Tuesday, November 29, 2011

Kan dah cakap 21 itu seronok

Tengok je lah gambar gambar ini.


Terime kasih semua, terime kasih Cik Z, kalau ade sumur di ladang boleh kite menumpang mandi, kalau ade umur yang panjang boleh kite berjumpe lagi. - Barbecue with few friends di rumah Cik Z yang cool. 


Dan bersama Hasmah di hari hari terakhirnya di sini bersame ku menonton Twilight Saga Breaking Dawn yaaww. T__T Thanks Hasmah, don't forget me. Me wuv Hashmah.

Anyway, pergilah tengok Twilight, best.

Walau duit hilang RM100, walau bergaduh dengan kekasih, I tetap happy sehappy meal. Tapi sekarang I nak redo assignment. T__T


Kbye bye bye.

Sunday, November 27, 2011

Hari ini Amie turns 21.

Pade 27 November tahun 1990 dahulu, tepat jam 7.41 pm, Emak telah melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi name Hamidatul Farihah yang bermaksud periang dalam erti kate lain funny, dalam bahase Kuala Kangsar, kelako. Pepandai je. Sape lah tahu bagaimane Emak kite berusaha bersungguh sungguh antare hidup dan mati untuk melahirkan kite untuk bagi kite nampak dunia ini bagaimana. Alhamdulillah, terime kasih Allah kerana masih memanjangkan umurku selama 21 tahun, terime kasih Emak kerana melahirkan Ami. Alhamdulillah mempunyai kekasih yang mengingati. Alhamdulillah dikurniakan kawan kawan yang mensyukuri keberadaan aku di dunia ini. Thanks for the wishes, terime kasih kerana mengingati, terime kasih kerana sanggup post wish kat Facebook, call, mesej dan sebagainya. Terime kasih banyak banyak.

Kalau pergi kem motivasi, ayat paling biase, 'sedar tak, kite sebenarnye champion, kite sebenarnye pemenang, dalam berjuta juta sperm yang berenang, kitelah champion pertandingan sperm berenang' <-- maaf ayat terlalu kasar.

Fine. Tak lawak.

Anyway, birthday tahun ni paling sedih. Paling paling sedih. Paling sedih. Paling ah sedih.

Dan hadiah paling best ialah mempunyai masih ramai kawan lagi yang stay with me through up and down dan tidak pergi meninggalkan diri ini di kala susah. Yang pergi, biarlah pergi. Terime kasih.

Yang pergi sebab dah habis belajar, I'M GONNA MISS YOU ALL. Biarlah tak rapat tak pernah lepak semeja tak pernah bertegur, tapi kalau kite berselisih, kite masih tersenyum sesame sendiri. Itu pun dah cukup mesra buat diri ini, itupun dah cukup sedih bile semester depan dah takde lagi berselisih senyum sebab satu batch. It's okay, be strong Amie.

Yang rapat lepak semeja, bergosip sekali, bergelak ketawa, bertepuk tampar tu lagi lah paling sedih nak melepaskan. Memang buat diri ini menitis air mata. Terase sayunya. Anyway, bile semalam Asma nak record video, diri ini telah menolak sekerasnye kerana tak lalu nak menangis sambil bercakap. So kat sini lah tempat nye.

Kepade kawan kawan yang dah nak habis belajar, aku tak specific kan sape sape, aku cakap untuk semua sekali kawan kawan aku yang berorientasi sekali dengan aku, yang terbace blog ini, entry ini, saat ini, ketika ini, aku akan rindu korang semua. SEMUA okay, biarlah tak pernah bertegur, sekadar senyum, tengok korang dah takde semester depan memandangkan aku ade 1 semester lagi, memang sangat menghayat hati ini. Take care and nice knowing all of you walau bermacam ragam kite semua. Kite jumpe di hari graduasi next year. InsyaAllah.

Bye semua, bye. T__T

Monday, November 21, 2011

Pisang emas dibawa belayar

YAY! Dah setel semua esaimen. SEMUA.
YAY! Dah boleh rehatkan kepala otak sekejap tanpa fikir esaimen lagi.
YAY! Dah boleh update blog setelah lame terbengkalai.
YAY! Dah ade mase nak cuci baju penuh sebakul.
YAY! Bilik dah kemas daripada kelihatan seperti gudang garam. -___-
YAY! YAY! YAY!

