Sunday, July 31, 2011

Perihal kawan-tak-boleh-pakai.

Episod pertama, kau kecilkan hati aku dengan meninggalkan aku dan pergi bersama kawan baru kau.
Kemudian kau datang balik dan aku terima dengan ikhlas.
Episod kedua, kau kecilkan hati aku lagi dengan tidak menjaga hati aku dan tidak jujur dalam berkawan.
Aku masih terima sikap kau dengan ikhlas.
Episod ketiga, kau bercakap dengan orang orang sekeliling tentang rahsia aku.
Yang kau sendiri reka. Untuk ape? Untuk aku terus terima kau dengan ikhlas?
Episod keempat, kau gunekan aku untuk tutup kesalahan jijik kau untuk tutup perangai hipokrit kau untuk tutup sikap kau yang macam sampah.
Orang tak sedar sebab kau memang pelakon hebat. Aku puji kau untuk setiap lakonan jijik kau.
Jangan tanye kenape kalau satu hari nanti aku memalingkan muka aku dari melihat kau.

Sabar aku pun ade had. Bukan kau sorang. Kalau aku seorang yang tak menghargai persahabatan kite, dari episod 1 lagi aku blah.

Kawan sungguh sungguh. Jangan nak mintak simpati gedik kau kat lelaki je.

Nasib la kawan.


-__-"

Saturday, July 30, 2011

Today's feeling

"I still love you, like I did, yesterday"




P/s: Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kawan kawan.

Thursday, July 28, 2011

Harry Potter

Sejak dari darjah enam, saye di besarkan dengan menonton cerita cerita Harry Potter kerana kakaks (merujuk kepada 2 orang kakak) dan emak yang suke menonton dan membeli semua koleksi buku Harry Potter. Maka dengan itu saye sering dipakse untuk mengimprovekan English oleh emak dengan menyuruh saye membace buku buku Harry Potter itu. Tetapi tidak, saye tidak pernah membaca malah menyentuh (tipu) bukubuku Harry Potter tersebut. Memang patut English B3 semasa SPM. Saye redha.

Walaupun tidak membaca, saye tidak pernah missed menonton setiap episod cerita Harry Potter tersebut sehinggalah semalam saye menonton episod terakhir Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2.


Sungguh epic, sungguh mengujakan, sungguh menakutkan, sungguh mendebarkan, sungguh mengharukan, sungguh ter-menangis-bile-lepas-ni-dah-tak-dapat-tengok-harry-potter-sebab-dah-habis-semua-episod-sampai-kena-gelak-dengan-aisar. T_T

Sape sape yang belum tengok. Sile tengok sekarang. Ye, sekarang.

Bye!

Monday, July 25, 2011

MTV World Stage 2011

Semalam, jika awak semua sedia maklum, saye dan beberape orang kawan telah pergi ke MTV World Stage di ICity Shah Alam buat julung julung kalinye. Dan buat julung julung kalinye MTV World Stage telah diadakan di ICity kerana sebelum sebelum ini World Stage buat dekat Sunway Lagoon maka menjadikan saye buat julung julung kalinye menjejakkan kaki ke ICity Shah Alam. Whhhaaattt? Loosseerrr gileeerrhhh taakk penaaahhh peegii ICitttyyyyy~~~!! -_-"

Sebelum sebelum ni punye World Stage memang nak pegi memang nak pegi memang nak pegi. Tapi biaselah, selalu je ade tak kena selalu je takde pitih, selalu je World Stage buat tengah bulan. Nak nak time MTV bawak datang All American Rejects ke Malaysia. So terpakse lah bersedih sorang sorang kat rumah sebab tak dapat tengok AAR. Maka tahun ni, bile dapat tau je MTV bawak datang 30 Seconds to Mars ke Malaysia, terus wwwhhhaaaattt?? 30STM?? ICity?? MTV World Stage?? 24 Julai?? Terus google MTV World Stage carik macam mane nak dapatkan tiket.

Bukan nak pergi sebab Neon Trees, bukan sebab Beast, dan bukan sebab Pop Shuvit, dan ofkos bukan sebab mengade gedik "Ape? Mtv World Stage? Nak pegi! Nak pegi!" Tapi bile tanye artis mane datang, "Tak tau la. Sape ek?" -_-" . Tapi memang untuk satu tujuan, 30 Seconds to Mars. Memang sebab mate cantik Jared Leto. Memang sebab 'cis-kek-punye-abang-baju-merah-dengan-kakak-pakai-tudung-dapat-naik-stage-peluk-Jared Leto'

Memang takkan lepaskan peluang tengok 30 Seconds to Mars punye live show nak nak harge tiket boleh dapat dengan SMS MTV ke 28881 dan terus topup RM50 khas untuk pelanggan Celcom dapat la tiket 2 keping so bile tau je tiket boleh dapat semudah itu terus ajak Kiki dengan Pika share RM25 sorang tapi Pika tak dapat pergi so terpakse pujuk Kiki teman since Kiki tengok ade Neon Trees baru dea nak pegi sedih diri ini kalau dea taknak pegi kite takde kawan T_T. *terer tak kite ingat*

Sebagai peminat setia 30 Seconds to Mars and nak nyanyi same same dengan Jared Leto untuk setiap lagu dea semasa MTV World Stage itu berlangsung, haruslah hafal setiap lagu lagu beliau dan tak pedulikan abang macho kat sebelah walaupun beliau macho tapi Jared Leto lagi macho dan bile 30STM bawak lagu Hurricane, crowd di sekeliling macam tak berape tau lagu tu sebab lagu baru jadi diri ini yang tau haruslah nyanyi kuat kuat walaupun suare sumbang mahram.

