Monday, July 11, 2011

Sebelas Julai

Hai kengkawans semua. Ape khabar? Lame dah ni tak jenguk blog ni. Dah rindu dah ni. Dah tak sabar dah ni nak habiskan entry ni. Dah tak sabar ni, tak sabar tak sabar tak sabar *bergema

Oke dah diam.

Baiklah, apekah saudari saudari dan saudara juga di luar sane yang telah meninggalkan puase pade tahun lepas secara haram mahupun halal telah mengganti kan puasa yang ditinggal itu? Sudahkah saudari saudari yang tidak mahu menggantikan puasa ditinggalkan itu membayar fidyah? Sudahkah? Sudahkah? Jikalau belum, marilah kite kalut ganti puasa bulan ini sebelum Ramadhan menjelma dan jenuh puasa belum habis ganti tersebut di bawa ke tahun hadapan. Dan bayar fidyah lebih banyak. Sekian terima kasih.

Ya, minggu ini dan depan dan depan, InsyaAllah, diri ini haruslah menggantikan puasa selama 15 hari kerana sebelum sebelum ini begitu sayang sekali makanan sehingga tidak mahu mengganti puasa. Sudah terhantuk baru tengadah. Oke ade la sikit kena mengena dengan peribahasa tu. Time puasa ponteng, padan muke.

Jadi kawan kawan kolej, jikalau terserempak dengan muka langsi malas bercakap ni faham faham la ye. Kalau jumpe kat cafe tapi tidak makan seperti sediakala jangan la tanye "Amie diet ke", haaa mintak lempang ni. Ganas ye Amie ketika berpuasa. Oke tak, taaakkaaaannn la nak ganas ganas kan.

Ramadhan pun dah nak dekat. Lagi sebulan je lagi. Baju raye dah beli kawan kawan?

Oke bye! Selamat mengganti puasa!

No comments:

Post a Comment