Monday, February 21, 2011

Bloggy dah berusia 4 tahun.

Sempena dah masuk entry yang ke 200. I nak ucapkan selamat ulangtahun yang ke 4 Encik Bloggy. Dah besar dah Encik Bloggy. Kalau Encik Bloggy ni lelaki, kite dah couple 4 tahun dah kan Encik Bloggy? Tapi malangnye Encik Bloggy, walaupun Encik Bloggy dah 4 tahun, tapi entry I baru 200. Masuk entry ni baru 201. Tengok blog kakak entry dea dah 400++ dah. Perrgh.

Baiklah Encik Bloggy, semoga terus bersama saye sehingga beranak cucu ye.

Bye, love you.

Surat layang layang untuk awak.

Assalamualaikum awak.

Awak balas la salam saye ni dulu. Awak sehat? Harap awak sehat, sebab saye dah tak jumpe awak seminggu dah ni. Saye tau, saye bukan sape sape pon dalam hidup awak. Hanya sebagai saudara seislam, dan sahabat biase biase awak je. Saye tau awak tak suke kawan dengan saye sangat pun sebab saye tak cantik macam kawan kawan awak, saye tak hot macam kawan kawan awak, tapi saye cool tau, and saye tau saye tak kurus macam kawan kawan awak. Tapi saye sahabat awak, so kalau awak buat silap saye boleh tegur awak kan? Ala boleh la, saye bukan selalu ambik kisah pasal orang pun, tapi sebab awak sahabat saye, saye nak la jugak tegur awak sikit sikit.

Awak tau tak kenape bile awak kawan dengan kawan kawan awak tu, diorang semua tak suke dengan sikap awak? Awak tau tak kenape walau macam mane baik pun awak nak menyatukan kawan kawan awak masih diorang tak nak bersatu dengan awak? Saye tau, awak mesti selalu fikir kenape kan? Mesti awak sedih kan? Mesti awak kecewa kan?

Meh saye bagitau awak kenape. Saye buat kesimpulan senang je, awak tak boleh terime orang lain lebih sikit dari awak, dan awak tak sedar yang awak sebenarnye hipokrit dan pengadu domba.

Memang awak rase awak dah cukup baik, saye tau tu, saye akui semua tu.

Tapi awak tak boleh lah nak expect semua orang ikut telunjuk awak. Cube awak bukak sikit minda dan fikiran awak tu. Jadi orang yang matang yang berfikiran matang.

Kite semua dah besar, awak tak boleh lah nak buat semua orang jadi patung awak.

Oke? Saye harap lepas ni awak muhasabah diri awak sebelum awak nak mintak simpati orang tu orang ni sampai semua orang dah menyampah dengan sikap awak. Saye tau niat awak tu baik, tapi kalau dah sampai memporak perandakan relationship orang tu tak baik la kan? No no no no don't be like that oke honey?

Kami semua sayang awak, awak je tak sedar.

Oke, bye.