Ape ape pun crowd Malaysia memang beeeeeessstttttt and sporting sangat sangat sebab bile Jared (duk panggil Jared macam name member sebelah rumah) suruh semua orang jump, crowd semua jump bile crowd tak jump Jared yang humble, stop dan suruh kitorang jump. Sangat comel Jared mate cantik. Paling terbaik 30STM bawak lagu This Is War, sebab oke kau boleh pergi dengar lagu tu macam mane. Dengan Closer To The Edge sebab ade part crowd kena jerit 'No!No!No!No' haha comel je orang Malaysia ni. Sempoi gila baq hang.

Walaupun diri ini berdiri di tengah tengah semua lelaki lelaki tinggi tinggi bagak memang aku seperti seekor rusa comel di tengah tengah zirafah lah, dan tak berape nak nampak Jared Leto kalau nak nampak kena loncat loncat sampai kaki dah sakit gile dah ni jalan pegi kelas pon lambat sebab kalau jalan laju laju memang ter-kangkang kangkang la, hodoh gile la, tapi diri ini tetap tidak mempedulikan orang sekeliling, tetap tidak mempedulikan celak yang comot, tetap tidak mempedulikan peluh sebaldi demi 30STM. Oke bile 30STM habis perform Closer to The Edge, and memang sepatutnye itu lagu last la, crowd semua jerit "We want more!" banyak banyak kali sampai Jared mengalah dan panggil semua crowd kat depan depan tu naik stage nyanyi Kings and Queen ramai ramai. Part ni paling cis! cis! cis! cis! kek betol tak dapat tiket VIP kan. T_T

Oke asyik cerite 30STM je, jeles Tyler Glenn (Neon Trees). Since tak minat sangat Neon Trees, lagipun cume tau lagu Animal je, so bile diorang perform Animal baru crowd ramai ramai nyanyi. Hehehehe. Tapi lagu lagu Neon Trees semua best best buat orang nak menari. Beast pulak, Korea, mane la minat artis Korea ni -_-", so takde cerita tentang Beast. Tapi paling best, Pop Shuvit. Dah dapat tempat paling best dah ni, dah betol betol dekat dengan stage dah ni, dah betol betol best ni, oke dah cukup, bile Pop Shuvit dah nyanyi 4 lagu sekali Kiki peeeennggssaaann pulaaakk. HAHAHA. Oke dah, tu je cerita pasal Pop Shuvit.


 Host of  MTV World Stage 2011, VJ Utt and VJ Holly. They were awesome! 


Tengok tengok tengok. Dekat tak dengan stage. Dekat tak? Dekat tak? Tapiiiiiii, ciskek Kiki! Haha. -Pop Shuvit


The awesome Neon Trees! Tretengtengtengtengteng clapclapclap *lagu Animal


Crowd Malaysia yang best dan super cool.


Nampak tak 2 orang yang dapat naik stage peluk Jared Leto tu? Nampak tak? Nampak tak? Nampak tak? Sebelum 30STM perform The Kill. T_T Ciskek punye budak bertuah 2 orang tu!

Maaf takde gambar Beast. Dok minak. Haha.

Anyway, Jared Leto memang seorang lelaki yang humble dan lemah lembut walaupun lagu lagu dea kasar kasar tak semua orang boleh masuk. Memang *tumbuk dada dua kali, buat pis terbang ke langit* Tak faham?



Oke bye!


p/s: Thanks MTV for bringing 30 Seconds To Mars for MTV World Stage 2011. Next year, Redjumpsuit Apparatus bolleeeyyhhh?

Saturday, July 23, 2011

#1 Senyum



Hari ini, hari yang sangat seronok bile dapat jumpe membe lame dari Taiping walaupun terpakse mendengar ceramah MLM. -_-"

Tapi tak mengape, esok masih seronok lagi. Mari tidur awal dan mengumpul tenaga untuk,


Jared Letto, tunggu saye ye. 

Bye!

Friday, July 22, 2011

2 minggu di alam persekolahan.

Tahniah buat diri ini setelah 2 minggu kelas bermula masih tiada rekod buruk dalam kedatangan. Faham tak ni? Sebenarnye dari semester lepas lagi telah mula bersikap matang dan sentiasa muhasabah diri. Boleh muntah darah sekarang.

