Thursday, April 7, 2011

Perihal perempuan gedik

Selalu kite dengar orang cakap perempuan gedik tapi jarang sekali orang cakap lelaki gedik tapi selalu jugak kite dengar lelaki pompam ke pongpang ke macam tu lah bunyiknye. Tapi sekarang kite nak cakap perihal perempuan gedik dulu, perihal lelaki pompam kite cakap dalam episod seterusnye okay geng?

Well,cakap pasal perempuan gedik. Selalunye bile kite cakap perempuan tu gedik mesti sebab perwatakan perempuan tu yang gedik yang mengada ngada yang buat kite judge dea as "Hah! Itu dea PEREMPUAN GEDIK" Tak kisah la perempuan tu budak,remaja,dewasa atau makcik. Mesti kena punye lah gedik tu. Kire macam gedik tu adelah satu label untuk perempuan, kire macam bile perempuan je gedik, gadis je gedik, wanita je gedik, pondan je gedik. Yes pondan as well akan kena gedik, sape suruh kau jadi perempuan, kan dah kena gedik.

Bile kite cakap gedik, the word gedik tu je dah macam geli geli je nak dengar kan, apatah lagi bile seseorang tu dah di label gedik. Macam geli geli je tengok dea kan. Macam satu name artis yang kecik kecik perempuan yang  penah skandel dengan Aizat tu, haa Liyana Jasmay. Kan orang cakap dea gedik. Oke kejap, tau la kau peminat Liyana Jasmay, jangan komen lagi. Sabaaar.

Oke ape perwatakan perempuan yang boleh di label gedik oleh segolongan masyarakat. Well, of course, kalau kau lepak mamak dengan sekumpulan kawan kawan kau, lepas tu sebelah meja kau sekumpulan gadis gadis, lepas tu gadis gadis ni tibe tibe gelak kuat kuat maksudnye ketawa beramai-ramai. Ape kau akan cakap dengan kawan kawan kau? Tak ke terkeluar perkataan gedik?

Next, bile kau keluar dengan kawan kau perempuan, lepas tu kawan kau perempuan ni kena ngorat dengan lelaki hidung mancung, lepas tu kawan kau perempuan ni seronok bukan main la. Dalam hati kau ape? Ha lu pikir la sendiri.

Kemudian, bile kawan kau perempuan ni dapat present best dari boyfriend ke, skandel ke, mak ke, ayah ke, kawan baik ke, abang ipar ke, nenek sedare ke, datang kat kau cerita beriya beriya macam menang motor iklan power root tu. Cube kau fikir ape kau akan cakap.

Tapi, yang sebenar benarnye, kau tak patut lah nak label orang gedik ni ape semua. Kadang kadang bile kau cakap orang tu gedik, orang ni gedik, orang tu mengada, orang ni mengada, sebenarnye kalau kau tak perasan, kau pun macam tu jugak. Cume kau je tak perasan benda tu sebab sibuk sangat bercakap pasal orang lain.

Perempuan kan, biase lah.

Oke bye.