Thursday, September 8, 2011

Worst hari raya.

Dah 3 hari tak bercakap dengan Ayah. Dah 3 hari jugak Ayah merajuk dengan diri ini, terasa bersalah tapi malu nak mintak maaf. T_T Bile dah rase bersalah macam ni mule lah mengadu kat kakak, kakak mule bagi ceramah tak mengantuk, "Seorang anak tak kan dapat membalas jasa kedua ibu bapanya walau dengan apa cara sekali pun kecuali berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya." Sedih? Memang rasa tertampar dengar. Hm, banyak dosa aku kat Ayah. Serious rasa menyesal teruk. Kepada kawan kawan sekalian, sila jangan ikut perangai buruk Amie ye. Bersyukur lah sementara kedua ibu bapa masih ada di sisi. Kalau ade kekuatan, aku akan pergi minta maaf kat Ayah. Dah lah hari raya. Sobsob. T_T Menangis sambil menaip.

3 hari je lagi pun aku kat rumah, Ahad dah balik Beranang dan mula menyusahkan Emak dengan meminta wang perbelanjaan. Serious malas nak balik, nak nak bila hari hari fikir tambah lagi 6 bulan tahun depan. Feels like shit. Krrkrr.

So ape khabar hari raya kalian? My hari raya isn't that great. As I said before, dah bosan sambut hari raya, hari kemenangan umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Peeerrrggghhhh. Tahun ni takde gambar raya bersama ahli keluarga mahupun sanak saudara mahupun adik beradik. Feels like shit episod 2.

Ade 3 assignment kena setelkan hari raya ni, tapi 1 pun belum jalan. Tolong menghakimi saya. Menghakimi saya?

Oke dah, teruk dah karat kat otak ni. Semua salah tat nenas sedap mak tempah dekat mana tak tahu.

Kbye.