Oke semester ni tak cerita lagi perihal budak budak kelas baru kan? Sampai classmate yang seorang ni cakap, "Cerita la pasal kitorang dalam blog kau" dan aku, "Kan dah cerita sebelum sebelum ni". Dan si penanye yang dirahsiakan nama agar tidak menimbulkan kontroversi, "Alaa tu dulu". Aku hanye tersengih manje.

Nanti bile dah ambik gambar kelas aku cerita sorang sorang oke since batchmate semua dah nak habis semester ni. Sedih. Sobsob. T_T

Sebenarnye budak budak kelas semester ni hampir 90% same dengan budak kelas semester lepas, cume tambah 3 orang budak baru je. Tu pun pernah sekelas jugak dulu dulu. So okay, tu cerite kemudian.

**************************************************************

Tadi, Khamis, macam biase setiap 2 minggu sekali, kitorang ade perjumpaan mentor mentee di mane setiap pelajar akan dibekalkan seorang mentor. Bukan mentor macam pertandingan Mentor tu, tapi mentor untuk mendapatkan kasih sayang lebih dan tempat mengadu di kale sepi dan sedih. Mentor yang di beri adelah di kalangan lecturer yang mengajar course yang kite ambik. Kalau kau course Business dapat la lecturer yang mengajar course tu, takdo nyo nak dapek lecturer computer deerr. 

Dan seperti biase, setiap semester baru, mentor ini akan mengambil mentee mentee baru dari kalangan budak budak freshie. Kesian freshie, diorang pun nak gak mentor kaaaann. Maka dengan sebab itu, mentor saye, telah mengambil beberape orang mentee baru menjadikan kami the seniors of the mentee ini mendapat adik adik comel yang baru. Paling cool tentang mentor saye ialah, dea jarang ambik mentee mentee baru setiap sem. Jadi bile dea ade mentee baru, kami the seniors of the mentee ini akan menjadi begitu teruja sekali untuk berkenalan dengan adik adik comel yang baru.

Maka terjadi lah sesi suai kenal di antare senior senior dan adik adik comel baru yang semuanye cool cool belake. Setakat ni takde yang sombong lah kan. Semua dapat terima joke annoying Amie Hamidi ni lah kan. Nak buat macam mane, terpakse menjadi setiausaha sementare mentor dengan mencatat minit minit perjumpaan sambil tanye soalan soalan annoying kepade mereka sampai bile add facebook salah sorang mentee baru terus dea "Eh akak mentor mentee". -_- Faham tak? Faham tak? Faham tak sikap annoying yang membuatkan adik mentee ingat kakak annoying ini. T_T

Oke, maka dengan itu, abang Faizal kite selaku president kelab mentor Puan Suriana (cipta name kelab sendiri) telah memberi sedikit tips tips tentang care-care untuk hidup bahagia dan tidak mengambil pil stress dalam pengambilan course HND Software Development ini sebagai penutup kelab mentor Puan Suriana. 

Soalan lazim kami kepade adik adik comel:

Seniors of the mentee: Kenape pilih KPM dan course ni?
Adik adik comel: Sebab saye minat komputer, dan saye nak mempelajari ilmu komputer dengan lebih lanjut. Lebih lanjut, dial 1-300-400-500. Oke tak tipu. Teehehe.
Mentor kami: Jawapan semua skema skema je.
Amie annoying -_-" : Puan, dengar dulu diorang cakap. Kitorang dulu pun macam ni jugak. 
Adik adik comel + Seniors of the mentee + Mentor kami : Err +_+"


Oke bye!

Wednesday, July 20, 2011

Dari sudut hati.

"Saye taknak bercinta dengan awak, sebab awak kawan baik saye. Andaikate kalau kite bercinta dan bergaduh dan putus, saye akan kehilangan kawan baik saye." 




Ma, mi manchi. Molto.



Tuesday, July 19, 2011

Jawapan kepada soalan cepuk-kang-baru-tahu.

Oke, mari kite sambung, jawapan kepade soalan cepuk-kang-baru-tahu.

Cube hampe semua fikir balik, betul ke perempuan yang memilih? Betul ke perempuan yang mahukan lelaki lelaki yang hensem jambu dan kiut itu? Anda semua yakin dan pasti dengan jawapan anda?

Sebenarnye, bukan perempuan yang memilih yang hensem jambu dan kiut. Tetapi lelaki sebenarnye yang berperangai macam itu. Tapi memang la lumrah nye, semua orang nak yang sempurna, baik laki laki atau pun perempuan. Semua nak yang cantik semua nak yang gebu semua nak yang comel semua nak yang sempurna lah. Tapi jarang sekali yang nak sedap mate memandang. In fact, kalau kite pergi beli barang, atau pergi pasar, cube kite tengok dan selidik ape yang kite pilih. Saye bagi contoh, kite pergi pasar nak beli ikan. Adekah kite akan pilih ikan yang kulitnye terkoyak? Adekah kite pilih ikan yang matenye merah? Adekah kite pilih ikan yang badannye lembik dan lebam? Adekah? Tak kan.

KECUALI!

Kalau dah takde pilihan ikan yang paling best paling sempurna paling segar paling mantap. Baru kite beli ikan tu, kalau kite dah malas nak pergi pasar lain. Kaaaannn?

