Sunday, August 28, 2011

Eid Fitr

Geewwaamnyeeww itteeww! Tengah sedap sedap main Sims Social sekali kena reload terus under maintenance. Heeerrr. Gewam gewam.

Oke abaikan. So how's your preparation towards Hari Raya? Dah beli biskut raya? Dah beli carpet baru? Dah beli set meja makan baru? Periuk baru? Gas baru? Oke gas perlu baru mane tau yang lame dah habis jenuh rendang tak siap masak. Tak lawak.

Ape ape pun, jangan lupe pagi raye nanti pergi semayang raye ramai ramai satu family ye? Yang akan pulang ke kampung berjumpa atok dan opah, selamat pulang ke kampung, cakap dengan ayah, memandu lah dengan berhemah dan berhati hati. Jangan nak rush rush sangat, bawak lambat pun tetap sampai. Errr -..- Rasa macam bagi ucapan di radio tempatan.

Yang beraya di luar negara, maaf kan saye kerana beraye di Malaysia dengan suasana meriah tiap tiap malam dengar bunyik mercun. Hikhik.

Selamat Hari Raya semua! Lagi 3 hari, dah bulat bulat dekat kalender?

Bye!



Sunday, August 21, 2011

Musim musim raya yang suram

Lagi 9 hari lagi nak raya, mari kite same same tick dekat kalender ataupun dekat diary sampai 30 haribulan 8 lepas tu bulatkan kat 30 haribulan lapan tu then tulis sikit note, "Lepas sama sama buat countdown dengan Amie, raya wey!". <-- note sikit yang agak panjang.

Rasa macam raya tahun ni sama ja siaran nya macam raya tahun lepas, dah mula terasa bosan dengan raya, mungkin sebab dah nak masuk 21 rasa tak sama seronok macam mase umur 12 tahun dahulu sambut raya dengan atok, tok non (kerana tak pernah merasa raya dengan opah Johor kerana opah Johor meninggal semasa saya berumur 1 tahun) dengan opah Sayong. Rindu atok, tok non dan opah Sayong. Semoga roh mereka di cucuri rahmat. 

Tengok gambar kawan kawan dekat FB, status status diorang yang seronok shopping raya, rasa macam, eeerrrr dah tak rasa seronok nak shopping raya, rasa macam tak shopping raya macam sebelum sebelum ni pun takpe. Tadi pun sekadar teman Aisar shopping tudung raya dea dekat Jalan Tar. Memandangkan aku memang tak suka shopping tempat tempat panas Ya Rabbi macam tu, memang Jalan Tar bukan jalan feveret aku lah. Sampai terik mentari tu buat penyakit migrain aku datang balik. Errr baru panas dunia, belum panas api neraka. Oke takut. T_T

Macam raya raya 4 tahun yang lalu, masih menyambut raya di JB kerana JB la kampung kiteeew duduk pun dekat Kampung Melayuuu so memang sama ja la ragamnya. Cuma tiap tiap tahun tukar baju raya je la, tempat ambik gambar raya pertama pun masih sama. Takde ape yang berlainan. Takde swimming pool pun nak tambah untuk raya tahun ni kat rumah. Duk cerita apa tak tau Amie ni.

Oke lah oke lah. Walaupun tak excited raya, tapi excited nak balik raya sambil dengar lagu 'ooo ooo ooo balik kampung', tu yang kite nak. Oleh kerana tiket balik JB semua sold out, terus rasa, haaaiii orang JB ni semua dah berhijrah ke, tak pernah pernah tiket sold out. So terpaksa la mengadu manja kat Mak, sampai Mak suruh Abang datang ambik Sabtu ni. Yay! Buuuu kat kawan kawan yang balik raya naik bas, train, kapal terbang mahupun kapal layar. Buuu tak dapat dengar lagu 'ooo ooo ooo balik kampung' dalam kereta sambil menyanyi girang. Hehehehe. Tolong jangan maki aku.

