Thursday, December 29, 2011

Mahu uang.

Nak pergi konsert Foster The People?
Nak pergi Genting Highland?
Nak pergi konsert akustik Dashboard Confessional?
or
Nak beli kasut Vans?

No money, no talk.

Kkbye. T__T

Amie cakap macam bagus.

Selagi kite ade akal kite boleh fikir. Nak nak bile kite dah baligh, kite boleh fikir mane baik mane buruk. Kalau kite fikir orang lain buruk dan teruk, kite tengok diri kite balik. Kalau kite dah cukup yakin kite baik, jangan menunjuk tapi perbaiki lagi. Tapi tak salah nak tegur.

Cube kau fikir balik kenape aku cakap semua tu. Dan lepas aku cakap semua tu kenape aku mintak maaf. Bile aku dah mintak maaf dekat kau cube kau fikir ape tindakan yang kau dah buat sampai semua orang sekeliling kau masih bercakap cakap pasal kau lagi. Cube fikir. Kalau kau ade otak ade akal kau mesti fikir jauh. Cube kau fikir, kenape orang yang dulu close dengan kau semua kau tinggalkan semua menjauh dan semua tak kisah kalau kau tak wujud pun. Kalau kau terer kau mesti ade jawapan.

Dan jawapan kau bukan dengan care mintak simpati dengan kawan kawan kau yang langsung tak pernah tinggal sebumbung dengan kau, bukan dengan kekasih kau yang hidup dea cume pandai mengagungkan kau dan tak pernah tegur salah kau, bukan dengan kawan kawan alam maya kau.

Kau nak tau definasi kawan yang baik? Kawan yang baik ialah kawan yang tegur salah kau dan bukan kaki mengampu. Aku ade kawan baik yang macam tu. Kau? Kawan yang baik ialah kawan yang datang mintak maaf selepas bergaduh dan tak pergi walau macam mane teruk pon gaduh tu. Aku ade kawan baik yang macam tu. Kau?

Sebelum cakap, fikir ape salah kite. Aku dah buat semua yang termampu aku buat untuk betulkan keadaan. Tapi lagi aku nak betulkan, lagi kau baling taik. So bile kite dah buat hal masing masing, aku harap takde lagi dendam atau perasaan benci iri hati tu. Aku clear, kau clear.

Kalau takde ape ape nak cakap, jangan cakap dan kelihatan bodoh di mate orang orang yang faham keadaan ni.

Oke bye.

Sunday, December 18, 2011

About myokymia



Masuk harini, dah 5 hari mengadu kat Mak mate bawah belah kiri bergerak gerak yang bukan bergerak biase biase macam 5 minit bergerak lepas tu dah senyap tak bergerak gerak dah. Ni gerak gerak dea tu kejap benti lepas 5 minit, sambung lagi gerak gerak. Rimas dibuatnye, takut pon ade, risau ade penyakit mate pon ade.

Maka, untuk tidak membuang mase, diri ini pun carik jalan penyelesaiannya dengan meng-google masalah ini. Banyak jugak komen komen yang boleh diri ini dapat, tapi of course la komen komen seperti akan menghadapi berita sedih, akan menangis dan sebagainya. Memang bulan ni telah berhadapan dengan 2 situasi sedih, kan orang cakap, kalau belah kiri bergerak keluarga belah Mak akan meninggal. Tu satu sebab. Satu sebab lagi seperti yang di beritahu tadi, akan menangis. Memang haritu ade kematian dari keluarga belah Mak dan menangis. Tapi Mak cakap jangan percaye benda benda tahyul dan karut macam tu.

Maka, diri ini abaikan jawapan yang karut tu, dan beralih kepada jawapan lebih saintifik. Dapat lah diri ini jawapan yang lebih saintifik yang berbunyi begini:

"Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah. Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini."


Ya, mungkin harus do something about the problem seperti tidur 16 jam dan sentiasa baca komik favorite (Detective Conan) untuk menghindari perkara perkara yang disebut. Get the point friends? 

Kalau stress dan rase resah dan sedih dan rase tak sedap dalam badan, kite bace,



Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

InsyaAllah akan berasa tenang. (Kakak bagi nasihat)

P/s: Jage kesihatan kawan kawan. Pis.

More about myokymia, http://en.wikipedia.org/wiki/Myokymia

Kkbye.




Saturday, December 17, 2011

Amie mase mudeeww

Seperti kawan kawan yang lain, saye juge berase cukup annoying dengan diri sendiri tatkala saye membace status status saye yang lame lame apabila saye bertukar menggunakan Timeline. Ini kerana.... ha tengok lah sendiri.





Menjawab quiz dan bermain application cukup popular di Facebook dahulu kala.

Atau, aku je yang suke main benda alah tu?

T__T

Maafkan perangai 19 tahun ini ye.

Cukup sedih. T__T 

p/s: Dulu gune 'weeee~' atau 'wiwi!~' telah merasakan diri ini cukup cukup comel. 


Kkbye.


Tuesday, December 13, 2011

The story isn't supposed to end like this.

But it did anyway.

My first lesson learned.

