Friday, September 30, 2011

Nasihat kakak Amie yang tak berupa nasihat.

This past few days is pretty messed up dan sungguh beremosi. First knowing a close friend of mine unfriend me on Facebook. Second,  my Mak stays home alone without Ayah cause Ayah balik Kuala Kangsar and Mak cakap she's not feeling well. Then the latest one, I had a fight with kekasih and I cannot handle the problems anymore dan started crying like a baby. Such a cry baby. Tak cool langsung. Jadi maafkan saye kalau status di Facebook semua mintak lempang.

Jadi kawan kawan sekeliling paling memainkan peranan penting di saat saat sad feeling mula menguasai diri. All you got to do if things like this happen is locked yourself up in your room, alone. Dan pandai pandai lah nak buat ape. Kalau rase perlu kawan dan luahkan perasaan, then go find your friends, share your problems if it's necessary. If you don't feel like telling your friends, then simpan. Dengar la lagu ke hape ke.

Kalau tanye aku buat ape saat saat sedih teruk tadi. Ni lah jawabnye,



Kehkehkeh. And I thanked housemates as well, sebab diorang kadang kadang rajin masuk bilik lepak berbual bual dan kadang kadang marah sebab 24 jam mengadap benda ni ja.

K? Kbye.





Wednesday, September 28, 2011

Lesson learned #1

Hai kawan.

Aku selalu mengingatkan diri aku sendiri bahawa tak semua orang boleh terima cara aku berkawan, dan tak suka aku. Siapalah yang sempurna perbuatannya kecuali Nabi. Kalau kau rase kau Nabi, kau boleh perasan semua orang suka kau. Tetapi, Nabi sendiri mendapat cacian herdikan cacian eh dah cakap, oke makian orang yang tak suka beliau berdakwah. Jadi kau nak cakap ape lagi? Maka dengan sebab itu, bile kite tau orang tak suke kite, buat ape kite nak pakse orang suke kite. Kite let go dan try my best untuk buat orang sekeliling, kalau tak suke sangat pon at least, takdelah sampai buat Facebook page 'Anti-Amie Hamidi'. It's okay to unfriend me rather than buat Facebook page tu, dengan itu kite tau kite tak disukai.

Kenape kite tak disukai? Itu persoalan nya. Mari kite ikhtiar untuk ambik tahu.

Seperti yang aku cakap di atas tadi, perasaan benci dan tidak suka itu normal. Aku tak suka Najwa Latif. Sebab ape? Sebab video YouTube dea semua nyanyi dalam kereta, dan lagu Cinta Muka Buku memberi orang harapan untuk mencarik awek dan pakwe di dalam Facebook. Kamon la. Nanti budak darjah satu main Facebook carik awek baru tahu. Oke nampak? Ade sebab.

Cari tahu sebab ape orang tak suka. Bile dah tau, kau nak buat ape? Kau pergi lah solat taubat. Mintak Allah bukak mata hati kau, mintak Allah maafkan semua perbuatan kau. Ape lah pergi post status dekat Facebook. Bukannye dapat maafkan kau pun. Lagi nak mintak simpati orang. Kalau kau sendiri dah jahanamkan diri kau sampai orang benci tu, kau pergi lah ubah sikap kau. Tapi kalau kau tak suke aku sebab aku bukan perempuan comel lemah lembut duck-face ber-lalink lalink dengan kawan kawan perempuan aku, aku tak boleh nak cakap ape lah. Takkan aku nak pergi solat taubat jugak. Gile ke hape cenggitu.

Kemudian, kalau kite tahu orang bercakap pasal kite, dah tentulah sebab orang tu tak suke perangai kite. Fikir kenape orang nak bercakap pasal kite. Bukan ke sebab perangai kite buruk? Oke tak payah tanye orang lain, tanye je diri sendiri lepas kite lepak satu table dengan kawan kawan kite dan topik perbualan ialah 'Kenape Sameah suke berperangai gedik depan lelaki dan gambar facebook beliau tunjuk muka sahaja'. Topik perbualan agak mintak lempang, tapi itu adelah kisah benar yang sering menjadi topik hangat di kalangan perempuan perempuan apabila duduk sembang semeja sementara tunggu kelas start 2 jam lagi.

