Wednesday, January 12, 2011

Perihal 'kau-kawan-aku-sebab-aku-takde-kawan-dah'

Well banyak pulak benda jadi lately yang buat aku fikir kenape buat keputusan tak fikir and kepala tengah tak betul and it end up aku yang nampak bodoh.

Tapi aku pun tak suke jugak kalau lecturer aku tanye benda yang aku tak tau jawap and tak boleh nak olah ikut suke akal aku. Sebab nanti aku akan eheheh-saye-eheheh-tak sure la-ehehehe-puan, takpon,tujuk gigi yang cantik ni kat lecturer. Pfftt sungguh menyedihkan.

Baiklah takde kena ngena.

Bile awak buat keputusan untuk bercinta dengan orang dengan niat awak cume nak bagi bekas kekasih awak cemburu baik awak jangan bercinta. Sebab kalau cinta tu tak kemana, awak yang macam alaaa-dah-tak-jadi-dah-nak-buat-bekas-kekasih-cemburu. Hahaha. Poyo je konon nak jadi baik tapi sebenarnye tak ready lagi and kepada awak tu kalau nak blah, blah je la, cakap je la, takde pun perasaan dendam sebab cinta tak wujud lagi. Adeke Pika si kawan baik cakap aku yang tangkap cintan lebih, memang tak lah sayang. Eh? Apani? Tak paham +_+ Baiklah biar je lah. Mari move on to another topic.

Selama hidup dah nak dekat 21 tahun ni, tak termasuk la tahun tahun semasa masih bayi ye, aku rase dah cakap benda ni, aku banyak kawan. Tapi makin lame makin sikit. Tapi satu aku nak cakap, kalau awak awak semua telah dewasa, maksud saye telah matang, awak boleh tau awak berkawan dengan kawan yang betul betul kawan atau kawan sekadar teman awak sebab awak takde kawan.

Itu bodoh.

Kawan jangan memilih. Kalau awak rase awak dah cukup baik, dah cukup pandai, dah cukup sagala-galanya, tak perlu la awak nak memilih kawan-kawan yang setaraf dengan awak je.

Kawan dengan semua orang, baru awak boleh sesuaikan diri dengan persekitaran awak, baru awak tahu macam mane nak handle kawan-kawan awak, baru awak tahu macam mane nak berkawan dan maksud kawan. Jangan la awak selfish sangat. Kalau awak pentingkan diri, orang tak akan suke kawan dengan awak. Ikut flow lah, jangan keras kepala, dan paling penting jangan hipokrit dengan kawan. Depan baik belakang macam haram. Memang mintak lempang.

Pade aku, kalau aku berkawan dengan orang dengan niat untuk berkawan, aku tak akan jatuh cinta. So, bile kawan-kawan aku nak flirt dengan aku, aku jadi tak tau nak buat ape sebab dea kawan aku, andaikate la aku bercinta dengan kawan aku yang sebelum bercinta macam best-friend-forever, tapi bile putus satu hari nanti awak fikir ape akan jadi, mestilah tak kan best-friend-forever dah. Lain ceritanya kalau memang aku jatuh hati pandangan pertama atau kedua dan aku berkawan dengan dea sebab niat aku nak bercinta dengan dea itu laiiiiinnnnnn ceritaaa deaaaa. So faham?

Dan yang lain nya, kalau awak mula berkenalan dengan seorang kawan, dan tiba-tiba dea jadi kawan baik awak, yang pernah teman awak pergi toilet malam-malam mase awak duduk asrama, yang pernah tidur satu tilam dengan awak, yang selalu teman awak dating dengan boyfriend awak, yang selalu kongsi cerita sedih gembira dengan awak, yang tak satu pun berahsia dengan awak, ade awak akan hilangkan dea dalam ingatan awak? Andaikate awak betul betul anggap dea kawan baik, tapi satu hari dea tiba-tiba dah tak nak kawan dengan awak lagi, yang memalingkan muke bile terserempak dengan awak, yang kutuk awak dengan kawan-kawan baru dea, memang sakit, tapi itulah realiti nye, tapi awak tahu, yang awak sorang je tahu, awak rindu dea.

Well banyak sebenarnye ragam orang, tapi kite boleh tahu dea tak suke kite dari mimik muke dea. Kite boleh tau, dan kite boleh rase. So takkan awak nak terhegeh-hegeh amek hati dea. Ikot flow.....

+_+

Bye!