Lelaki yang selalu tanye soalan soalan macam tu, selalu nye bile dea tak dapat tackle awek yang cun cantik dan lawa. Perasan tak? Betul tak ape yang saye cakap ni?

Cube kite pergi jalan jalan dekat Masjid India, Downtown, Pavilion, tempat tempat orang ramai, kebanyakkan lelaki yang sedap mate memandang akan dapat bergandingan dan berpacaran dengan awek yang cun meletops 2011. Sebab ape? Sebab perempuan ni, dea jarang sangat memilih. Memang cakap mulut nak gempak kat kawan kawan, "Aku nak lelaki yang hensem hensem yang jambu jambu yang tip top je" tapi nanti cube kite perhatikan teman lelaki dea. Adekah tiptop seperti yang di kehendakinye? Kalau ye, then mungkin tak lame. Tapi kalau dea tak memilih, tapi yang datang dah memang tiptop, kebarangkalian hubungan itu bertahan lama mungkin akan terjadi.

Dan, kebanyakkan lelaki yang hensem jambu kiut ni pulak, akan dapat awek yang biase biase je. Sebab ape? Sebab mungkin awek yang biase biase tu lah dea senang nak jage, yang ber-chemistry dengan dea, dan mungkin lelaki tu suke yang sedap mate dea sendiri memandang.

Tapi, biaselah, pandangan orang lain yang tengok, mesti akan macam ni "Eh, hensemnyeee laki tuuuuu. Uuuuiii. Eh ade awek. Tak cun pun awek dea. Apelah laki tu, tak pandai pilih awek." Tu kalau laki yang ber-awek sedap-mate-memandang. Kalau laki dea pulak yang sedap-mate-memandang tapi awek tiptop, "Eh, laki dea tak hensem pun. Mesti kaye, sebab tu awek cun."


Am i right?

Kesimpulannye, topik ni tak patut di persoalkan. Depends on diri masing masing la kan. Mungkin kalau laki dea kaye tapi laki dea tak hensem tu rezeki awek tu. Mungkin mase kenal kenal dulu, awek tu tak tau pun laki tu kaye kan. Sape tahu? Dan sebaliknye, kalau kau antare kategori laki yang sedap-mate-memandang tapi tuptup dapat awek tiptop sebab kau seorang lelaki yang pandai mengambil hati perempuan tu, tu rezeki kau la kan.

So, mase kenal kenal mase kawan kawan ni, jangan lah tanye soalan lame yang berbunyi begini "Awak, awak, awak suke lelaki/perempuan yang macam mane eeekkkk?"

Oke bye!

Soalan cepuk-kang-baru-tahu.

Okeh, hye rakan taulan.

Kali ni kite ade point! Kite ade point! Kite ade pooooiiiiinnnttttt nak tulis entry.

Perasan tak kalau kite lepak ramai ramai dengan kawan kawan kite yang berlainan jantina, pasti kite perempuan ni akan di tujukan soalan yang berbunyi seperti berikut, "Apesal ek, pompuan sekarang ni memilih sangat. Berbulu betul aku. Nak yang hensem hensem jambu jambu cute cute je." 


Harus kite highlight kan soalan cepuk-kang-baru-tahu itu tadi ye rakan taulan. Dan biasenye, mestilah lelaki yang tanye macam tu kan.

Sebelum mendengar hujah hujah saye yang mungkin akan membulukan lagi rakan taulan semua, ape kate hampe pikir kejap dalam seminit dua jawapan paling bernas untuk di berikan.

Stupidosaremidofa.

Sangat loser dah diri ini bile entry semua cilok lirik lagu. T_T

P/s: Ade boyfriend sangat menyakitkan hati bile kredit asyik habis nak mesej dengan kawan kawan lain. Kalau dapat boyfriend kaye topup setiap hari RM50 kan beeeeeessssstttttttt.


Plus


Tajuk entry pon looosseeerr giiillleeerrrhhh aaarrrhhh!



Kbye!

Friday, July 15, 2011



So cut my wrists and black my eyes, So I can fall asleep tonight, or die, Because you kill me, You know you do, you kill me well, You like it too, and I can tell, You never stop until my final breath is gone. - Ohio is for lovers

Thursday, July 14, 2011

Letter to Geiko

Kehadapan kawan baik,

Saye rindukan awak yang dahulu. Thats all. Pulang lah sebelum ku runaway. Eh ter-Awi Rafael pulak. +_+"

Oke bye!

Tuesday, July 12, 2011



I'm not coming back (forgive me), I've done something so terrible, I'm terrified to speak (I'm not calling, I'm not calling), But you'd expect that from me, I'm mixed up, I'll be blunt, now the rain is just (You're driving me crazy, I'm), Washing you out of my hair and out of my mind, Keeping an eye on the world, From so many thousands of feet off the ground, I'm over you now, I'm at home in the clouds, and towering over your head -  Juliet Simms, Remembering Sunday 



Monday, July 11, 2011

Sebelas Julai

Hai kengkawans semua. Ape khabar? Lame dah ni tak jenguk blog ni. Dah rindu dah ni. Dah tak sabar dah ni nak habiskan entry ni. Dah tak sabar ni, tak sabar tak sabar tak sabar *bergema

Oke dah diam.