Sebab ape kite nak kena kutuk orang? Sebab perangai dea buruk dan annoying. Kalau kite boleh kutuk kawan kite, kenape kawan kite tak boleh kutuk kite? Ooo, kau kutuk orang takpe, orang kutuk kau terus update status Facebook instead of pergi tanye orang tu sendiri depan depan 'Ape salah aku, aku cube nak baiki, mungkin aku tak nampak ape salah aku kat kau kau dan kau.' Kenape tak tanye? Mungkin sebab kite takut nak tanye, sebab kite tau kite salah. Kite taknak orang lain tau kite ni salah, kite ni buruk perangai, jadi  kite buat la status kat Facebook konon konon orang kutuk kite sebab orang dengki kat kite. Orang dengki kat kite tau, bukan kite salah tau.

Nampak?

Aku buat silap, aku mintak maaf. Aku kecilkan hati kawan baik aku sendiri, aku mintak maaf. Aku faham, korang nak cakap aku pandai mintak maaf. Maaf tu penting, daripada orang simpan dendam kesumat paling dalam dalam hati. Tak ke kena santau nanti.

Kalau aku silap lagi, tolong jolokkan lagi.

K? Kbye.


Wednesday, September 21, 2011

Tips untuk pemandu cool.

Tak retis betul lama tak update blog. Tak lawak ni serious.

Orang orang saya semua ape khabar? Sekarang otak makin benak takde isu semasa nak bagitau. Tapi semalam since jadi driver Acik, hanta dea pegi KTM Kajang since dea nak balik Putrajaya, tibe tibe dapat satu idea nak menulis. Sebenarnye lebih kepada tips. Sebelum proceed kepada tips kite tu, kite sembang sembang dulu lah.

Perasan tak kalau kite bawak kereta kancil, mesti dipandang hina dan enteng oleh kereta kereta gah yang lain. Seolah kalau kereta kereta boleh berbicara, mungkin Kancil akan selalu di herdik nak nak kalau sesi memandu mencelah celah di celah kereta besar pasti tidak diberi peluang untuk mencelah. Pasti di buat bodoh, dan pasti di hina (hon). Tak cool la pemandu kereta mewah ni.

Kalau saya salah tolong jolokkan.

Dan bile kite menghadapi traffic jam yang maha dasyat, jangan la tension dan asyik nak marah marah macam sesetengah kawan saya yang suke marahkan jam. Kesian jam. Bukan jam tangan la, jam la, jem. Kesesakan lalu lintas. Ambik. Tips saya yang cool ni ialah, bukak lagu kuat kuat dan menari sambil angguk angguk kepala dekat kereta sebelah.

Kbye.


Friday, September 16, 2011

Perihal dalam-hubungan

Sejak akhir akhir ni, kalau online, dah tak boleh IM dengan orang sebarangan, dah tak boleh bermesra, tak boleh online lame lame, assignment kena setelkan, mandi ade orang jage, makan pun ade orang jage, tido apetah lagi. Henfon kena sentiasa berkredit, tak boleh mesej dengan orang lain sesuka hati macam dulu, tak boleh badan dekat dalam bilik, henfon dekat bilik jiran sebelah, dah tak boleh. Kena sentiasa alert dengan mesej, kalau tak jenuh kena explain. Ni lah namenye, jaga hati. Biasalah, kawan kawan kena faham, bile dah lame sangat menyingle tibe tibe ade je peneman di kale suke dan lara, lifestyle kena ubah, automatic. 

Kakak cakap, "Hemi kalau ade boyfriend, mesti taknak bermesra dengan keluarga kan"
Kawan lelaki cakap, "Hang dah tak rock la dah ada boyfriend"
Kawan perempuan cakap, "Menjak menjak ade boyfriend ni, mesej je 24 jam"
Kawan kelas cakap, ah diorang toksah cakap la, keje nak menganjing je. Sabo je la teman.

