Saturday, July 2, 2011

Budak kecil sangat comel.Kan?

Baru kejap tadi teman Mak pergi kenduri tahlil rumah jiran belakang. Oke aku suke pergi kenduri tahlil atau ape ape kenduri lah kat Johor ni sebab orang orang Johor semua kalau kenduri mesti meriah, walaupun kenduri tahlil.   I liiiikkkeee~

Dan, orang Johor ni sangat ramah dan mesra, tak kire lah kalau kau baru kenal ke ape. Kalau dah lame kenal lagi lah meriah kan. Since duduk JB ni tak lame walaupun dah pindah sini hujung tahun 2006, tapi bayangkan, 2007 aku tingkatan 5, kawan kawan semua terdiri dari budak budak kelas dan sepupu. (Sepupu aku satu sekolah dengan aku,kbye) Pagi pegi sekolah, petang balik rumah, tidomakanbelajatidomakanbelaja, dan rutin harian ni berulang sampai habis SPM. Mase SPM takde mase nak keluar enjoy joli dekat JB ni, nak kenal rakyat rakyat JB ke takde pun. Habis SPM terus keje dan rutin same berulang cume beza nye kalau shift pagi pegi keje pagi kalau shift petang pegi keje petang, balik rumah tidotidotido sebab keje sangat penat. Ulang lagi rutin same sampai dapat tawaran belajar dekat kolej aku sekarang.

Lepas tu dah, berhijrah ke Selangor. Balik pun kadang kadang cuti seminggu. Cuti raye.

Cube bagitau diri ini berape banyak mase nak kenal rakyat Johor. Tak banyak. Kawan kawan pun tak banyak melainkan kawan keje dengan kawan kelas mase tingkatan 5. Sangat pathetic hidup kau ni Amie.

Jadi bile tengah cuti ni, kalau ade peluang berjimba dengan Mak untuk kenal kawan kawan Mak dan jiran jiran inilah masenye. Nanti habis belaja, keje, ade ke mase kan untuk ini? Atau mungkin esok aku dah takde, bile lagi kan? Macam yang aku cerita aku pegi teman Mak buat terapi tu, sekarang aku dah stop dah, since Ayah ade nak teman Mak, sampai orang terapi dan makcik makcik yang buat terapi dengan Mak semua tanye Mak, pasal aku. Tak ke kau rase terharu ade orang ingat kat kau. Walaupun aku pegi terapi tu seminggu je, tapi dah cukup untuk makcik makcik dan orang terapi tu ingat kat aku. Alhamdulillah lah kan?

Oke aku dah melalut jauh dah ni. Dah lari topik gile gile dah nie.

Baiklah, tadi mase pegi kenduri tahlil tu, ade sorang budak perempuan kecil ni cooooommeelll sangat. Dea pakai baju kurung, dan pakai tudung Indon yang orang sekarang pakai yang orang panggil tudung Ekin tu. Yang ade awning keras tu. Ha yang tu lah. Dalam hati aku 'Ya Allah comel nye kau ni budak kecil, ape perasaan Mak Ayah kau kalau aku culik kau bawak balik rumah' Dah la comel, lepas tu siap tolong budak kecil yang lain mintak jajan kat tuan rumah, tapi ofkos la dea pun nak jajan tu sebenarnye. Haha. Comel sangat beliau. *Jajan tu cikedis, cikedis tu sweet la, sweet tu alaa gula gula la.

Aih rase menyesal pulak tak bawak kamera rakam gelgat beliau. Amik gamba ke ape ke.

Aku rase aku makin tertarik tengok keletah budak budak kecil ni. Kalau pergi supermarket dengan Mak pun mesti akan ade, 'Mak comel kan budak tu?', 'Mak, tengok, comel kan budak perempuan tu pakai kemeja', 'Mak, tengok budak kecik tu. Hehehehe'. Macam macam.

Mungkin kah kerana abang dan kakak dah nak kawin? HAHAHA.

Oke bye!

No comments:

Post a Comment