Wednesday, May 18, 2011

IMYou guys!

Sedih bile kawan baik yang sangat baik satu mase dulu dah jadi seseorang yang sangat asing. Macam sekarang dah tak bertegur, dah takde phone call yang bergayut berjam-jam cume untuk bercerita kisah masing masing. Even masing masing ade Facebook masing masing, tapi semua senyap. T_T Saye sedang bercakap tentang kawan kawan baik saye kat Taiping satu masa dahulu.

Seri AthirahNur SyarlenaMaherah, Najwa Laily, Nur IlmiahNazratul Husna, Thariqah, Sharifah Noratiqah dengan Nor Atiqah. Dulu mase zaman zaman sekolah, diorang ni lah yang menceriakan hari hari kat sekolah. Walaupun semua berlainan kelas, berlainan rumah, berlainan mak ayah, tapi when it comes to friendship, diorang lah yang oke tak tau nak describe sangat best tu macam mane. Oke macam, bile kau bergaduh satu same lain, kau orang akan berbincang dengan satu same lain ape masalah yang melanda, then akan baik balik, balik rumah tak cukup bercerita kat sekolah, bergayut pulak kat telefon berjam jam lame, dulu mase form 2 form 3, kitorang semua pakai nombor Digi, and semua buat Bubble Talk tu sampai habes kredit. Lepas tu dah tak pakai Digi, pakai Maxis pulak semua, main Voice SMS pulak sampai habes kredit. Faham tak perasaan bahagia mase tu?

Lepas tu kalau nak keluar, mesti kena ajak semua, pergi raye ramai ramai semua rumah kena pergi, sorang ade boyfriend semua kena ade boyfriend, oke tak ni tipu, melepak kat rumah diorang, girls talk, gossips, share lagu kegemaran, share hal peribadi macam contoh "eh hang first time period umur berape?", sape budak lelaki kat sekolah yang di minati semua kena minat, oke tak ni tipu lagi, share semua lah. Macam kalau tengok movie Sisterhood of the Travelling Pants mesti akan sedih teringat kat diorang. Teringat kitorang pernah buat persembahan kat sekolah sempena ape tah tak ingat menari lagu Ku Bahagia. Oke malu bile ingat balik. +_+

Semalam baru dapat 1 mesej dari salah sorang kawan baik di Taiping, dea cakap "weh apesal hang sombong sangat sekarang? tah tah dah tak ingat kat aku." Oke sangat sayu. Sangat terasa ha'ah diri ini sangat sombong, dan kenape tak keep in touch dengan diorang semua, kenape tak mesra sangat sekarang ni walhal dulu merupakan seorang gadis yang sangat ceria, yang sangat periang, yang sangat menghormati perasaan orang sampai semua orang senang berkawan. 

Dulu time nak pindah ke Johor Bahru, sangat sedih, kawan kawan baik semua sedih, sampai tulis lagu, sampai tulis surat, sampai bagi hadiah, semua taknak berpisah, semua nak keep in touch sampai tua, especially Seri. Dia lah yang paling sedih, dia lah yang paling rajin bergayut berjam-jam, dia lah paling suke cerita problem kat aku, dia selalu cakap aku pendengar yang baik, kawan dia paling best, tapi sekarang aku yang menjauh.

Bukan niat nak menjauh, tapi tak tau la, mungkin faktor dah lame tak jumpe, dan sibuk, dan terlupa, dan maafkan aku. 

Sangat berharap dapat jumpa mereka semua lagi. Sangat berharap dapat pulang ke Taiping.

Bile aku cakap aku rindu, seriously aku tak tipu.



Yang tak tipu,
Amie.


Spam pam pam pamela anderson!

 Maaf kawan kawan, harini demam dan tidak keruan. Maka bangun bangun tadi 5 minit lepas telah meng-klik link ini:


Lalu diri ini telah terpedaya dan tertipu lalu berlaku lah penghantaran spam kepada mungkin 671 orang kawan kawan saya di dalam Facebook.


Maaf kawan kawan semua T_T But it's okay. Nasib Facebook ade pencegah spam. 


Sekali lagi, maaf.