Friday, June 24, 2011

Menarik minggu ini

Hai uoollss. Entry tak nak tulis banyak. Let the pictures do the tongking (talking).

Seperti yang semua tahu, diri ini terpaksa balik ke kolej untuk menghantar dan meng-appeal esaimen Project Management yang tak sudah sudah yang tak habis habis, sampai Mak pun dah tak tanye lagi nak balik kolej semula buat ape, mengadu kat membe pun membe dah menyampah nak dengar. T_T

Tengok je lah macam mane kami semua bertungkus lumus pade hari terakhir appeal esaimen.




Eheheheheh, maafkan ini. Ini selepas siap esaimen dan tengah tunggu lecturer datang. Eheheheh.
(Movie:The Unborn)



Oh. Eheheheheh. Ini dekat pandangan atas tol aaa tol aaa tak sure la kawan kawan semua. Maaf.


Eh? Maaf lagi. Ini mase tengok Maharaja Lawak haritu. Eheheheh. Maaf maaf.

Oke, dah la tu cakap pasal esaimen kan. Macam semua entry nak cakap pasal esaimen. Esaimen esaimen esaimen. Eh muntah la kalau macam ni walaupun dari entry dulu dulu pun cakap muntah muntah muntah. Nah muntah hantu. So annoying la Amie ni kan kawan kawan semua. Oke bye.

Bercakap pasal bau bauan yang memang semua perempuan suke bau bauan yang wangi wangi untuk di calit dan di pahatkan di atas baju, celah ketiak, tangan, rambut, lubang telinga oke dah cukup. Oke faham? Maksudnye kite punye set penjagaan tubuh badan tak lengkap la kalau takde perfume, takde deodoren, takde losyen, takde cologne, dah ade perfume nak cologne pulak, melampau teaaww. 

Oke kalau diri ini, bile diri ini pergi ke kedai untuk membeli bau bauan untuk kesenangan hidung sendiri membau nye dan rakan sebelah tidak muntah bile diri ini berjalan di hadapan beliau, diri ini lebih prefer bau bauan yang berbau buah buahan dan bunga bungaan. Kalau diri ini pergi The Body Shop, perfume yang diri ini akan suke dan ingin kumpul duit untuk beli ialah 'Moroccan Rose Perfume', 'Japanese Cherry Blossom', dan 'Lychee'. Kalau perfume oil, diri ini lebih prefer bau 'Strawberry'.

Betape bunga bungaan dan buah buahan betul bau mereka mereka ini kan kawan kawan semua?

Kalau losyen, diri ini tak berkira sangat, tapi memang kena pakai losyen, mesti harus pakai losyen, bukan mengade gedik gilllleerr nak kulit lembut dan terlindung dari sinaran UV, tapi sebab dah terbiase pakai dari kecik. So bile macam dari kecik asyik pakai Johnson dan dah mule bosan, diri ini bertukar kepada Vaseline yang mana episod lepas lepas diri ini pernah cerite yang bile diri ini pakai Vaseline, kulit tangan semua naik ruam ruam sampai kena cucuk lebam lebam. Maka bile diri ini pergi Watsons tempoh hari, Watsons telah mengeluarkan produk beliau yang terdiri daripada losyen. Oke tak, bukan losyen je, benda lain tak ingat sebab nampak losyen je.

DAN! Diri ini telah mencuba pakai hand cream beliau, untuk di-test sebab kulit luar nampak cantik, floral gitu, so try la kan, nak bau kat situ takde tester, takkan nak bukak plastik kan. Kalau beli yang besar terus kang tak wangi rase menyesal pulak kan.

DAN, memang memuaskan hati diri ini. Hand cream dea tak oily, macam terus serap dalam kulit and tangan akan terasa lembut bile bergesel antare satu same lain, dan sangat wangi, bukan sangat wangi yang mencucuk hidung bau dea, wangi yang sedang sedang sedap hidung sendiri membau. So kawan kawan semua yang suke menjage bau badan, boleh try produk Watsons ni. Berbaloi dan wangi dan akan puas hati.



Selamat mencuba! Eh tadi kan cakap entry ni tak panjang kan. T_T Maaf semua.

Oke bye.

p/s: Maafkan tajuk entry. T_T