi secara percume.Kalau tak tau,boleh gunekan khidmat google.

Lepas terapi,macam biase harus ajak mak berjimba di mane mane store baru bukak kat JB ni.Macam Tesco yang baru bukak kat KSL City tu.Orang JB,sile tolong usha KSL City tu,best.Lagi best dari City Square.Mentang2 dah bosan dengan CS.Okey maaf,tapi not bad.Ade Jco.Oke bye.

Macam biase,entry ni ditulis menggunakan telefon bimbit,jadi ayat semua macam keling sebab nak cepat,biase la gune mobile internet maxis sejam 2 ringgit.Thanks Am belanje topup 10 ringgit.Hehehehe..

So,okey.Bye kawan kawan!

xoxo

Thursday, June 9, 2011

Kenape tidak Kl Gangsta?

Hai geng.

Tadi pegi tengok Super 8,memang best tak menyesal punye tengok.Tapi kalau tak minat Steven Spielberg punye cerita tak boleh nak cakap ape la kan.Mungkin orang Malaysia lebih suke cerita Shamsul Haslam kan sebab tadi cerita Kl Gangsta semua sold out.Atau rakyat Malaysia semua gangster2 belaka?Eh jap,cite tu cite Shamsul Haslam ke?Oke bye.

Bukanlah diri ini taknak sapot cerita Malaysia,no,gua tengok ape Nur Kasih haritu.Haaa.Dan,walaupun ade Adi Putra yang setiap kali iklan sabun breeze mak gua akan cakap 'Ni yang awak gile gile kan tu'.Pastu mule la mak cakap,macam Shah Rukh Khan kan?Jap sekarang aku yang minat ke mak?Oke2,sambung kenape aku taknak tengok Kl Gangsta,sebab oke,same je sebabnye dengan kenape aku tak tengok Kongsi.Boleh fikir sendiri sekarang.Haha.Tapi kalau sape2 nak bagi aku cite tu secare percume,aku terima je seadanya.Sekian terima kasih.

Anyway,tadi pakcik teksi yang aku naik tadi cakap aku lembut orangnye sebab suare aku lembut.HAHAHA!Aku suke first impression!Haha.Baiklah baiklah.

Ape ape pun,selamat menjalani hari hari korang dengan penuh bermakna oke.

Assalamualaikum!

xoxo

Wednesday, June 8, 2011

Au revoir!

Helo geng, bersiaran langsung dari Terminal 1 Seremban, sedang menunggu bas untuk pulang ke Johor Bahru dalam 45 minit lagi. Walaupun Terminal 1 ni sangat busuk-kotor-ramai-budak-sekolah-dating (maaf orang Seremban) tapi cool ey ade wireless giteeww. Baru tau ni selama 3 tahun dah ulang alik Beranang-Seremban-JB.

Well baiklah, walaupun pulang ke JB, tapi tidak bermakna diri ini telah lepas segala seksa esaimen. Diri ini terpaksa membawa pulang 2 esaimen untuk di selesaikan dan hanta pade 21hb Jun ini. Maka tidaklah holiday tara mana pun T_T Baru nak melancong Bali. Kalau dah esaimen banyak begini


sampai merah mata begini


tak payah berangan nak holidaay bikini-Fasha-Sandha-di-Bali ye.

Well takpelah, lagi satu sem je nak habiskan seksa ni semua. Lepas tu boleh lah enjoy sampai Bali.

Kite jumpe appeal nanti.

Bye!

xoxo

Sunday, June 5, 2011

Disebalik cuti semester ini

Helo ladies and gentleman.

So,how's your holiday?Fine ke tak fine?Kalau tanye Pika mesti die kate fine tapi macam har sebab die kate sekarang die keje kedai bakery tapi kedai tu panas macam dalam oven.Dan yang aku pelik sekali,tengah tengah keje tu boleh pulak die ajak gosip.Oke tak,entry ni bukan pasal Pika.

Baiklah.Sepanjang cuti semester ni,tak banyak yang boleh aku buat kat rumah selain tengok semua rancangan kat TV,semua movie kat external kakak kena tengok,Maharaja Lawak minggu 1 sampai 9 kena habiskan,Oh Yeah 'sir tap hatemanak' kena tengok,Gossip Girl season 4 kena katamkan, dan ofkos paling penting bace paper dan tengok berita.

Nak cakap pasal tanah runtuh tu macam dah so yesterday sangat pulak kan.Anyway hari kedua tengok berita part kebumi mayat ramai ramai memang buat diri ini menangis.Al-Fatihah.

Oke sebenarnye nak cakap pasal yang manusia cetek otak aku tak tau la diorang letak otak diorang celah ketiak mane yang pegi buang baby maen campak je dari rumah ke bawah.Ape ingat baby tu bola pingpong ke ape main campak campak lagu tu.Tak cukup dengan tu buang baby dalam tempat buang sampah.Ape mane hilang kasih sayang dalam diri diorang ni?Aduhai.

Tak tau la ape masalah mereka mereka ni sampai dah hilang sifat perikemanusiaan.Anjing pun pandai bela anak.Tu cerita Hachiko tu,kan sedih.Oke dah lari tajuk.So,please,kalau awak manusia tolong berperikeMANUSIAan sikit.Kalau awak penyu,oke takpe boleh maafkan.Penyu memang lepas beranak eh bertelur terus blah.Cube bayangkan awak yang kena buang kena campak kat sampah tu.

Oke,cube sebelum buat anak tu fikir dulu.Deal?

xoxo

Au revoir!

p/s:Maharaja Lawak kat JB 2 minggu lagi.Oke bye.