Tuesday, January 18, 2011

Insomnia #2

Kalau awak bercinta dengan seseorang, awak harus bercinta dengan ikhlas, terima baik buruk kekasih awak, sayang mereka sepertimane awak sayang keluarga awak, hormati mereka, dan sebagainye yang positif la jangan negatif pun awak masuk sekali.

Kalau awak bercinta dengan kekasih hanya untuk kepentingan awak, memang tak adil lah untuk kekasih awak tu. Cube awak bayangkan sekarang, kalau awak di situasi kekasih awak, di mana dea perlakukan awak untuk kepentingan dea, apekah perasaan awak?

Awak faham tak sekarang?

Baiklah, saye beri gambaran yang lebih terang, awak ade kekasih, dah lame bercinta, memang awak sayang kekasih awak ni, memang kau lah yang satu lah, then, awak terpaksa berjauhan dengan kekasih awak. (Untuk kalian yang bercinta dekat-dekat, bukan untuk long distance relationship ye), sebagai contoh, awak terpaksa melanjutkan pelajaran ke luar negara atau negeri, awak berpindah, awak ke PLKN, awak ke kem motivasi selama 8 minggu atau awak pergi Umrah.

Bile dah berjauhan, awak mule mengenali dunia baru, kawan baru, rindu yang membuak buak terhadap sang kekasih yang jauh di mate dekat di hati. Awak mule merase bosan, pilu, sayu, pulak kawan-kawan awak semua selalu berdating bersame kekasih mereka, tapi ape yang awak boleh buat cume telefon, mesej, 3G, YM, Skype, MSN dan yang seangkatan dengannye. Itupun kalau awak orang kaye, ade telefon 3G, ade internet sendiri, ade laptop/desktop sendiri, kalau takde? Call dan message je la.

Maka awak ambik jalan mudah dengan mencari kekasih baru HANYA untuk menghilangkan sepi awak sahaja. Bukan lah untuk awak bawak ke jinjang pelamin atau berjumpa emak/ayah awak.

Adil tak untuk kekasih baru awak dan kekasih awak yang sedia ada tu?

Ape kate kawan-kawan sekeliling awak?

Awak takkan fikir semua ni bile awak buat benda ni, tapi once awak ditinggalkan kedua-duanye, baru awak tahu. Baru sudah terhantuk baru tengadah, yeke? +_+

Well itu cerita lain.

Cerita lainnye, bile awak gunekan kekasih awak untuk tujuan kesenangan awak.

Sebagai contoh, "Aku tak sayang pun BF/GF aku tu sangat sebenarnye, sebab dea ade Ferrari je aku sanggup berkepit ngan dea", atau, "Tak kesahlah, asalkan tiap minggu dea bawak aku pegi Pavillion shopping", atau, "Dea pandai la, mase mase ni la aku nak gunekan dea, untuk setelkan esaimen aku, exam-exam aku boleh tiru dea je", atau, "Dea sanggup buat ape je untuk aku, takkan aku nak tinggal dea".

Apa tahi ni? Apa tahi?

Baiklah, saye tinggalkan awak semua untuk berfikir. Sebab ini semua benda yang berlaku di sekeliling saye, dan pengalaman untuk kalian.

Bye.

Insomnia #1

Jam menunjukkan pukul 2.44 pagi, hari ini hari Selasa 18 haribulan 1 tahun 2011. Kejap lagi pukul 10 pagi ade kelas Network. Baiklah bukan nak cerita jadual pade hari ini. Cume nak ber-entry baru sebab diri ini tak mengantuk lagi selepas pulang dari Marias sebentar tadi.

Saye nak cakap kat kalian satu benda, tapi nak cerita pengalaman pergi Sungai Gabai 3 hari yang lepas.

Ape gelak?

Baiklah, 3 hari yang lepas, diri ini, kakak Azira selaku housemate dan boyfriend nye Mus, pergi ke Sungai Gabai. Kerana diri ini dan kakak saje tinggal berdua di rumah, maka kakak pun mengajak diri ini join dea dan boyfriend nye untuk bermandi manda di Sg Gabai.

Dah la pergi pukul 4.30 petang, sampai dah pukul berape, hujan lebat lagi. Peerrggh. Pulak tu, naik tingkat atas sekali pulak tu, kalau awak tak tau kondisi pancaroba di Sg Gabai macam mane, sile pergi sekarang atau awak carik lah kat Google. Memang peerrgghh separuh mampus diri ini naik tangga tingkat atas sekali. &^%$#@#$$%^&. Saye demand escalator di bina di situuuww!

Baiklah. Cukuplah.

Sambung di entry seterusnye.