Sunday, August 21, 2011

Musim musim raya yang suram

Lagi 9 hari lagi nak raya, mari kite same same tick dekat kalender ataupun dekat diary sampai 30 haribulan 8 lepas tu bulatkan kat 30 haribulan lapan tu then tulis sikit note, "Lepas sama sama buat countdown dengan Amie, raya wey!". <-- note sikit yang agak panjang.

Rasa macam raya tahun ni sama ja siaran nya macam raya tahun lepas, dah mula terasa bosan dengan raya, mungkin sebab dah nak masuk 21 rasa tak sama seronok macam mase umur 12 tahun dahulu sambut raya dengan atok, tok non (kerana tak pernah merasa raya dengan opah Johor kerana opah Johor meninggal semasa saya berumur 1 tahun) dengan opah Sayong. Rindu atok, tok non dan opah Sayong. Semoga roh mereka di cucuri rahmat. 

Tengok gambar kawan kawan dekat FB, status status diorang yang seronok shopping raya, rasa macam, eeerrrr dah tak rasa seronok nak shopping raya, rasa macam tak shopping raya macam sebelum sebelum ni pun takpe. Tadi pun sekadar teman Aisar shopping tudung raya dea dekat Jalan Tar. Memandangkan aku memang tak suka shopping tempat tempat panas Ya Rabbi macam tu, memang Jalan Tar bukan jalan feveret aku lah. Sampai terik mentari tu buat penyakit migrain aku datang balik. Errr baru panas dunia, belum panas api neraka. Oke takut. T_T

Macam raya raya 4 tahun yang lalu, masih menyambut raya di JB kerana JB la kampung kiteeew duduk pun dekat Kampung Melayuuu so memang sama ja la ragamnya. Cuma tiap tiap tahun tukar baju raya je la, tempat ambik gambar raya pertama pun masih sama. Takde ape yang berlainan. Takde swimming pool pun nak tambah untuk raya tahun ni kat rumah. Duk cerita apa tak tau Amie ni.

Oke lah oke lah. Walaupun tak excited raya, tapi excited nak balik raya sambil dengar lagu 'ooo ooo ooo balik kampung', tu yang kite nak. Oleh kerana tiket balik JB semua sold out, terus rasa, haaaiii orang JB ni semua dah berhijrah ke, tak pernah pernah tiket sold out. So terpaksa la mengadu manja kat Mak, sampai Mak suruh Abang datang ambik Sabtu ni. Yay! Buuuu kat kawan kawan yang balik raya naik bas, train, kapal terbang mahupun kapal layar. Buuu tak dapat dengar lagu 'ooo ooo ooo balik kampung' dalam kereta sambil menyanyi girang. Hehehehe. Tolong jangan maki aku.

Kbye!


Yang tulis entry-takdak-motif-mintak-maki,
Amie.

p/s: Selamat menyambut aidilfitri yang bakal tiba kawan kawan!