Kbye!


Yang tulis entry-takdak-motif-mintak-maki,
Amie.

p/s: Selamat menyambut aidilfitri yang bakal tiba kawan kawan!



Wednesday, August 17, 2011

Mimpi sedih kite.

Oke hai uoolls. Kite rehat dulu dalam sejam lepas siap buat Task 1 Quality System punye assignment yang amek mase 30 minit nak setelkan. Heerr buat kerja kejap, rehat punya laaamaaa. *cakap kepada diri sendiri. -_-"

Tadi kelas pukul 2, memang setiap Selasa kelas start pukul 2 petang, ye 2 petang, cemburu? Hihihi. So macam biasa la tido lambat lambat buat assignment, tapi pening tutup dan main Farm Frenzy Pizza Party sampai pukul 3 lebih. Biasa la buang masa. Errr. Lepas tu mesti la tido sampai pukul 12 tengah hari baru bangun siap siap nak pegi kelas kan. Oke bukan tu ceritanye, ceritenye pasal mimpi sedih kite siang tadi sebelum kite bangun pukul 12 tengah hari tu. T_T

Hmm kite mimpi sedih teruk kot. Kite mimpi mak kite pergi. Sedar sedar air mata berjuraian. Ya Allah, taknak sambung. Bye.



Dari dulu suke Flop Poppy walau macam mane keadaan tetap suke jugak. Sape nyanyikan kite lagu ni kite kapel dengan dea sekarang. HAHAHA. Oke tak lawak pon.



Sunday, August 14, 2011

10 perkara tentang anda.

Nyatakan 10 perkara tentang anda yang anda tahu itu anda yang orang lain tak tau itu anda.

1) Mempunyai warna mata lain daripada adik beradik lain.
2) Seorang sahaja di dalam ahli keluarga yang kidal. Tolong highlight ahli keluarga.
3) Menggunakan 'kau' instead of 'ko'. Dan baru belajar menggunakan 'kau' setelah tamat tingkatan 5.
4) Boleh menonton filem animasi (cartoon) banyak banyak kali tanpa jemu.
5) Kurang gemar berselipar ketika melawati shopping complex.
6) Sukakan bau angin pantai.
7) Lebih gemar mendengar lagu dengan memakai earphone supaye kedengaran alunan bass. -_-"
8) Agak sukar menahan airmata ketika menonton filem filem termasuk filem aksi sebab kau bayangkan cerita Transformer haritu pun boleh menangis kat wayang.
9) Akan terminat lelaki yang berkulit gelap sebagai contoh Adi Putra (meleleh air liur) dan yang pasti tak putih melepak.
10) Kadang kadang berase jelik dengan perempuan cover cun depan lelaki lelaki yang ramai. Naaaahh.
11) Tidak suke melepak buang mase dengan kawan kawan.
12) Boleh abaikan nombor 11 dan muntah darah.

Seronok buat benda benda macam ni bile assignment banyak dah datang tanpa diundang dan masih malas untuk buat. Sile nyatakan jawapan anda di dalam blog anda juga. Selamat berhibur kawan kawan.

Bye!

Thursday, August 11, 2011

Entry untuk Pika.

Patut la banyak gelak akhir akhir ni, rupenye nak menangis teruk teruk malam ni.

Walaupun bukan aku yang merasai rase sakit hati tu, tapi semua tu aku pernah rase dulu. Bile kawan baik Pika cerita semua problem dea dan dea rase sangat sangat down dan sedih dan perlukan orang untuk berada di sisi dea saat dea jatuh macam ni, aku lah orang yang paling dea boleh harapkan. Dan aku turut rase sedih dea sampai kami menangis same same semasa sedang Skype. Ape gune aku kawan dea kalau aku takde untuk dea.

