Monday, October 31, 2011

Perihal musik pilihan

Semua orang suke dengar lagu, tipu kalau kau langsung tak dengar lagu dan tak sing along bersama artis pilihan kalian. Even aku mase kecik dulu dengar Raihan pun dah terer sing along dengan Raihan sambil ulang ulang video video mereka.

Ade setengah orang dengar lagu dan suke ikut gaye pakaian artis pilihan mereka. Ade setengah orang pakai macam ni,


tapi dengar lagu AXL, ST12 dan Super Junior. Mungkin lagu lagu ST12, AXL, dan Super Junior lebih menyerlahkan lagi perwatakan hati nurani dan pendirian beliau.

Kadang kadang dengan lagu lagu yang mereka dengar, kite sendiri boleh nilai hati dan perasaan diorang macam mane. Betol tak betol? Tak betol tolong jolokkan. 

Dan jangan terkejut kalau yang ayu bertudung litup pendiam penuh lagu lagu Korn dalam playlist MP3.

Motif, jangan cakap orang teruk melalui lagu yang mereka dengar. Tapi aku sungguh tak boleh terima lagu CINTA MUKA BUKU NAJWA LATIP.

T____T 

Maaf peminat Najwa Latif.


K babai.

p/s: Khamis ayuh pulang ke Johor Bahru!

Saturday, October 29, 2011

Busy yet happy

Minggu ini sangat busy hendaknye, weekends lepas meraikan kehadiran kekasih dan juga Nanie dan berjumpa Pika di Shah Alam dan tengok Real Steel, memang best rase macam nak tengok lagi cite tu komfom tak tipu tak menyesal beli tiket fisrt class. Oke tipu. Tiket biase biase jeeeww.





Keesokan harinye, menyambut hari jadi housemate, Aisar. Bersama Nanie.




Selang sehari selepas tu, kawan baik di Taiping mahukan diri ini di sisi maka pulanglah diri ini ke Taiping selama 2 hari setengah untuk menyaksikan majlis pernikahan beliau di Masjid Taiping. :')





Congratulations dear Atiqah and Afif (Botak). Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Balik balik rumah ade kejutan bertuah pulak bile tengok si comel ini,


menyorok bawah meja. Terus hilang penat. Dan hari ini baru ade mase terluang untuk menyiapkan entry ini. 

Anyway balik Taiping sangat seronok, jumpe kawan lame dan kekasih sanggup temankan diri ini sepanjang berada di Taiping. Juga sanggup membawa diri ini tengok rumah lame yang dirindui 


Thanks bestfriend dari kecik, Syarlena.


Dan kekasih yang buat diri ini tak benti gelak. Terima kasih dari hujung rambut ke hujung kaki.


Kbye. *Lambai lambai tangan



Thursday, October 20, 2011

My best friend wedding

Sangat mengharukan bile kau ade kawan baik, yang susah senang bersame, yang gelak tawe bersame, yang nangis akibat putus cinta bersama, yang kau kenal dea dari kecik, sampai dea umur 21 tahun, kau tahu betape susahnye dea nak mengharungi hidup dea dan dea perlukan kau di sisi setiap kali dea jatuh dan bangun juga dengan kau. Even kau pindah jauh mane, kekuatan friendship tu tetap bersama kau walau kau lost contact, walau kau tak contact 10 bulan sebab masing masing sibuk dengan mase depan masing masing, tapi in the end kau tetap tidak putuskan hubungan kawan yang baik itu, walau gaduh teruk mane, walau masing masing bermasam muka, walau ade kecil hati, tetap akhirnya menangis dan berbaik semula.

Dan baru je sebentar tadi, aku dapat mesej dari kawan baik aku di Taiping itu, yang menyatakan hasrat hatinya untuk bernikah. Ape yang membuatkan aku lagi sangat menangis, bile dea cakap 'Aku nak sangat kawan baik aku ni ade mase hari bahagia aku' dan aku juga kawan pertama yang di beritahu. Kalau kau? Menangis macam aku tak? Takpe, cakap lah aku kememeh ke cengeng ke ape ke, tapi aku kenal dea macam mane, macam mane susah hidup dea, macam mane susah dea setia dengan cinta dea akhirnya sampai ke jinjang pelamin jugak.

Congratulations kawan pahit manis. Can't wait for 'your' day. :)

Love, Amie.

Bye.

Sunday, October 16, 2011

Beautiful Sunday tragedy

Kekasih: Hye sayang, buat ape tu?
Diri ini: Hmm org pon tak tau nak buat ape ni.huhu.
Kekasih: Tak main Sims ke?

-_______-"

Kerana setiap kali beliau tanye tengah buat ape, jawapan yang akan diberikan, 'Tengah main sims', maka bile tak jawab tengah main sims, beliau pon pelik.

Anyway, sape yang main The Sims Social, marilah ber-neighbour dengan kite. >_<

Kbye.

Tuesday, October 11, 2011

Maaf dari lubuk hati.

Okay hai everybody. EVERYBODY. Let me make things clear between me and those people yang telah salah faham terhadap fungsi blog aku ini dan semua isi kandungannye.

