Saturday, July 2, 2011

Hectic life yang di hadapi Amie

Hai yaaalllss (uols), wasszzzuupp~

Baru kejap tadi terima SMS dari Nanie cakap esok dea dah nak balik kolej dea sebab dea kena jadi FC. Aku pun tak sure FC tu ape, mungkin Fenari Club. Oke tak, mungkin macam kalau kat kolej aku, panggil OC Ape comittee entah, ala yang urus budak baru masuk kolej tu. Fasilitator. Ha! Fasilitator! Oke tak, entry ni bukan pasal Nanie, tapi yaa sory babe, aku takde kredit nak reply mesej kau, mungkin kau patut topapkan aku dulu sebelum kau mesej aku. Dan maaf tak jadi pegi Kota Tinggi tanpa memberitahu kau. Aku pun tak ingat kenape aku tak jadi pegi. (Padahal boleh PM je Nanie) Tapi yaa, malas nak pegi search profile Nanie since ni entry last untuk hari ni sebab dah ngantuk ni.

Nak cakap pasal ape ek tadi? (Padahal boleh padam je ayat ni dan terus tulis) Malam ni sangat malas dan penat nak edit, so entry ini akan menjadi entry paling jujur. Tak faham? Oke bye.

Yaaa, let the entry begin...

Name aku Amie, aku tak bodoh (petikan filem Aku Tak Bodoh) Haha. Boleh diam sekarang.

Umur aku 20 tahun 7 bulan 5 hari soon to be 21 boleh daftar mengundi. Tapi aku matang dari segi pemikiran tapi tidak tingkah laku. Kadang kadang aku ade satu perangai di mane semua orang boleh rase Ya Allah, annoying nye kau ni Amie. Kau boleh tak jangan annoying sangat. Ya, aku pun tak tau dari mane perangai tu datang. Tapi aku akan annoying dengan orang yang rapat sahaje. Tidak lah pula aku akan bersikap annoying di hadapan khalayak ramai. Lagi satu, kadang kadang aku boleh menjadi orang yang sangat pemalu dan tak banyak cakap. Vice versa orang cakap. Dan itu sangat mengannoyingkan diri aku sendiri.

Bile aku cakap aku matang dari segi pemikiran, tidak lah 100% tapi boleh lah. Aku ade satu perangai di mane aku suke memerhatikan orang dan jatuh cinta, eh tak, tipu, memerhatikan orang dan buat analisis dan dari situ lah akan wujud sifat matang. Dan semua ini bermula selepas aku tamat SPM dan mula bekerja dan mula bercampur gaul sebati dengan orang yang jauh lebih tua dari aku.

Kerana satu hari nanti, aku akan bercakap begini terhadap diri sendiri "WHY?"


Walaubagaimanapun, aku ade satu lagi perangai di mana bile aku dengar masalah kawan kawan sekeliling, aku akan betol betol fokus. Eye contact dengan orang yang meluahkan perasaan sangat penting. Ini akan membuatkan orang yang meluahkan perasaan tu rase di hargai, rase kite betul betul ambik tau masalah diorang.

Maka sebab itulah, part time job aku sekarang ialah motivator. Bohong siot Amie jadi motivator. Apesal tak kaye pon. Eh diam lah. Motivator dalam percintaan orang.

Bile kawan kawan datang dan meluahkan masalah percintaan diorang kat aku, aku dengar dan cube relatekan dengan semua pengalaman bercinta aku. Mane lah tau, boleh beri sedikit bimbingan. Kan? Tapi kadang kadang, bile kite nasihat diorang diorang ni, diorang tak nak dengar tau. Ha ni mak tak suke. Oke takdelah, kalau diorang tak dengar aku chillex je la. So bile datang lagi masalah, aku sedia mendengarnye. Tak kire tempat, dan mase, termasuk semase sedang menyiang udang. Sebenarnye, aku dah jadi pendengar masalah orang ni, sejak di bangku sekolah lagi. Kadang kadang, bile kawan kawan ni datang untuk meminta pendapat dan meluahkan perasaan, diri sendiri akan rase, 'Layak ke aku nak bagi nasihat kat diorang ni kalau diri aku pun tak la sesempurna mana'. Tapi aku tetap rase 'Alhamdulillah'. At least, meringankan beban orang.

So, okay guys. Times up. I need to sleep selepas seharian, dapur lah menjadi tempat memadu asmara.

Have a nice day and jom kite chillex la bradah sistah. Kalau orang memberi, kite menerima, kalau orang tak memberi, kite...... chillex!

Jyeah. Bye!

No comments:

Post a Comment