Baiklah, apekah saudari saudari dan saudara juga di luar sane yang telah meninggalkan puase pade tahun lepas secara haram mahupun halal telah mengganti kan puasa yang ditinggal itu? Sudahkah saudari saudari yang tidak mahu menggantikan puasa ditinggalkan itu membayar fidyah? Sudahkah? Sudahkah? Jikalau belum, marilah kite kalut ganti puasa bulan ini sebelum Ramadhan menjelma dan jenuh puasa belum habis ganti tersebut di bawa ke tahun hadapan. Dan bayar fidyah lebih banyak. Sekian terima kasih.

Ya, minggu ini dan depan dan depan, InsyaAllah, diri ini haruslah menggantikan puasa selama 15 hari kerana sebelum sebelum ini begitu sayang sekali makanan sehingga tidak mahu mengganti puasa. Sudah terhantuk baru tengadah. Oke ade la sikit kena mengena dengan peribahasa tu. Time puasa ponteng, padan muke.

Jadi kawan kawan kolej, jikalau terserempak dengan muka langsi malas bercakap ni faham faham la ye. Kalau jumpe kat cafe tapi tidak makan seperti sediakala jangan la tanye "Amie diet ke", haaa mintak lempang ni. Ganas ye Amie ketika berpuasa. Oke tak, taaakkaaaannn la nak ganas ganas kan.

Ramadhan pun dah nak dekat. Lagi sebulan je lagi. Baju raye dah beli kawan kawan?

Oke bye! Selamat mengganti puasa!

Saturday, July 9, 2011

dhfiuohr4hfb3yh4iouhfbhreh, Episod 2

Hye geng, wassup berasap.

Khamis yang lepas, telah mula sesi pendaftaran bagi semua pelajar KPM Beranang yang cool cool semua. Hari pendaftaran semuanya berwajah ceria meria, excited nak tengok freshie. Oke tak tipu. Ade yang ceria dengan result, ade yang ceria sebab jumpe kawan kawan, ade yang ceria sebab duduk rumah baru , ade yang ceria sebab musuh ketat tak dapat asrama, ade yang ceria sebab telah memalukan kawan sendiri di Facebook.Kbye.

Tapi bagi Amie, hari Khamis selepas daftar tepat pukul 2.15 petang. Kilat dan guruh berdentum dentam bagai dirasai dan didengari kuat di telinga Amie apabila di umumkan mentor sendiri bahawa Amie terpaksa menambah sesi pengajian di tahun hadapan dengan mengambil 2 subjek dan pada semester ini, dia cume mengambil 3 subjek sahaja. Walhal pada semester lepas telah diberitahu bahawa dia tidak akan menambah semester kerana boleh meng-carry 1 subjek yang di-repeat pade semester ini. Oke dah, memang failed tulis novel. So extend lah. Memang hari Khamis tu rase macam rfjifuhufihnirapheaehibraoy sebab 4 TAHUN WEH DUDUK KPM! 4 TAHUN! 3 TAHUN SETENGAH PUN RASA MACAM BILA NAK HABIS NIIIIIEEEEEE!!

Macam ni lah cerita dea, pade semester 4 yang lalu, saye telah memfailedkan diri dengan meng-repeat subject Programming dan pade semester 5 saye tidak dapat mengambil subjek Visual Programming Development(VPD) dan meng-repeat Programming. Maka pade semester 6, saye tidak dapat mengambil subjek Java dan mengambil subjek VPD. Jadi boleh fikir sekarang kenape extend dan rase macam rfhgfgwfdjhwefuewhgf kerana satu subjek iaitu Java? Pade umur 22 tahun masih sedang Diploma ni ape citeeeerrr niiiieeee. T_T

Bile dapat tau kena extend terus mesej Mak, mengadu nasib malang, nasib baik dapat Mak yang best sebab Mak memberi sokongan. Untuk mendapat sokongan lebih terpaksa la mesej beberape kawan lain dan Skype dengan Pika malam tu jugak untuk mengadu nasib malang. Tak lupe Skype dengan Nanie semalam mengadu nasib malang dan terus bersama sama membuat muke agar hilang pilu di hati.




Nanie cakap "Takpelah, nanti habis same same. Aku pun habis taun depan." Sokongan kau tak berape best betullah Nanie.

Oke bye.

Tuesday, July 5, 2011

5 sebab kenape taknak balik

Sementara menunggu Emak pulang untuk membawa diri ini ke Pejabat Mara dan menghabiskan RM125 eloklah sekiranya kite ber-blog dulu.

Baiklah.

5 sebab utama kenape Amie Hamidi sangat berat hati untuk pulang ke Kolej Profesional Mara Beranang.


