Sunday, April 3, 2011

Kalau kelakar,gelak lah

Its kind of funny bile kite tengok, bace blog, bace status kawan kawan perempuan kite yang marah marah dekat perempuan lain. Macam status yang perli perli orang, lepas tu orang orang yang komen status dea semua bersimpati dengan dea lepas tu join orang yang hantar status tu kutuk orang yang dea perli tu. Awak semua faham tak ape yang kite nak cakap ni?

Oke macam ni, contoh status dea macam ni "Kau rase kau bagus sangat ke nak amik laki orang lepas tu keluar dating? Kau tau tak laki tu tak suke kau pun. Huh! Marah! Grr". Lepas tu datang la orang komen, "Saba beb, aku dengar cite kau pun bengang beb. Gatal gile la minah tu. Jom kite tarik rambut dea." Lepas tu berterusan la komen komen sampah yang menjadi batu api. Choy tak? Choy kan?

Bukan nak cakap pasal status yang macam tu. Tapi main point kepada wujud nye status macam tu.

Mestilah puncanya boyfriend awak keluar dating dengan perempuan lain, lepas tu awak marah perempuan tu, bukan marah boyfriend awak. Tak masal je jadi gaduh kat situ.

Cube awak fikir balik, adekah perempuan yang awak marah tu betul betul patut untuk awak marah? Patut untuk awak tulis entry semata mata untuk kutuk perempuan tu. Untuk marah perempuan tu.

Lain lah cerita dea kalau perempuan tu menggatal, boyfriend awak tak layan, haa tu lain cerita dea.

Ini, boyfriend awak yang melayan, yang start menggatal, yang cakap dea single sebenanye kat perempuan tu, yang cakap awak ni cume banker dea, cume kawan baik dea, cume skandal atau lain lain cuma lagi.

Kan kelakar kalau awak terus blame perempuan tu dan gaduh. Lepas tu post status, post entry, tweet lagi. Fikir balik.

Oke bye.