Saturday, May 7, 2011

Untuk Emak seorang

Ke hadapan Emak yang di sayangi,

Ami sangat bersyukur jadi anak Mak. Ami sangat bersyukur Mak lahirkan kami adik beradik, Ami sangat bersyukur Ami ade family kite sekarang. Ami sangat bersyukur Ami rapat dengan Mak dan Mak merupakan orang yang Ami akan carik untuk tanye perihal kerja, perihal belajar, perihal politik, perihal kekasih, perihal kawan kawan sebab Mak sangat pandai. Mak akan ade jawapan untuk semua soalan Ami. Ami bersyukur Ami ade Mak.

Walaupun Ami bukan antare anak Mak yang pandai macam Najat, Farah, Abang, tapi Ami bersyukur Ami di lahirkan di kalangan diorang. Ami bersyukur Mak besarkan Ami tanpa berat sebelah, Ami bersyukur Mak bagi Ami buat pilihan, Ami bersyukur Mak faham Ami bila orang lain tak. Ami bersyukur mase kecik kecik Ami tidur dengan Mak and walaupun mase Ami kecik Mak sangat busy kerja tapi Mak mesti tak lupe harijadi Ami, hari Ami graduate tadika dan semua hari hari penting. Thanks Mak.

Ami bersyukur Mak bace diary Ami dan mase tu Mak menangis bile dapat tau Ami dah ade boyfriend. Ami tak tau kenape Mak menangis, tapi Ami pun menangis jugak mase tu. Mak cakap Mak faham Ami dah besar, mungkin sebab Mak tak setuju. Tapi Ami bersyukur Mak tak setuju sebab Ami tau yang Mak tau pilihan Ami tu salah. Terima kasih Mak.

Ami selalu degil, Mak pun tau Ami degil, Ami tau Mak sayang Ami, tapi Ami selalu buat buat tak faham. Ami memberontak tapi Ami tak pernah tinggikan suare kat Mak. Tak pernah. Kalau Ami tak setuju bile Mak tak setuju Ami buat ape ape, Ami akan masuk bilik dan menangis. Tapi Ami bersyukur bile Mak datang bilik Ami and pujuk Ami balik. Mak cakap Mak cume sayang Ami. Ami bersyukur Mak cakap macam tu sebab lepas tu baru Ami tau Ami yang salah sebenarnye.

Ami bersyukur Ami ade Mak yang tak pernah bercakap buruk tentang orang lain, yang selalu ajar anak-anak dea untuk selalu berfikiran positif. Ami bersyukur Ami ade Mak yang berilmu tinggi. Ami bersyukur Ami ade Mak yang penyabar dan penyayang.

Ami bersyukur mase kecik Mak hanta Ami pegi kelas mengaji, Ami bersyukur mase kecik Mak hanta Ami pegi kelas piano, dan Ami bersyukur mase kecik Mak hanta Ami pegi belajar berenang.

Ami bersyukur Mak kawin dengan Ayah.

Ami bersyukur Mak terima kami nak bela kucing walaupun dulu Mak geli kucing.

Ami bersyukur Mak tak pernah kedekut dengan kitorang.

Ami bersyukur Mak tempat rujukan kitorang bile kitorang nak tanye pasal English.

Ami bersyukur Mak tak pernah abaikan kebajikan keluarga walaupun Mak sibuk.

Ami bersyukur Mak. Ami bersyukur untuk semua.

Nanti Ami dah kaye Ami belikan Mak Mercedes Sport eh? Mak pakai spek hitam Paris Hilton bawak Ami pergi pasar. Cool kan Mak?

Selamat hari ibu Mak. Ami ayang Amma!!



p/s: Hero dah dapat anak!! Yaaahuuu!!

Oke bye!

Kerana masa itu

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak menyibukkan diri dalam pergaduhan kawan kawan, pasangan kekasih, pasangan kelamin, oke tak habis habis dengan pasangan kelamin. +_+ Only if both sides come and share, baru saya buat andaian.

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak terlalu meletak harapan dan mengharap. Kerana ia akan membawa kepada kegelapan. Oke tak, membawa kepada tidak ke mana mana. Hanya di situ. Jadi buang, dan kuat. Ye, menjadi kuat, seperti selepas makan biskut Tiger. Rawr!

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak terlalu percaya dan tidak menjadi bodoh atau kelihatan bodoh atau memang bodoh sehingga gagal. Tetapi lebih percaye kepada diri sendiri dan positif. Berfikir berfikir berfikir dan fikir jaaaaaaaaaaauuuuuuhhhhhh. Adekah baik atau buruk. Jika baik baiklah, jika buruk cilakelah kau.

Daripada kesilapan masa lalu, saya belajar untuk tidak memberi harapan, tidak menganiaya, tidak menipu, tidak pentingkan diri. Kerana ia karma. Cukuplah dengan karma yang belum selesai memberi hukuman. Sakit. Dan pedih. Macam sakit puan eh salah, macam terpotong jari mase potong sayur.

Maka dengan itu, muhasabah diri adelah jalan penyelesaian. Fikir kenape orang tak suke, fikir kenape orang benci, fikir kenapa orang berkata, fikir kenape orang buat begitu dan begini terhadap kita. Fikir. Instead of balas dendam, kerana ia akan berputar. Bukannye kite harus mengamalkan 'kau buat baik,aku buat baik,kau jahat,aku jahat' atau 'treat people the way you want to be treated' atau 'don't judge because I'm goooood' oke ini apa tahi?

Kite harus mengamalkan 'takpelah, kau jahat je lah, aku tetap begini dan biar masa yang balas dendam'. OKE?

Kite biasa sangat tengok filem drama yang mana gadis sunti di perlaku dengan jahat, di mana lelaki imam di perlaku dengan tidak adil TETAPI mereka tidak membalas dendam tapi kite yang tengok ni yang 'bodoh la kau ni tak balas dendam, kalau aku lah! heeyyy!' KAN? Tapi ending? Berpihak pada? Lu fikirlah sendiri.

Drama 'Chinta' yang Fasha Sandha berlakon tu, yang dea jadi awek Rahim Razali tu, dea balas dendam. KAN? Last sekali ape jadi kat dea? Baik, kalau tak tau ape ending dea mai habaq kat cek, nanti cek open table semata mata nak cita kat hampa ending dea. Sempoooii baq hang!

Oke bye!