1) "Ebi amma dah nak balik. sobssobs. amma takde kawan. sobssobs."kate Emak kepada diri ini. Paling berat hati nak balik. Paling berat. T_T
2) KPM masih tidak seperti Taylor's University. Dhaaaa. Kalau KPM macam Taylor's ade ruang santai pelajar yang peeerrgghh siap ade pool tu, memang tak keluar kolej langsung la.
3)Tengah tengah hingga hujung hujung bulan akan jatuh sakit kronik takdak duit hoi makan megi la jawabnya.
4)Baju kurung akan melambak dalam bakul sebab malas basuh cukup seminggu Sabtu baru perah tenaga basuh baju sendiri tanpa pertolongan washing machine kesayangan. sobsobs.
5)Assignment?
6)Akan merindui Hero.
7)Dah tak boleh bersantai santai melepak tengok TV sambil makan cikedis.
8)Eh dah 8. Tadi cakap 5. Okebye.


Esok diri ini akan gerak balik Beranang untuk menyambung pengajian yang tertunggak. Ewah! Ape ape pun semester 7 bak datang. Mari lah kite semua bergembire sepanjang semester yang terakhir ini. InsyaAllah kalau terakhir. Haha.

Selamat bertemu kembali kawan kawan!



Budak tak reti bersyukur pijak kang baru tauhu,
Amie.

Monday, July 4, 2011

jfhreherafbeiruhgeuroi

Account temporarily unavailable

Your account is currently unavailable due to a site issue. We expect this to be resolved shortly. Please try again in a few minutes.


Kepada Facebook yang ku sayangi setelah MySpace di delete dan tidak bermain Twitter,

Apekeheinye ni yoeb. Baru berjauhan sebentar selama 2 minit dah jadi macam ni. Apekeheeii? Apeekeeheeeiii?? APPPEEEEKKKEEEHHEEEII??





Sunday, July 3, 2011

To whom it may concern

Admit that you're wrong. Once you had made the most terrible and dumbest mistakes of your life then admit. And say sorry.

Daripada menjadi angel di dalam Facebook atau Twitter atau Blog. Meminta simpati orang di sane sini. Konon konon awak tak patut di marahi di atas kesilapan awak. Meminta orang 'like' status awak. Meminta orang (oke maaf saye tak tahu Twitter macam mane). Meminta orang komen entry awak saying all these nice words. Sangat tak adil. Sangat 12 tahun punye perangai.

Ini general. Semua orang pun same. Termasuk saye. Mungkin kadang kite terlalu syok sangat hidup sampai kadang kadang kite tak perasan kite buat silap kan. Tak perasan kite dah sakitkan hati orang. Then oke, once you've realized it, then cakap la 'Saye mintak maaf sebab begini-begitu-begini. Saye ni tak sempurna, saye bukan malaikat, manusia memang buat salah. Yada yada yada'. Maaf tu penting. Then cubelah perbaiki, jangan buat silap yang same.

Susah ke? Cube okey kawan kawan?

Bye!

Pade Julai tahun 2011

Pade 3 July 2011 jam 3.28 pagi. Facebook tidak boleh di buka kerana alasannye


Oops! Google Chrome could not find www.facebook.com



Sekian terima kasih.

p/s:In case terbace ni satu hari nanti semase berada di Italy.

Bye!

Untuk peminat Kpop!

Sedang search 'KPOP' dekat Google image, tibe tibe keluar KPOP Malaysia. Tengok gambar 24:7 tu. Terus...


Sebab ape? Sebab ni..


What the???

Yang tengah tu. Ambooii kalah lentik udang Rozita Che Wan.

Bye!





Saturday, July 2, 2011

Budak kecil sangat comel.Kan?

Baru kejap tadi teman Mak pergi kenduri tahlil rumah jiran belakang. Oke aku suke pergi kenduri tahlil atau ape ape kenduri lah kat Johor ni sebab orang orang Johor semua kalau kenduri mesti meriah, walaupun kenduri tahlil.   I liiiikkkeee~

Dan, orang Johor ni sangat ramah dan mesra, tak kire lah kalau kau baru kenal ke ape. Kalau dah lame kenal lagi lah meriah kan. Since duduk JB ni tak lame walaupun dah pindah sini hujung tahun 2006, tapi bayangkan, 2007 aku tingkatan 5, kawan kawan semua terdiri dari budak budak kelas dan sepupu. (Sepupu aku satu sekolah dengan aku,kbye) Pagi pegi sekolah, petang balik rumah, tidomakanbelajatidomakanbelaja, dan rutin harian ni berulang sampai habis SPM. Mase SPM takde mase nak keluar enjoy joli dekat JB ni, nak kenal rakyat rakyat JB ke takde pun. Habis SPM terus keje dan rutin same berulang cume beza nye kalau shift pagi pegi keje pagi kalau shift petang pegi keje petang, balik rumah tidotidotido sebab keje sangat penat. Ulang lagi rutin same sampai dapat tawaran belajar dekat kolej aku sekarang.

Lepas tu dah, berhijrah ke Selangor. Balik pun kadang kadang cuti seminggu. Cuti raye.