Bukan teruk, bukan mengade, bukan poyo, bukan first time bercinta bak kata Slay, tapi itu perkara normal orang buat kalau menjalankan hubungan cinta dengan seseorang. Hah amek kau ayat muntah darah aku dah keluar. Kalau nak dapat hubungan yang berjaya, komitmen kena ade. Tak gitu kawan kawan? Kalau umur 21 ni pun masih nak main main, masih nak berskandel skandel, masih nak curang curang, masih nak main main eh dah cakap, tak kemane la relation tu nanti. Tapi, ingat kawan kawan, kena lah sentiasa beringat ingat, kalau tak cuba tak jadi kan? Macam bod nasihat aku. Sebab tu kena sentiasa berjaga jaga, kena percaya, kena buat orang percaya kite jugak, kena matang, tapi maintain cool. Tak cool ke kalau kekasih keluar lepak dengan kawan kawan aku tak bising malah suruh dea lepak lame lame sikit sebab tak payah mesej dan aku boleh dengar lagu lagu baru dekat carta billboard top 100 dengan senang hati? Cool apeerrrwww cenggituuwww. -__-"

Bile dapat kekasih cool dan tak gelabah, automatik kau akan jadi cool jugak. Macam aku cool, so kekasih automatik cool jugak. Wakakaka bodoh, bye. 


Oke dah, cukup. Perlu tenaga untuk keluar dating dengan Sapikah esok, bukan kekasih ye. Selamat malam kawan kawan.


p/s: Entry takde motif kan?

Saturday, September 10, 2011

9 September

Ucapkan selamat tinggal kepada cerita lama dan hello orang yang bakal memberi senyuman sepanjang hari tanpa jemu, kalau jemu kite buat buat tak jemu. Keputusan dibuat setelah bermain masak masak dengan kucing ku namanya Hero. Oke tak, keputusan dibuat setelah berfikir semasak masaknya, setelah yakin tiada kecil hati mahupun tersinggung perasaan mana mana pihak. Ceh. -__-"

Oke baiklah. Harap memang tiada yang tersinggung.

Selamat menyambut entry yang ke 300 Encik Blog. Masih setia walau dah beranak 300. Oke bodoh ni, haha bye.

Thursday, September 8, 2011

Worst hari raya.

Dah 3 hari tak bercakap dengan Ayah. Dah 3 hari jugak Ayah merajuk dengan diri ini, terasa bersalah tapi malu nak mintak maaf. T_T Bile dah rase bersalah macam ni mule lah mengadu kat kakak, kakak mule bagi ceramah tak mengantuk, "Seorang anak tak kan dapat membalas jasa kedua ibu bapanya walau dengan apa cara sekali pun kecuali berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya." Sedih? Memang rasa tertampar dengar. Hm, banyak dosa aku kat Ayah. Serious rasa menyesal teruk. Kepada kawan kawan sekalian, sila jangan ikut perangai buruk Amie ye. Bersyukur lah sementara kedua ibu bapa masih ada di sisi. Kalau ade kekuatan, aku akan pergi minta maaf kat Ayah. Dah lah hari raya. Sobsob. T_T Menangis sambil menaip.

3 hari je lagi pun aku kat rumah, Ahad dah balik Beranang dan mula menyusahkan Emak dengan meminta wang perbelanjaan. Serious malas nak balik, nak nak bila hari hari fikir tambah lagi 6 bulan tahun depan. Feels like shit. Krrkrr.

So ape khabar hari raya kalian? My hari raya isn't that great. As I said before, dah bosan sambut hari raya, hari kemenangan umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Peeerrrggghhhh. Tahun ni takde gambar raya bersama ahli keluarga mahupun sanak saudara mahupun adik beradik. Feels like shit episod 2.

Ade 3 assignment kena setelkan hari raya ni, tapi 1 pun belum jalan. Tolong menghakimi saya. Menghakimi saya?

Oke dah, teruk dah karat kat otak ni. Semua salah tat nenas sedap mak tempah dekat mana tak tahu.

Kbye.