Thursday, April 14, 2011

Korea satu Korea dua

Sekarang kan dah jadi musim orang orang dengar lagu lagu Korea, style Korea, cakap Korea, movie Korea, drama Korea, bukan nak cakap orang lain la, kakak aku sendiri pun gile Korea. Kalau tengok Astro dengan dea, kalau tak bukak channel Korea tu memang bukan dea lah tu. Dulu Jepun, sekarang Korea pulak dah mai.

Kawan kawan pulak, memang ramai lah toksah cakap la. Kau cakap je artis Korea mane yang diorang tak tau. Haha. Kadang kadang geli hati jugak tengok diorang.

Well, dulu mase duduk asrama, aku suke lagu Wonder Girls-Nobody. Mase tu budak budak bilik tak tau lagi Wonder Girls. Aku pun pasang video Nobody, ajak diorang menari ramai-ramai. Hahaha. Orang buat poco-poco kitorang advance taknak kalah, Nobody terus. Perrgh rindu.

Tak sebenarnye taknak buat entry panjang panjang cakap pasal Korea pun, sebab to be honest, aku takdelah peminat setia yang gile gile semua nak Korea aje tu, cume kalau di beri dengar, kalau lagu tu best aku dengar je lah.

Maka mempersembahkan lagu blog aku. Korea tauhu! So hot by Wonndaaahh Gaarrlllsss~

Bye!