Tapi hari ni berasa sedikit sedih dan rindu sebab terbaca diary lame. Maaf kalau kite ter-menangis dan ter-rindu kat awak. <-- cakap kepada yang faham.

Oke yang lain lain tak payah faham. Wakakakaka.

Oke baiklah, sebenarnye hari ni berasa sedih sebab tibe tibe teringat kawan kawan lain semua dah nak habis belajar. Tinggal lah aku dan sedikit kawan kawan lain yang harus meneruskan pengajian untuk 1 sem lagi. Bile teringat sem depan dah tak jumpe muke muke kawan kawan tu semua, alaaahaaaii sedihnye maaakk. T__T

Mungkin tunggu graduation day tahun depan baru boleh jumpe diorang semua balik. InsyaAllah kalau panjang umur. Sedih tak cakap macam ni? T___T

Kalau lepas graduation, dalam mase 5 tahun lepas tu, adekah masih ingat saat saat belaja ini? Adekah masih mengenali satu same lain? Adekah masih mahu bertegur? Adekah masih ingat saat saat bersusah payah menyiapkan esaimen? Adekah masih ingat? Adekah? Adekah?

T__T

Dah, malas nak fikir lagi. Sedih.

Oke bye.

p/s: Abaikan tajuk.

Wednesday, November 16, 2011

Entry paling ceh-wah *sedang sedih

Sometimes I made mistakes. And I apologized.

Sometimes I apologize even when I'm not doing any mistakes.

Sometimes I didn't realized the mistakes that I'd done, once I realize it, I apologize.

But sometimes, if I keep apologizing, the apologize does not mean anything.

Is it?

But true fact, I couldn't stand seeing you hurt. Especially when it's from me.

I'm sorry love. Maybe we just couldn't bear the distance.


p/s:Because you are the only one who knows how to make me smile after I get mad, before I sleep, and every time I think of you.

Friday, November 11, 2011

Emosi perempuan

Perempuan memang cepat beremosi. Tapi, ape kurang nye lelaki. -__- Tapi biaselah, perempuan emosi dea lain macam sikit, nak nak kalau time time tengah datang period tu. Jangan nak sangkal lagi. Nononono.

Maka dengan sebab itu, kalau kite tengok peratus status emosi Facebook, lebih ramai perempuan yang suke berstatus emosi berbanding lelaki. Bukan lelaki takde langsung status emosi, adeeeeee, tapi tak se-emosi status emosi perempuan. Kau tengok berape banyak ayat emosi aku gune.

Dan biasenye, mereka mereka ini berpeel begini mungkin disebabkan family, kawan kawan, kerja sekolah, assignment, kucing jalanan makan makanan beliau, komuter penuh pade hari minggu dan musim musim perayaan, dan ofkos perselisihan faham dengan kekasih. Bile perempuan beremosi, otak mereka kurang memainkan peranan di saat saat emosi menguasai diri. Maka dengan sebab itu, Facebook mereka perlu mendengar setiap luahan hati mereka, instead of pergi carik kawan terdekat untuk share problem, mereka lebih gemar mencari Facebook dahulu untuk meluahkan isi hati.

Jangan risau, Facebook memang BFF kiteeww.

Sampai ayat kat atas ni, aku teros takde idea nak tulis ape lagi. Tu la demam lagi.


Oke bye.

Wednesday, November 9, 2011

Random

Semester ni sangat lah tak sebusy semester semester lepas. Bile tengok kawan kawan lain semua busy stress tension post bermacam macam status sedih terus terase kesian kerana pernah mengalami nye dulu. Kalau dulu lepas satu assignment terus muntah buat assignment lain tanpa rehat tanpa tidur oke tipu. Tapi busy. Semester ni disebabkan cume mengambil 3 subjek, maka tak pernah delay hanta assignment, tak pernah tak cukup tidur, tak pernah kurang rehat, tak pernah tak balik JB acap kali cuti. Cehhuwawa.

Macam tu pon, masih tak bersyukur lagi, masih suke tangguh keje lagi, masih suke tak tidur malam semata mata nak buat assignment, masih suke berlengah lengah dan masih suke buat assigment last minit macam sekarang, tunggu assignment Java yang mengambil masa 3 minggu baru siap hari ni padahal dah dapat assignment tu sebulan yang lepas baru nak serabut kepala fikir assignment Quality System dan Software Development yang kena hanta bulan ni jugak.

Mesti tak faham kan?

Oke bye.