Friday, September 16, 2011

Perihal dalam-hubungan

Sejak akhir akhir ni, kalau online, dah tak boleh IM dengan orang sebarangan, dah tak boleh bermesra, tak boleh online lame lame, assignment kena setelkan, mandi ade orang jage, makan pun ade orang jage, tido apetah lagi. Henfon kena sentiasa berkredit, tak boleh mesej dengan orang lain sesuka hati macam dulu, tak boleh badan dekat dalam bilik, henfon dekat bilik jiran sebelah, dah tak boleh. Kena sentiasa alert dengan mesej, kalau tak jenuh kena explain. Ni lah namenye, jaga hati. Biasalah, kawan kawan kena faham, bile dah lame sangat menyingle tibe tibe ade je peneman di kale suke dan lara, lifestyle kena ubah, automatic. 

Kakak cakap, "Hemi kalau ade boyfriend, mesti taknak bermesra dengan keluarga kan"
Kawan lelaki cakap, "Hang dah tak rock la dah ada boyfriend"
Kawan perempuan cakap, "Menjak menjak ade boyfriend ni, mesej je 24 jam"
Kawan kelas cakap, ah diorang toksah cakap la, keje nak menganjing je. Sabo je la teman.

Bukan teruk, bukan mengade, bukan poyo, bukan first time bercinta bak kata Slay, tapi itu perkara normal orang buat kalau menjalankan hubungan cinta dengan seseorang. Hah amek kau ayat muntah darah aku dah keluar. Kalau nak dapat hubungan yang berjaya, komitmen kena ade. Tak gitu kawan kawan? Kalau umur 21 ni pun masih nak main main, masih nak berskandel skandel, masih nak curang curang, masih nak main main eh dah cakap, tak kemane la relation tu nanti. Tapi, ingat kawan kawan, kena lah sentiasa beringat ingat, kalau tak cuba tak jadi kan? Macam bod nasihat aku. Sebab tu kena sentiasa berjaga jaga, kena percaya, kena buat orang percaya kite jugak, kena matang, tapi maintain cool. Tak cool ke kalau kekasih keluar lepak dengan kawan kawan aku tak bising malah suruh dea lepak lame lame sikit sebab tak payah mesej dan aku boleh dengar lagu lagu baru dekat carta billboard top 100 dengan senang hati? Cool apeerrrwww cenggituuwww. -__-"

Bile dapat kekasih cool dan tak gelabah, automatik kau akan jadi cool jugak. Macam aku cool, so kekasih automatik cool jugak. Wakakaka bodoh, bye. 


Oke dah, cukup. Perlu tenaga untuk keluar dating dengan Sapikah esok, bukan kekasih ye. Selamat malam kawan kawan.


p/s: Entry takde motif kan?