Cube bagitau diri ini berape banyak mase nak kenal rakyat Johor. Tak banyak. Kawan kawan pun tak banyak melainkan kawan keje dengan kawan kelas mase tingkatan 5. Sangat pathetic hidup kau ni Amie.

Jadi bile tengah cuti ni, kalau ade peluang berjimba dengan Mak untuk kenal kawan kawan Mak dan jiran jiran inilah masenye. Nanti habis belaja, keje, ade ke mase kan untuk ini? Atau mungkin esok aku dah takde, bile lagi kan? Macam yang aku cerita aku pegi teman Mak buat terapi tu, sekarang aku dah stop dah, since Ayah ade nak teman Mak, sampai orang terapi dan makcik makcik yang buat terapi dengan Mak semua tanye Mak, pasal aku. Tak ke kau rase terharu ade orang ingat kat kau. Walaupun aku pegi terapi tu seminggu je, tapi dah cukup untuk makcik makcik dan orang terapi tu ingat kat aku. Alhamdulillah lah kan?

Oke aku dah melalut jauh dah ni. Dah lari topik gile gile dah nie.

Baiklah, tadi mase pegi kenduri tahlil tu, ade sorang budak perempuan kecil ni cooooommeelll sangat. Dea pakai baju kurung, dan pakai tudung Indon yang orang sekarang pakai yang orang panggil tudung Ekin tu. Yang ade awning keras tu. Ha yang tu lah. Dalam hati aku 'Ya Allah comel nye kau ni budak kecil, ape perasaan Mak Ayah kau kalau aku culik kau bawak balik rumah' Dah la comel, lepas tu siap tolong budak kecil yang lain mintak jajan kat tuan rumah, tapi ofkos la dea pun nak jajan tu sebenarnye. Haha. Comel sangat beliau. *Jajan tu cikedis, cikedis tu sweet la, sweet tu alaa gula gula la.

Aih rase menyesal pulak tak bawak kamera rakam gelgat beliau. Amik gamba ke ape ke.

Aku rase aku makin tertarik tengok keletah budak budak kecil ni. Kalau pergi supermarket dengan Mak pun mesti akan ade, 'Mak comel kan budak tu?', 'Mak, tengok, comel kan budak perempuan tu pakai kemeja', 'Mak, tengok budak kecik tu. Hehehehe'. Macam macam.

Mungkin kah kerana abang dan kakak dah nak kawin? HAHAHA.

Oke bye!

Hectic life yang di hadapi Amie

Hai yaaalllss (uols), wasszzzuupp~

Baru kejap tadi terima SMS dari Nanie cakap esok dea dah nak balik kolej dea sebab dea kena jadi FC. Aku pun tak sure FC tu ape, mungkin Fenari Club. Oke tak, mungkin macam kalau kat kolej aku, panggil OC Ape comittee entah, ala yang urus budak baru masuk kolej tu. Fasilitator. Ha! Fasilitator! Oke tak, entry ni bukan pasal Nanie, tapi yaa sory babe, aku takde kredit nak reply mesej kau, mungkin kau patut topapkan aku dulu sebelum kau mesej aku. Dan maaf tak jadi pegi Kota Tinggi tanpa memberitahu kau. Aku pun tak ingat kenape aku tak jadi pegi. (Padahal boleh PM je Nanie) Tapi yaa, malas nak pegi search profile Nanie since ni entry last untuk hari ni sebab dah ngantuk ni.

Nak cakap pasal ape ek tadi? (Padahal boleh padam je ayat ni dan terus tulis) Malam ni sangat malas dan penat nak edit, so entry ini akan menjadi entry paling jujur. Tak faham? Oke bye.

Yaaa, let the entry begin...

Name aku Amie, aku tak bodoh (petikan filem Aku Tak Bodoh) Haha. Boleh diam sekarang.

Umur aku 20 tahun 7 bulan 5 hari soon to be 21 boleh daftar mengundi. Tapi aku matang dari segi pemikiran tapi tidak tingkah laku. Kadang kadang aku ade satu perangai di mane semua orang boleh rase Ya Allah, annoying nye kau ni Amie. Kau boleh tak jangan annoying sangat. Ya, aku pun tak tau dari mane perangai tu datang. Tapi aku akan annoying dengan orang yang rapat sahaje. Tidak lah pula aku akan bersikap annoying di hadapan khalayak ramai. Lagi satu, kadang kadang aku boleh menjadi orang yang sangat pemalu dan tak banyak cakap. Vice versa orang cakap. Dan itu sangat mengannoyingkan diri aku sendiri.

Bile aku cakap aku matang dari segi pemikiran, tidak lah 100% tapi boleh lah. Aku ade satu perangai di mane aku suke memerhatikan orang dan jatuh cinta, eh tak, tipu, memerhatikan orang dan buat analisis dan dari situ lah akan wujud sifat matang. Dan semua ini bermula selepas aku tamat SPM dan mula bekerja dan mula bercampur gaul sebati dengan orang yang jauh lebih tua dari aku.

Kerana satu hari nanti, aku akan bercakap begini terhadap diri sendiri "WHY?"


