Sunday, August 14, 2011

10 perkara tentang anda.

Nyatakan 10 perkara tentang anda yang anda tahu itu anda yang orang lain tak tau itu anda.

1) Mempunyai warna mata lain daripada adik beradik lain.
2) Seorang sahaja di dalam ahli keluarga yang kidal. Tolong highlight ahli keluarga.
3) Menggunakan 'kau' instead of 'ko'. Dan baru belajar menggunakan 'kau' setelah tamat tingkatan 5.
4) Boleh menonton filem animasi (cartoon) banyak banyak kali tanpa jemu.
5) Kurang gemar berselipar ketika melawati shopping complex.
6) Sukakan bau angin pantai.
7) Lebih gemar mendengar lagu dengan memakai earphone supaye kedengaran alunan bass. -_-"
8) Agak sukar menahan airmata ketika menonton filem filem termasuk filem aksi sebab kau bayangkan cerita Transformer haritu pun boleh menangis kat wayang.
9) Akan terminat lelaki yang berkulit gelap sebagai contoh Adi Putra (meleleh air liur) dan yang pasti tak putih melepak.
10) Kadang kadang berase jelik dengan perempuan cover cun depan lelaki lelaki yang ramai. Naaaahh.
11) Tidak suke melepak buang mase dengan kawan kawan.
12) Boleh abaikan nombor 11 dan muntah darah.

Seronok buat benda benda macam ni bile assignment banyak dah datang tanpa diundang dan masih malas untuk buat. Sile nyatakan jawapan anda di dalam blog anda juga. Selamat berhibur kawan kawan.

Bye!