My previous relationship with someone I think I fall in love with and I do want to end the relationship the way it supposed to end didn't work out well because of me. I betrayed his faith towards me, I cheat and I broke his heart. He left me, and I'm the one who felt terrible about it. I begged, I cried, I apologized, but it didn't work out. Not as simple as that. So I let go, for almost a year. I don't want to have any serious relationship with no one because I still felt terrible about the mistakes that I'd done. Until, M come, and gives hope.

My second lesson learned.

So I open my heart for him and hopes the best towards the relationship. I don't want to repeat the same mistakes that I did in the previous relationship, so I'm the one who controlled the relationship. That's my mistakes here. I control everything, we fight almost everyday, I always think he had someone else, I always think bad about him, until he gives up. But I didn't. I apologized and keep apologizing. But I do learn one thing from him, if we keep apologizing, it wont mean a thing. So I stop apologizing.

Oke lah, cerita dea macam ni je lah.


So, that's my lesson learned in a relationship that always didn't work out well. But for the time being, I didn't give up yet. I'm still trying here. 

Kepada adik adik di luar sane, cukup memberi pengajaran tak ni? T__T


Oke bye.

Saturday, December 3, 2011

Amie mendapati features baru YouTube sekarang sangat cool

Waaaaayyy cooliah than before.

First of all, saye suke bukak YouTube untuk tengok video. Especially tengok video ni,

di kale bosan sangat dan mahu menyengih.

Walaubagaimanapun, selalunye, saye bukak YouTube untuk melihat video lagu lagu kegemaran saye dan download video video mereka menggunakan ini,


kehkehkehkehkeh.

Oleh kerana saye suke post lagu lagu kegemaran di dalam Facebook untuk dikongsikan kepada orang ramai atau untuk ditujukan kepada seseorang tetapi tanpa mahu tag name beliau maka saye sangat menyukai features YouTube yang baru ini. YAY!

Mari kite take a look around features baru YouTube.


Ini adelah Main atau Home atau Main Page YouTube baru yang kalau sape sape dah mempunyai account YouTube dea terus direct masuk account kalian semua. Ofkoz la kena login dulu kalau tak direct masuk. Kehkeh. -__-"


Jikalau kalian mahu mengedit video video yang kalian telah 'Like' atau yang kalian telah 'Favorites'-kan atau sebagainya, kalian hanya perlu meng-klik 'Video Manager' seperti yang tertera di atas.


Kemudian kalian hanya perlu memilih list-list yang di beri dan meng-klik link tersebut, kite ambil contoh di atas, video video yang saye telah 'Like' saye mahu remove salah satu daripada mereka. 


Klik kotak kecil di tepi video yang tidak mahu di-like lagi, lagipun saye tak pernah 'Like' video SELENA GOMEZ! -___-" SAPE PUNYE KERJE NI HAA!


Dan klik saje kotak 'REMOVE' di atas itu. YAY. TIADA LAGI VIDEO SELENA GOMEZ! -___-" Mudah tak kawan kawan?

Selain daripada itu, ape yang lebih memudahkan saye apabila saye mahu meng-share lagu kesukaan saye di Facebook tanpa perlu meng-copy link dan meng-paste link tersebut di status saye, saye hanye perlu connect account YouTube saye dengan account Facebook saye dengan mengikuti care care mudah dan simple macam lagu Mr Simple nyanyian Super Junior di bawah ini okay adik adik.



Mulau mulau (mula-mula) kalian hanya perlu meng-klik link 'Account Settings' seperti yang tertera di atas ini.



Apabila telah keluar link-link seperti yang tertera di gambar di atas, kalian hanya perlu pilih link 'Sharing' maka keluarlah pilihan accounts yang kalian mahu connect kan dengan account YouTube kalian.





Tetapi sebelum itu, kalian boleh pilih, ape yang kalian mahu connectkan daripada YouTube kepada account social network kalian. Contoh gambar di atas, saye telah memilih hanye beberape aktiviti sahaje untuk saye siarkan kepada rakan rakan di laman social saye. 

Dan selepas puas, boleh lah kalian connect kan dengan social network pilihan kalian seperti gambar di bawah ini.


Se-simple Mr Simple??

Maka boleh lah dengan hati yang girang dan seronok, kite mencari dan memilih video lagu kegemaran yang mahu di-sharekan kepada kawan kawan dengan erti kate lain untuk di-share di wall Facebook saye dengan memicit ammbooiihh, okay dengan meng-klik 'Like' di video lagu berkenaan sambil menikmati lagu tersebut. Daaaaannnnnnn


TAAAAAARRRAAAAAAA!


Secara automatik ye kawan kawan, automatik. Tak perlu lagi copy link, tak perlu lagi klik butang share di bawah musik video tersebut. Buat account YouTube, buat account Facebook, atau Twitter, atau MySpace, atau orkut -__-" dan connect kan dan semua nya hanya dengan 1 klik. 

Mudah?

Sekian, 1 klik 1 Malaysia. Salam 1 Malaysia!

Kbye bye bye bye.

p/s: Untuk pengguna YouTube tegar yang suke upload video video sendiri ke dalam YouTube, should explore more lah ye. Sebab video edit dea pon macam cool. Sayang nye saye bukan pengguna YouTube tegar. :)