Walaubagaimanapun, aku ade satu lagi perangai di mana bile aku dengar masalah kawan kawan sekeliling, aku akan betol betol fokus. Eye contact dengan orang yang meluahkan perasaan sangat penting. Ini akan membuatkan orang yang meluahkan perasaan tu rase di hargai, rase kite betul betul ambik tau masalah diorang.

Maka sebab itulah, part time job aku sekarang ialah motivator. Bohong siot Amie jadi motivator. Apesal tak kaye pon. Eh diam lah. Motivator dalam percintaan orang.

Bile kawan kawan datang dan meluahkan masalah percintaan diorang kat aku, aku dengar dan cube relatekan dengan semua pengalaman bercinta aku. Mane lah tau, boleh beri sedikit bimbingan. Kan? Tapi kadang kadang, bile kite nasihat diorang diorang ni, diorang tak nak dengar tau. Ha ni mak tak suke. Oke takdelah, kalau diorang tak dengar aku chillex je la. So bile datang lagi masalah, aku sedia mendengarnye. Tak kire tempat, dan mase, termasuk semase sedang menyiang udang. Sebenarnye, aku dah jadi pendengar masalah orang ni, sejak di bangku sekolah lagi. Kadang kadang, bile kawan kawan ni datang untuk meminta pendapat dan meluahkan perasaan, diri sendiri akan rase, 'Layak ke aku nak bagi nasihat kat diorang ni kalau diri aku pun tak la sesempurna mana'. Tapi aku tetap rase 'Alhamdulillah'. At least, meringankan beban orang.

So, okay guys. Times up. I need to sleep selepas seharian, dapur lah menjadi tempat memadu asmara.

Have a nice day and jom kite chillex la bradah sistah. Kalau orang memberi, kite menerima, kalau orang tak memberi, kite...... chillex!

Jyeah. Bye!

Friday, July 1, 2011

#2

Hye guys, entry ni akan di tulis secepat mungkin since mate dah ngantuk dah ni, tapi still nak ade entry baru sebab diri sendiri nak bace di kemudian hari. Ape pelik nye ngantuk awal, sekarang memang tido awal lah. Tadi pun Mak datang jenguk suruh tidur. Mak kite memang kiut datang bilik tengah tengah malam semate mate nak tengok muke anak.

Let's begin with...

Satu mase dahulu, kite ade bekas teman bercinta yang memang ngam lah, rasenye boleh cakap 'U, kite ni ade chemistry kan?' Ambooii gediknye Amie nie, otak tak matang betul dah pandai label ade chemistry dengan orang. Oke, sebab nye, macam ni lah, kite suke dengar musik. Setiap musik yang kite dengar, kite akan padankan dengan situasi. Jadi, setiap musik yang kite dengar akan di dengar oleh bekas teman bercinta kite, setiap musik yang dea dengar, akan kite dengar jugak, walau tak semua sebab dea minat musik metal hardcore yang jerit jerit tak-faham-sepatah-haram-dea-cakap tu tapi bile kami share musik kegemaran, dea akan bagi lagu yang kite boleh dengar dan faham. So, senang la kalau gaduh je bagi lagu, kalau gembire bagi lagu, kalau saje saje boring je bagi lagu, nak nak time lepas habis SPM duk menganggur takdak keja, time tu la penuh komen (mase tu main MySpace) dengan lagu lagu. Takdelah penuh, tipu je Amie ni. Ngeh.

Sebab sangat minat akan musik, amat penting ye untuk diri ini carik lelaki yang dengar musik yang kite dengar. Sebab kalau kite bagi dea lagu oldies English tapi dea cume dengar lagu Melayu, akan kah dea appreciate lagu kite? Akan kah dea faham kenape kite bagi lagu tu kat dea? Akan kah dea menyanyi lagu tersebut dengan kite semase kite calling Skype atau webcam YM dengan dea? Akan kah? Fikir kan lah....

So amat penting sebenarnye kite nak carik teman yang faham kite, yang ade kimia dengan kite. Yang kite boleh bergembire mendengar lagu bersama, yang akan download lagu kite semate mate untuk letak dalam MP4 dea. Oke, ini general. Tak semestinye musik. Boleh jugak ber-kimia dari segi tengok movie (macam Akak dengan Mus), lepak mamak (macam Kiki dengan Faiz), suke barangan berjename (macam Acik dengan Azam), suke cakap macam keling (macam Pika dengan Syafiq) oke maaf ini tak. +_+ Dan sebagainye. Cube carik, satu persamaan antara awak dengan teman bercinta awak, yang awak boleh fikir, 'Kalau aku tinggalkan dea, adekah mungkin akan aku jumpe pengganti yang faham aku macam dea?' Haaaa itu dia..

Anyway, cerita bekas teman bercinta saye tu cerita lame dah. Name pun bekas. Dah boleh fikirlah kan kenape single. Oke ini takde kene mengena.

Jadi kawan kawan semua, tak salah kalau kite terlalu memilih untuk kesenangan mase depan kite. Sampai akhir hayat. Faham?

Oke bye.