Pika, be strong. Please. Aku tau kau boleh dan kau tak pernah jatuh teruk macam ni sebelum ni.
Kalau kau tak dapat bendung kesedihan kau, kau ingat saat saat kite bersame dulu, naik moto 3 orang, aku kau dengan Acik, tengah tengah hujan lebat semata mata nak jalan jalan dekat Beranang. Atau, part kau tolong bawak aku pergi Gombak berdua dengan hampir kena langgar lori. Dan baaaanyaaakkk lagi memory yang best best.
Jangan sedih lagi please. Aku pulak yang menangis teruk sebab sayang kau punye pasal.

Pika cakap "Kalau kau ni laki Amie, dah lame aku kapel ngan kau." Sampai macam tu sekali aku sayang kawan baik aku.

Nasib baik ade Malik untuk teman kau sekarang.

T_T

Wednesday, August 10, 2011

Missing someone moment.

Pernah tak awak rindu orang sampai awak baca semua IM dea kat awak, semua mesej Skype dea dengan awak selama 6 bulan yang lepas, semua komen komen dea dekat awak, semua mesej mesej dea dekat henfon awak sampai subuh sampai awak tertido dan bile awak terjaga pukul 6 pagi untuk solat subuh tengok tengok ade mesej dari dea kejut awak bangun sahur.

Saye pernah.

Oke bye.

Tuesday, August 9, 2011

Aishiteruteruteruteru

Bagi saye yang naif ini, ceh naif konon, puii, oke sambung, perkataan "I LOVE YOU" tu sangat bermakna dan memberi impak yang besar kepada penerima kerana kalau orang cakap "I LOVE YOU" kat saye, saye rase betul betul dihargai oleh si pemberi. Tapi mungkin berbeza pandangan setiap orang kan. Tapi tidakkah awak semua mahu orang yang mengucapkan "I LOVE YOU" kepada awak tu hanya cakap benda tu kat awak seorang sahaja dan bukan kepada semua orang yang dea kenal. Macam rase tak special la kan?

Merujuk kepada pasangan kekasih.

Faham tak ape yang saye cube sampaikan? Faham tak? Faham tak? Faham tak?

Saye cume nak terangkan, yang kalau saye ditakdirkan ade kekasih suatu hari nanti, saye akan yakinkan perkataan "I LOVE YOU" tu hanya untuk beliau seorang. YA ALLAH SUWIIITNNYYEEE AMMIIEEE NIIIEEE!!!

Oke bye. Demam otak tak berfungsi dengan betul, kerana berasa loser blog diam selama 5 hari. -__-"


Thursday, August 4, 2011

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku dengan seseorang yang melabuhkan cintanya Pada-Mu..
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu..
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut Pada-Mu..
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya..
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan lah aku dengan seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi keindahan bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..
Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu..
Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biar aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu..
Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s: Terus terfikir, kenape tak dari dulu. T_T

Tuesday, August 2, 2011

Selasa, 2 Ogos 2011

Bulan Julai aku sangat indah, sangat indah, sampai bile kawan tempat aku meluah perasaan pergi dan tiada di sisi tatkala hati mahu berbicara, aku rase sangat peeerrggghhh sunyi gila hidup aku.

Lepas tu kau datang. Bila aku tengah sunyi. Dan buat kau rase aku sangat perlukan kau, padahal untuk menghilangkan sunyi. Jahatnye aku. Macam ahli sihir jahat Voldemort. Tapi Voldemort lagi teruk kot. Aku bawah sikit.

Dan pade hari Selasa, 2 0gos 2011, aku tiba tiba rasa macam aku tak patut buat macam tu, sebab aku rase jijik gila dengan perangai sendiri. Dan sampai bila kan?

Aku betol betol perlukan orang sekeliling untuk aku bertanye ape tindakan aku ni betol atau tak. Dan dalam pade mase aku mahu muhasabah diri, aku perlukan kesunyian aku balik.

Dan DIA untuk aku mengadu rasa kesal.

T_T