Kepada follower entry aku dari first time wujudnye blog ini hingga kini akan faham perangai aku dalam menulis entry dan semua isi kandungannye. Mungkin aku sendiri yang salah sangka, tapi instinct aku, perasaan aku tak pernah salah. Aku pernah cakap benda ni kat kawan aku, kalau aku terasa sesuatu dalam hati, kadang kadang perasaan tu betul. Contoh, 'Aku rase, assignment tangguh lagi seminggu', kawan menafikannye dan cakap aku memandai mandai, esoknye, memang betul assignment hanta lagi seminggu. Bukan sekali benda ni jadi, tapi banyak kali. Kau seram? Tak jangan risau, aku tak pakai celak tebal 8 inci untuk menakutkan orang. Jadi kali ini, AKU RASE ade orang telah salah faham dengan entry aku sebelum ini.

Aku tau kau tak faham. Oke, entry entry aku semua, tak pernah libatkan orang lain. Maksud aku, kalau aku berkawan dengan Pika, contoh, dan Pika tak puas hati dengan kawan dea Umairah, aku tak akan tulis entry pasal Umairah. Sebab aku takde kena mengena dengan Umairah. Mungkin aku BFF Pika, tapi itu tak membuatkan aku ade hak untuk mencaci maki Umairah dalam blog aku. Sungguh tak masuk akal dan sungguh tidak matang nye aku jika aku berbuat begitu. Faham tak? Oke contoh lain, aku bercinta dengan Meor, mungkin Meor ade cerita lame yang mungkin dea cerita kat aku dan aku tau SEMUA cerita dea. TAPI, aku tidak akan sekali kali menulis perihal hidup dea dalam blog aku. Kau faham sekarang?

Entry entry aku dari dulu sampai sekarang, semua melibatkan aku dalam cerita cerita tu semua. Life aku, kehidupan aku dari aku umur 19 tahun hingga 21 tahun semua dalam blog ni. Kalau aku cakap kehidupan aku, maknanye semua cerita pasal aku, family, kawan kawan, ex kekasih paling disayangi, dan binatang peliharaan. Mungkin sebab kadang kadang, bile aku tak puas hati dengan care aku sendiri, dengan kehidupan sekeliling aku untuk satu tempoh mase tertentu, telah membuatkan orang salah faham yang entry tersebut telah ditujukan untuk dea, tapi sebenarnye TIDAK same sekali. Ingat semua pembaca, AKU TAK PERNAH LIBATKAN KORANG SEMUA DALAM ENTRY ENTRY AKU. Semua entry aku hanyalah untuk diri aku sendiri, yang aku cuba sampaikan untuk orang lain ambil iktibar terhadap ape yang telah terjadi terhadap diri ini supaya korang semua tak jadi macam aku. Okay?

Harap semua clear.

Aku mintak maaf kalau telah terbuat orang kecil hati dengan entry aku. Mungkin harus perbetulkan lagi gaye penulisan yang langsung tak A.Samad Said.

Kkbye.

p/s: Tu lah orang cakap, nak tulis blog kena hati hati. Takut orang salah faham. Hmm baru ngerti. T__T



Thursday, October 6, 2011

Amie yang sedang bersedih

Hai Encik Blog, sorry update tetengah pagi cenggini. Kite tak boleh tido la kengkawan. Runsing sangat sampai tak boleh tido dibuatnye.

Yang ketama, kite runsing sebab kite tak dapat pegi Rockaway 2011.
Yang perdua, kite runsing sebab kite takde duit nak beli tiket Rockaway 2011.
Yang pertiga, kite runsing sebab kite tak dapat pegi Rockaway 2011 sebab kite takde duit yang cukup untuk pergi Rockaway 2011.

Faham tak perasaan runsing tu dan terfikir fikir sampai tak boleh tido tu? Bukan nak cakap ape la, bukan gedik mengada la, tapi kite nak pergi sangat sebab kite number 1 biggest fang of The Used k. Kalau number 1 biggest fang, nape tak kumpul duit macam sebelum sebelum ni pegi Paramore dengan MTV World Stage kan? Jawapan simple aku boleh bagi sebab aku perlu duit yang dikumpul itu untuk perbelanjaan lain yang lebih penting. Jangan cakap banyak la, kite dah buat checklist k untuk senarai keperluan dan kehendak. Maka duit bulan ni lebih tertumpu kepada keperluan, maka kehendak untuk ke Rockaway 2011 perlu di lupuskan dan di tolak tepi. Nak buat macam mane, dulu mase SPM kite ambik Ekonomi Asas k.

Yang buat kite bertambah runsing nye tu, bile kawan IM bertanya perihal ini,


hmmm sedih dibuatnye tak dapat pegi berduet dan sing along bersame The Used. Aku sampai mimpi mimpi kot malam tadi yang ade orang bagi aku tiket Rockaway secare percuma. Haiihh. 

Mungkin sekarang atau esok, atau luse The Used telah sampai di Malaysia ini dan menunggu kedatangan ku ke Rockaway, tapi maaf The Used, I cannot, I cannot. T___T

Kkbye. Nak sambung sedih.